Masakan pajeri biasanya daripada terung dan nanas. Dinamakan pajeri kerana masakannya berkuah pekat dan bukan berkuah cair. Bahan utama dan wajib dalam masakan pajeri sudah pasti kerisik dan rempah kari daging.
Lauk yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Enak dinikmati bersama gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom kita cuba buat pajeri terung.
Resipi Pajeri Terung, Kuah Pekat, Likat, Berempah
RESIPI PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan
Ads
Mantap Bila Makan Dengan Nasi Panas
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.
Ads
4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
Ads
6. Pajeri terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Sedapnya makan sagu susu cair sejuk-sejuk. Buat sendiri confirm sedap malah jimat banyak. Ikut sukatan yang dikongsikan ini boleh dapat 50 bekas, malah boleh dibuat meniaga.
Tengah cuti, makan-makan daging ni, sedap jugak kalau ade pencuci mulut. Meh saya share resipi sagu susu cair yang confirm sedap dan murah. Resipi ni boleh dapat lebih kurang 50 bekas 190ml tu. Anggaran kos tak lebih dari 80 sen sebekas termasuk bekas sekali. Boleh buat meniaga. InsyaAllah sedap tau.
Resipi sagu susu cair sedap nomnomnom.
Bahan-Bahan:
Air Gula
0.5kg Gula merah
(gula yang makan dengan putu mayam tu. Warna gelap. Bukan brown sugar!)
1 cawan Gula pasir
1sk Garam
1.5L Air
*Masak semuanya sehingga mendidih
Kuah susu
1 Tin Susu pekat
3 Tin krimer sejat
5 tin Air dari sukatan tin susu tadi
Tepung kastad 1/2cawan + air 1/2 cawan
2sk Garam
5 tutup Esen vanilla
*Masak sehingga mendidih, cairkan lagi jika perlu.
1. Masak sagu dalam air yang mendidih.
2. Bila sagu dah separuh masak, tutup api dan periuk, biarkan sehingga sagu masak kembang sepenuhnya.
3.Tapis sagu untuk buang kanji.
4. Masukkan sirap+esen+emulco, gaul sekata.
5. Biarkan untuk beberapa minit supaya sagu menyerap semua perisa.
Ni bekas dadih 190ml. Dah kene makan sikit. Isi air gula sampai garisan 1. Isi sagu sampai garisan 2. Isi kuah susu garisan 3. InsyaAllah, boleh dapat lebih kurang 50 bekas.
Mingguan Wanita: Sedapnya Sagu Susu Cair ni, buat sendiri lebih jimat dan puas hati makan. Nak buat jual pun boleh sangat, sukatan ni boleh dapat 50 bekas!
Cooney Dog antara menu yang cukup popular jika kita menikmati makanan di restoran makanan segera A&W. Roti HOT Dog yang berintikan daging kisar dan sosej berserta sos istimewa yang sangat sedap.
Waktu PKP ini, jika pendapatan terjejas boleh mulakan bisnes jualan makanan.Siapa sangka, walaupun hanya berniaga Cooney Dog jualan di rumah sahaja, namun boleh dapat kumpul wang tunai sampai RM14,000 setiap bulan.
Boleh cuba resipi Cooney Dog yang dibuat niaga daripada Encik Mohd Fadlyini sebagai rujukan.
Ramai yang DM saya tanya dari dulu untuk resepi Cooney Dog A&W disini saya share dekat kawan-kawan semua yang nak buat niaga or makan sendiri. Insyallah saya share ilmu ya.
Dari 1st PKP dulu ni lah saya niaga dengan Duit cooney ini saya niaga dapat kumpul Cash sampai 14k setiap bulan dengan jualan bulanan di rumah sahaja.Sampai PKP 3 saya dah stop sebab bz mengajar benda lain.Jangan tanya dari mana saya dapat resepi ini tau. Cuba dan anda akan tahu sama rasa dengan yang makan di Restaurant A&W.Sorry lambat share sebab busy dengan kerja hakiki.
Bahan-Bahan (Sos)
Daging Kisar Packet (Tak kisah jenama apa) For sure, orang niaga cari benda murah kan.Saya recommend korang buat niaga cari jenama TESCO sebab dia antara paling murah dalam sejarah dari segi kualiti. Dapatlah control Food Cost agar tak rugi.
Bawang Holland cincang
Bawang putih cincang halus
Tomato sos Pes
Sos cili Packet
Kicap Caramel pekat
cili powder
Beef stock
Daun Bay kering
garam
gula perang
black papeper
Cuka putih
Tepung jagung
serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan ketumbar.
Bahan-Bahan (Dressing)
Bawang Holland cincang
Sausage
roti HOT Dog
Cheddar Cheese (Option )
Cara Membuat:
1. Tumis bawang putih dengan minyak jangan sampai hangus, masukkan bawang holland , masukkan daging kisar goreng agar betul-betul hancur dan garing.
2. Selepas tu masukkan daun bay agar buang bau hanyir dari beef itu, bila dah garing masukkan air panas dekat beef dalam kuali,ikut kalau nak kuah banyak lebih kan air tapi jangan air terlalu sedikit.
3. Selepas itu masukkan semua sos, cili, tomato, kicap, cili powder sedikit, beef stock , black pepper, Gula perang , garam, serbuk jintan, manis jintan, putih semua biarkan renih seketika.
4. Kemudian masukkan cuka putih. Berhati-hati jangan sampai cuka cantas semua rasa beef) dan jangan terlalu banyak sebab cuka adalah untuk kekuatan dalam beef agar dapat level yang BEST untuk taste.
4. Selepas betul-betul menggelegak masukkan tepung jagung untuk pemekat kuah.Selepas masuk tepung jagung rasa akan mula berubah.Masa itu try lagi sekali tahap manis, masin agar balance.
5. Biarkan mendidih betul-betul kalau under food safety adalah 4jam tahap renih supaya selamat dimakan kalau nak buat niaga .
6. Bila dah ok nak simpan lama letak dalam chiller atau jadikan pes pun boleh.Lepas tu dah masak ketepikan kuah tadi.
7. Untuk Roti sausage tadi kukus sekejap sahaja sausage (HOT Dog pun kukus jangan lama dalam 1min dah ok).Lupa pulak sebelum kukus, belah jangan sampai putus dua cukup letakkan hot Dog untuk selit tengah roti agar bila dah kukus senang dibuka.
8. Lepas kukus, letakkan HOT dog dekat tengah-tengah roti lepas tu letakkan sos cooney tu .Lepas tu taburkan bawang holland dan Ceddar Cheese.Ia sebagai Option untuk korang bagi more value bila nak meniaga orang nak sesuatu yang baru dalam Cooney Dog.
Selamat Mencuba.
Tip Ekstra!
Satu petua masak banyak-banyak lepas tu masukkan dalam Chiller .Sos ini boleh buat cicah dengan roti, dressing atas pizza, makan dengan apa pun BEST guys.
Boleh Jual RM6-RM7 satu keuntungan antara 55-58% .
Saya halal kan dunia akhirat ilmu saya untuk semua.
Sekian Sahaja dari Mohd Fadly form & Fad’s Kitchen .
Mingguan Wanita :Menariknya resipi Cooney Dog A&W ni. Terima kasih berkongsi resipi yang dibuat berniaga. Mak-mak boleh cuba buat untuk makan sendiri di rumah atau nak buat niaga pun boleh sangat. Kena cuba nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Doh ni saya guna juga untuk buat pizza,donut & burger malaysia.
Saya buat memang macam ni, saya gaul semua sekali harung… nak cepat katanya. Jadi jugak, insyaAllah.
Biarkan sejam tapi kadang tu tak sampai sejam dia dah naik cantik. Tunggu doh kembang dulu… saya tak timbang sebab buat makan sendiri je. Kalau nak jual, kene timbang lah ya.
Lepas bulat bulatkan dia tunggu sekejap,dia akan naik lagi…dah naik tu baru celop telor dan breadcrumb.tapi hati hati sebab doh macam lembik gitu… nanti tak cantik laa kalau dia tak jadi bulat.
Salut telor dulu baru golek dalam breadcrumb pastu goreng.
Untuk inti:
Actually boleh je nak letak inti apa apa. Tapi yang kawan saya ajar ni lebih kurang macam ni la. Saya dah ubah sikit ikut citarasa saya.
1 tin sos carbonara
2 cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1 biji bwg holand
3 ulas bawang putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun
Tumis bawang, masukkan ayam dan carrot. Bila ayam dah masak masukkan sos dan timun. Saya letak sedikit air. Kacau sehingga pekat yg kita inginkan.
Boleh juga buat inti ayam perisa apa apa pun, terpulang.
Untuk inti, pada pendapat saya, boleh je nak letak apa pun yang ni saya buat guna bahan bahan di bawah.
1tin sos carbonara
2cawan atau lebih isi ayam potong dadu
1labu bwg holand
3ulas bwg putih
Setgh btg carrot
Setgh btg timun jepun buang biji
Tumis bawang, ayam dan carrot. Kemudian masukkan sos carbonara dan timun. Saya letak sedikit air. Kemudian kacau hingga pekat.
Kalau nak share,share aje…sebab saya pun share dari kawan saya jugak ni.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...