Menu sarapan pagi untuk anak-anak biasanya yang mudah dan ringkas. Paling penting cepat disediakan. Nak memancing selera anak-anak untuk makan terutama sarapan pagi, mama ‘terpaksalah’ kreatif ketika menyediakan makanan.
Berikut dikongsikan resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk sarapan pagi. Menu-menu ini juga sesuai untuk dijadikan bekalan ke sekolah. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ini. Semua menu ini dimasak menggunakan air fryer.
Resipi Sarapan Pagi Masak Guna Air Fryer
PAI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha (boleh guna Royale Paratha Fatihah)
Bawang holland | dipotong dadu
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)
CARA-CARA:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak.
Bulan Ramadhan biasanya masjid-masjid sediakan bubur lambuk untuk dibawa balik. Kadang itu terpaksa beratur panjang untuk dapatkannya. Lagipun, bubur lambuk masjid ini selain nostalgia, dia ada rasa yang special.
Istimewanya resepi bubur lambuk yang dikongsi Nur Haziqah ini, masak dalam rice cooker je. Dan rasanya sama macam bubur lambuk yang dapat di masjid-masjid.
“Bubur lambuk banyak versi. Bahan-bahan juga ada yang berbeza. Tapi yang ini bubur lambuk style Utara. Selalu kat masjid-masjid akan dapat bubur lambuk jenis ini. Tak pasti tempat lain.”
“Saya masak dalam rice cooker sebab lebih cepat.”
Bahan-bahan
• 1 1/2 pot beras – basuh , rendam selama 15 minit dan toskan
• daging – dihiris kecil , basuh dan toskan
• perencah sup adabi 1 bungkus
• daun sup – dihiris kecil
• 1 batang carrot – potong dadu
• 1 biji ubi kentang – potong dadu
• 4 ulas bawang putih
• 5 ulas bawang merah
• 2 inch halia
• 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
• 100 ml santan
• 2 liter air
• bawang goreng
• gula dan garam
Cara-cara Buat Bubur Lambuk Rice Cooker
1. Blend halia , bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air sehingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. 3. Kemudian , masukkan 1 bungkus perencah sup dan kacau.
4. Masukkan daging dan kacau dalam 1 minit.
5. Masukkan beras dan kacau rata.
6. Masukkan beras ke dalam rice cooker. 7. Masukkan air , ubi kentang dan carrot. 8. Masak sehingga beras kembang.
9. Bila beras dah kembang , masukkan santan , gula , garam , serbuk lada hitam , daun sup dan bawang goreng.
10. Masukkan daun sup dan bawang goreng.
11. Kacau sebati dan masak lagi sehingga beras hancur.
Kenapa Asal Bulan Ramadhan Sediakan Bubur Lambuk
Bubur lambuk itu sendiri ada bermacam-macam jenis. Macam di Terengganu, dimasak dengan pelbagai jenis ulaman dan isi ikan. Pulau Pinang pula dimasak bersama daging, rempah ratus dan taburan daun sup, bawang goreng.
Jangan tak tahu, bubur lambuk ini antara hidangan favourite sepanjang bulan puasa. Kalau tidak, tak adalah orang ramai sanggup beratur panjang di masjid-masjid.
Kata Master Chef Rossham Rusli, bubur lambuk ini :
√ Dari segi kesihatan, bubur ini sesuai dihidangkan untuk keselesaan perut yang kosong. Lagi-lagi setelah berpuasa lebih 12 jam
√ Bubur merupakan makanan yang bantu sistem pencernaan yang baik untuk perut.
√ Ia mengandungi karbohidrat dan bantu beri tenaga kepada orang yang berpuasa sepanjang hari.
Kuih Seri Muka antara kuih Tradisional Melayu yang sering menjadi pilihan dan kegemaran ramai orang. Rasanya pulutnya yang lemak bersantan dengan lapisan hijau aroma daun pandan, menjadikan kuih ini amat sesuai dinikmati pada bila-bila masa, baik ketika sarapan mahupun minum petang. Namun bagi yang tak boleh makan telur sebab rasa hanyir atau faktor kesihatan seperti alergik, tetap boleh menikmati kuih ini.
Mak-mak boleh cuba buat kuih seri muka yang sedap, lembut, cantik warnanya ikut resipi lengkap yang dikongsikan oleh Puan Hasnahini. Menurutnya resipi ini menggunakan pati daun pandan dan tak menggunakan telur seperti kebiasaannya.Malah cukup mudah dibuat sebab guna sukatan cawan dan tak perlu nak guna alat timbangan.
Resipinya seperti berikut;
Bahan-Bahan:
(Pulut)
2 cawan beras pulut direndam dahulu.
Santan (sebiji kelapa) ½ bahagian untuk pulut, ½ bahagian untuk kepala
(Sukatan hijau-kepala seri muka)
3 sudu makan tepung gandum *boleh tambah tepung kalau suka keras
7 sudu gula
1 cawan air pandan pekat
1 cawan santan pekat
½ cawan air
Cara Membuat:
1.Masukkan beras pulut yang telah direndam ke dalam loyang size 8.
2.Masukkan setengah sudu kecik garam ke dalam santan dan kacau.
3.Tuang santan tadi ke dalam loyang.
4.Kukus pulut separuh masak.
5.Ratakan pulut sehingga tiada ruang/rongga.
6.Untuk kepala seri muka, mula-mula blend daun pandan. Air sikit je tak sampai ½ cawan. Agak-agak jangan sikit sangat takut tak hancur nanti.
7.Tapis air daun pandan.
8.Satukan tepung gandum dan gula. Kacau sebati.
9.Kemudian tuang air pandan sikit demi sedikit dan kacau.
10.Masukkan juga santan sedikit demi sedikit.
11.Tapiskan adunan yang telah dibancuh.
12.Tuang adunan pandan atas pulut tadi dan kukus dalam setengah jam.
MW:Boleh cuba resipi kuih Seri Muka tanpa gunakan telur ni. Mudah sebab gunakan sukatan cawan, kuih elok cantik. Paling penting kalau alergik tak boleh makan telur pun boleh makan kuih ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Persedian mak-mak untuk buat nasi goreng dengan lebih cepat bila masuk dapur, sediakan pes mudah ini dalam peti siap-siap.
Haaa… resepi yang dikongsikan Cikgu Rosli ini dikongsi ramai netizen sebab cara buatnya senang. Dan apa yang penting, pes nasi goreng ini dah ada bilis dalamnya. Pastilah mampu menggoda selera seisi keluarga.
Pes Nasi Goreng
1. 20 biji cili padi yang hijau, 7 biji cili besar merah ,5 biji bawang besar, selabu bawang putih. Tumbuk semua biar hancur.
2. Kemudian tumbuk ikan bilis dua gengam (ikan bilis rendam dulu nak bagi lembut baru senang tumbuk).
3. Masukkan minyak (minyak agak-agak ya), pastu masukkan semua bahan-bahan yang ditumbuk. Masak sampi kering dan pecah minyak.
4. Kemudian tambahkan garam. Gula (kalau suka serbuk, perasa tambah la kalau suka.
5. Pastu masak sampai elok kejadiannya. Resepi ini memang senang dan ringkas. Kepedasan ni ikut individu sebab suami saya suka pedas.
6. Bagi sejuk masukkan dalam tupawere dan simpan dalam peti. Nanti nak goreng just masukkan nasi dan sayur saja.
Siaappp!!
Ini bonus juga, boleh guna pes masakan nasi goreng untuk dijadikan menu bersahur di bulan Ramadan nanti. Selagi tak cuba tahu, selamat mengisar!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bayi kembar tiga Mejar Mohd. Fikry dimasukkan semula ke NICU selepas didakwa berlaku kecuaian Hospital Melaka. Mejar Mohd. Fikry luah rasa kecewa namun tetap reda dan berharap kejadian sama tidak berulang.