Rasmus bakar Al-Quran di kuar kedutaan Turki, umat islam berang & gesa boikot barangan dari Sweden. Al-Quran adalah kalamullah yang mukjizat.
Al-Syahid Hasan al-Banna berkata: “Al-Quran al-Karim adalah sebuah perlembagaan yang lengkap merangkumi seluruh hukum Islam. Al-Quran adalah sumber yang mencurahkan segala kebaikan dan ilmu ke dalam hati yang beriman. Al-Quran adalah alat yang terbaik untuk para ahli ibadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan cara membacanya.
Namun tindakan Rasmus Paladun yang juga ketua Parti Stram Kurs yang telah membakar Al-Quran di Sweden mendapat kecaman dunia dan protes menentangnya semakin besar.
Tindakan kebenaran dari Sweden ini membuatkan ramai berang dan menyeru agar boikot barangan Sweden dilakukan. Antaranya jenama Ikea, H&M, Electrolux, Volvo serta banyak lagi. Protes ini tanda umat islam bersatu.
Rasmus Bakar Al-Quran Di Luar Kedutaan Turki
Memetik laporan Bernama, negara Arab dan seluruh dunia Islam terus mengecam tindakan pelampau sayap-kanan Sweden-Denmark, membakar Al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm.
Rasmus Paludan, ketua Parti Stram Kurs, kini di bawah perlindungan polis mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk membakar senaskah al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, Sabtu lalu.
Rasmus Paludan, ketua Parti Stram Kurs kini dalam perlindungan polis selepas membakar al-QuranDunia membantah tindakan gila ini dan mahukan nyawanya
Arab Saudi mengecam tindakan pihak berkuasa Sweden kerana membenarkan ahli politik sayap kanan itu membakar al-Quran.
Dalam satu kenyataannya, Kementerian Luar Arab Saudi menekankan “pendirian tegas kerajaan yang menyeru terhadap kepentingan menyebarkan dialog, toleransi dan kewujudan bersama dan menolak kebencian serta ekstremisme.”
Kementerian Luar Mesir mengecam pembakaran al-Quran sebagai “perbuatan yang memalukan.”
Kementeriannya dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa “perbuatan memalukan itu membangkitkan kemarahan ratusan juta umat Islam di seluruh dunia.”
Ads
“Amalan ekstremis ini tidak konsisten dengan nilai menghormati orang lain, kebebasan kepercayaan, hak asasi manusia dan kebebasan asasi manusia,” tambahnya.
Qatar turut mengecam sekeras-kerasnya kebenaran Sweden membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm.
“Kejadian kejam ini adalah satu tindakan menghasut dan provokasi serius terhadap perasaan lebih dua bilion umat Islam di dunia,” kata Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan.
Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mengutuk insiden itu dan mengulangi “penolakannya terhadap semua amalan yang bertujuan menjejaskan keselamatan dan kestabilan yang bertentangan dengan nilai dan prinsip manusia dan moral.”
UAE memperbaharui gesaannya untuk meninggalkan ucapan kebencian dan keganasan dan menekankan keperluan untuk menghormati simbol agama dan mengelakkan hasutan kebencian dengan menghina agama.
Oman menyebut pembakaran al-Quran sebagai “tindakan provokasi terhadap perasaan umat Islam dan hasutan untuk keganasan dan kebencian, oleh pelampau di Sweden.”
Ia menggariskan keperluan untuk usaha antarabangsa bagi menyatukan nilai toleransi dan kewujudan bersama serta menjenayahkan semua tindakan yang menggalakkan ideologi kebencian.
Ads
Umat Islam Berang & Gesa Boikot Barangan Dari Sweden
Menteri Luar Kuwait, Sheikh Salem Abdullah Al-Jaber Al-Sabah, mengecam pembakaran al-Quran, berkata insiden itu “mencederakan sentimen umat Islam di seluruh dunia dan menandakan provokasi yang serius.”
Iran juga menamakan pembakaran al-Quran sebagai cubaan untuk mencetuskan kebencian dan keganasan terhadap umat Islam.
Tehran berkata beberapa negara Eropah dengan alasan palsu menyokong kebebasan bersuara “membenarkan unsur-unsur ekstremis dan radikal menyebarkan kebencian terhadap kesucian serta nilai Islam.”
Jordan menyertai paduan suara kecaman dan menekankan “penolakan kerajaan terhadap tindakan ini yang menyemarakkan kebencian.”
Amman menggariskan keperluan untuk menyebarkan budaya keamanan dan penerimaan lain, sambil menambah bahawa “mengutuk ekstremisme adalah tanggungjawab bersama.”
Maghribi berkata ia “terkejut” dengan kebenaran Sweden membakar kitab suci Islam.
“Perbuatan penuh kebencian ini menyinggung perasaan lebih satu bilion umat Islam, boleh menyemarakkan kemarahan dan kebencian antara agama dan rakyat,” menurut Kementerian Luar Maghribi dengan memberi amaran menerusi satu kenyataan.
Pakistan menggelar insiden itu sebagai “tindakan Islamofobia yang tidak masuk akal dan provokatif yang menyakiti sensitiviti agama lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia.”
Ads
Tindakan sedemikian “tidak dilindungi di bawah sebarang ungkapan yang sah mengenai hak kebebasan bersuara atau pendapat, yang menjadi tanggungjawab di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, seperti kewajipan untuk tidak mengucapkan kata-kata kebencian dan menghasut orang ramai melakukan keganasan,” kata Kementerian Luarnya dalam satu kenyataan.
Kementerian Luar Bangladesh mengecam “tindakan menghina nilai-nilai suci umat Islam di seluruh dunia dengan bertopengkan ‘kebebasan bersuara’.”
Kementerian Luar dalam kerajaan sementara Taliban di Afghanistan juga dengan keras mengutuk pembakaran dan mencemarkan Al-Quran serta menggesa kerajaan Sweden untuk menghukum pelakunya.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu turut menggesa Stockholm supaya tidak membenarkan mereka melakukan tindakan provokasi terhadap agama dan umat Islam pada masa akan datang.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) juga mengecam pembakaran al-Quran sebagai tindakan provokatif yang “mensasarkan umat Islam, menghina nilai-nilai suci mereka, dan menjadi contoh membimbangkan mengenai Islamophobia” dan meminta Sweden untuk menghukum mereka yang berada di belakang jenayah kebencian.
Sementara itu, Azerbaijan turut mengecam pembakaran naskhah Al-Quran di Sweden.
Kementerian Luar Turki mengecam pembakaran kitab suci Islam di Stockholm sebagai “serangan keji.”
“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan keji terhadap kitab suci kami, Al-Quran, di Sweden, walaupun amaran diberikan berulang kali sebelum ini,” katanya.
Sebagai tindak balas kepada kebenaran Sweden untuk insiden itu, Ankara membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Swedenx Pal Jonson yang akan berkunjung ke Türkiye. – BERNAMA
Raja segala buah, durian ini memang ditunggu-tunggu ketibaan musimnya. Paling seronok bila berkumpul makan durian ramai-ramai. Dia punya feel, lain macam. Lagi-lagi time berebut nak makan tiap ulas buah tu.
Baginda berkongsi di twitter miliknya tentang cara makan durian yang diajar sejak kecil. Rupanya cara itu, boleh jadi satu lagi tip untuk makan durian.
Sebab dapat elakkan tangan daripada berbau.
Tulis baginda, “Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya, makan durian pakai camca (sudu) garfu supaya tangan tak berbau.”
“Begitu juga dengan rambutan, siap dikupas dan dihiris. Manggis juga begitu!”
Rata-rata netizen menyambut baik saranan baginda. Antaranya komen Ben Baik, “Bagus tuanku makan pakai sudu, sebab kadang nak bersalaman dengan orang, kalau tangan berbau durian, takut orang tidak selesa nanti ataupun takut orang tanya ‘tak ajak pun makan durian, dah satu kerja nak cari durian bagi kat dia nanti.”
Begitu juga Fazri Hassan, “Tips yang bagus Tuanku!”
Tuanku Azizah Penggemar Raja Buah, Durian
Dua tahun lalu, Tuanku Azizah pernah tular di media sosial ketika mana baginda berborak dengan peniaga durian yang awalnya tidak mengenali dirinya.
Isteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ini juga sempat menikmati buah durian di gerai tepi jalan tanpa sebarang protokol. Malah memanggil peniaga bernama, Rafi itu sebagai kawan barunya.
Besarnya kesan Titian Cinta dalam hidup pelakon kecil molek-cantik manis, Farah Nabilah Saipuddin, 25. Popularitinya naik mendadak sampaikan ada peminat yang obses dengannya.
“Tapi setakat ini taklah sampai mendatangkan keburukan dalam hidup peribadi saya dan keluarga. Kebanyakan daripada mereka suka tinggalkan pelbagai pesanan menerusi DM Instagram.
Setiap hari dekat ribuan DM. Walaupun tak boleh nak balas, tapi saya nak beritahu yang saya memang baca semua pesanan yang diberikan.
“Saya sangat-sangat menghargai sokongan mereka.” Bukan saja DM, Farah juga terima macam-macam hadiah daripada peminat.
Penangan glamour drama rantaian popular, Titian Cinta bukan saja mengenai dirinya. Malah ahli keluarganya pun dalam fasa nak sesuaikan diri dengan tempias populariti pelakon watak Aisy ini.
“Saya memang jenis yang sangat rapat dengan keluarga, Sentiasa bersama kalau buat apa saja aktiviti atau nak ke mana-mana. Tapi sekarang selalu tak cukup ‘korum’ sebab selalunya saya tak dapat ikut mereka.
Jadi keluarganya pun kenalah belajar terima dan sedang sesuaikan diri dengan situasi yang berlaku.
Pergi Pasar Pun Makcik Ajak Bergambar
“Dulu saya memang selamba saja buat apa saya nak buat. Keluar rumah pun pakai ikut yang sempat, tapi sekarang memang tidak boleh macam tu lagi. Sebab apa pun yang saya buat akan jadi perhatian.
“Paling kelakar, pergi pasar dekat rumah pun ada makcik-makcik yang nak bergambar.”
Sokongan peminat yang tak berbelah bagi inilah membolehkan kelab peminat rasmi, Fawaariors dilancarkan baru-baru ini.
“Sebenarnya Fawaarriors dah tertubuh tahun lalu. Selepas saya berlakon drama Inikah Cinta.
“Cuma tahun ini yang lebih aktif selepas Titian Cinta mendapat sambutan ramai. Penubuhan kelab peminat ini saya sifatkan sebagai penghargaan buat saya yang masih baru ini.
Ini Cerita Farah Nabila Mula-mula Jadi Pelakon
Penglibatannya dalam bidang lakonan berlaku secara tak sengaja. Apabila sering diminta oleh tenaga produksi yang selalu shooting di rumah untuk jadi pelakon tambahan dalam drama yang mereka tengah buat.
“Rumah keluarga saya ini memang sering jadi lokasi penggambaran drama beberapa buah produksi termasuklah produksi abang Rashid Sibir. Itu yang buatkan saya kenal krew produksi.
“Ingat lagi dalam drama pertama, saya diminta jadi pelakon tambahan dalam Mak Pengantin Tak Popular lakonan Nora Danish dan Jasmin Hamid. Masa itu mereka berlakon di rumah saya sekitar tahun 2011.”
Akui Farah yang berpendidikan Psikologi dari Universiti Segi, dia tak pernah pun terfikir nak jadi pelakon. Impiannya mahu bergelar seorang psikiatri.
“Selepas berlakon tambahan untuk beberapa buah drama, saya sambung belajar empat tahun. Dan inilah yang dikatakan rezeki, saya sibuk merancang kerjaya lain, tapi rezekinya tertulis dalam bidang lakonan.
Walau bagaimanapun, Farah tetap memasang impian mahu menyambung Sarjana dalam bidang pengajiannya itu.
“Suatu hari nanti mungkin akan digunakan sepenuhnya apa yang saya belajar ini.”
Farah bakal tampil dalam supertele Adan dan Hawa 2 yang bakal disiarkan di Astro First.
“Saya sentiasa bersikap terbuka. Kalau asyik nak dengar pujian saja, tidurlah kita nanti. Kritikan untuk membina itu bagus untuk saya.”
FOTO: AHMAD SHAHIR OSMAN & INSTAGRAM FARAHNABILAHOFFICIAL
SOLEKAN: SAHIR SABRI
PAKAIAN: AINAHARIZ
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jangan main-main dengan amukan wanita yang bergelar isteri. Gara-gara suami kantoi curang, mempunyai hubungan dengan wanita lain mengakibatkan sebuah pesawat terpaksa mendarat cemas.
Kejadian yang berlaku di New Delhi baru-baru ini, seorang wanita berang menyebabkan pesawat dinaikinya membuat pendaratan cemas selepas mendapat tahu ketika dalam penerbangan suaminya curang.
Akhbar Hindustan Times India melaporkan, wanita warga Iran itu dalam perjalanan dari Doha ke Bali menaiki pesawat Qatar Airways bersama suami dan seorang anaknya kelmarin.
Ketika suaminya tidur, dia menggunakan jari suaminya untuk membuka telefon yang mendedahkan kecurangan lelaki terbabit.
Gagal Kawal Diri
Penumpang tersebut gagal mengawal diri apabila mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
Berang dengan penemuan itu, wanita terbabit dilaporkan mula memukul suaminya. Kru kabin campur tangan namun gagal menenangkan situasi.
Apabila episod dalam pesawat menjadi tidak terkawal, juruterbang memutuskan membuat pendaratan tidak dijadualkan di Chennai.
Wanita itu, suami dan anaknya kemudian diarah keluar pesawat yang meneruskan perjalanan mereka ke Indonesia.
“Keluarga itu menghabiskan masa di Lapangan Terbang Chennai dan dihantar ke Kuala Lumpur menaiki pesawat Batik Air. Tiada tindakan polis diambil,” kata pegawai. Qatar Airways enggan mengulas apabila dihubungi. -AFP
Mayat tiga beranak ditemui mereput di dalam rumah, anak lelaki autistik. Tiga mayat yang dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan ditemukan dalam sebuah rumah di Jalan Bukit Kristal di sini pada Selasa.