Pulut memang enak dinikmati dengan berbagai jenis sajian antaranya kari ayam atau daging, bubur durian, rendang dan sebagainya. Selalu bila kita tengok pulut nampak cantik berkilat rasa ingin tahu macam mana hendak dapat pulut begitu bukan?
Sebenarnya ada cara untuk mendapatkan tekstur pulut sebegitu. Boleh ikut cara seperti yang dikongsikan oleh Siti Asrien Mohd Hassan ini. Menurut wanita ini, sudah setahun lebih dia guna tip dan cara ini untuk tanak pulut. Buat tapai pun senang. Tak perlu kukus. Memang jadi!
TIP DAN CARA TANAK PULUT GUNA PERIUK NASI
1. Basuh beras pulut bersama sedikit garam.
2. Untuk dapatkan kesan berkilat, basuh pulut 3- 4 kali basuhan.
3. Sukat air guna jari telunjuk, separuh dari line pertama jari. (jari di atas beras).
Ads
4. Lapik tutup periuk menggunakan kain/tuala kecil dengan kedap. Tidak boleh longgar. (supaya wap panas tidak keluar).
5. Tekan butang COOK dan tunggu sehingga masak dan bertukar ke WARM.
Ads
6. Jangan buka tudung periuk langsung sehingga masak, Insya Allah pulut cantik.
NOTA: Selepas WARM pun jangan terus buka tudung periuk. Biar 5-10 minit baru buka penutup. Ia bertujuan supaya pulut masak dengan wap panas. Paling penting pulut masak elok cantik dan tidak berkerak.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dengan mengukur baju di badan sendiri.
Ilmu yang ada pada mereka juga membuktikan wanita mampu menguruskan kewangan keluarga dan sendiri dengan baik. Jadi tidak hairanlah golongan ini mampu merancang dan membuat tabungan masa depan berhemah untuk ahli keluarga kesayangan mereka.
Wanita yang bergelar isteri dan ibu juga dianggap sebagai pengurus kewangan keluarga kerana peranan mereka membantu dalam menguruskan segala perbelanjaan dapur serta hal ehwal kewangan rumahtangga.
Bukan sekadar memikirkan tentang kewangan keluarga malah wanita juga sering berfikiran ke hadapan terutamanya buat simpanan anak-anak tercinta. Bila punya kewangan yang baik, keyakinan wanita turut meningkat terutamanya dalam menghadapi apa saja cabaran yang mendatang. Jika perbelanjaan tidak dikawal dan melebihi bajet pasti akan memeningkan kepala. Jadi wanita perlu bijak dalam menguruskan kewangan keluarga dan sentiasa beringat untuk menyimpan.
Bukan sekadar terapkan pada diri sendiri malah mak-mak juga memainkan peranan penting dalam mengajar anak berbelanja dan menabung. Ajarkan juga kepada anak-anak menabung walau RM1 sehari.
Bagi wanita yang masih bujang, jangan boros tau dalam berbelanja apatah lagi bila membeli barangan mewah janganlah mudah terikut-ikut ‘trend’ terkini dan terpengaruh dengan ‘influencer’. Berbelanja mengikut kemampuan bak kata pepatah ‘ukur baju di badan sendiri’.
Belajarlah untuk mengimbangi keperluan dan kehendak. Setiap dari kita mempunyai keperluan dan kehendak berbeza serta bergantung kepada perspektif dan pengurusan kewangan. Jika keperluan tersebut sesuatu yang tidak dapat dielakkan atau dikurangkan, cuba kurangkan kehendak anda.
Awas ya! Jika berbelanja lebih dari pendapatan, memandangkan kos hidup semakin tinggi tolonglah jauhkan diri daripada membuat sebarang pinjaman. Sebabnya, apabila terjerat dengan hutang, kehidupan akan menjadi kucar kacir bila hutang berlipat ganda. Elakkan stress dalam hidup dan rancang kewangan dengan bijak agar hidup tenang tanpa hutang jahat.
Selain penting untuk ada simpanan kecemasan, penting juga ada tabung untuk keperluan lain.
Untuk permulaan rancanglah untuk tabungan kecemasan dahulu kemudian buatlah simpanan untuk tujuan lain seperti simpanan percutian keluarga, memiliki rumah atau kenderaan yang lebih selesa, menunaikan umrah dan haji, pendidikan anak-anak dan persaraan.
Nak memilih tempat simpanan juga perlu bijak. Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk anda menyimpan ialah selamat dan tidak rugi di masa hadapan. Sudah semestinya wanita yang bijak sentiasa nampak peluang baik yang datang, iaitu simpan sambil melabur.
Melabur dalam unit amanah seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) banyak manfaatnya terutama untuk simpanan masa hadapan seperti pendidikan anak anak atau simpanan jangka masa sederhana seperti percutian, haji atau umrah dan renovasi rumah.
ASB/ ASB 2 merupakan simpanan berbentuk pelaburan. Selain berharga unit amanah tetap RM1, melabur dalam ASB/ASB 2 juga berpeluang menikmati dividen dengan risiko rendah.
Malah kini lebih mudah dengan adanya platform online seperti myASNB app, Perbankan Internet atau e-Dompet yang disediakan oleh ejen-ejen ASNB untuk penambahan pelaburan, semak dividen, semak baki akaun untuk diri sendiri dan anak-anak.
Bagi yang melabur dari sekarang hingga 29 Februari 2024, anda berpeluang untuk menyertai Kempen Simpan Vaganza dan berpeluang menang hadiah utama Toyota Yaris atau Toyota Corolla Cross.
Hanya perlu membuat pelaburan di dalam ASB atau ASB 2 dengan jumlah terkumpul minimum RM1,000 dalam fasa kempen melalui pelbagai platform pelaburan ASNB seperti di kaunter cawangan dan ejen ASNB, aplikasi myASNB, perbankan internet ejen dan sebagainya.
Jadi jangan ketinggalan untuk sertai kempen ini! Sememangnya berbaloi, jika wanita yang bergelar ibu bijak dalam merancang perancangan kewangan keluarga. Apabila keluarga bahagia anak-anak juga akan membesar dalam persekitaran yang sihat. Bagi wanita bujang jika simpanan bertambah hati akan sentiasa girang, impian pun boleh dicapai!
Somtam mangga antara menu pelengkap yang menjadi pembuka selera di samping dengan lauk pauk yang lain. Kalau anda ada banyak stok mangga dan tidak tahu hendak buat apa dengan mangga-mangga tersebut, bolehlah cuba buat somtam mangga.
Mudah sangat nak buatnya dan bahan yang diperlukan hanya lima bahan sahaja. Boleh cuba buat ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Ameera ini. Pasti menjadi dan rasa pun macam makan di restoran tomyam.
RESIPI SOMTAM MANGGA
BAHAN-BAHAN:
4 biji mangga
Sedikit udang kering (saiz kecil)
1 biji bawang merah
5 biji cili padi
Sos Thail (secukupnya)
CARA MEMBUAT:
1. Sagat begini, nampaklah cantikkan. Selera pun bertambah-tambah.
2. Masukkan udang kecil.
3. Satu biji bawang merah dipotong nipis-nipis.
4. Lima biji cili padi dihiris nipis-nipis. Jika hendak pedas boleh letak lebih. Ikut cita rasa masing-masing.
5. Masukkan sos Thai. Gaul rata biar semua bahan sebati. Jangan letak gula dan garam. Sos ini semua cukup rasa.
6. Selepas siap digaul bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba.
Buat Sendiri CAPATI Guna Tepung Gandum Lagi Sedap, Dah Sejuk Pun Lembut! Jika selalu makan capati di kedai mamak je, sebenarnya kita boleh buat sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati makan dan terjamin kebersihannya.
Namun ada caranya untuk pastikan capati ‘homemade’ ini, kekal lembut walaupun dah sejuk. Malah lebih menarik boleh guna tepung gandum je berbanding tepung atta yang selalu digunakan. Tetap boleh jadi juga. Sedapnya makan capati panas cicah dengan kuah kari atau sambal.
Harini malas masak nasi. Saja godek tiktok sekali ternampak resepi capati menggunakan tepung gandum. Buat-buat.. ehh… jadi. Yahooo.
Bila makan, subhanallah sedapnya. Lagi sedap dari capati yang menggunakan tepung atta. Maka harini menu hakak adalah Capati dan sambal ikan bilis
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
1. Kacau 3 bahan tepung gandum, marjerin dan garam seperti menjadi serbuk roti.
2. Kemudian tambah 1 1/2 cawan air panas dan kacau menggunakan senduk.
3. Bila dah suam, uli dengan tangan sehingga menjadi sebiji doh.
4. Perap selama 15 minit.
5. Kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian. Bulat-bulatkan.
6. Tabur sedikit tepung gandum dan canaikan nipis-nipis.
7. Bila dah dicanai tak akan melekat sebab dah ditabur tepung gandum di atasnya.
8. Masak atas kuali non stick tanpa minyak. Bila dah gelembung boleh terbalikkan.
9. Dah siap, masak!
10. Siap 8 keping capati. Dah sejuk pun sedap & lembut lagi.
Nur Syahidah berkongsi perjalanan transformasi selepas menyertai Maggi Wanita Cukup Berani sehingga berjaya meningkatkan jualan rendang dendeng daripada RM400 kepada RM18,000 sebulan.