Warga Malaysia menetap di China kongsi situasi sebenar Covid-19 di sana, tak seburuk disangka.
Pasti ramai yang masih trauma mengingati Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan pada 2020 bagi membendung wabak Covid-19 suatu ketika dahulu. Rakyat dikenakan sekatan perjalanan dan sukar mencari rezeki hingga memaksa ramai yang melalui kehidupan yang sukar.
Warga Malaysia Menetap Di China Kongsi Situasi Sebenar Covid-19 Di Sana
Ketika itu, kita semua digalakkan mengambil suntikan vaksin bagi mencegah jangkitan wabak yang menyaksikan satu dunia diuji dengan jutaan kematian. Namun secara perlahan-lahan dalam tempoh dua tahun ini, kita kembali mendapat “kebebasan” hingga mampu menjalani kehidupan normal seperti sedia kala.
Namun di saat kita diajar “hidup bersama Covid”, China negara pertama tercetusnya wabak ini kembali diuji dengan varian baru hingga dapat disaksikan hospital di negara besar ini dipenuhi manusia yang sakit. Sekaligus merisaukan kita semua jika pintu sempadan dibuka kepada warga China yang mungkin bercuti sempena perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Ads
Dilaporkan China akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik COVID-19.
Di sebalik pengumuman itu timbul kebimbangan kepada kita apa akan berlaku jika negara membuka pintu sempadan kepada warga China?
Tak hairanlah banyak pendapat mengatakan Malaysia wajar berhati-hati dan perlu menutup pintu sempadan buat sementara kerana tidak mahu kejadian tiga tahun lalu berulang.
Namun benarkah situasi Covid-19 di negara besar itu seburuk seperti disangka dan rakyat dikenakan perintah kawalan pergerakan?
Dari perkongsian di Tik Tok @caedevect atau Vincent Lee, rakyat Malaysia yang menetap di China ini memaklumkan, situasi Covid di negara tersebut adalah terkawal terutama di penghujung Disember lalu.
Ads
Tidak adalah sampai keranda diusung di jalanan seperti dilaporkan. Masa yang sama, Vincent turut berkongsi beberapa video (bermula November dan Disember) di mana rakyat China dikenakan sekatan pergerakan bagi membandung wabak ini. Tapi di penghujung Disember, kata Vincent sekatan itu semakin longgar kerana tiada yang dijangkiti lagi.
Dari penjelasannya, kes Covid di Amerika paling tinggi di dunia dengan 115, 787 kes dilaporkan di negara tersebut. Beratus orang mati di US kerana Covid tapi tiada orang yang takut pun.
Tapi bila China mengumumkan kelonggaran Covid-19, dia mengakui ramai orang jatuh sakit pada minggu pertama dan ketiga, tetapi sekarang banyak tempat sudah menjadi normal kerana ramai orang sudah pulih.
Katanya, di hospital pun kebanyakan wad sudah mulai kosong dan keadaan sangat terkawal berbanding di awal Disember lalu di mana ramai yang mati dan jatuh sakit. Dan kata Vincent, banyak video-video lama di post seolah-olah memberi gambaran menakutkan tentang negara ini sedangkan situasi adalah sangat terkawal.
Ads
Lebih baik kita mendengar laporan dari yang telus begini kerana hanya mereka yang berada di situasi saja melaluinya.
Tak gusar aksi romantis Lan akui lelaki setia, isteri profesional dah kenal sejak bangku sekolah. Kehidupan sebagai anak seni sememangnya banyak pancaroba. Namun Lan Solo begitu bersyukur kerana dikurniakan isteri yang cukup memahami tuntutan kerja.
Baru-baru ini aksi Lan berpegangan tangan dengan seorang wanita dalam Video Muzik (MV) 5 Kaki 4 Inci mencuri perhatian ramai. Isu tersebut membuatkan ramai yang tertanya-tanya bagaimana dengan reaksi isterinya, Nur Sheila Hassim.
Tak Gusar Aksi Romantis Lan Akui Lelaki Setia
Ketika menghadiri sidang media pelancaran Video Muzik single terbaharu Lan yang berjudul 5 Kaki 4 Inci, sewaktu ditemubual Lan menerangkan babak berpegangan tangan dengan model wanita dalam video muzik tersebut tidak menjadi isu besar.
Isterinya cukup memahami tuntutan kerja seorang suami. Bertuah sungguh Lan kerana isterinya yang juga bertindak sebagai pengurus peribadi sudah sedia maklum terlebih dahulu mengenai aksi romantis tersebut memandangkan dia juga turut berada di lokasi sewaktu penggambaran dilakukan di Kundasang, Sabah.
“Saya seorang lelaki yang setia. Muzik video itu ialah tuntutan kerja dan isteri sangat profesional malah kami pun sudah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah.
“Isteri sememangnya sudah masak dengan selok-belok industri seni dan tiada isu pun di situ sebab dia memahami kerja saya,” luah Lan.
Lan dan Sheila telah mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.
Bimbang Tanggapan Orang Luar
Berbual lebih lanjut mengenai gadis cantik yang menjadi model dalam video muzik tersebut, Lan tidak menafikan dirinya berasa risau dengan pandangan pihak luar.
“Dalam video muzik saya Ratu Cantik Kota Kinabalu 2019, Kerinah Mah berperanan sebagai wanita yang menjadi pasangan kepada saya.
“Sejujurnya, saya tidak risau mengenai babak tersebut tetapi bimbang dengan tanggapan orang luar yang menontonnya kerana akan disalah anggap,” sambung Lan yang turut memberitahu 5 Kaki 4 Inci merupakan lagu hasil ciptaan Marsha Milan dan Velvet Aduk Lawrence.
Lan juga sangat bersyukur akhirnya selepas lagu tersebut terperap selama setahun akhirnya dapat diperdengarkan kepada umum. Paling istimewa lagu itu mengandungi hampir 20 peratus lirik dalam bahasa Dusun.
“Alhamdulillah semua perancangan untuk lagu ini berjalan dengan baik dan video muzik ini juga telah dilancarkan secara rasmi selepas hampir setahun dalam simpanan,” akhirinya.
Mingguan Wanita: Seronok tengok kebahagiaan Lan dan isterinya Sheila. Sama-sama saling berusaha tingkatkan ekonomi keluarga. Malah kini kedai mereka Solo Borneo Mart semakin maju.
Cikgu bertemu jodoh dengan anak murid, pernah ajar suami bahasa Melayu ketika tingkatan 3. Rezeki, ajal maut juga jodoh sudah tertulis sejak di luh mahfuz lagi. Dengan siapa kita disatukan di dunia, semuanya sudah tertulis. Sama ada ianya datang secara cepat atau lambat, semuanya sudah diatur sebaik-baik aturan.
Cikgu Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid
Satu perkongsian video di Tik Tok @Dnial_14 atau nama sebenarnya Danial mendapat respon positif dari orang ramai apabila berkongsi wajah isterinya sedang meminta maaf raya baru ini.
Namun apa yang menarik perhatian ialah, isterinya merupakan guru yang pernah mengajarnya mata pelajaran Bahasa Melayu ketika dirinya di tingkatan tiga pada tahun 2016 dahulu.
Pernah Ajar Suami Bahasa Melayu Ketika Tingkatan 3
Dalam videonya, Danial memaklumkan, “tidak sia-sia nakal dalam kelas” di mana katanya sama sekali tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan guru yang pernah mengajarnya suatu ketika dahulu.
Sebaik dirinya memuat naik video berkenaan, ada yang menyapa mengatakan isterinya itu adalah Cikgu Jamilah yang mengajar di SMK Sri Saujana.
Bahkan dapat dilihat Danial sangat sporting melayan pertanyaan dan komen orang ramai mengenai jodoh mereka walau berbeza usia yang agak ketara. Malah ramai yang mendoakan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat.
“cikgu jamilahhh🥺 rindunya bljar dgn dia know ii kahwin dgn si danial ni.. tak expect.. tapi dah tertulis ini jodoh Alhamdulillah.
Tak kurang juga yang berkata jodoh mereka masih di tadika lagi memandangkan perbezaan usia pasangan bahagia ini.Apa pun, moga perkahwinan mereka kekal hingga ke syurga.
Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mempunyai kepakaran didalam bidang perbidanan dan sakit puan, memberikan peluang dan pengalaman manis buat Dato’ Dr. Hamid Arshat, 73 untuk menyambut kelahiran cucu-cucu beliau sendiri.
Dr. Hamid Arshat,merupakan antara Pakar Sakit Puan Melayu yang terawal dalam arena perubatan Malaysia.Beliau merupakan sumber rujukan ramai berkaitan masalah kesuburan dan sakit puan.Perkongsian hidup selama 47 tahun bersama isteri tersayang,Toh Puan Maimon pasangan ini dikurniakan dengan 5 orang anak dan 12 orang cucu. Lebih istimewa, peluang dapat mengazankan dan menyambut sendiri kelahiran 8 daripada 12 orang cucu-cucunya, daripada keturunan sendiri memberi pegalaman cukup bermakna buat beliau.
Perkara ini dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat dalam facebook miliknya baru-baru ini.
NIKMAT SAMBUT KELAHIRAN CUCU SENDIRI
Alhamdulillah Allah telah kurniakan kami lima orang anak dan 12 orang cucu. Semua kelima-lima anak telah berumah tangga dan masing-masing ada anak. Tiga orang anak dan 7 cucu duduk di Malaysia berdekatan rumah kami, dan mereka sering mengunjungi kami bila kelapangan.Seorang anak dan 3 orang cucu tinggal di Amerika dan seorang anak dan 2 cucu duduk di Perth, Australia.
Dua orang anak saya dilahirkan ketika saya masih menjalani latihan jadi pakar bidan. Tiga orang dilahirkan setelah saya jadi pakar bidan. Walau demikian 4 orang anak saya kelahiran mereka disambut oleh pakar-pakar bidan rakan sekerja. Hanya anak bongsu saya, kelahirannya saya sendiri sambut.
7 Secara Normal & 1 Pembedahan Ceasarean
Dari dua belas orang cucu, lapan cucu saya sendiri sambut kelahiran mereka. Seorang saya sambut secara bedah ceasarean dan yang lain secara normal. Hanya seorang cucu dari luar negara yang lahir di Malaysia.
Pada kebiasaan doktor-doktor perubatan tidak digalakkan merawat ahli-ahli keluarga terdekat kerana ditakuti bila timbul sesuatu kerumitan, ia akan mengganggu dan menjejaskan kecekapannya.
Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan selamatkan segala urusan saya khususnya dalam prosedur-prosedur pembedahan. Manusia memang lemah.
Nikmat Sambut Kelahiran & Azan Keturunan Sendiri
Dapat menyambut kelahiran bayi dan mengazankan merupakan satu nikmat dari Allah. Lagi-lagi jika bayi itu ada kaitan baka dan keturunan sendiri.Betapa gembira seorang datuk dapat menyambut dan menatang bayi dengan tangisan dan sedutan nafas pertama.
Semoga seruan azan saya masuk kedalam jiwanya dan terus kekal hingga keakhir hayatnya. Semoga Allah sentiasa melindungi dan memandunya ke jalan yang lurus dan benar serta diredhai Allah. Seterusnya memberkati dan merahmati hidupnya kearah kejayaan dunia dan akhirat.
Doa yang sama saya panjangkan kepada semua anak-anak yang saya sambut kelahiran mereka khususnya dan semua anak-anak islam amnya.
Anak lahir fitrah. Ibubapa yang membentuk akidah, perwatakkan, intelek, akhlak, sikap dan tabiat. Didik dengan ilmu yang menfaat.
Ramai diantara datuk-datuk dan nenek-nenek yang sudah bersara dari kerja dan sekarang bertugas menjaga cucu-cucu, ketika ibubapa mereka pergi kerja. Ambil peluang ini untuk mendidik cucu-cucu agar mereka jadi insan yang kamil serta berjaya apabila mereka besar nanti.
Menyambut kelahiran cucu ke12. Mohammad bin Arief pada 23.4.16