Majlis perkahwinan pengantin yang digelar Crazy Rich Surabaya, Ryan Harris dan Gwen Ashley sedang menjadi perhatian pengguna media sosial selepas majlis perkahwinan mereka menjadi topik hangat di media sosial.
Gwen Ashley bersama kedua ibu bapanya, Warren Tjandra & Markus Widodo
Pasangan pengantin ini memilih melangsungkan majlis perkahwinan di Grand Ballroom The Westin Hotel Surabaya, Jawa Timur itu tular bahkan digelar sebagai Wedding Of The Year kerana telah membelanjakan jutaan ringgit untuk majlis perkahwinan, tetapi cara mereka meraikan tetamu yang hadir turut menjadi bualan hangat.
Perkahwinan Mewah “Crazy Rich Surabaya”
Tetamu yang hadir di majlis perkahwinan pasangan ini dilarang membawa hadiah ataupun wang sebagai hadiah perkahwinan. Pesanan tersebut disertakan dalam kad jemputan yang diberi sebelum majlis. Sebaliknya, pengantin memberi hadiah buat 2,000 tetamu mereka berupa piring dari jenama mewah terkemuka dunia, Hermes!
Para Tetamu Pulang Dengan Cenderahati Mewah Jenama Hermes
Menerusi foto dan video yang beredar di aplikasi TikTok dan sebagainya, pasangan tersebut telah menjemput tiga penyanyi antarabangsa iaitu Brian McFadden bekas anggota boyband Westlife, Keith Duffy dari Boyzone, dan Nicole Scherzinger sebagai penghibur.
Majlis itu malah dikendalikan oleh Raffi Ahmad dengan ramai artis Indonesia termasuk Raisa, Via Vallen dan Afgan juga hadir.
Kemewahan majlis pasangan itu membuat banyak yang mencari informasi siapakah gerangannya Ryan dan Gwen ini. Berikut merupakan informasi mengenai pasangan pengantin ini:
Media tempatan melaporkan Ryan merupakan anak tunggal kepada bos penerbangan AirAsia Indonesia, Pin Harris.
Ryan juga merupakan seorang usahawan garam yang cukup besar di Surabaya, salah satu pemilik PT UnichemCandi Indonesia.
Gwen berusia 19 tahun merupakan anak seorang usahawan hartanah terkenal dari Surabaya.
Bapa Gwen, Markus Widodo ini merupakan salah satu crazy rich Surabaya yang juga merupakan Project Director PT Griya Santosa.
Ibu Gwen merupakan pereka busana di butik terkemuka dan pemilik Nancy Warren Couture. Semua busana yang digayakan oleh Gwen di majlis perkahwinannya adalah dari butik ibunya.
Gwen & Ryan menjalani sesi fotografi Pre Wedding di Italy.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Gadis Palestin Nour Al Saqqa kongsi cerita terkini di Gaza, kami mungkin bukan mati di bom tapi keadaan. Setakat hari ini, lebih 8000 warga Palestin mati syahid dalam peperangan bersama Zionis laknatullah. Seakan satu agenda untuk membunuh ramai rakyat Palestin, pihak Zionis dilihat sengaja mengebom kawasan-kawasan perlindungan seperti hospital, kem perlindungan, universiti dan lain lagi.
Bukan saja menggunakan bom putih fosforus tetapi Zionis dilihat begitu agresif membedil setiap sudut Palestin hingga tiada kawasan selamat. Walau seluruh dunia membantah tetapi nampaknya Zionis terus besar kepala kerana disokong oleh USA.
Di sebalik peperangan dan keperitan warga Palestin menghadapinya, dengan bekalan air bersih dan elektrik yang dipotong, keadan di Gaza umpama nyawa di hujung tanduk. Satu perkongsian dari penulis geopolitik, Ahmad Faezal di akaun X nya berkongsi kisah Nour AlSaqqa, gadis dari bumi Palestin mengenai situasi terkini di Gaza.
Kata gadis ini, mereka kini hidup terseksa kerana bekalan air sangat sukar didapati selain terpaksa berebut mendapatkannya. “Kami yang tinggal bukan mati dibom tapi keadaan,”kata Nour Al Saqqa.
Ikuti perkongsian Ahmad Faezal mengenai gadis yang berkongsi keperitan di Gaza saat ini.
Akhirnya ada juga update pasal Nour AlSaqqa. Dia guna kuasa media sosial tunjuk keadaan sebenar kat Gaza. Last dia update Instagram tiga hari lepas.
“Tapi tadi New York Times ada lapor pasal dia. Dia dok ada kat selatan Gaza tengah berteduh kat sebuah tadika, tak jauh dari sempadan Rafah.
Dan dia ada pesanan untuk dunia. “Kualiti hidup teruk sangat. Kena bergaduh nak dapat beberapa liter air. Bila cakap tiada air, saya mohon orang ramai faham kami dah berhari-hari tak minum air walau setitis pun.” Our nightmare. Their reality.
“Kebersihan [hygiene] dah jadi kemewahan sekarang. Tak ada air nak basuh tangan. Tak ada air nak gosok gigi.” Macam mana agaknya kalau kena keracunan makanan? Allahuakbar. Tunggu jap. Baca lagi… “Saya tersiksa sangat sebab beberapa hari lalu…… saya terkena keracunan makanan.”
Seorang wanita. Situasi macam ni. Tiada air. “Kalau bom tak bunuh kami, situasi kami pasti bunuh kami nanti. Jadi saya bertahan selama mungkin sebab nak teman mak saya. Cuma saya tak tahu apa akan jadi.”
Nour AlSaqqa bagitau dia takut kalau krisis ni berterusan, dia akan meninggal dunia. Doakan mereka, sahabat semua. Jangan berhenti. Macam mana ibu susukan anak dalam keadaan macam ni? Macam mana kalau susu ibu tak ada… kena bergantung pada formula? Our nightmare. Their reality.
Pari betina hancing sebab datang bulan, pemilik pasaraya kongsi ilmu pilih pari segar dan tak berbau. Ramai yang percaya bau ikan pari betina hancing sebab datang bulan. Namun ianya bukan fakta sebaliknya itu mitos semata-mata.
Pemilik sebuah pasaraya Tropika Freshmart Bangi di Bandar Baru Bangi, Puan Asmah Chem berkongsi ilmu dari sudut Sains mengenai pari hancing selain berkongsi cara memilih pari segar dan tak berbau di facebooknya.
Ikuti perkongsiannya.
Orang melayu percaya, pari hancing disebabkan pari betina datang bulan. Sampai ke hari ni, masih ramai berpegang kepada teori tersebut.
Sebenarnya ia adalah Mitos semata, kerana pari bukanlah mamalia yang mempunyai endometrium. Oleh sebab itu, pari tak mungkin terlibat dengan kitaran haid. Pari bertelur dan anaknya menetas di dalam badan. Selepas menetas, anak tersebut dikeluarkan dari badan. Jenis reproduksi ini dinamakan ovovivipar.
Sebenarnya di dalam badan pari terdapat urea dan trimethylamine oxide (TMAO) yang berfungsi untuk menstabilkan protein bila kepekatan urea tinggi.
Bila ikan pari mati dalam tempoh yang lama, ikatan peptida protein terurai kepada cyanate dan ammonium seterusnya membebaskan karbon dioksida dan ammonia. Ammonia inilah yang berbau hancing. Semakin lama kematian berlaku, bau hancing semakin kuat, lebih2 lagi dalam organ pari.
Saya dah berniaga pari hampir 8 tahun, tapi tak pernah terserempak dengan pari hancing. Sebaik saja pari naik dari jeti, pari terus dibawa ke kedai, siang, buang organ dan potong. Tidak pernah ada yang hancing kerana ianya segar.
Hakikatnya, pari hancing disebabkan tidak segar. Bukan disebabkan datang haid. Berhenti mempercayai mitos yang bertentangan dgn ilmu sains.
Tips memilih pari segar, pastikan isi kelihatan pejal, merah dan segar. Elakkan membeli pari yang sudah lembik dan pucat. Hidu bau pari tersebut dan pastikan baunya segar dan tidak hancing.
Pilihlah pari yang segar untuk mengelakkan masakan rosak akibat bau hancing. Bau hancing tidak akan hilang walaupun dicuci dengan 1001 petua. Wallahua’lam.
Jangan boikot McDonald’s Malaysia, nak buat tindakan kena bukti jelas bukan andaian semata – Mufti. Isu pemboikotan ke atas restoran makanan segera McDonald’s Malaysia hingga menjejaskan ribuan pekerja terus menerima pelbagai reaksi dari masyarakat.
Kempen yang dilihat agak berjaya kala ini semenjak pembedilan zionis ke atas Palestin membuatkan media sosial dipenuhi dengan kempen-kempen boikot ke atas produk dari Israel termasuk Mc’D yang disenaraikan selain Starbucks, Grab, Nestle dan lain lagi.
Terkini, dalam isu boikot ke atas restoran makanan segera ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mengingatkan rakyat di negara ini supaya tidak memboikot McDonald’s Malaysia kerana pihak pengurusan syarikat itu sudah menegaskan mereka tidak memberi sebarang sumbangan kepada Israel.
Memetik laporan Harian Metro, Wan Salim turut menasihatkan orang ramai yang mahu melakukan tindakan memboikot mana-mana syarikat didakwa berkaitan dengan Israel mestilah berdasarkan bukti jelas dan meyakinkan, bukan sekadar sangkaan atau andaian semata-mata.
“Perlu dijelaskan bahawa McDonald’s Malaysia tidak termasuk antara syarikat yang perlu diboikot kerana pihak pengurusannya sudah memberi penjelasan, selain itu syarikat berkenaan juga mengeluarkan zakat menerusi pejabat urus zakat di beberapa negeri.
“Dalam membela pihak yang teraniaya jangan pula sampai menganiaya pihak yang lain, jadi sebagai umat Islam kita hendaklah menegakkan keadilan walaupun terhadap orang bukan Islam. Ini kerana nilai keadilan yang diperintahkan agama Islam supaya ditegakkan adalah bersifat sejagat, bukan kepada masyarakat Islam sahaja,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Terdahulu, akhbar itu melaporkan, Wan Salim menasihati umat islam supaya menunjukkan semangat setiakawan dan simpati terhadap penderitaan saudara seagama di Palestin yang boleh ditunjukkan dengan memboikot mana-mana syarikat dan produk berkaitan Israel.
Beliau dipetik berkata, tidak salah jika seorang Islam yang tiada peluang pekerjaan lain dan hanya syarikat produk Israel sahaja menjadi sumber pendapatan, maka dibenarkan bekerja di situ berdasarkan hukum darurat.
“Namun di Malaysia terdapat banyak peluang pekerjaan yang tersedia, hanya perlu rajin mencarinya,” katanya.
Begitupun, beliau mengingatkan, apa pun tindakan boikot mestilah berdasarkan bukti yang jelas dan meyakinkan, tidak berlandaskan sekadar sangkaan yang akhirnya boleh mengakibatkan pihak lain teraniaya.
Semalam, akhbar ini melaporkan nasib yang terpaksa dihadapi kira-kira 21,000 pekerja McDonald’s Malaysia susulan kempen boikot terhadap restoran khidmat segera berkenaan susulan dakwaan bahawa jenama itu terbabit dalam penyaluran kewangan ke negara ketiga.
Mereka juga dilabel sebagai pendukung Yahudi dan menerima pelbagai cemuhan serta cacian masyarakat.