Lazimnya, uniform kru kabin wanita yang bertugas di syarikat penerbangan akan kelihatan terdedah, menampakkan susuk badan dan tidak dibenarkan memakai tudung.

Namun, berita baik buat kru kabin wanita yang bertugas di awan biru dibawah syarikat penerbangan British Airways kini tampil lebih sopan. Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, British Airways mula memperkenalkan pakaian seragam baharu dengan menyertakan pilihan tunik dan tudung untuk kru kabin wanita sebagai pilihan pertama atau ‘airlines first’.

Dalam pengenalan pakaian seragam baharu itu, kru lelaki mempunyai pilihan memakai sut (three-piece suit) manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar bukan sekadar jumpsuit.

Uniform Baharu British Airways, Pertama Kali Benar Kru Kabin Bertudung

Projek Pereka Fesyen Britain, Ozwald Boateng

Rombakan pakaian seragam syarikat penerbangan itu adalah hasil projek selama lima tahun oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng dan sebelum ini ditangguhkan selama dua tahun disebabkan pandemik COVID-19.

Uniform Baharu British Airways, Pertama Kali Benar Kru Kabin Bertudung
Pereka Fesyen Britain, Ozwald Boateng

Justeru, setiap anggota 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat penerbangan itu akan dilihat dengan pakaian seragam baharu, yang bermula dengan jurutera dan pengendali darat, menjelang musim panas.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle, berkata pakaian seragam mereka adalah representasi ikonik jenama penerbangan itu, yang akan membawa ke masa depan.

“Ia mewakili yang terbaik dari zaman moden Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan asli British yang hebat untuk pelanggan kami,” katanya.

Lambang Jati Diri Negara

Beliau berkata, sejak awal penghasilan pakaian seragam itu adalah mengenai jati diri negara.

“Kami mahu mencipta koleksi seragam yang boleh bangga dipakai oleh orang kita dan dengan bantuan lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin bahawa kami sudah menyampaikannya,” katanya.

“Apabila menyarung uniform baharu ini, pekerja syarikat penerbangan ini juga akan mengitar semula atau menderma pakaian lama mereka, yang diperbuat daripada kira-kira 90 peratus campuran fabrik poliester kitar semula.

“Lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian, dan membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam mengikut masa,” katanya.

Uniform Baharu British Airways, Pertama Kali Benar Kru Kabin Bertudung

Boateng yang mereka cipta pakaian itu dikatakan sangat berhati-hati dalam mencipta koleksi unik berkenaan dan mendapat inspirasi daripada syarikat penerbangan dan kakitangannya sendiri.

Corak gelombang udara yang ada pada jaket, kemeja-T, butang, dan tali leher diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.

Semua pakaian disesuaikan dengan menampilkan fabrik jenis jacquard serta menepati ikon ‘speedmarque’ ikonik syarikat penerbangan itu.

Uniform Baharu British Airways, Pertama Kali Benar Kru Kabin Bertudung

Mesti Baca:Lebih Selesa & Sopan, Syarikat Penerbangan Ukraine Perkenal Pantsuit, Kasut Sneaker Untuk Pramugari!
Baca Lagi Di Sini:Mulianya Hati Pramugari, Sanggup Menyusukan Bayi Menangis Kehabisan Susu Formula Dalam Pesawat!
Artikel Menarik:3 Tahun Jadi Pramugari, Hilang Kerja Kini Jual Tong Gas

Mingguan Wanita: Tahniah British Airways atas uniform baharu ini. Pastinya membuatkan kru kabin tampak lebih sopan dan selesa.

Sumber:Bharian, Daily Mail

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI