Kalau anda ke Johor, makan pisang goreng ‘wajib’ cicah dengan sambal kicap. Macam-macam makanan boleh dicicah dengan sambal kicap. Selain pisang goreng, sambal kicap menjadi ‘kawan baik’ untuk hidangan seperti sukun goreng, tempe goreng malah dimakan bersama bihun sup, soto dan juga ikan bakar.
Bahan-bahannya pun ringkas sahaja dan senang hendak buat. Sambal kicap stail Johor memang antara resipi sambal kicap yang paling padu. Nak buat sendiri? Jom cuba resipi perkongsian saudari Ani Zam ini. 2-3 bulan dalam peti sejuk pun masih elok.
Bermula bulan April, bagi negeri di pantai timur memang meriah dengan aktiviti mencandat sotong. Bila musim sotong ini bermula, salah satu menu kegemaran ramai ialah Sotong Celup Tepung. Namun nak buat sotong celup tepung yang rangup dan tepungnya elok melekat ada caranya yang tersendiri. Malah lebih jimat berganda bila buat sendiri berbanding beli.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Lella Mohamad ini sebagai rujukan;
“Di sebabkan sekarang musim sotong, tak kira pagi petang siang malam boleh makan sotong celup tepung kan. Benda boleh buat kat rumah buat apa susah-susah makan kat kedai kan, lagi jimat”
Ni cara saya buat sotong celup tepung
Bahan-Bahannya:
Tepung beras (pastikan pakai tepung CAP GAJAH!!)
telur sebiji
air kapur sikit
garam
pewarna(kalau takde pakai serbuk kunyit pun takpe)
Cara Membuat:
1. Pastikn sotong dicuci bersih dan buang kulitnya ya.
2. Gaul sebati semua bahan-bahan.Jangan cair sangat, jangan pekat sangat.
3. Saya guna garfu supaya senang nak ambil sotong satu persatu masuk dalam kuali.Goreng hingga kekuningan.
4. Ok dah siap..yang pasti kriuk krappp gitu.
Tips Ekstra!
Jangan lupa gaulkan sotong dengan tepung beras sahaja.Anggaran dalam 1 sudu macam tu la supaya bancuhan tepung melekat kat sotong bila goreng nanti ya!
Pastikan minyak biar betul-betul panas baru masukkan sotong.
Selamat mencuba!
Semoga resepi daripada mak saya ni bermanfaat untuk semua.
MW:Menarik resipi dan tips yang dikongsikan ini. Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri di rumah nanti.
Tergoda sungguh melihat resepi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan oleh Hanafi Abdul Hayy ini. Menurut beliau yang kini berada di Mesir melanjutkan pelajaran, Sosej Cheese Crispy ini dibuat untuk minum petang.Rahsianya ia perlu digoreng menggunakan api yang perlahan, barulah lapisan kulitnya menjadi rangup dan kejunya pun tak cair.Hebat kan air tangan anak bujang diperantauan ini.
Jadi mak-mak yang sesekali nak tukar selera untuk keluarga bolehlah cedok idea resipi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan ini. Cara nak buatnya pun mudah je, anak-anak mesti suka.
Bahan-Bahannya (Adunan):
3 gelas Tepung gandum
1sudu besar Tepung Jagung
3biji Telur
1sudu teh Serbuk lada hitam
Garam secubit
Gaul sebati
Kepingan Keju secukupnya
Lidi sate secukupnya
Sosej
Serbuk roti
Cara Membuat:
1. Satukan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam, kacau hingga sebati.
2. Kemudian, masukkan pula 3 atau 4 keping keju yang telah dicairkan kedalam adunan tersebut.Kacau sebati. (Langkah ini pilihan, tak nak campur keju dalam adunan pun boleh)
3. Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperi dalam gambar.
4. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk seketika, dalam 15 minit untuk biarkan keju benar-benar melekat dengan sosej tadi.
5. Setelah 15 minit, celupkan sosej tadi kedalam adunan tepung tadi dan celupkan pula ke dalam serbuk roti.
6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga kuning keemasan.
Bila masak nasi lemak selain rasa nasinya, sambal juga memainkan peranan yang cukup penting. Sambal kenalah power, serba serbi secukup rasa barulah sempurna nasi lemaknya. Ada macam-macam petua mak-mak boleh cuba untuk menyedapkan lagi sambal nasi lemak ni. Salah satu petua yang boleh dicuba ialah memasukkan segenggam ikan bilis ke dalam blender ketika mengisar bawang.
Berikut perkongsian resipi dan petua oleh Puan Rose Nieysebagai rujukan;
“Assalamualaikum Ros nak kongsi petua, bila orang makan asyik teringat masakan kita.Balik kampung, ros masak nasi lemak untuk mak, ayah & nenek. Diorang cakap sedap sangat-sangat, letak ape dalam sambal nasi lemak. gambar ikan bilis tak sempat snap sebab dah jadi lauk. Seminggu kat kampung ni kali ketiga mak suruh masak sambal ni untuk dia”.
Ramai yang tanya resepi.
Bahan-Bahan:
10 biji Bawang merah
3-4 biji Bawang putih
Segenggam Ikan bilis
15 tangkai cili kering (cili kisar)
Gula Melaka
Gula
Asam Gelugur
Ikan bilis
Garam
Cara Masak :
1. Tumis bawang merah 10 biji, bawang putih 3-4 biji, ikan bilis segenggam (blend kasar-kasar)
2. Bila dah betul-betul garing, baru masukkan cili kering kisar 15 tangkai, kacau sekali sekala je.
3. Masukkan Nissan (gula Melaka), gula, asam gelugur. Dekat-dekat nak kering kuah tu, masukkan ikan bilis, garam secubit. Perasa lain-lain nak letak pun boleh..tak nak letak pun takpe.
#Tips Sambal Tak Terpercik Satu Dapur
***Api perlahan dan kacau sekali sekala je.
***Satu lagi masa blend bawang..letak ikan bilis segenggam (ni petua nak sedap) jangan blend hancur sangat..blend kasar-kasar je)..tumis sampai betul-betul garing baru masukkan bahan-bahan lain. Tu je..
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...