Wanita kongsi kenapa masih ke Starbucks, dakwa pekerja Melayu diarah Unpaid Leave susulan boikot.
Ketika ini rakyat Malaysia bagaikan bersatu hati. Tidak lagi mengunjungi beberapa premis kedai makanan segera dan kopi berjenama Starbucks susulan bedilan Zionis ke atas rakyat Palestin.
Boikot ini jelas ketara di mana kedai-kedai yang menyokong Zionis secara terus ini didapati kosong sehingga ada mendakwa jualan merudum dan pekerja terpaksa diarah cuti tanpa gaji.
Wanita Kongsi Sebab Masih Ke Starbucks
Di media sosial, seorang pengguna facebook atas nama Najihah Yasim menjadi viral kala ini apabila berkongsi mengapa dirinya masih menjejakkan kaki dan minum di Starbucks. Jelas masih menyokong dan berdoa untuk rakyat Palestin namun masa yang sama, katanya dia menjelaskan sebab mengapa masih minum Starbucks walau di bahagian komen ada yang bertindak memberikan kecaman.
Dakwanya, antara sebab mengapa dia masih minum Starbucks adalah kerana berasa simpati kepada kenalan di premis Kota Bharu ini yang didakwa cuti tanpa gaji kerana jualan jatuh.
Dakwa Pekerja Melayu Hilang Pendapatan Diarah Unpaid Leave Susulan Boikot
Baca perkongsiannya :-
Why Najihah minum kopi kat Starbucks…?
Ads
Bukan Jihah ada duit sangat dan minum kalau ada income je. Tapi paling penting sebab Najihah selesa dengan suasana dan orang-orang yang kerja kat sana.
Post dari Najihah ini mendapat perbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang tidak bersetuju kerana berpendapat air mata dan darah anak Palestin lebih bernilai. Apa itu pandangannya ia mungkin tidak mewakili pandangan orang lain kerana kita bebas bersuara.
Dalam pada itu, susulan isu PEKERJA DIARAH UNPAID LEAVE gara-gara tiada jualan, hal ini mendapat reaksi dari Sharifah Zahidah yang merupakan pengasas Quranic Antinote yang menyuarakan hal ini di laman facebooknya.
Ads
Dirinya menegur sikap majikan yang sudah bertaraf jutawan tetapi masa yang sama dilihat tidak prihatin dengan permasalahan pekerja hanya kerana boikot ini.
EDITED: Starbucks unpaid-leave kan pekerja? Jika betul dakwaan Puan ini – maka asbab pos Puan ini, saya semakin menyampah dengan Starbucks.
Sepatutnya lagi kuat semangat kita nak boikot company selfish sebegini, bukan lagi nak sokong berdrama air mata bagai. Kalau saya jadi bos Starbucks – tunggu jual dulu semua hartanah berjuta tu untuk pertahankan pekerja. Ini apa dia buat?
Yang pekerja; dah nampak perangai bos besar kalian kan? Masih nak stay? Cuba kalau majikan Islam buat – dah lama kalian lari dengan pelbagai ugutan kan? Boleh tak buka mata dan ambil tindakan bijak daripada play victim salahkan Muslim yang boikot penyokong pengganas?
Mas Anizan Akui Rindu Anak Yang Menetap Di Luar Negara
Ibu mana yang tak menzahirkan rasa rindu bila terpaksa berpisah jauh dari anak. Tapi sudah menjadi lumrah anak gadis, usai mendirikan rumahtangga, berada di sisi suami adalah tempat paling afdal untuk dirinya.
Bagi Datin Mas Anizan, perkahwinan anak sulungnya, Mas Aliza atau mesra disapa Baby sememangnya menggembirakan dirinya. Meskipun terpaksa berjauhan, ia mengukuhkan lagi kasih sayang mereka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pemuda dakwa tertipu di hari nikah, sangka tunang anak dara rupanya isteri orang anak dua. Sejak semalam viral mengenai kisah seorang pemuda, Nurul Aiman yang berkongsi pengalaman pahit di media sosialnya.
Pemuda ini mendakwa majlis perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada 10 November 2023 dan majlis bersanding pada 11 November 2023 tetapi dalam dakwaannya ketika hari bersanding tiada sebarang majlis di pihak perempuan.
Lebih mengejutkan, dakwanya nama tunang berbeza dari semasa perkenalan. Tapi apa yang mengejutkan tunangnya itu bukan anak dara sebaliknya adalah isteri orang anak dua.
Di sebalik kisahnya yang viral di media sosial, ada kalangan netizen yang mendakwa pemuda ini membuat plot twist kerana ini kisah 8 tahun lalu dan tak boleh move on dari kisah silamnya namun dinafikan oleh kakak iparnya yang membuat hantaran kahwinnya dan orang terdekat kerana di media sosialnya, Aiman memuat naik resit mereka sekeluarga menyewa homestay di Daro, tempat majlis nikahnya bakal berlangsung. Dan tarikhnya adalah pada masa storinya disiarkan.
Ramai yang ternanti-nanti kisah sebenar di sebalik kisah viral ini kerana buat masa ini tiada sebarang kenyataan dari wanita didakwa isteri orang anak dua. Waallahualam.
Baca kisah yang dikongsi Aiman di media sosialnya.
Perkongsian yang agak panjang untuk di ambil IKTIBAR & PENGAJARAN bersama. Hari ni baru ade masa aku nk post sebab masih terkilan lagi dengan apa yang berlaku.
Aku kenal dengan perempuan ni yang memperkenalkan diri dia dengan nama Nur Hanie Natasya Binti Taufiq Freddy Kong since 2021, kenal punya kenal dan dah kenal parents masing-masing (aku kenal ayah dia je sebab mak dia dah meninggal).
Dia ni selalu balik Kuching and habiskan cuti kat Kuching (rumah keluarga aku). Kita orang siap bertunang lagi tahun lepas 12/10/2022 (majlis pertunangan di Kuching sebab dia dan ayah dia request, so menumpang majlis kat rumah kakak ipar aku).
Hari yang seaptutnya menjadi hari yang paling bahagia untuk aku tetapii jadi MIMPI NGERI.
Kita orang sepatutnya melangsungkan MAJLIS AKAD NIKAH pada 10.11.23 & MAJLIS PERSANDINGAN pada 11.11.23 di MATU (Rumah pengantin perempuan).
(09.11.23) , Rombongan kami dari KUCHING berangkat pada jam 6 pagi & tiba di DARO pada lebih kurang jam 5 petang. Sampai di Daro, kami terus pergi ke homestay yang dah di booking oleh SI PENGANTIN PEREMPUAN untuk rombongan kami yang berjumlah 22 orang (sebuah van 3 buah kereta).
Then, terkejut kami bila owner homestay cakap tak ade apa-apa pesanan bilik yang diterima untuk tarikh tu. Aku pun call la berkali-kali kali bakal pengantin perempuan tapi TAKDE RESPON.
Disebabkan dah terlalu penat sangat, nak tak nak terpaksa jugak bayar guna duit sendiri untuk homestay termasuk perbelanjaan lain yang sepatutnya di uruskan pengantin perempuan. Bukan main lagi main lagi bagitau kat mak aku yang homestay dah diurus semua tinggal nak datang je.
Waktu ni aku dah rase lain macam dah, macam ada yang tak kena sebab dia cakap semua dah diurus tapi aku cuba positif thinking lagi . Aku pun ambik masa berehat and siapkan apa yang patut untuk majlis kami keesokkan hari.
(10.11.23) pagi ni kami bergerak ke alamat yang diberi dengan rombongan beserta barang hantaran. Sampai je kat situ dah rasa pelik sebab macam taka da apa-apa sambutan, KOSONG!!
Persiapan majlis langsung tak ada. Aku cuba la call bakal pengantin perempuan dengan bapak dia, dua-dua tak boleh call. Alamat betul, tapi rumah tak ada orang. Memang dah agak dah ada sesuatu yang tak kena.
Kita orang decide nak pegi rumah jiran sebelah tu. Rupanya tuan rumah sebelah tu mak saudara si pengantin perempuan. Jadi kita orang bagitau la tujuan datang dan tanya pasal pengantin perempuan.
Kita orang tanya la sama ada kenal tak dengan pengantin perempuan tu. Bertambah geram dan terkejut bila dorang bagitau nama sebenar dia. (NORMAHAINI BINTI MAHARAM).
Yang lagi parah perempuan tu dah BERKAHWIN dan ada DUA ORANG ANAK. Ayah dia pun bersubahat sekali dalam kes ni, sebab tak jujur dari awal.
Kenapa seorang ayah sanggup biarkan anak dia bertunang dengan aku sedangkan dia sendiri tau anak dia tu bini orang. Memang speechless kecewa, marah, sedih semua ada, tak mampu dh aku nak cakap apa masa tu. Dengan kos kerugian persiapan perkahwinan lagi.
Duit hantaran dah dibagi jugak. Maruah keluarga aku lagi. MANA NAK LETAK !! Sebab kita orang datang daripada jauh dan rasa tertipu. Aku dengan fmily decide pegi balai polis dulu untuk buat report.
Sekarang ni pun aku gagahkn diri untuk taip benda nie sebab memang aku tak sangka jadi macam ni. NORMAHAINI BINTI MAHARAM, Kau dah memalukan aku dengan keluarga aku.
Kau tu kerja BADAN BERUNIFORM tapi kenapa perangai kau tak macam baju yang kau pakai tu ?! Kau dah mencemar dan merosakkan imej Jabatan Imigresen Malaysia.
Takkan nak simpan anggota yang bermasalah macam ni. Kami sekeluarga pun dia berani tipu apa lagi dalam jabatan. Harap ada tindakan yang tegas diambil ke atas anggota bernama NORMAHAINI BINTI MAHARAM… ape pun.. SEE YOU IN COURT.
*banyak lagi benda yang dia tipu tapi tak mampu nak tulis panjang kat sini.
Bella Hadid bukan lagi duta Dior, dipecat kerana lantang bersuara isu Palestin. Mempunyai 60.8 juta pengikut di instagramnya, @bellahadid, supermodel berdarah Palestin – Amerika, Bella Hadid kini bukan lagi duta Dior.
Ini kerana syarikat kosmetik mewah antarabangsa ini tidak meletakkan Bella sebagai wajah kempen terkini mereka sebaliknya menggantikannya dengan seorang model Israel, May Tager. Semuanya kerana Bella lantang membela nasib Palestin dalam setiap hantaran di media sosialnya.
Bella yang menjadi wajah kempen Dior sejak 2016 sememangnya terkenal kekal bersuara isu Palestin yang amat dekat dihatinya. Bahkan dirinya pernah memaklumkan tidak kisah jika kehilangan kontrak bernilai jutaan ringgit kerana lantang bersuara isu Palestin.
Di sebalik pemecatannya, supermodel terkenal ini menerima pelbagai hujahan komen dari pengikut-pengikutnya. Namun dirinya memilih untuk tidak memberikan sebarang komen berkaitan hal ini.
Sebelum ini, Bella Hadid mendedahkan dia menerima mesej ugutan dan nombor telefon peribadinya juga telah tersebar luas. Mengakui dia sering diganggu malah kehidupan mereka sekeluarga juga menerima nasib yang sama.
“Saya tidak boleh berdiam diri lagi. Ketakutan bukan pilihan. Rakyat dan anak-anak Palestin khususnya di Gaza tidak mampu untuk berdiam diri. Kami tidak berani – mereka berani.”
Makcik Kemboja minta maaf, bermulut celupar mengata orang Melayu malas. Sejak dahulu lagi, mengata yang buruk berkaitan bangsa adalah hal yang sangat sensitif untuk dibicarakan di media sosial.
Ianya amat-amat sensitif apatah lagi bila berkaitan dengan bangsa Melayu iaitu peratusan etnik terbesar di Malaysia sekitar 50.8% atau 15,479,600 daripada jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia.
Lebih lagi sensitif, bila orang luar khususnya bangsa pendatang yang datang berhijrah ke Tanah Melayu namun mengata sesuatu yang menyinggung perasaan bangsa Melayu itu sendiri, hal ini dilihat menjadi besar.
Keceluparan mulut pemegang taraf status penduduk tetap, Mariyah Yaahkob Saful yang berasal dari Kemboja dan menjalankan perniagaan borong kain kini menjadi trending hari ini apabila memuat naik satu video mengata orang Melayu pemalas.
Menjalankan perniagaan Kilang Jahit Pukal di Skudai, Johor, dirinya mengakui berasal dari Kemboja, dilahirkan di Kemboja dan dibesarkan di Malaysia mengakui orang Kemboja lebih pandai berniaga dan rajin berbanding orang Melayu, malas.
Dalam pada itu, selepas kenyataannya viral di media sosial, ternyata orang-orang Melayu bangkit dan menentang kenyataan “malas” tersebut.
Ramai orang Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan dan bergelar jutawan. Sekadar menyebut satu dua nama seperti Tan Sri Mohktar Al Bukhari, Datuk Aliff Shukri, Dato Sri Vida dan lain lagi, ada ramai lagi orang Melayu berjaya dalam jawatan dan pekerjaan mereka.
Ternyata kenyataan Makcik Kemboja mengata Melayu malas memakan diri apabila dirinya mula menaik satu video lain meminta maaf kerana ketelanjuran berkata-kata.
“Dengan rendah diri, saya minta maaf atas kekhilafan saya bercakap dan kalau u rasa itu adalah penghinaan, saya minta maaf sekali lagi banyak-banyak. Dan saya pun maafkan u all semua atas apa u all masuk dalam live saya, komen saya, mengata Kemboja ba*i, kemboja bang**t, boikot saya maafkan semua orang.
“Sebab saya nak jadi orang yang berlapang dada. Saya tak pernah koyak. Saya akan koyak kalau Allah tak pandang saya dan Allah tak reda saya. Saya ingat itu sahabat. So terima kasih mana dah support saya dan jangan hina pekerja saya. Pekerja saya tak ada salah apa-apa.
“Mereka dah bekerja lebih lima tahun dengan saya. Saya maafkan orang-orang yang menghina saya, saya minta maaf atas kekhilafan saya. Ok itu, saja,” katanya mengakhiri video minta maafnya.