Buat Sendiri CAPATI Guna Tepung Gandum Lagi Sedap, Dah Sejuk Pun Lembut! Jika selalu makan capati di kedai mamak je, sebenarnya kita boleh buat sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati makan dan terjamin kebersihannya.
Namun ada caranya untuk pastikan capati ‘homemade’ ini, kekal lembut walaupun dah sejuk. Malah lebih menarik boleh guna tepung gandum je berbanding tepung atta yang selalu digunakan. Tetap boleh jadi juga. Sedapnya makan capati panas cicah dengan kuah kari atau sambal.
Mak-mak yang tak ada oven jangan susah hati, atau patah semangat nak cuba buat kek marjerin marble. Cara yang dikongsikan Nor Elyani Ramli ini bantu mak-mak masak kek marble atas dapur gas letak dalam periuk saja.
Tak rumit pun, sebab tip yang dikongsikan ini tak buatkan periuk terbakar, hangit apatah lagi berlubang. Asalkan ikut tip yang dikongsikan ini.
Guna Periuk Atas Dapur Gas, Kek Marble Elok Kejadiannya
“Menjadi jugak kek marble nya walaupun bakar dalam periuk atas dapur je tak ada oven.. seronok anak-anak makan sebab bertahun tak buat kek kat rumah sendiri.. kalau raya buat kat kampung rumah nenek dorang je..”
Resepinya :
1 cawan marjerin ( saya guna cap pelangi je)
1 cawan gula
2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu kecik esen vanilla
5 biji telur size B
2 sudu besar susu cair Pewarna hijau & merah
Cara membuat :
1. Pukul gula dengan marjerin sampai kembang, masukkan esen vanilla & susu cair. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul sampai sebati. Last masukkan tepung yang dah diayak.
2. Lepas tu bahagikan 3 untuk letak pewarna. Dah masukkan loyang, masukkan dalam periuk, tutup dan masak dengan api kecil dalam 45 minit.
3. Tak payah buh air masa bakar. Masukkan dia saja dalam tu dengan api kecik ye.
Ikut Tip Ini Elak Periuk Hangit, Terbakar Atau Berlubang
“Sebab ramai yang tanya, periuk tak hangit ke, tak terbakar ke, tak berlubang ke.. TAK.. asalkan api kecik elok, kalau api meranggah bukan takat hangit, terbakar siap la kot kan.. ok?”
Tip Bakar Kek Marble Dalam Periuk Atas Api Dapur
1) Periuk kena tutup masa bakar/masak kek. 2) Tak payah letak air, kalau letak air jadi stim/kukus. 3) Boleh letak alas / tungku dapur / tudung periuk / pasir @ apa-apa petua yang mak-mak ajar, tapi saya letak loyang kek direct dalam periuk. 4) Kek saya masak dalam tempoh 45 minit, kalau kek kawan-kawan belum masak dalam waktu itu, tambah la masa 5 ke 10 minit ye. 5) Saya tak panaskan periuk tu sebelum masuk loyang kek, kalau kawan-kawan nak panaskan dulu, terserah.
Memasak kena rajin, kreatif, pandai olah untuk dijadikan menu makanan yang sedap. Kalau lauk basah dah habis, daging buger pun boleh dijadikan lauk yang sedap.
Ni salah satu resipi lauk daging burger simple yang mak-mak boleh cuba, perkongsian daripada Puan Siti Nursoleha Nawawi;
Daging burger dijadikan lauk, siapa biasa buat? Pelik.. Bagi saya sangat pelik. Tapi suami request, katanya dia biasa makan kat kantin sekolah menengah. Kira menggamit kenangan la.Tapi biasanya dia makan yang berkuah..ada lada boh.
Tapi yang ni dia sendiri googlekan resepi. Simple. Gambar last tu nanti letak la garam dan gula secukup rasa.
Memang sedap!!! Sesuai sangat waktu lauk basah dah habis.Jom cuba!Resepi, biar gambar berbicara.
Bahan-Bahan:
Daging Burger (potong panjang)
Bawang Merah (Dihiris)
Bawang Putih (Dihiris)
Cili Padi (dihiris)
Sos Tiram
Sos Cili
Garam
Cara Membuat:
1. Grill/ goreng daging burger sampai masak.Ketepikan.
2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi dalam kuali sampai naik bau.
3. Masukkan sedikit sos tiram dan sos cili.
4. Kemudian masukkan daging burger tadi dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.
MW: Memang mengimbau kenangan sungguh menu lauk daging burger ni. Mak-mak yang tak pernah cuba masak daging burger untuk dijadikan lauk boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang sedap!
Resipi kek sarang semut, bila tengok kejadiannya cantik sungguh sarang berlubang-lubang. Belum lagi rasa kek yang lembut. Tapi kalau tak kena cara tak akan menjadi.
Inilah resipi sarang semut kesukaan mak-mak dulu. Nak kukus atau bakar, keduanya boleh saja.
Dalam perkongsian Ida Shahida, resipi kek sarang semut ini lebih sedap dikukus dan lebih sempurna kejadiannya. Malah, kukus lagi mudah jadi dari membakarnya.
1 cawan gula putih
1 cawan air panas
3 sudu besar mentega
* Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (hati hati sebab ia akan meletop letop. Apa pun tutup api & cepat-cepat masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
Bahan Lain:
4 biji telur
3/4 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Caranya:
1. Pukul telur sampai kembang & pekat.
2. Kemudian, masukkan susu pekat – Mixer hingga rata
3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yang diayak terdahulu.
4. Tuang kan esen vanila
5. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi. Kacau dan sebatikan.
6. Ambil bekas bakar sapu sedikit mentega keseluruhannya.
7. Lapik kertas ‘ baking paper’ seluruh atau bahagian bawahnya sahaja.
8. Sapukan mentega atas kertas ‘ baking paper tu’ dan masukkan adunan tadi.
9. Oven@microwave mesti dipanaskan dahulu dengan suhu 180c selama 15 minit.
10. Kemudian masukkan adunan ke dalam microwave dan bakar selama 40 minit.
11. Kalau nak perap adunan ini , peraplah selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
ATAU PUN
Kalau nak terus dimasak pun boleh cuma sarangnya tak cantik tapi sedap….kek yang saya buat tu..saya tak peram.saya terus masak.kejadian hasilnya tetap sedap dan cantik.
Boleh dikukus dan dibakar oven@microwave.
Kukus selama 50-60 minit
Tip:
1. Gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk untuk kacau sampai warna perang. Rasa dia akan sedap sebab rasa gula dah hangus macam rasa coklat.
Cuma jangan hanguskan sangat air gula tu nanti sebab kalau terlalu gelap@ hitam, kek akan rasa pahit. Lagipun kalau kita ‘ bakar’ ia akan lebih gelap warnanya bila dah masak nanti.
2. PERHATIAN pukul telur jangan terlalu lama sebab akan keringkan kek, pukul sekadar sedikit berbuih. 2-3 minit saja. Masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab dan lembut.
3. Tip kukus:
Aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu ( tapi kalau tak ada aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain di sekelilingnya) masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.
Kalau dibakar dalam oven/microwave tak perlu di tutup dengan aluminium atau apa apa.
Mesti guna MIXER/pengadun letrik tapi kalau tak ada sila guna BLENDER yang dok kisar cili/rempah tu. Kalau tiada apa apa bolehlah dipukul dengan alat pemukul tangan tu.
PETUA MEMBUAT KEK SARANG SEMUT
1. Kek tidak bersarang cantik tu salah satu sebabnya masa peram bekas peraman tidak ditutup rapat- baik guna tupperware bertudung. dan lagi satu sebab sekejap buka, sekejap tutup, sekejap buka sekejap tutup. tidak boleh!!. Sepanjang proses memeram dan mengukus anda tidak boleh sesekali membuka tudung tupperware atau tudung pengukus. tudung pengukus mesti dibalut untuk memastikan haba terperangkap.
2. Kacau sampai mentega cair. Gula digoreng dengan api sederhana besar.
3. Masak air gula jangan terlalu lama nanti jadi warna hitam@gelap. ini akan menyebabkan kek akan terasa pahit sangat. Bila air gula dah nampak warna perang perang atau keperangan cepat cepat tutup api dan masukkan air serta gula. warna air gula juga akan menpengaruhi warna kek nanti!!
4. Untuk nak balut aluminium pd bekas kek, mesti jarak adunan bersesuaian iaitu pastikan bila masak ia tak membukit naik, kalau naik sangat alamatnya akan terkenalah kertas aluminium itu
5.Guna mixer lebih cantik hasilnya sebab kelajuan mixer tu tak sama dengan tangan tapi kalau tak ada mixer boleh guna blender tapi cuci bersih-bersih.
6.Warna kek tersebut bergantung pada gula hangus yang kita masak nanti. jika nak warna kek agak keperangan dan tidak terlalu pahit, gula hangus nanti dimasak jangan sampai jadi warna hitam.
7.Mesti kena guna api kuat sekali dari mula sampai masak, swetiap kali mengukus.
8.Di keseluruhan pelengat atau loyang mesti disapu minyak sedikit supaya kek tidak melekat
Kenapa kek sarang semut tidak bersarang. teknik masa buat kena betul.tidak hanya terletak pada proses peraman sahaja.
Kemungkinan besar tersilap teknik membuatnya. Pastikan gula dimasak terlebih dahulu dan sejukkan. Mentega dipukul dengan menggunakan senduk kayu sahaja dan jangan gunakan pengadun kek!. Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Barulah dimasukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu pekat. Sambil dikacau perlahan. Tuangkan gula hangus. Terus tuangkan ke dalam acuan dan bakar.
Kalau teknik buat tidak betul walau diperap 4 jam pun tetap tidak bersarang cantik juga. Tujuan memeram itu adalah untuk menyebatikan dan adunan akan lebih uummpph.
p/s: Bagi dapatkan potongan yang cantik dan berlubang, belah kek di tengah, kemudian tengok arah urat kek..potong kek secara melintang garisan tersebut.
Mingguan Wanita : Info yang cukup detail. Lepas ni kalau buat tka jadi lagi, tak tahu nak cakap dah….
Ramai yang masih beranggapan bahawa krim tabir suria (sunscreen) dan pelindung matahari hanya perlu digunakan ketika berada di pantai. Stigma salah ini masih membelenggu...