Cucur udang memang sedap dimakan sama ada dengan sos cili mahupun kuah kacang. Ikut selera masing-masing. Selalu masalah bila masak cucur udang ialah ianya menyerap minyak. Memang boleh ‘potong’ selera dibuatnya sebab bila makan rasa muak.

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak

Sebenarnya ada cara hendak masak cucur udang supaya tidak serap minyak. Istimewanya resipi cucur udang ini bukan sahaja tidak serap minyak tetapi juga tidak menggunakan yis, soda bikarbonate atau baking powder. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.

RESIPI CUCUR UDANG

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji telur
1 cawan tauge
Kucai
Udang kertas – kopek kulit
Udang biasa – untuk hiasan atas cucur
3 cawan air
Garam secukup rasa

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

Makan Pun Tak Rasa Muak

Cara memasak:

1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

 

IKLAN

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

2. Panaskan 2 senduk. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk.

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang di atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.

IKLAN

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

 

Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak, Makan Pun Tak Rasa Muak

Bahan sos:

IKLAN

Cili merah
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air

Cara memasak:

1. Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur.

2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka.

3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik.

4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.

5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama cucur udang.

Kredit resipi & foto: Tyra Manan

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI