Ternyata kehilangan anak bagi seorang ibu bukanlah ujian yang ringan. Mengandung, melahirkan dan belum puas mengecap bahagia anaknya pergi dahulu buat selamanya.

Sudah tentu kejadian ini memberi tamparan hebat pada ibu, berat mata memandang, berat lagi bahu si ibu yang memikul.

Oleh itu, janganlah dikecam jika anda di luar sana tidak mengetahui keadaan sebenar, hentikanlah perkara-perkara yang mampu menggguris perasaan keluarga bayi ini terutamanya ibunya.

Namun ternyata ibu ini cukup kuat, “Saya maafkan semua, biarlah saya seorang saja yang tanggung peritnya hilang seorang anak!”. Dia telah memaafkan warganet yang membuat tuduhan melulu padanya tanpa usul periksa.

“Saya Maafkan Semua, Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak!”

Anak Sihat Ketika Dihantar, Maafkan Semua

“Dua hari sebelum (kejadian), saya ada bawa bayi ke klinik dan setelah diperiksa, doktor memberitahu bahawa bayi saya okay sahaja, tak ada yang merisaukan,” kata Sofiarti Oktarina Yulizar, 28, menerusi status Facebook mengenai bayinya berusia empat bulan yang sebelum ini dilaporkan meninggal dunia di rumah pengasuh di Presint 9, Putrajaya, kelmarin.

Sofiarti berkata, anak lelakinya, Muhammad Rauf Iman Ahmad Rabbani masih sihat dan aktif serta hanya selsema biasa ketika dibawa bertemu doktor itu, dua hari sebelum dihantar ke rumah pengasuh.

“Dalam laporan polis pun tiada kenyataan daripada pengasuh yang menyatakan bayi saya demam atau selsema. Bahkan pengasuh melaporkan bayi dihantar dalam keadaan sihat walafiat sahaja.

IKLAN

“Hal sekecil seperti ini boleh berlakunya salah faham antara saya dan pengasuh, apa lagi bila anda (warganet) melemparkan kata-kata yang tak sepatutnya pun diucapkan kepada kami insan yang sedang ditimpa musibah.

“Yang seharusnya kami dapat hanya doa dan kekuatan dari anda semua,” katanya dalam hantaran itu.

“Saya Maafkan Semua, Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak!”
Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak

Menurut Sofiarti Oktarina, selepas kejadian berkenaan, dia dan pengasuh tiada dendam dan yakin individu terbabit menyayangi seperti anaknya sendiri.

Malah beliau juga memaafkan warganet yang memberi pendapat serta kecaman di dalam sosial media.

“Saya maafkan anda semua dengan hati yang lapang. Andai diizinkan biarlah saya seorang sahaja yang menanggung peritnya kehilangan seorang anak yang sangat dicintai.

IKLAN

“Kerana peritnya tu tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Semoga anda semua tak akan lalui apa yang saya lalui sekarang,” katanya.

Baca Juga Di sini:

Niat Ke Rumah Saudara Tidak Kesampaian, Kanak-kanak Meninggal Dirempuh Ketika Melintas Jalan

Anak Meninggal Selepas 10 Jam Dalam Kereta, Sepatutnya Mangsa Dihantar Ke Rumah Nenek

IKLAN

Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Bayi Meninggal Di Rumah Pengasuhs

Sebelum ini media melaporkan seorang bayi empat bulan meninggal di rumah pengasuhnya yang baru dihantar untuk penjagaan kira-kira dua minggu lalu.

Pengasuh berkenaan sedar bayi itu sudah meninggal dunia selepas cuba mengejutkan bayi itu bangun dari tidur namun tiada sebarang tindak balas.

Berikutan itu, pengasuh berkenaan terus menghubungi ibu bayi berkenaan dan pihak hospital untuk tindakan lanjut.

“Saya Maafkan Semua, Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak!”
.

MW: Semoga ibu muda ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang. Memang tak mudah seorang ibu menerima kehilangan seorang anak, namun apa dayanya untuk menolak Ketentuan takdir Allah SWT.

Sumber: Facebook Sofiarti Oktarina, myMetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI