Suami YouTuber Masakan Terkenal Direman Tiga Hari, Dipercayai Cederakan Isteri

Macam mana baik pun suami, tapi bila sampai tergamak berkasar dengan isteri, tetap ianya satu kesalahan yang susah untuk dimaafkan. Hari ini, suami YouTuber masakan terkenal berusia 29 tahun, ditahan reman selama tiga hari oleh Makmahah Majistret Ipoh.

Dikatakan bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya berusia 28 tahun mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

Suami isteri itu dikatakan bertengkar di perkarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh semalam.

Suami YouTuber Bawa Senjata Sabit

Suspek dalam keadaan marah malah mabuk, membawa senjata sabit. Dia mencari isteri dan adik iparnya. Bagaimana pun, dia tak dapat bertemu adik iparnya itu. Ia menyebabkan suami YouTuber itu memukul isterinya.

IKLAN

Kejadian yang berlaku jam 5.54 petang itu juga dilihat oleh seorang jururawat yang ternampak lelaki mabuk dengan memegang sabit cuba masuk ke salah satu wad hospital berkenaan.

Baca sini : 4 sebab kenapa tak perlu tayang bahagia di media sosial, sila hadam.

Perselisihan Faham Ahli Keluarga Jadi Punca

Dipercayai, pasangan itu bergaduh disebabkan masalah keluarga. Berpunca selepas mangsa tak menyebut nama suaminya dalam satu anugerah baru-baru ini.

IKLAN

Pergaduhan berlarutan sampai keesokan hari (semalam), dan itu yang membawa nya ke hospital mencari adik isterinya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Dan masih menjalankan siasatan lanjut ke atas kes yang berpunca dari perselisihan faham ahli keluarga ini.

IKLAN

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

MW : Sungguhlah! arak itu memang boleh buat orang hilang kewarasan diri, dan tergamak buat macam-macam benda tak baik dekat orang yang dia sayang.

Sumber/Foto : Harian Metro, Sinar Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI