Cukuplah dengan rezeki yang ada ini. Mungkin ada suami isteri yang berkira-kira untuk tambah anak lagi. Tambahan dengan keadaan ekonomi yang tak menentu. Tapi, kalau dah rezeki, terima dengan terbuka.

Bayangkan pula kalau satu keluarga itu mempunyai lebih kurang 100 orang anak, hasil daripada 12 isteri. Bagaimanalah kehidupan mereka dan agak-agak mak ayah kenal tak setiap anak itu.

Inilah yang berlaku pada seorang lelaki mempunyai 12 isteri, 102 anak dan 568 cucu, hidup dalam kawasan rumah yang sama, umpama satu perkampungan pula.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Anak Ramai Cukup Ke, Tak Penat?” Tak Perlu Mengeluh, Setiap Mereka Ada Rezekinya

Kekal Cantik Di Usia 45 Tahun, Wajah Seiras Anak Ramai Ingat Sebaya!

Tambah Anak, Cukuplah Dengan 102 Orang

Mzee Musa Hasahya adalah petani Uganda berusia 67 tahun. Dikatakan dia salah seorang ahli poligami paling prolifik dalam sejarah kerana mempunyai 12 isteri, 102 anak dan 568 cucu.

Mengikut piawaian kampung asalnya Lusaka, poligami adalah sah dan keluarga Mzee Musa Hasahya dianggap raksasa. Walaupun dibesarkan dalam kemiskinan yang teruk, dia berjaya mengatasi keadaannya, mengumpul kekayaan dan telah dilantik sebagai pengerusi kampung selama beberapa dekad.

Lelaki Miliki 12 Isteri, 102 Anak Tekad Tak Mahu Tambah Anak Lagi!

IKLAN

Hasahya berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1971 ketika berusia 16 tahun.

“Arwah bapa, Mwamadi Mudumba mempunyai dua isteri tetapi hanya melahirkan dua anak. Ini berisiko kepupusan keluarga dan puak kami,” kata Mzee Musa Hasahya.

Tinggal Bersama

Boleh dikatakan 1/3 daripada anak Hasahya tinggal bersama dan isteri-isterinya di rumah keluarga. Manakala selebihnya telah berpindah dan membina keluarga sendiri.

Petani yang berusia 67 tahun juga memberitahu dengan isteri dan anak seramai ini membuatkan dia tidak mengenali semua anak di rumahnya, apatah lagi nama mereka.

“Semua isteri saya memasak dengan cara yang sama dan tinggal di rumah yang sama. Mudah untuk saya memantau mereka dan juga menghalang mereka daripada lari dengan lelaki lain di kampung ini.”

Lelaki Miliki 12 Isteri, 102 Anak Tekad Tak Mahu Tambah Anak Lagi!

IKLAN

Menariknya, anak sulung Mzee berusia 49 tahun, sedangkan isteri bongsunya, Zabina, 28 tahun. Dia menjaga semua isterinya, menghabiskan masa dengan masing-masing, dan tidak pernah menipu mereka.

Di sebalik kata-kata pujian daripada keluarganya, Mzee Musa Hasahya mengakui tidak semua sempurna dalam keluarga besarnya. Kos sara hidup yang semakin meningkat telah menyukarkan dia untuk menyediakan semua yang mereka perlukan, dan itu menyebabkan separuh daripada isterinya meninggalkannya. Dia kini hanya mempunyai enam daripada dua belas isteri asalnya.

“Ayah mempunyai wang tetapi empat tahun lalu, perniagaan lembu merosot dan isteri mula meninggalkan seorang demi seorang sehingga mereka kekal enam,” kata Bumaru Hifunde, salah seorang anak lelaki sulung Hasahya.

Disebabkan masalah kewangan inilah Hasahya memberitahu isteri yang ada untuk tidak hamil dan anak lagi.

Lelaki Miliki 12 Isteri, 102 Anak Tekad Tak Mahu Tambah Anak Lagi!

IKLAN

“Saya tidak mahu anak lagi. Keadaan kewangan sekarang sangat teruk dan untuk memastikan tidak hamil, saya mengambil pil perancang,” kata salah seorang isteri lelaki itu.

Mungkin keputusan Hasahya adalah yang terbaik, lagipun, dia sudah mempunyai 102 anak dan 568 cucu.

Mingguan Wanita : Berapa banyaklah perbelanjaan sebulan untuk keluarga ini? Macam satu kampung dah.

Sumber: Odditycentral

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI