
Isi Kandungan
ToggleBenarlah bagai dikata, jika belum tiba masanya pasti ada sahaja asbab menghalangnya. Begitulah apa yang dilalui oleh seorang wanita dalam kemalangan semalam.
Pantang maut sebelum ajal, seorang wanita terselamat walaupun kereta tersepit antara treler dan lori.
Seorang Wanita Terselamat Walaupun Kereta Tersepit Antara Treler
Seorang wanita terselamat walaupun kereta dipandunya tersepit antara sebuah treler dan lori dalam kejadian di Pelabuhan Barat, Klang, Selangor, pada Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.10 petang, mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kenderaan jenis Hyundai Accent dipandunya remuk.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian berlaku apabila wanita tersebut yang berada di lorong kiri telah mengubah haluannya ke kanan secara tiba-tiba bagi mengelak sebuah lori yang rosak di lorong kiri.
Baca Juga Di sini:
Gadis Muat Naik Status Dipinang Dengan Kain Putih, Seakan Tahu Ajal Semakin Hampir
Motosikal Hilang Kawalan Selepas Bergesel Treler, Pelajar Kolej Meninggal Di Tempat Kejadian
Dijemput AJAL Ketika Mandikan JENAZAH, Pesara Kerajaan Meninggal Serangan Jantung
Pantang Maut Sebelum Ajal
“Tindakan tersebut menyebabkan kereta dipandu wanita berusia lingkungan 50-an itu bergesel dengan sebuah treler yang menuju di Pelabuhan Barat dari Shah Alam dan lori yang rosak itu.
“Kemalangan ini mengakibatkan kerosakan teruk pada kereta dipandu wanita berkenaan namun tiada kecederaan dilaporkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, dua buah kenderaan berat terbabit turut mengalami kerosakan di bahagian enjin dan beberapa bahagian lain.

Katanya, saman dikeluarkan terhadap pemandu wanita tersebut dalam kejadian itu. Kes diklasifikasi mengikut Rule 6(2) LN166/59.
MW: Tentu sahaja wanita ini bersyukur sangat biarpun kenderaannya teruk, dia masih selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Alhamdulillah…
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jeles’nya Suami Boleh Santai Tepi Kolam, Isteri ‘Bergelut’ 3 Anak Sampai Lupa Nikmat Makan

Isi Kandungan
ToggleBila suami yang outstation tiba-tiba kirim gambar menikmati semangkuk oden di tepi kolam renang, tiba-tiba isteri ini, Hazirah Maulana rasa tak keruan. Cemburu..
Jeles sungguh lihat suami boleh santai tepi kolam bebas dari hingar bingar anak-anak. Setiap minggu pula itu. Dia pula, struggle dengan tiga orang anak yang masih kecil itu sampai dah terlupa nikmat makan.
Sungguh! rasa itu bukan Hazirah seorang yang rasa. Ramai sebenarnya isteri yang alami rasa letih, penat, lelah sebegitu. Jangan dimarah isteri sebab itulah rasa yang tuhan anugerahkan untuk mereka.
Sebab biarpun kental jiwa, kudrat isteri itu terhad. Emosi isteri, tak selalunya tenang.
‘Jeles’nya Dengan Suami, Tiap Minggu Boleh Lari Dari Hingar Suara Anak
Lunch tadi suami hantar gambar dia makan oden family mart dengan tenang sambil menikmati swimming pool.
Aku? Tengah makan juga tapi sambil berhempas pulas layan 3 orang anak. Yang kecil tengah menangis minta didukung, 2 orang lagi tengah bergaduh berebut toys. Dah lupa apa itu nikmat makan.
Dalam hati. “Ya allah jeles nya dengan suami. Setiap minggu dia outstation jadi setiap minggu dia dapat lari seketika daripada hingar bingar suara anak anak. Nangis, jerit, gaduh mereka.”
Tapi aku? All the time dengan anak-anak. Kuali periuk belanga kain baju. Kerja yang tak pernah habis. Ada masa stress dan penat datang menjengah.
Bila rasa stress dan penat datang, mula lah benda kecil pun nak jadi besar. Mula lah mudah nak naik angin. Anak buat salah sikit jadi isu besar walhal selalunya handle anak anak bukan jadi isu besar pada aku.
Bila jadi macam ni selalu nya untuk aku refresh, aku perlukan ME TIME. Dan cara aku layan me time aku ialah dating dengan suami 2 ke 3 jam tanpa anak anak. Aku perlukan sokongan dan kasih sayang dari dia. Dapat sekejap pun jadilah. Kalau nak bersuka ria dan berhoney moon tanpa anak, memang tak sampai hati nak tinggalkan.
Syukur? Ya bukan tak syukur. Tapi aku juga manusia biasa. Ade mase aku rebah, ada ketika aku kuat.
Suami Jangan Cepat Melatah Bila Isteri Tiba-tiba Mudah Naik Angin
Pesanan buat para suami,
Kalau anda terlihat tetiba isteri mudah naik angin, mudah nak menangis, itu tanda dia betul betul perlukan sokongan dan bantuan dari anda.
Tak kira lah isteri itu suri rumah atau berkerjaya. Isteri juga manusia biasa. Ada kala dia jadi sangat kuat dan ada kala dia jadi sangat lemah seperti anak kecil. Si suami, ambil alih tugas jaga anak dan rumah buat seketika. Beri isteri QUALITY ME TIME. Bagi isteri tu buat apa yang dia suka tanpa apa apa gangguan.
Me time untuk isteri ni sebenarnya bukan semata mata untuk diri dia sendiri tapi kebaikan untuk anak-anak dan suami. Percayalah bila isteri dah dapat quality me time dia akan refresh energy dan kembali dengan senyum tawa dan gembira.
Tiada lagi marah.
Tiada lagi stress.
Tiada lagi mudah naik angin.
Tiada lagi emosi anak anak dan suami yang akan tercalar.
Hidup kembali bahagia. Aman dan harmoni. Tangisan jerit anak anak pun dapat dia handle dengan mudah. Masakan pula kembali lazat sedap dan menyengat.
Tapi andai si isteri itu rebah kembali, ulang kembali. Setiap isteri ialah manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesalahan. Tak lepas dari fitrah kehidupan.
Sebagai suami, anda perlu cakna dan sensitive dengan perubahan si isteri.
Aku,
suri rumah bersama 3 anak kecil
Bahagia dengan cara sendiri
P/s: Thank you husband. I love you. Counting days to 5 years of marriage

Resepi Oden Yang Menjadi Viral
Sebenarnya luahan Me Time Hazirah yang tiba-tiba jeles dengan suami menikmati oden tepi kolam dah viralkan makanan itu secara tak langsung. Ramai juga yang tertanya-tanya, resepi oden yang menjentik-jentik rasa itu.
Bila rasa penat itu dah hilang, bayangkan lah berpuluh oden isteri boleh layankan untuk suami.
Haa.. ini resepi oden yang Hazirah masak sendiri. Tak perlu beratur panjang dekat family mart.
Cara Buat Oden viral
- Lada kering dalam 10 batang
- Bawang besar sebiji
√ Kisar sampai lumat.
√ Panas kan minyak pastu tumis bahan kisar, masukkan serai, masukkan 1 senduk pes tomyam dan masukkan 1 kiub pati tomyam. Masukkan 5 cawan air dan biarkan mendidih.
√ Akhir sekali masuk lah segala steamboat yang korang ada.
Rujukan Bahan-bahan Oden




Boleh dapat kat pasar raya. Kite beli kat Maslee. Basuh dulu tau. Tak yah celur dengan air panas.

Sumber/Foto : Hazirah Maulana
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aku Terima Nikahnya..

Isi Kandungan
ToggleKetika isteri masih cinta, hatinya akan diserahkan sepenuh jiwa raga buat suami yang dinikahinya. Tapi, suami jangan sampai hati wanita ini pecah.. sebab untuk mencantumkan kembali retaknya akan ambil masa bertahun malah hampir tiada.
Luahan jujur Nur Mayani yang baru melalui episod perpisahan dalam hidupnya begitu dekat sekali. Pesannya ahar lelak lebih menghargai wanita dan ini alasannya.
Saat Kau Menikahi Seorang Wanita
Wahai Sang Suami…
Saat kau memiliki seorang wanita. Itu saat paling indah yang kau rasa. Indahnya, bukan hanya kerana dalam ramai-ramai lelaki, dia memilih kau sebagai suami. Indah yang sebenarnya kerana Allah mengizinkan kau, memberikan kau, memilih kau, menganugerahkan kau satu peluang yang sangat-sangat berharga. Peluang yang tak semua lelaki dapat rasa. Peluang yang sukar untuk kau bayangkan hingga terlaksananya penyatuan dua jiwa manusia.
Wahai Sang Suami…
Debar dan susahnya melalui saat akad nikah, itu sebenarnya debar dan cabaran kecil yang bermula. Selepas itu, sekeping jiwa milik seorang wanita kau perlu teroka. Lebih dan lebih lagi. Hingga satu saat kau rasa, wanita ini barulah aku betul-betul kenal dia setelah bertahun-tahun kau makan, tidur, makan dan mandi bersama.. Iya, setelah kau lalui hari-hari kau bersama dia.
Wahai Sang Suami…
Wanita ini makhluk pelik yang mudah. Makhluk unik yang istimewa. Makhluk kuat yang kadangnya lemah. Makhluk lemah yang kadang jiwanya lebih kental dari kau. Sepanjang hidup dengan dia. Kau perlu belajar banyak perkara.
Kau perlu belajar mengucapkan TERIMA KASIH, walaupun perut kau yang lapar hanya dihidangkan dengan telur goreng kicap dengan nasi panas. Ucapan terima kasih itu, akan menjadikan dia wanita terhebat di dapur. Saban hari, kau akan merasa satu usaha untuk dia menyampurnakan masakannnya.
Wahai Sang Suami…
Walaupun wanita itu terlalu berdikari. Boleh drive kereta manual ke sana ke mari. Sesekali, kau jadilah driver dia. Tanyalah ke mana dia mahu kau bawak dia ‘lari’. Genggamlah tangan dia. Jalan dan melewati suasana tenang yang akan membuatkan dia tersenyum dan hilang semua rasa sunyi.
Wahai Sang Suami…
Wanita ini budinya tak pernah dia minta untuk dibalas dengan duit berguni-guni. Cukuplah kau sebut apa yang telah dia korbankan dan cium dahi dia sebagai tanda kau menghargai. Sudah cukup untuk dia terus berada di sisi kau sampai mati.
Ucapkan, sebutkan setiap apa yang telah dia lalui dengan payah bersama kau dan iktirafkan dia sebagai teman sehidup semati yang paling kau kagumi. Kuat dan tabahnya dia memberikan kau inspirasi untuk menjadi suami yang paling dia sayangi. Paling dia cintai.
Wahai Sang Suami…
Walau penat kau melayan segala peel pelik dan jengkel sorang wanita, kau perlu belajar untuk mengambil sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar rahsia yang dia ada. Walaupun dia hanya menunjukkan handbag murah berharga RM 35 di Shopee. Dia takkan meminta dibelikan. Layani dia. Cukuplah kau kata handbag itu lawa jika dia yang bawa. Cukuplah kau kata; “Nanti kalau abang ada duit, abang belikan eh?” Itupun sudah buat dia tidur tak lena.
Wahai Sang Suami…
Jangan lupa untuk memuji-muji. Kecantikan dia, kenakalan dia, kecomelan dia, kegarangan dia, kepolosan dia, ketabahan dia, bakat dia, hanya kau sorang yang tahu dan rasa. Pujilah dia lawa dia antara semua wanita di dunia, walaupun dia ada jerawat penuh dia muka. Pujilah dia wanita terseksi walaupun dah beranak lima. Lemak-lemak degil penuh dipaha. Strech mark berselirat di merata-rata. Siapa lagi yang paling lawa untuk kau kalau bukan dia?
Wahai Sang Suami…
Jiwa sorang wanita Allah jadikan cukup kuat. Kental. Tabah. Tapi, percayalah, hanya kau yang tahu saat bila dia rebah. Saat bila dia lemah. Saat bila dia perlukan pelukan hangat dan kata-kata semangat. Cukuplah kau hanya dakap dia dan kata; “Syutttt…Syuttt…Dah jangan sedih. Abang ada dengan sayang.” Segala rabak, segala luka, segala apa yang menoreh hatinya, akan segera sembuh. Akan segera tercharge tenaganya.
Wahai Sang Suami…
Walau macam manapun kau busy. Cari dan curilah masa untuk kau jadi boyfriend yang selalu merindui. Selalu menemani. Walaupun hanya sempat whatsapp kata, “Abang rindu sayang sangat-sangat”. Itu memadai dari kau bertahun-tahun membiarkan dia sepi. Sunyi.
Wahai Sang Suami…
Aman manapun sebuah hubungan. Dia wanita akan banyak melakukan kesilapan. Dia takkan terlepas melukakan kau. Menyakiti kau. Tapi, kau adalah Imam yang mengimamkan dia dalam semua benda. Bermula dari solat hinggalah bagaimana untuk membahagiakan. Jika kau selalu menunjukkan ego. Jika kau paling kedekut untuk mengucap maaf. Kau juga akan kehilangan seorang wanita yang lembut hatinya. Kau juga akan melahirkan seorang wanita degil yang hilang hormatnya.

Wahai Sang Suami…
Betapa seorang wanita itu memerlukan kau untuk menjadi pelindung. Sekecil-kecil aduan yang dia luah hingga sebenar-besar perkara yang dia adukan. Dia perlukan pembelaan. Kau perlu jadi peguam bela yang adil dan bijak.
Supaya hati kecilnya takkan merasa betapa suaminya mengabaikan perasaan kecil hati yang dia rasa dan membiarkan dia menelan segala pedih keseorangan. Kerana kau lelaki sering mengabaikan aduan yang melibatkan keluarga kau yang tercinta.
Kau akan pekakkan telinga, butakan mata dan kau fikir isteri kau kebal untuk berdepan dengan segala luka. Kau lupa, lupa untuk belajar menjadi seorang pembela. Sedangkan kau yang paling kenal dia.
Wahai Sang Suami…
Kegagalan seorang lelaki, bukan bila dia gagal untuk menjadi seorang lelaki yang berjaya dari segi kerjaya, cita-cita, gagal untuk sediakan rumah mewah untuk isteri tercinta, gagal untuk beli kereta besar selesa, gagal untuk bawa isteri kau melancong satu dunia.
Kegagalan kau yang paling nyata. Bila, bertahun-tahun kau hidup bersama dia. Tetapi kau tak pernah berjaya menyelami ke ruang paling indah di dalam jiwanya.
Sumber/Foto : Nur Mayani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Tempat Ini Buat Wajah Isteri Berseri-seri, Bahagia Macam Baru Balik Melancong

Isi Kandungan
ToggleRupanya ada 5 tempat istimewa yang akan buat isteri anda bahagia dan tenang hatinya. Nanti wajah isteri boleh jadi berseri-seri macam bari balik dari melancong.
Tak percaya? Cuba hadam perkongsian Dr Taufiq Razif ini. Salah satu yang paling buat suami ini musykil bila mana balik kerja pun isteri boleh rasa bahagia sungguh. Haa.. rupanya ada sebabnya.
5 Tempat Ini Buat Wajah Isteri Berseri-seri
Saya duk perhati lama dah isteri saya ni. Kalau balik je daripada 5 tempat ni mesti wajah dia berseri seri macam baru balik melancong :
1. Kedai 2 ringgit
2. Kedai jual tudung
3. Masjid atau tempat usrah
4. Guardian
5. Balik dari tempat kerja
Yang no 1 hingga no 4 tu saya faham lagi la. Yela, Me Time dia la kan. Cuma yang no 5 tu saya pelik. Isteri saya ni doktor kat Klinik Kesihatan. Kerja bertimbun. Pesakit ramai. Beban kerja pun boleh tahan banyak.
SELALU JE MENGELUH PENAT tapi kadang-kadang tu dia balik dengan wajah ceria macam baru balik honeymoon.
Haisshhh! tak boleh jadi ni. Curiga la jugak kan.
“Baik sayang jujur. Ada benda sayang tak bagitahu abang kan?”
Dia tersenyum sambil buka mulut..
“Abang bagus tau beli mainan anak. Bagus untuk pendidikan. Pastu tudung ni kan macam makcik makcik la. Cantik kan tudung baru ni kan….bla bla bla ” ( panjang sungguh ceritanya sebab isteri saya ni ekstrovert sikit )
Ya Rabbi. Patut la muka berseri bila balik kerja rupanya masa orang tengah rehat dia pi shopping kat shopee.
Kalau Rezeki Macam tersekat, Cuba Periksa Ada Tak Salur Ke Anak Isteri
Itulah isteri kita ye wahai bapak bapak yang mulia. Ada masa kita kena tegas, ada masa kita kena manjakan dia.
Kita ni ibarat pemburu yang mencari hasil buruan. Siapa lagi nak makan hasil buruan kita kalau bukan pasangan hidup kita kan?

Tu la kenapa saya selalu kata kalau rezeki kita sendat dan macam tersekat, cuba periksa diri kita. Mungkin kita terlupa nak salurkan rezeki kita pada anak dan isteri kerana rezeki mereka ni Allah salurkan melalui tangan tangan kita.
KITA TAK SALUR, BAGAIMANA KITA NAK ALLAH HULUR?
Sampai Sekarang Tak Pandai Membeli Di Shopee Tapi Kebanyakan Duit Saya Ada Kat Dalam Shopee.
p/s : Saya tak berkira dengan isteri pun sebab dia tak pernah berkira dengan saya. Sabor je dia kalau saya tengah sibuk.
Dr Taufiq Razif juga berkongsi ilmu mendidik anak di Telegram miliknya : t.me/NotaTaufiqRazif
Sumber/Foto : Taufiq Razif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI