Suami panas baran, kebanyakan isteri rela berdiam diri kerana bertahan atas sebab tertentu antaranya demi anak-anak. Panas baran dikenal pasti penyumbang utama kes keganasan rumah tangga yang turut menyaksikan golongan wanita dalam institusi kekeluargaan menjadi mangsa.
Suami Panas Baran, Isteri Jangan Berdiam Diri
Panas baran, kita tahu wujud perkara seperti ini dalam sebuah keluarga tetapi ramai tidak tahu mana nak dapatkan bantuan. Mengutamakan diri sendiri adalah penting bagi mengelak emosi kita menjadi lebih teruk. Banyak kes isu rumah tangga yang boleh menyebabkan depression, anxiety atau kecelaruan lain jika tidak diselamatkan dengan cara yang betul.
Berikut perkongsian daripada Peguam Syarie Perundangan Islam, Fahmi Ramli
Isteri mana yang sanggup bertahan dalam perkahwinan kalau suaminya seorang yang panas baran. Asal balik rumah sahaja, tengking tak tentu pasal. Marahkan orang lain, anak isteri dirumah menjadi mangsa sumpah seranah.
Ada wanita yang sejak sebelum kahwin sudah tahu tanda-tanda bakal pasangannya itu sejenis panas baran. Belum kahwin, baru bertunang, tapi sudah kena tempik di khalayak ramai.
Kadangkala, ada yang lebih bahaya, panas baran itu bukan sekadar mengeluarkan kata-kata kesat dan caci maki, tetapi sehingga naik kaki dan tangan keatas tubuh badan isteri dan anak-anak.
Jadi, ada yang bertanya, apa yang perlu dibuat jika “Saya ada suami yang panas baran”?
Ads
Peguam Syarie Beri Saranan Apa Nak Buat
Ini pesanan ringkas supaya anda ambil berat isu ini.
✅ Kongsi dengan ahli keluarga
Saya selalu pesan, jangan simpan masalah rumahtangga yang berat secara bersendirian. Kita tak akan mampu bertahan kalau simpan dalam hati sahaja. Jika ada ahli keluarga, kongsikan masalah tersebut.
Lebih baik juga mengadu kepada keluarga mertua tentang perilaku kasar atau baran tersebut supaya ada yang boleh bantu untuk menasihati.
✅ Dapatkan nasihat daripada kaunselor rumah tangga
Ads
Khidmat kaunseling rumahtangga boleh dilakukan di Pejabat Agama Islam Daerah atau mungkin dengan mana-mana kaunselor swasta yang bertauliah.
Tujuan kaunseling adalah bagi mencuba untuk kembalikan semula hubungan baik antara suami isteri. Namun, ia mesti atas kerjasama pihak-pihak kerana ia bukanlah satu bentuk paksaan kepada suami atau isteri.
✅ Rujuk dengan pakar psikatri
Seandainya tekanan perasaan itu sampai ke tahap kritikal, jangan takut atau segan untuk mendapatkan rawatan dengan Pakar Psikatri di Hospital. Ramai yang bimbang untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang dikatakan gila, sedangkan rawatan tersebut adalah untuk mengurangkan tekanan perasaan dan jauh sekali nak dikatakan sebagai hilang akal.
✅ Buat laporan kepada pihak Polis
Ads
Jika anda bimbang tentang keselamatan diri, tolong segera laporkan kepada pihak polis. Apatah lagi jika sikap panas baran itu sudah sampai kepada tahap pukul.
Tolong fikirkan keselamatan diri juga berbanding kesian kepada pasangan. Rata-rata wanita yang pernah dipukul, tidak membuat laporan polis untuk tangkapan. Alasannya, kesian.
✅ Pemeriksaan kesihatan
Andai kes panas baran itu sudah sampai tahap menyakiti tubuh badan, segera ke Bahagian Kecemasan di Hospital Berdekatan. Dapatkan rawatan segera. Jangan tunggu lama-lama.
Jangan tipu doktor yang merawat. Ada yang tipu doktor kononnya jatuh tangga, walhal kena terajang dengan suami.
Kesimpulan, sikap panas baran seorang suami ini bukan isu yang ringan. Banyak rumahtangga yang runtuh disebabkan sikap suami yang panas baran. Kadangkala, ada lelaki yang jenis baran selalu ini hanya untuk menunjukkan dirinya hebat dan kuat.
Nabi SAW telah bersabda: “Seorang yang kuat itu bukanlah yang handal bergusti; seorang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal dirinya sewaktu sedang marah.” Sahih al-Bukhari (6114) dan Sahih Muslim (2609)
Isteri itu hendaklah digauli dengan penuh hikmah dan rahmah. Bukan dicaci apatah lagi dibenci.
Isteri yang baru lepas bersalin anda kena jaga lebih. tak boleh nak biar dia berpantang sendiri. Mungkin nampak mudah tapi kalau dah anak dua tiga orang, tak cukup tangan juga! Moga kaum lelaki lebih memahami Mak-mak yang baru lepas bersalin dan boleh amal tip ini…
1. Bangun awal dari bini
Tak biasa pun, kena cuba juga. Kalau payah bangun, beli jam! Haaa… suami kena bangun lebih awal sebelum isteri bangun dari tidur selama tempoh berpantang. Sediakanlah air mandian untuk isteri anda. Rebuskan daun-daun kayu untuk air mandian si isteri. Biasanya seminggu pertama, digalakkan mandi air rebusan daun ini untuk kembalikan kesegaran badan. Kalau susah nak jumpa daun-daun ubat untuk mandian, cukuplah sekadar menyediakan air suam untuk mandian isteri (bagi yang tak mempunyai water heater).
2. Sarapan mudah
Sediakan sarapan untuk isteri seawal mungkin. Sebaiknya lepas solat Subuh, sediakanlah sarapan untuk isteri anda… Kalau boleh, tidak perlu sambung tidur semula… Kalau tak dapat sediakan sarapan yang agak berat, memadai segelas milo dan roti bakar..Pasti isteri anda rasa amat dihargai.
3. Takut pun, kena mandikan bayi
Cubalah belajar untuk mandikan anak sendiri walaupun kepala masih lembut. Kalau tak begitu nak mahir mandikan bayi, sekurang-kurangnya bantulah isteri, ibu atau mentua sediakan air mandian. Bayi biasanya dimandikan dengan air suam untuk elakkan hypothermia. Pada peringkat awal, kawalan suhu badan bayi masih lemah.
4. Cuba uruskan anak yang lain
Kalau anak dah ramai, pastikan segala urusan anak-anak itu diuruskan. Janganlah semua nak harapkan isteri yang baru lepas bersalin untuk menjaga anak-anak yang lain. Biarkan si isteri berehat sepenuhnya dengan bayi yang baru dilahirkan. Urusan-urusan yang dimaksudkan merangkumi makan-minum, mandi, pakaian sehinggalah menidurkan anak.
5. Sediakan air pun penting
Sediakan keperluan-keperluan yang sering dianggap remeh, berhampiran isteri seperti sebotol air minuman berserta gelas, tuala, bakul baju kotor, majalah dan buku kegemaran (untuk mengelakkan boring).
6. Ada di sisi bukan asyik melepak
Mungkin bini jenis berdikari tapi cukuplah anda berada di sisinya untuk menghulurkan bantuan apa-apa yang perlu. Jangan sampai isteri terpaksa menjerit-jerit memanggil untuk minta bantuan sedangkan si suami tertidur di depan televisyen selepas menonton astro.
7. Bersihkan mana yang patut
Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, jemur dan angkat pakaian boleh dilakukan anda.
8. Motivasi tanpa bayaran
Sungguhpun anda letih, janganlah ditunjukkan depan isteri. Isteri perlukan semangat untuk pulih dari kesan-kesan melahirkan. Jika suami tiada semangat, sentiasa lesu dan lemah, isteri akan rasa sedih dan mungkin menggalakkan dia jadi lebih murung. Elok anda cuba maniskan wajah walau kadang tak mampu nak buat.
9. Ikhlaskan hati, jangan ungkit
Jika sebelum ini isteri menghabiskan lebih 365 hari dalam setahun menjaga makan minum, pakaian anda dan anak2 lain, apalah salahnya memanjakan dia hanya untuk tempoh 40 hari berpantang. Inilah masanya anda buktikan cinta dan kasih sayang anda padanya. Isteri itu kan amanah untuk suami.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
‘Tak tahan tengok dia dipukul hampir setiap hari.’ Syukur ramai sayang adik Alia termasuklah Yang Mulia Che Puan Khaleeda Bustamam.
Ketika video adik Alia didera ramai yang mengecam kenapa si perakam sanggup biarkan kejadian ini berlaku dan tidak berusaha menghentikan perbuatan tersebut.
Sebenarnya ada alasan yang tersendiri mengapa video itu sengaja dirakam, tidak lain tidak bukan kerana untuk membela nasib Adik Alia.
Menerusi video yang tular kelihatan seorang wanita memukul seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama adik Alia, berusia 4 tahun dipercayai anak angkatnya telah mengundang rasa marah di kalangan warganet.
Kisah adik Alia ini dilaporkan oleh beberapa orang pekerja yang sudah tidak mampu melihat kanak-kanak ini terus-terusan dipukul dan didera ibu angkatnya.
Tidak dapat bayangkan bagaimana perasaan perakam bila terpaksa menahan perasaan bila melihat anak tak berdosa ini didera.’
Dikatakan wanita ini memukul adik Alia dengan batang penyapu dan menurut perakam video, pelaku telah mendera kanak-kanak terbabit hampir setiap hari.
Atas dasar perikemanusiaan dan tidak mahu kekejaman yang berlaku di depan mata berterusan, TikToker yang juga bekerja dengan wanita itu telah mengambil tindakan berani dengan membuat laporan polis bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.
Perkongsian yang dibuat oleh pemuda dikenali dengan nama Aqil itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che Puan Khaleeda Bustamam.
Menerusi Instagram Che Puan Khaleeda, baginda telah mengucapkan terima kasih di atas perkongsian video tersebut dan beliau berjanji akan mendapatkan maklumat berkaitan kes ini.
Justeru itu, Che Puan Khaleeda memaklumkan akan segera mendapatkan infomasi tentang hal tersebut dan akan memastikan pelaku tidak terlepas dengan mudah. Malah besar harapan beliau untuk mendapatkan keadilan buat adik Alia.
Baginda juga telah mengucapkan terima kasih kepada pihak polis Daerah Kajang atas tindakan pantas yang mereka dilakukan.
Setakat ini, pelaku telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Justeru itu, Che Puan Khaleeda berharap agar adik Alia akan mendapat keadilan selayaknya.
Mingguan Wanita : Terkini, dikatakan mak angkat yang mendera Alia berdepan dengan depresi, oleh hal yang demikian dia tidak sepatutnya bertindak sebegitu rupa. Maah masalah yang dihadapinya tidak boleh dijadikan alasan untuk dia terus-terusan mendera adik Alia. Semoga ada sinar buat adik Alia. Insyallah.
Setiap mak ayah pastinya mahukan yang terbaik buat anak-anak. Namun, bukan mudah untuk mendidik anak-anak agar mendengar kata, mengikut ajaran agama yang sepatutnya. Meskipun anak-anak masih kecil, perlu terapkan didikan agama dan batasan dalam pergaulan yang memenuhi syariat. Jika perlu, lebih bertegas dengan mereka terutama dalam bab solat, aurat, pergaulan dan sebagainya.Lebih-lebih lagi, jika mempunyai anak perempuan.
Baru-baru ini, pengasas produk kecantikan dan kesihatan, D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, 32 ada berkongsi pendirian dalam mendidik anak perempuannya, Qadejah El-Zahra, 9.
Ramai yang mengetahui Qadejah El-Zahra atau nama panggilannya Cess, merupakan satu-satunya, anak kandung perempuan jutawan kosmetik ini.Dalam video yang dikongsikan, Aliff Syukri sedang menyapu ubat sambil meminta maaf dan memujuk anaknya, selepas merotan puteri kesayangan ini. Ia berpunca kerana Qadejah tidak menjaga batasan aurat.
Berikut perkongsian didalam Instagram beliau;
“Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik”
“Maafkan abah cess, abah teramat sayang cess tapi ni semua untuk masa depan cess.Hari ni abah rotan cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan.”
“Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal…mungkin dia tak faham sebab dia kecik lagi tapi dari kecik ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas tutup aurat.”
“Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri.Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan.”
Terdahulu, Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri berkahwin pada Ogos 2007. Selain, Qadejah El-Zahra, pasangan ini dikurniakan dengan 3 cahaya mata lain iaitu Ammar Ahyan 11, Ibraheem Adham, 7 dan Yusoff al-Qardawi,1 serta seorang anak angkat Ameena, 1.
MW: Melentur buluh biar dari rebungnya. Mendidik anak biarlah daripada kecil agar anak tahu batasan agama yang sepatutnya. Semoga Qadejah El Zahra menjadi anak solehah dan taat pada perintah agama hendaknya.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...