Sambal tempe menjadi kegemaran ramai sebagai penambah selera. Jika anda suka melancong ke luar negara, sambal tempe selalunya sering dibawa bersama untuk dinikmati bersama nasi putih.
Ada bermacam versi sambal tempe. Ada sambal tempe kering dan juga basah. Jika anda gemarkan sambal tempe jenis basah, bolehlah cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini.
Paling istimewa sambal tempe yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini versi basah dan bilisnya pun rangup. Boleh buat stok simpan dalam bekas kedap udara. Senang bila teringin nak makan.
Sambal Tempe Basah, Makan Dengan Nasi Panas
RESIPI SAMBAL TEMPE BASAH
BAHAN-BAHAN:
4 paket tempe – hiris nipis & goreng garing
4 biji ubi kentang – potong nipis & goreng
2 genggam ikan bilis – goreng garing
2 ½ sudu makan gula
1 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
1 keping asam gelugur
1/2 cawan air – sebaiknya guna air panas
Minyak masak secukupnya
Ads
BAHAN KISAR HALUS:
25 tangkai cili kering
1 biji bawang besar – jika saiz kecil, tambahkan 1 biji lagi
5 ulas bawang putih
1 cawan minyak masak
Ratah Pun Sedap
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan kisar.
2. Tambahkan gula, garam, bahan perasa dan asam gelugur. Masak lagi hingga pecah minyak dan sambal garing.
Ads
3. Tambahkan air. Biarkan sambal mendidih dan menjadi pekat.
4. Masukkan tempe dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
5. Seterusnya masukkan ikan bilis yang digoreng garing. Gaul lagi hingga semua bahan sekata.
Ads
6. Siap dan sedia untuk dinikmati. Jika suka, boleh buang lebihan minyak dalam kuali.
Ramai wanita dah makin sedar menjaga kesihatan tubuh melalui pemakanan. Salah satunya Eat Clean atau clean Eating. Bermakna seseorang perlu mengambil makanan semulajadi seboleh mungkin tanpa melalui proses memasak yang lama.
Gula, garam, minyak malah makanan berlemak perlu dikurangkan. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan. Protien hendaklah dikekalkan sebab itu penyediaan makanan lebih kepada kukus, rebus dan panggang.
Ini salah satu perkongsian menu Eat Clean yang diperkenalkan oleh Coach Abrani Yunus.
“Eat clean masak tanpa bahan-bahan yang aneh. Saya turun berat 20kg lemak badan dalam 6 bulan. Fokus pada 80% sumbangan nutrisi pada badan. Makan tak lebih dari 1200kcal sehari.”
Menu Eat Clean Umai Ayam
1. Rebus dada ayam sehingga pecah minyak.
2. Celur sayur-sayuran dalam air rebusan ayam.
3. Dalam masa yang sama, tumbuh 2 tangkai cili padi, 2 ulas bawang putih, perah lemon, limau nipis dalam lesung.
3. Masukkan hirisan bawang merah dan daun limau purut.
4. Carik-carikkan isi ayam tadi. Gaul rata dalam lesung.
5. Siap untuk dinikmati.
Hidang Bersama
1 penumbuk beras perang
1 gelas teh herba
Average kcal – 500kcal
Info
Terlalu berlebihan perasa tambahan menyebabkan vili di dalam usus kecil kita gagal menyerap zat nutrisi dengan baik.
Di saat bahan mentah di rumah agak terhad sepanjang PKP ini,, mak-mak kena kreatif memikirkan apa nak masak untuk keluarga. Ayam antara bahan masakan yang akan dibeli kerana pelbagai hidangan boleh dimasak menggunakan ayam,. Bagaimana dengan kaki ayam?
Ada yang buang begitu saja dengan alasan rasa ‘geli’ nak makan. Hai…agak-agak kalau dah tahu khasiat yang terkandung di dalamnya, sanggup buang lagi tak? Kalau nak tahu, kaki ayam tinggi kandungan kolagen tau! Elok diamalkan untuk kelihatan awet muda! Sila semak artikel ini 7 Sebab Kenapa Mak-Mak Kena Jadikan Kaki Ayam Antara Menu WAJIB Di Rumah
Selain dibuat sup, kaki ayam juga sedap jika dijadikan kerabu ala Thai. Malah, anak-anak pun pasti akan menggemarinya kalau kena dengan selera mereka.
Mungkin boleh cuba yang dikongsikan di facebook milik Rina Idris.
Bahan-Bahan Kerabu Kaki Ayam
Bahan-bahan untuk direbus bersama:
20 batang kaki ayam
2-3 sudu makan cuka
Sedikit garam
Bahan Dihiris:
1 labu bawang besar
2-3 ulas bawang putih
2 batang serai
Sedikit daun sup
Sedikit daun bawang (pilihan)
2 biji tomato
2 batang cili merah (Separuh ditumbuk dan separuh lagi untuk digaul)
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan Untuk Digaul:
Limau nipis/kasturi
Lemon jika ada
Sedikit garam
Sedikit gula
Sos ikan/sos seafood/sos tiram + cuka
Cara membuatnya:
Bersihkan kaki ayam sebaik mungkin, potong kukunya dan kerat dua. Rebus dengan cuka dan sedikit garam, lebih kurang 15 minit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Bahan-bahan yang dihiris dimasukkan ke dalam satu mangkuk, kemudian perahkan jus limau dan lemon. Gaul sekata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan sos ikan/sos tiram yang dicampur sedikit cuka. Gaul semuanya hingga sebati.
Masukkan kaki ayam yang telah direbus tadi. Gaul sebati.
Siap untuk dihidangkan. Mudah, cepat dan sedap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sedapnya buat Puding Oreo Milo sebagai pencuci mulut untuk minum petang. Gabungan Biskut Oreo dan Milo, anak-anak mesti suka. Apatah lagi jika dimakan ketika sejuk.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri Puding Oreo Milo ni boleh buat sendiri di rumah ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fauziah Yahya sebagai panduan.
1. Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut.
2. Kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut baru masukan susu cair hingga mendidih dan kacau sebati.
3. Buang krim pada biskut Oreo dan hancurkan biskut. Acuan dibasahkan dengan air supaya puding mudah dikeluarkan.
4. Tuang 3 cawan adunan putih ke dalam acuan berisi biskut. Gunakan garfu, kacau adunan agar-agar di dalam acuan supaya Oreo merata dan tidak mendap di bahagian bawah acuan. Ketepikan.
5. Panaskan baki agar-agar susu tadi dan masukkan Milo, kacau sehingga Milo hancur dan sebati. Tapis dan tuang secara perlahan-lahan di atas agar-agar Oreo. Sejukkan. Siap!
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Kena suam-suam je lapisan adunan putih tu jangan keras sangat nanti tak lekat. Keraskan suhu bilik je.
MW: Sedapnya Puding Oreo Milo ni, makan sejuk-sejuk. Buat mak-mak yang nak rasa kesedapan puding ni, boleh ikut resipi yang dikongsikan.