Take off & landing, juruterbang hanya ada masa 4 minit kendali pesawat. Selamat atau terhempas. Kala ini Nepal berduka dengan tragedi terhempasnya pesawat ATR-72 yang mengorbankan seramai 68 orang dari 72 penumpang  dalam nahas yang berlaku dua hari lalu.

Dalam insiden yang tular di media sosial, rakaman video akhir dari seorang penumpang Sonu Jaiswal, 29 memaparkan bandar pelancongan Pokhara sebelum situasi mula memburuk dan kedengaran bunyi bising sebelum penstriman langsung di fb itu terputus.

Nahas udara itu juga ­disifatkan paling buruk ­pernah berlaku di Nepal sejak tiga dekad lalu  di mana pesawat ini  terhempas ketika cuba mendarat di bandar pelancongan Pokhara selepas berlepas dari Kathmandu.

Rakaman dari telefon bimbit menunjukkan pesawat ini terbang rendah, mulai terbakar sebelum hilang kawalan dan menjunam ketika menghampiri lapangan terbang di Pokhara.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Sriwijaya Air Terhempas Selepas 4 Minit Berlepas, Serpihan Tubuh, Bangkai Pesawat Dijumpai Di Laut

Sedih… Baru 13 Minit Berlepas, Pesawat Lion Air Disahkan Terhempas

Pilot Ini Kongsi Tip Elak Naik ‘Flight’ Lewat Petang Jika Takut Melambung Dalam Pesawat Akibat ‘Turbulence’   

Pemergian Juruterbang Sriwijaya Air Amat Dirasai, Kapten Afwan Kuat Beribadat, Selalu Bagi Nasihat

Ekoran kes melibatkan pesawat ini, Kapten Mohd Ezairul Rezan Zainol berkongsi masa penting iaitu 4 minit bagi seorang juruterbang untuk memastikan pesawat selamat ketika berlepas dan mendarat atau terhempas ketika dikendalikan.

Ini perkongsiannya.

Dalam kelas kau pagi tadi ada satu video yang aku lihat berkenaan dengan isu “safety and aircraft incident”.

IKLAN

Yang menarik adalah kata-kata salah seorang “Ex pilot” dalam video tu.

“Actually pilot’s was really at works for about 4 minute only, other than that the autopilot fly the aircraft by itself”.

Dan kebetulan pula ada soalan yang aku baca di ruangan komen bertanyakan soalan ini.

“Saya pernah diberitahu oleh bekas kakitangan MAS, pesawat adalah pengangkutan paling selamat di dunia. Tetapi saat paling bahaya adalah waktu take off dan touch down. Mohon penerangan tuan tq”.

Ok ini adalah jawapan saya.

Memang benar, saat paling bahaya bagi setiap pesawat adalah ketika waktu “Take Off & Landing”. Inilah maksud sebenar “Ex-pilot” dalam video itu tadi.

Banyak kemalangan melibatkan pesawat adalah ketika waktu pesawat baru berlepas atau ketika hendak mendarat.

Waktu tersebut adalah sangat “crucial” bagi pilot kerana apa-apa kecemasan yang berlaku ketika waktu tersebut hendaklah ditanggani dengan serta merta dan betul.

IKLAN

Sebarang kelalaian, ketidakcekapan atau kelewatan pilot menanggani masalah tersebut pada ketika itu akan menyebabkan “disaster”.

Take Off & Landing, Juruterbang Hanya Ada MASA 4 MINIT Kendali Pesawat. Selamat Atau Terhempas
Penumpang ini sempat membuat penstriman langsung di fbnya sebelum pesawat terhempas dan dirinya terkorban sama.

Ini adalah kerana masa yang pilot ada untuk berfikir dan bertindak adalah sangat pendek dan terhad.

Jika pilot terkejut dan tergamam.

Pesawat terhempas!

Jika pilot lambat ambil alih dan buat pembetulan. Pesawat terhempas!

Dan jika pilot tersalah tekan “button” atau “tools” berkaitan.

IKLAN

Pesawat terhempas!

Pilot takde masa nak parking dulu tepi jalan, hisap rokok sebatang dan fikir apa nak buat seperti kebiasaan lelaki ketika memandu kereta.

Nyawa kru, anak kapal dan penumpang berada d itangan pilot!

Ambil kes yang terjadi baru-baru ini di Nepal. ATR-72 lagi 10 saat nak mendarat tiba-tiba melencong ke kiri, terjunam dan terus terhempas ke bumi.

Lagi 10 saat tu bermaksud pesawat berada di bawah 1000 kaki sahaja dari paras laut. Dah rendah sangat.

So, dalam kes di Nepal itu jika dilihat dari video yang viral, aku rasa dalam 3 ke 4 saat saja masa yang diambil untuk pesawat itu terhempas dan berkecai.

Tak sempat nak buat apa-apa, mungkin hanya mampu menyebut Allahu Akbar sahaja.

Harap belajar sesuatu dari perkongsian ini.

#MerzFB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
RUMAH SEJADAH AZZA ELITE

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI