Kebahagiaan akan tercapai jika suami dan isteri dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing sebaiknya. Suami pula sebagai ketua seharusnya bijak memaikan peranannya sebagai ketua keluarga.

Sudah tentu jika sang isteri yang solehah dan banyak mengalah secara tidak langsung membahagiakan rumah tangga yang dibina. Nampak mudah namun sukar untuk ditunaikan. Begitu juga dengan soal tinggal sebumbung dengan mentua.

Menjadi stigma dalam masyarakat bahawa tinggal sebumbung dengan mentua akan menimbulkan masalah di kemudian hari. Namun selebriti Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 34 tahun, membuktikan bahawa tangggapan tersebut salah.

“Saya memang tinggal bersama ibu mentua selepas berkahwin. Alhamdulilah tiada masalah, kunci utama apabila kita tinggal sebumbung dengan mentua adalah respect. Kena tahu kita menumpang dan tinggal di rumah mentua,  kita jaga adab kita sebagai menantu.

“Tidak dinafikan, ramai juga di luar sana terutama kawan-kawan yang tanya saya tak takut ke tinggal dengan mentua sebab ramai yang bermasalah apabila sebumbung dengan mentua. Saya sendiri awal-awal takut, tetapi lama-lama semua makin bertambah baik dan sekarang apa yang dapat katakana ibu mentua saya adalah yang terbaik,” jelas Puteri Sarah.

“Sebagai Menantu Kita Patut Jaga Adab dan Hormati Mentua,”- Puteri Sarah.

Belajar & Terima Cara Ibu Mentua

Di samping itu, menurut isteri kepada Pengarah Syamsul Yusof, tempoh perkenalannya dengan ibu mentua bukanlah mengambil masa yang sama. Pertama kali bersua muka hanyalah ketika keluarga suaminya datang merisik. Tetapi ianya tidak membataskan Puteri Sarah untuk mengenali Datin Fatimah Ismail sejurus selepas bergelar menantu.

IKLAN

“Saya masih ingat pesanan mama saya, sekiranya kita masuk tempat orang, cubalah untuk terima dan belajar cara orang. Bukannya lakukan perkara yang kebiasaannya kita lakukan, insyallah lama-lama semuanya akan beransur baik.

“Saya sendiri tidak tahu bahawa selepas berkahwin akan tinggal di rumah mentua, tetapi saya memang jenis tak kisah dan turutkan sahaja kehendak suami. Sebenarnya saya lagi happy dapat duduk dengan orang tua kerana tak biasa hidup sendiri. Lagi pun keluarga saya pun sama, family oriented.

“Bayangkan masa pregnant anak pertama, husband memang sibuk jadi mama dan papa mentualah yang bawak saya ke hospital bila nak beranak. Itulah ada advantage apabila kita tinggal dengan mentua, sebab apa-apa berlaku mentua ada bersama, “ terang ibu kepada Syaikul Islam dan Sumayyah ini lagi.

“Sebagai Menantu Kita Patut Jaga Adab dan Hormati Mentua,”- Puteri Sarah.

IKLAN

Ibu Mentua Jadi Rujukan Puteri Sarah

Dalam hubungan suami, isteri pasti ada pasang surutnya. Malahan ada sesetengah perkara kita perlu luahkan apa yang terbuku di hati kepada seseorang.

Seperti Puteri Sarah, dia sering berkongsi masalah dengan ibu mentua kerana dia rasakan ibu mentua adalah insan yang paling arif tentang Syamsul. Kebiasaanya apa sahaja berkaitan suaminya, Puteri Sarah akan merujuk dan mendapatkan nasihat daripada ibu mentuanya.

“Saya dan mentua setakat ini memang memahami antara satu sama lain, sebagai menantu, saya sendiri tahu batas. Selain itu, perlu ada respect dan kita yang tinggal di rumah mentua jadi kitalah yang perlu terima apa jua keadaan di ruamh mentua.

“Kita juga kena sedar yang kita adalah menantu dan lebih muda, jadi kita perlu hormat mentua yang lebih tua. Begitu juga kalau ada perselisihan faham dengan Syamsul, kami lebih selesa berbincang dan berkominikasi secara baik.

IKLAN

Tidak perlu bergaduh dan menjerit kerana secara tidak langsung kita aibkan suami dan diri sendiri apabila tinggal dengan mentua,” katanya lagi.

“Sebagai Menantu Kita Patut Jaga Adab dan Hormati Mentua,”- Puteri Sarah.

Paling penting tambah Puteri Sarah, tatkala kita bergelar isteri kepada seseorang, tanamkan dalam hati dan jiwa kita bahawasanya kita bukan sahaja berkahwin dengan suami sahaja tetapi termasuklah keluarganya.

Oleh itu, sekiranya kita tinggal bersama mentua dan amalkan sikap merendah diri dan langkah ke rumah mentua dengan hati terbuka sudah tentu bahagia akan menjadi milik kita.

Akhir sekali jika berkecil hati atau berhadapan masalah dengan ibu mentua, menantu cubalah mengalah dan terima seadanya.

Ikuti kupasan lanjut, “Dilema Mentua Sebumbung” pada jam 5 petang menerusi siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow di Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI