Nak buat pulut kuning ada banyak teknik dan cara memasaknya.Selalunya pulut perlu dikukus sebanyak dua kali.Pulut kuning sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Malah disediakan pada hari istimewa seperti majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.

Rupanya ada cara lebih ringkas untuk buat pulut kuning yang sedap, teksturnya cantik berkilat dan tak lembik.Buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi keluarga yang dikongsikan oleh Puan Masmira Idris ini.

Berikut perkongsian tersebut;

“Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut dan sebiji-sebijik (tak benyai atau lembik/ kembang). Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe”

Bahan-Bahan:

1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 inci Halia (kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus)
5 helai Daun Pandan
250-300 gram Santan segar dan pekat
2 cawan air panas
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu kecil garam

Cara Membuat:

1.Bilas beras pulut 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam).
2.Sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.Sejat dengan penapis.
3. Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut dan daun pandan tadi.
4.Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5.Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam dan gula.
6.Kemudian masukkan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
7.Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.Keluarkn daun pandan.
8.Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (orang kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu..Baru lah pulut jadi lembut.. Pastikan kacau pulut sampai rata hilang ketul.
9.Kemudian, tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dalam 10-15 minit baru cedok untuk packing atau makan.

Try lah kawan-kawan insyaallah menjadi dan puas hati.

IKLAN

Tak Perlu Kukus Dua Kali, Cara Lengkap Buat Pulut Kuning Sedap Tekstur Cantik Merelit

Info Ekstra!

1. Beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sikit, elakkan yang jenis montok-montok. hehe

2. Perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.

3. Cincang halia nipis-nipis dan paling halus. Orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.

IKLAN

4. Daun pandan 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus. 2 helai koyak 3 jugak untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus.

5.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk.

6.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut.

IKLAN

7.Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.

8.Resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.

Tak Perlu Kukus Dua Kali, Cara Lengkap Buat Pulut Kuning Sedap Tekstur Cantik Merelit

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang berhasrat nak buat pulut kuning sendiri di rumah atau nak dibuat niaga.

Sumber: Masmira Idris

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI