
Orang cakap, mak ayah boleh jaga anak 10 orang tapi anak belum tentu dapat menjaga mak ayah seorang. Pernah terfikir tak, mak-mak zaman dulu mampu menjaga anak yang ramai. Kalau nak marah anak pun ada caranya. Sebab itu semua anak ‘menjadi’.
Berbanding dengan sekarang, ada mak-mak yang mengeluh panjang bila bercerita tentang anak yang tak dengar kata dan melawan. Itu baru seorang, bagaimana kalau anak ramai. Mahunya mak jadi tarzan marah anak masing-masing.
Kalau nak bercerita tentang kenakalan dan kedegilan anak, masing-masing ada peelnya. Cuma mak ayah saja perlu sabar dan kena tahu cara untuk tanganinya.
Bila difikirkan logik, semakin mak-mak menjerit, rasanya makin anak kuat melawan dan keras hati. Nak anak lembut hati dan dengar kata, kita sebagai mak ayah tilik dulu perangai kita. Sebab kitalah, cerminan hidup anak-anak.
Perkongsian daripada Mohammad Yaakub Yusra ini boleh dijadikan panduan buat mak ayah di luar sana dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Tak Suruh Ikut Tapi Anak MESTI Tiru, Tunjuklah Yang Baik-Baik
Doa Ibu Mustajab, SEBUTLAH NAMA Anak Satu Persatu Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat
Info Lebih Menarik DI SINI
Marah Anak, Jangan Jerit
ANAK HATI KERAS MUNGKIN SEBAB KITA!
Anak-anak ini, biasanya dia selalu ikut perangai mak ayah dia.
Kalau kasar mak ayah, kasarlah anak itu. Sebab itu, depan anak tunjuklah tauladan yang baik.
Jika anak lasak dan buas, macam mana nak tegur? Tak perlulah nak jerit-jerit. Ini caranya.

Mudah-mudahan, cara ini dapat melembutkan hari anak-anak.
MW: Kalau kita tengok, cara mak ayah dulu dan sekarang didk anak cukup berbeza. Memanglah kadang-kadang perangai anak menguji kesabaran mak ayah. Cuma kita kena tahu cara nak tangani dan cara inilah boleh mendidik anak kita juga.
Sumber: Mohammad Yaakub Yusra
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Pesan, “Pintu Rezeki Luas Bila TAK BERKIRA, Bersedekah Pada Keluarga, Adik Beradik”

Isi Kandungan
ToggleDalam hidup kita, apa-apa mesti rujuk pada mak. Apa pun mak pesan akan terpahat dalam diri dan dijadikan peringatan untuk kita sebagai anaknya.
Tak kiralah apa jua yang mak pesan, baik dalam sehari-hari, nasihat atau pun teguran. Bila kita dengar dan ikut, ia akan mempermudahkan kehidupan kita. Sebab tu orang cakap jangan sesekali melawan atau tidak endah teguran mak. Ingat, mulut mak ini ‘masin’.
Begitu juga bila kita dalam kesusahan atau kegembirana, maklah orang yang pertama akan kita beritahu. Panduan dan mak pesan sebelum inilah memnjadikan kita berjaya hari ini.
Bercerita tentang rezeki, keberkatan dan apa juga yang anak-anak masalah, maklah tempat kita merujuk. Mak pesan berkali-kali tapi kita sebagai anak tak dengar. Bila berlaku apa-apa barulah terfikirkan.
Jangan begitu. Nak hidup berkat dan bahagia dunia akhir jadilah apa yang mak pesan ini sebagai ingatan dan panduan untuk kita sebagai anak sampai bila-bila.
Inilah yang dikongsikan oleh Abu Hurairah tentang apa yang dialami dan dijadikan ingatan untuk dirinya. Mungkin boleh dijadikan panduan buat orang lain juga. Apa jua yang kita hadapi sama ada kesempitan dalam mencari rezeki dan sebagainya, ingatlah pesan mak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Hebat Dan Berjayanya Anak Sebab BERKAT DOA Mak Ayah, Hargai Mereka
Bila Mak Ayah Tiada, Hilanglah Sumber Doa Mustajab, Jangan Jemu Berdoa Untuknya
Info Lebih Menarik Lagi DI SINI
Pesan Mak Jadi Panduan
Ada satu masa, saya buntu nak cari duit macamana.
Anak dari seorang, dah bertambah dan sekarang empat.
Kos sara hidup yang makin meningkat, amat memeritkan.
Setiap pagi sampai migrain memikirkan semua. Tak tahu dah buat apa.
Satu hari, saya telefon mak. Saya mengadu tentang hal ini. Saya seperti tak tahu dah nak buat apa.
Mak pesan begini,
1. Rezeki Allah ni, dia seluas bumi Tuhan yang kita duduk ini. Kalau kita lihat tingginya langit, begitulah rahmatNya yang luas.
Kalau kita lihat tanah dan bukit serta gunung ganang yang besar, begitulah juga banyaknya rezeki yang Tuhan akan beri. Maka, jangan merungut. Jangan putus asa.
2. Sedekah, akan membuka banyak pintu rezeki. Cari orang sapu sampah.
Pergi ke tempat berkumpulnya sampah, pasti ada orang tengah mencari rezeki di situ. Bagi dia makan. Bagi dia walau RM10. Lihatlah Allah balas macamana nanti.
3. Jangan berkira dalam rumahtangga.
Siapa ada rezeki lebih, hiburkan pasangan. Hiburkan anak-anak. Mereka itu semua sumber keberkatan dalam rezeki kita. Tak boleh bagi harta, bagi jiwa. Bagi bahagia. Kongsikan semua itu dengan anak-anak dan pasangan.
4. Pilih satu hari, transfer je berapa nak bagi. Ada simpan nombor akaun mak ayah, simpan nombor akaun adik beradik kan? Walaupun ada baki RM5? Transfer je.
Ikutlah berapa rasa yang mampu. Contohnya hari jumaat je transfer pada sesiapa, niat sedekah. Itulah yang akan menambah bekalan dan kekuatan pada diri.
5. Jagalah sembahyang di awal waktu. Di atas waktu. Belajar tinggalkan dunia dan utamakan Tuhan dalam setiap hal. Semuanya bermula dari sembahyang. Pertahankan sembahyang berjemaah. Itulah kekuatan bagi yang lemah.
Akhirnya, saya buat semua ini setiap masa dan waktu. Saya usaha dan paksa diri untuk mencuba. Kadang, hingga merangkak nak lawan nafsu dan sifat malas.
Hinggalah, Allah tunjukkan kasih sayangNya. Dengan jualan ribuan di setiap bulan.
Allahuakbar!
Di penghujung jalan buntu dan tak tahu itu, rupanya adalah jalan pembuka bagi semuanya.
Allah mudahkan satu-satu.
Mula bagi satu, dua hingga beribu. Allah nak kita belajar satu.
Namanya percaya. Percaya itulah kekuatan dan memberikan kita power untuk melangkah lebih jauh.
Untuk dapat sesuatu, kita wajib memberi dahulu. Itulah yang Allah mahu.
Benarlah. .
#sweeterapi
Mingguan Wanita : Ingat pesan mak, inilah keberkatannya.
Sumber: Abu Hurairah Roslan
Baca Menarik Lagi DI SINI: Walaupun Mak Garang & Suka Bebel, Tapi Setiap Anak Sentiasa Dalam Doanya
Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
TERBARU!!!
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Datuk Ustazah Norhafizah Musa Kongsi 3 Cara Tangani Anak Bermasalah Yang Selalu Buat Mak Ayah Menangis!

Isi Kandungan
ToggleProses mendidik dan membesarkan anak-anak sememangnya penuh dengan cabaran dan dugaan.Dalam ramai anak-anak, pasti adanya seorang dua yang boleh membuatkan mak ayah menangis dengan perangai mereka yang bermasalah. Menerusi perkongsian oleh pendakwah Datuk Ustazah Norhafizah Musa didalam Forum Perdana Keluarga SAKINAH terdapat 3 cara bagi menangai anak-anak yang bermasalah ini.
Berikut antara intipati perkongsian ringkas tersebut;
“Bila cakap pasal anak-anak, kadangkala kita kita tak sentuh secara detail anak-anak yang kita anggap bermasalah. Anak yang selalu buat kita menangis. Ada tak dikalangan anak-anak, seorang dua yang selalu buat hati kita menjerit? Ada atau tidak. macam mana nak buat dengan anak-anak ini?Jika dibiarkan ia akan menambah statistik-statistik gejala sosial yang lain.Jadi anak-anak yang selalu kita kata buat kita menangis harus ditangani.”
Tangani dan pertimbangkan anak-anak yang bermasalah dengan cara ini:
1. Jangan Buang Anak-Anak Daripada Hati Kita
Jangan sampai kita kata “dahlah biarlah dia, lantak dialah.. mak dah tak fikir pasal dia, dia nak jadi apa dia punya pasal. Mak dah redha dah dia jadi apa pun.Ini semacam ayat yang menafikan anak ada dalam hati kita.Kalau seorang ibu dan ayah dah buang anak dia, fikirlah siapa nak sambut anak itu. Malah lebih dasyat anak-anak yang ibu ayah telah dibuang dari hatinya, berpontensi untuk mendapat laknat daripada Allah, sebab ibu bapa tidak bersedia untuk meletakkan anak dalam hati lagi.
Selagi mana anak masih ada ruang dihati kita, percayalah insya allah dia ada peluang untuk berubah dan jadi anak yang soleh. Doa mak ayah adalah doa yang mustajab cuma prosesnya kita perlu laluinya dengan tenang.
2. Sebelum Mengubah Anak-Anak Dekati Mereka
Dekatilah anak-anak dahulu sebelum mengubahnya.Mendekati anak-anak lebih besar daripada mengubahnya.Mengubah akan datang bilamana kita mendekati mereka.Tengoklah anak, peganglah tangan anak-anak, duduk sebelah anak, perhatikan dia ketika tidur. Insya allah jalan untuk berubah akan ada.Dekatilah anak itu.
3.Sesuaikan Harapan Munasabah Buat Anak
Anak yang bermasalah sesuaikanlah dengan harapan munasabah yang realistik. Contohnya jika anak kurang cemerlang dalam akademik, jangan harapkan anak boleh ambil bidang sains, jadi doktor pakar.
Sebaliknya sesuaikan dengan harapan seperti insya allah mak harapkan kamu jadi anak yang berguna, ada kemahiran, boleh jaga diri sendiri, boleh cari nafkah sara hidup, bila dah kahwin boleh jaga anak orang dengan baik, boleh anak-anak dengan baik dan boleh jaga adik beradik. Sesuaikan keutamaan dengan lebih baik.

Bila kita dah tua, lihat pengalaman orang lain.Susah untuk mendapat komitmen daripada anak yang sudah berjaya.Cuba pandang masa depan yang jauh, mungkin anak-anak yang kurang bijak inilah yang akan menjaga diri kita bila dah tua. Berlemah lembut dengan anak-anak yang bermasalah, Insya allah anak kita akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Semoga bermanfaat!
Sumber:Forum Perdana Keluarga SAKINAH
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Kita Dah Meninggal, Nak Anak-anak Ingat Maknya Jenis Macam Mana?

Isi Kandungan
ToggleNak mendidik memang tak mudah, silap gaya mungkin anak-anak langsung tak rasa rindu pada mak ayahnya.
Ini bukan dikira bila mak ayahnya sudah tiada tetapi nampak jelas sesudah anak-anak berumah tangga dan ada kehidupan sendiri.
Kalau berjaya mendidik, anak-anak tak lupa mudah apa yang pernah dia lalui sepanjang zaman anak-anaknya.
Sebab itulah pentingnya cara mendidik anak-anak, seperti yang ditekankan dalam perkongsian Puan Farhana Muhammad, sedikit ilmu yang diperoleh daripada Ustazah Norhafizah Musa, betapa pentingnya mencipta teladan yang baik depan anak-anak.
Gambaran Yang Baik Untuk Anak-anak
Bayangkan macam mana kita melihat mak kita sendiri. Dari kita kecil lagi, kita boleh nampak gambaran mak ayah kita.
Kata ustazah, mak ustazah memang sangat rajin baca Al-Quran. Ia dipuji oleh suaminya. Ayah ustazah selalu puji mak ustazah depan anak-anak tentang Al-Quran.
“Abah berterima kasih kepada mak kerana mak telah memberikan penekanan Al-Quran kepada anak-anak sejak kecil lagi.”
Ustazah cakap, dari sekarang dia boleh bayangkan mak mereka macam mana. Dari usia 4 tahun, balik tadika mak akan suruh baca Al-Quran. Lepas Asar, baca Al-Quran. Lepas Maghrib, baca Al-Quran. Lepas Isyak, baca Al-Quran. Bukan disebabkan murid yang rajin, tetapi gurunya yang rajin.
Lepas Subuh, mak tak buka telekung. Mak cuma lilit telekung ke belakang untuk siapkan anak-anak ke sekolah. Di anjung masih kelihatan sejadah masih terbentang (dari Subuh lagi) bersama Al-Quran dan bantal (tempat letak Al-Quran). Masa kecil ustazah tidak faham kenapa mak tidak simpan sejadah. Lepas anak-anak berangkat ke sekolah, mak kembali mengaji di sejadahnya. Kemudian solat sunat dua rakaat. Selesai semua itu, barulah mak buka telekung dan sambung kerja yang lain.
Bila ustazah dewasa, baru ustazah faham apa yang mak buat. Jumpa sebuah hadith, “Barangsiapa solat Subuh berjemaah di masjid, diikuti dengan zikrullah sehingga matahari naik (waktu syuruk), lepas 15 minit solat sunat Isyraq 2 rakaat. Barangsiapa melakukan sedemikian, maka untuknya pahala haji dan umrah sempurna.”
Kata ustazah, mak tak pernah ajar semua itu. Gambaran yang mak titipkan ke dalam memori kita sejak kecil lagi. Apabila sudah besar, baru terjawab. ‘Patutlah mak tak buka telekung selepas Subuh.’
‘Mak rajin sungguh baca Al-Quran.’
‘Bibir mak tak putus dengan zikrullah.’
Sekarang cuba bayangkan, apa yang anak kita bayangkan tentang kita?

Jangan sehingga kita sudah meninggalkan dunia ini, jam 2 petang hari Sabtu, boleh anak kita cakap mengenai kita, “Ni kalau ada mama ni, sama-sama tengok Hindustan dengan mama ni.”
Bila tengok cerita korea, anak teringat akan mamanya yang teresak-esak setiap kali menonton cerita korea.
Agak-agak apa bayangan anak kita apabila kita sudah meninggal?
Mama yang kuat tidur? Mama yang kuat makan? Mama yang suka marah? Atau.. mama yang suka sujud? Mama yang kuat ibadah? Mama yang kuat doa? Mama yang mulia akhlaq?
Apa Yang Anak-anak Akan Ingat Tentang Mak Ayah
Hari ini kita ‘tolong’ bayangkan apa yang anak-anak kita bayangkan mengenai kita nanti. Apabila kita sudah memikirkan sedemikian, bermakna kita sedang mempersiapkan diri untuk qudwah hasanah anak-anak. Jika kita tidak buat sekarang, anak-anak kita tidak ada bayang tentang semua itu.
Tonjolkan diri kita sekarang supaya kita menjadi aura, qudwah kepada anak-anak. Pertontonkan kepada anak-anak macam mana menjadi soleh dan solehah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI