Cucur udang memang sedap dimakan sama ada dengan sos cili mahupun kuah kacang. Ikut selera masing-masing. Selalu masalah bila masak cucur udang ialah ianya menyerap minyak. Memang boleh ‘potong’ selera dibuatnya sebab bila makan rasa muak.
Resipi Cucur Udang Tak Serap Minyak
Sebenarnya ada cara hendak masak cucur udang supaya tidak serap minyak. Istimewanya resipi cucur udang ini bukan sahaja tidak serap minyak tetapi juga tidak menggunakan yis, soda bikarbonate atau baking powder. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
RESIPI CUCUR UDANG
Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 biji bawang besar – potong dadu
2 biji telur
1 cawan tauge
Kucai
Udang kertas – kopek kulit
Udang biasa – untuk hiasan atas cucur
3 cawan air
Garam secukup rasa
Makan Pun Tak Rasa Muak
Cara memasak:
1.Campurkan semua bahan kemudian sebatikan. Perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tetapi nanti cucur udang jadi tak berapa sedap dan keras. Inilah rahsia Cucur Udang jadi kembung tapi tak serap minyak. Hanya perapkan sahaja adunan kerana kita tidak guna baking powder.
Ads
2. Panaskan 2 senduk. Satu untuk menggoreng dan satu lagi untuk panaskan senduk.
3. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tidak panas nanti adunan cucur melekat.
4. Bila senduk sudah panas, masukkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang di atas. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
Ads
5. Goreng cucur sampai garing warna coklat keemasan. Siap. Hidangkan bersama sos.
Bahan sos:
Ads
Cili merah
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Cara memasak:
1. Rebus cili dan bawang putih kemudian kisar sampai hancur.
2. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam dan cuka.
3. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik.
4. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.
5. Kacau sebati dan bila dapat kepekatan yang anda suka, padamkan api. Sedia untuk dihidang bersama cucur udang.
Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
Sedia dihidangkan.
Mingguan Wanita : Sesetengah orang ada yang letak air sejuk sedikit dan cuka. Ikut cara masing-masing. Pengakhirannya, bila dah siap, sedap dan sama macam kedai siam, kan…
Brownies kedut ini sebenarnya adalah kek bantat. Waktu awal kejadiannya dulu, pembuat kek terlupa memasukkan serbuk penaik ke dalam adunan, jadilah kek tersebut bantat.
Tapi, walaupun ianya kek bantat ada juga yang gagal menghasilkan brownies yang rupanya berpori-pori, lembut dan naik seperti kek. Paling penting kena ada rasa sedikit kenyal dan lembap itu.
Nana Fiana berkongsi kemahirannya menghasilkan brownies kedut ini. Suatu ketika dulu brownies kedut viral ini menjadi carian resipi baking di kalangan mak-mak. Katanya, jika menggunakan resipi yang dikongsikan ini brownies anda gerenti jadi.
“Dah janji nak ajar buat brownies kedut anti gagal. hehehe ajar simple simple. Kalau susah bukan korang buat pun!!.”
Cairkan dark choc bersama butter dan minyak masak.
Dalam bekas lain kacau telur, brown sugar dan esen vanila. Dah sebati masukkan choc yang dah di cairkan tadi kacau manja-manja. Tak payah beriya sangat, manja-manja je.
Dah sebati masukkan tepung dan kacau-kacau siap masuk dalam loyang saiz 7 atau 8 inci pun ok.
Pertama kali buat Dumpling terus menjadi dan sedap anak-anak suka makan, malah memang ‘laku keras’ sekejap je habis licin. Bagi yang suka masakan cina boleh cuba buat sendiri di rumah. Mudah je. Malah kalau tak berapa rajin nak buat kulit dumpling, boleh beli je yang dah ‘ready made’.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Al Fatihah ini sebagai panduan;
Saya tak terer bang..tapi saya try.First time makan, first time buat memang sedap dumpling ni. Anak-anak pun suka makan, laku keras sat je licin.
DUMPLING AYAM & UDANG
Bahan-Bahan (Kulit Dumpling): (boleh juga beli yang ready made)
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi kayu
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh garam halus
1 cawan air panas
Bahan-Bahan (Inti Dumpling):
1 cawan isi ayam
1/2 cawan isi udang
1 labu bawang besar -di cincang
1/2 batang carrot -di parut
1 batang daun bawang -di hiris
1 sudu teh serbuk lada putih Aji Shio
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh kicap manis
1 sudu teh minyak bijan
1 biji telur
2-3 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu besar gula
Bahan-Bahan (Minyak Cili):
1/2 cawan minyak masak/jagung
3 ulas bawang putih -di cincang
1 inci halia -di cincang
1 batang daun bawang (ambil bahagian putih saja) -dihiris
1/4 cawan cili flakes
1/4 cawan kicap manis
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam halus
1 batang daun bawang (ambil yg hijau)-dihiris
1/2 sudu teh bijan yg disangai
Cara Membuatnya:
1.Kulit Dumpling
Satukan tepung gandum, tepung ubi, minyak & garam. Tuang air panas sedikit demi sedikit sambil kacau dengan sudu.
Kemudian, gaul dengan tangan & uli hingga menjadi doh. Tutup & rehatkan 30 minit.
Potong doh kecil-kecil. Ambik satu & canai nipis. Tekap dengn acuan bulat. Tabur tepung di atas dulang supaya kulit tidak melekat. Ketepikan dulu.
Satukan isi ayam & udang bersama bawang, carrot, daun bawang, serbuk lada putih, sos tiram, kicap, minyak bijan, tepung jagung, telur, garam & gula. Kacau sebati.
3.Ambil sekeping kulit, letak sedikit inti. Sapu air ditepinya & tutup. Kelim beberapa kali di tepinya & tekan kemas.
4.Didihkan air di dlm pengukus dulu. Sapu dulang dengan minyak supaya dumpling tidak melekat & kukus selama 15 minit dengan api sederhana.
5. Minyak Cili
Panaskan minyak di atas api. Di dalam bekas, satukan bawang putih, halia, daun bawang putih, cili flakes, gula, garam, kicap & minyak bijan. Cili flakes yang saya guna baki beli pizza domino 2-3 bulan lepas.
Tuang minyak panas perlahan-lahan dan biar ia mendidih bersama bahan-bahan tadi seketika, kemudian kacau.
Campur dengan daun bawang hijau & bijan. Kacau sebati. Hidangkan dumpling bersama minyak cili.
Ibu & anak meninggal dunia dalam kereta, lemas akibat terhidu gas karbon monoksida. Dua beranak, Zabanah Abu Hussin, 57 dan anak perempuannya, Intan Nur...