Bukti kekuasaan Allah, seluruh rumah musnah tetapi senaskah al-Quran selamat dan masih berada dalam keadaan yang baik dalam sebuah rumah yang musnah dijilat api. Inilah bukti kekuasaan Tuhan dan kejadian ini bukanlah pertama kali berlaku.
Al-Quran yang tidak hangus dijilat api itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian penduduk sekitar Surabaya, Indonesia. Dalam masa yang sama ramai yang mengambil peluang untuk menetap kitab suci Al-Quran secara dekat.
Surabaya- Senaskah al-Quran ditemui masih dalam keadaan baik di sebuah rumah yang terbakar di Surabaya, Indonesia hingga menyebabkan lokasi itu menjadi tumpuan ramai.
Menurut ahli keluarga terdekat mereka, penduduk setempat di Jalan Dapuan Tegal IX terkejut apabila mereka melihat al-Quran terbabit tidak hangus dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada Ahad lalu.
“Ramai orang datang ke sini untuk mengambil gambar al-Quran tersebut. Buku Yasin juga tidak terjejas dalam kejadian itu,” kata Agung.
Selepas Tular, Ramai Datang Lihat Keajaiban
Jelasnya, penduduk luar juga sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menyaksikan sendiri keajaiban itu.
“Mereka tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri al-Quran tersebut selepas ia menjadi tular di media sosial,” ujarnya lagi. Difahamkan, al-Quran tersebut kini disimpan oleh keluarga pemilik rumah itu yang dikenali sebagai Suwardji. – Agensi.
MW: Ternyata apa yang Berlaku ini menunjukkan bahawasanya tingginya nilai kitab suci Al-Quran di sisi Allah. Banyakkanlah membaca Al-Quran, hayati keindahannya dan fahami maksudnya.
Di sebalik kisah pengorbanan instafamous dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad yang sanggup cancel kerja dan meeting, terbang ke Kelantan demi bawa sahabat strok ke hospital. Rupanya ada kisah sedih yang terjadi.
Ketika dia mengangkat sahabatnya bernama Loh itu masuk ke dalam kereta, dia mendapat panggilan daripada isterinya, Aina. Pada hari itu, Aina membuat check up kehamilan yang dijangkakan bakal mendapat cahaya mata kembar.
Tidak tahu bagaimana mahu dijelaskan reaksi Hafiz ketika isteri maklumkan bayi kembarnya yang berusia dua bulan dalam kandungan isteri itu sudah tiada.
“Happy dapat rezeki anak, tapi.. “Abang, anak kita dalam kandungan dah tak ada.”
Aina surprise saya last week, katanya dah 2 bulan pregnant. Happy sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada 2 kantung.
Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris & perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur & excited sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi..
Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yang sakit semalam masuk dalam kereta & terus terima call dari Aina sebab dia pergi checkup.
“ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA”
Saya tak tau nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yang sama terima call macamtu, korang boleh rasa tak perasaan saya?
Saya belajar something, nak tau apa? Disaat saya terima call tu, Aina kata anak saya dah takde & mata Saya tengok sahabat saya tengah tak berdaya depan mata.
Rasa syukur saya terus tinggi, saya tak nak kecewa & tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk & saya belajar untuk redha.
Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bagi lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.
Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris
Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy & mummy. Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu 2 bulan dalam kandungan.
Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy & kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dengan rezeki halal sayang
Ini semua 1 cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi & sentiasa ikhlas dalam usaha. “Kejayaan Demi Kebahagiaan” selalu di hati kami.
Allah..
Siapa pun yang mengharapkan zuriat, kau kurniakanlah mereka semua & kurniakan kesihatan buat mereka yang sedang mengandung itu
Mummy, thank you jagakan anak kita dalam kandungan 2 bulan & terima kasih surprise daddy last week. Abang happy sayang sebab anak itu anak yang tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina
MW : Sesungguhnya Allah menguji mereka mengikut kemampuan hambaNya. Pasti ganjaran lebih besar untuk hambanya yang sabar, redha dan ikhlas menjalani setiap ujian dengan penuh keimanan.
Tiada wanita yang berkahwin menjangkakan akan sebuah perpisahan. Begitu juga yang terjadi kepada pelakon cantik Betty Banafe.
Mendirikan rumah tangga dengan pasangannya Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Julia Claire Dargus dan Bruce Dean Dargus namun mahligai mereka tidak dapat dipertahankan. Pasangan ini sah becerai pada 10 Julai 2019 lalu di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru.
Baru-baru ini ibu kepada dua cahaya mata ini telah berkongsi di entri akaun Facebooknya tentang kehidupan yang dilalui kini.
Betty Banafe menempuhi hari-hari bergelar ibu tunggal. Malah selebriti ini juga mengakui dalam hari-hari melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak diselangi pula dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada.
Seperti mana yang dikongsi;
“Dalam hari hari kita melalui proses kehidupan ibu tunggal bersama anak di selangi pulak dengan kes mahkamah bagi hak penjagaan yang masih belum selesai, perasaan berbaur gundah gelisah khuatir pasti ada. Aku redha ya Allah atas apa pun yang kau tentukan.
“Aku manusia biasa yang serba kekurangan mengharapkan kekuatan kesabaran dan bimbingan dari yang ESA. Kau tahu apa yang terbaik untuk waris waris syurga ku. Keluar dari perkahwinan sehelai sepinggang tanpa menuntut apa apa nafkah mutaah dan lainnya.
Harapkan Kedamaian Hati
“Yang aku harapkan kedamaian ketenangan hati dan fikiran agar aku boleh menerajui bahtera keluargaku dengan selamat dan dalam keredhaan Allah. Bagi yang di luar, penghasut atau yang suka memanaskan manusia lain untuk terus bermusuh, tu.. Bila nak berhenti? Tak akan faham perjalanan hidup orang lain hari hari. Hidup dengan anak anak yang di bawah umur 6 tahun, dua dua bersekolah, bekerja sendiri sepenuh masa, lagi lagi dalam waktu pendamic wabak corona, anak sakit, hospital, tuition, hidup sendirian di ibu kota besar, jauh dari keluarga.
“ Aku doakan agar mereka di luar sana terus mendapat TAUFIK serta HIDAYAH NYA yang maha esa. Amin ya Rab. Aku tidak mengeluh malah aku bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan aku manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus. Alhamdulillah.
“Aku maafkan kamu yang merasa panas melihat aku yang terus ingin maju. Aku bersyukur pada Allah di kelilingi keluarga adik beradik dan sahabat sahabat yang baik hati serta yang mendapat rahmat Mu ya Rab. AKU YANG SEKARANG BUKAN AKU YANG DULU. MANUSIA BERUBAH. insyaallah. Moga iman kita dipelihara oleh Allah. Amin.”
Love #BettyBanafee
Manusia Sabar
Betty turut mengakui tidak mengeluh malah bersyukur atas ujian Allah ini yang menjadikan dia manusia yang lebih kuat dan sabar serta fokus.
Kata-Kata Semangat Dari Warganet
Semoga Betty terus kuat mengharungi hari-hari mendatang dalam membesarkan dua anaknya.
Hati-hati dengan setiap kata-kata yang diluahkan mahupun komen yang ditulis pada orang lain.Apatah lagi bila ia melibatkan penghinaan pada bentuk fizikalnya.
Ibarat buku bertemu ruas, Pesuruhjaya Sumpah Suharnizan Md Sidek hari ini memfailkan saman lebih RM2 juta terhadap seorang personaliti media sosial (influencer) yang didakwa menghina bentuk fizikalnya atau body shaming.
Peguamnya, Mohd Rasheed Hassan berkata, saman sudah difailkan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru dan kemudiannya akan diserahkan kepada pihak Eira Aziera atau nama penuhnya adalah Noorazira Pissal, 37.
“Saman sudah didaftar di mahkamah dan petang ini saya sudah terima emel daripada Tetuan Yahaya Ahmad & Co dari Sungai Petani, Kedah, yang mengatakan bertindak bagi pihak Eira Aziera.
“Jadi saman dan pernyataan tuntutan akan diserahkan menerusi emel dan kurier kepada peguam Eira (personaliti) dan dalam tempoh 14 hari, kehadiran perlu difailkan.
“14 hari selepas itu, pembelaan perlu difailkan. Tarikh sebutan pertama di Mahkamah Tinggi Johor Bahru adalah pada 11 November depan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Rasheed berkata, sebutan pada 11 November ini akan dibuat secara dalam talian dengan pendaftar sahaja.
Pada 18 Ogos lalu kira-kira jam 10 pagi, Suharnizan menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ sebelum dikongsikan rakannya dalam Facebook Eira Aziera.
Eira Aziera membuat satu rakaman video dan mengeluarkan pelbagai kata-kata kesat kepada Suharnizan dan menyamakan bentuk tubuh individu tersebut dengan haiwan termasuk memaparkan gambar dia dan anaknya sebelum video berkenaan tular.
Bagaimanapun tindakan personaliti tersebut mendapat kecaman netizen sebelum Eira Aziera tampil sekali lagi dalam sebuah video memohon maaf atas perbuatannya, mendakwa gagal mengawal emosinya dan menjaga tutur kata sehingga menyebabkan ramai pihak rasa tersinggung.
Suharnizan ditemani Mohd Rasheed kemudian mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di sini pada 15 September lalu berhubung kes tersebut.
Mohd Rasheed memaklumkan walaupun terdapat permohonan maaf yang dibuat secara langsung menerusi Facebook ‘influencer’ itu, isu ‘body shaming’ boleh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
MW: Hati-hati dengan setiap bait tutur kata mahupun komen yang diluahkan. Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran.