Kredit foto: AFP

Ujian kita di tahun baru, di tengah kekalutan mengadap virus Covid-19 yang tidak berpenghujung. Datang pula berita duka apabila sebuah pesawat bilik negara jiran terhempas.

Lebih menyedihkan apabila pesawat ini membawa ramai penumpang terdiri daripada 62 penumpang termasuklah anak kapal. MW merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa yang terkorban.

Pesawat Sriwijaya Air dikatakan terhempas selepas empat minit berlepas, usaha mencari sedang giat dijalankan dan serpihan tubuh serta bangkai pesawat mula dijumpai di laut.

Sriwijaya Air Terhempas Selepas 4 Minit Berlepas

Pesawat komersial Sriwijaya Air terhempas di perairan Kepulauan Seribu selepas hanya empat minit berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, semalam.

Ketua Polis Metro Jaya (Jakarta) Yusri Yunus dipetik media tempatan berkata, terdapat maklumat awal daripada nelayan di kawasan berkenaan yang mendakwa pesawat berkenaan terhempas di perairan itu.

Menurut laporan televisyen tempatan, yang menyiarkan video dirakam nelayan, menunjukkan mereka (nelayan) menemukan beberapa serpihan kecil terapung di perairan berkenaan.

“Ketika ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan pelbagai agensi telah ke lokasi perairan berkenaan,” kata Yusri.

Setakat jam 7 malam semalam (waktu Indonesia Barat), belum ada penyataan rasmi daripada Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) atau syarikat penerbangan Sriwijaya Air, berkaitan dakwaan nelayan berkenaan.

Sementara itu, Kompas.com melaporkan, Ketua Daerah Kepulauan Seribu, Djunaedi turut mengesahkan maklumat berkenaan.

Djunaedi berkata, kejadian itu disedari penduduk setempat yang kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa.

Baca Juga Di sini:

IKLAN

Gambar Di Lokasi Kemalangan Yang Tular, Jadi Petunjuk Kepada Keluarga Mangsa Nahas Helikopter

“Doakan Buat Mereka Yang Terlibat” Sharifah Shahirah Dengar Bunyi Dentuman Kuat

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.

Nelayan Mendengar Jeritan Meminta Tolong

“Dari penduduk setempat kita terima informasi nelayan tempatan melihat ledakan api.

“Ya saya dapat informasi dari nelayan ada orang yang minta tolong, ada ledakan api di sekitar Pulau Laki,” katanya.

Manakala TV One Indonesia melaporkan sebuah kapal peronda pemerintah menjumpai cebisan daging manusia di sekitar lokasi di mana pesawat itu dipercayai terjatuh.

IKLAN

Kapten kapal, Eko, berkata, mereka menuju ke lokasi berikutan laporan daripada nelayan tempatan yang mendengar bunyi letupan seperti guruh.

Temui Serpihan Daging Mungkin Tubuh Manusia

“Ada ditemui serpihan-serpihan dari daging, mungkin tubuh dari manusia,” katanya dilapor TV One.

Pesawat itu pada mulanya terputus hubungan setelah berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta pada Sabtu ketika dalam penerbangan ke Pontianak di wilayah Kalimantan Barat.

Pesawat jenis Boeing 737-500 itu dilapor membawa 62 penumpang termasuk lima anak kapal dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara selepas berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

Pesawat itu dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 jam waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

IKLAN

Serpihan Tubuh, Bangkai Pesawat Dijumpai Di Laut

Anggota badan manusia dan serpihan bangkai pesawat Sriwijaya Air yang terhempas semalam, ditemukan di di perairan berhampiran di sini.

Pesawat Boeing 737-500 dikatakan terhempas ke laut, kira-kira empat minit selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.

Punca nahas masih belum diketahui, ketika pihak berkuasa giat memfokuskan kepada usaha mencari dan menyelamat.

“Setakat pagi ini, kami menerima dua (beg) mayat, salah satunya adalah barang dipercayai milik penumpang dan satu lagi mengandungi anggota badan manusia,” kata jurucakap polis Jakarta, Yusri Yunus kepada MetroTV.

Penemuan itu ketika aset seperti kapal, helikopter dan pasukan penyelam dihantar ke lokasi nahas.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pada 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.

MW: Semoga keluarga mangsa pesawat Sriwijaya Air tabah menghadapi ujian berat ini. Memang sedih dengan tragedy yang berlaku, namun tentu sahaja apa yang berlaku ini miliki hikmah di sebaliknya.

Sumber: myMetro

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI