Cheese Cake atau kek keju, memang menjadi kegemaran ramai terutama anak-anak. Selalunya makan cheese cake di kedai kek dan pastri, lembut dan gebu sahaja. Nak lagi puas makan, eloklah kita buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang.
Kalau ada yang kata nak buat cheese cake, cuba resipi cheese cake yang hanya guna tiga bahan ini. Cara membuatnya pun senang. Resipi cheesecake yang dikongsikan Nurul Ain Ridzwan ini sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak buat kek. Hasilnya memang puas hati.
Resipi Cheese Cake Gebu, Gebas
RESIPI CHEESECAKE HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
120gm tatura cream cheese
120gm susu pekat manis
3 biji telur gred B
Parutan cheddar cheese | jika suka
Hanya Guna Tiga Bahan, Paling Senang Nak Buat
CARA MEMBUAT:
Ads
1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga berkrim dan tiada ketulan (boleh kurangkan susu jika tidak mahu kurang manis). Boleh guna blender atau mixer.
2. Asingkan putih telur dan kuning. Putar putih telur hingga berkrim (meringue).
3. Masukkan kuning telur dalam adunan cheese yang dicampur susu tadi. Kacau rata.
4. Kemudian campurkan adunan putih telur, kaup balik adunan menggunakan senduk hingga semua bahan bercampur sekata.
Ads
5. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan baking paper.
6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150C selama 10 minit, kemudian bakar kek dengan teknik water bath ( isi loyang berisi adunan kek dalam loyang lebih besar berisi air).
7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit dengan api atas bawah. Rendahkan suhu kepada 150 C untuk 25 minit seterus atau hingga masak (bergantung kepada oven anda gunakan).
8. Untuk pastikan ia masak atau tidak, boleh cucuk dengan lidi. Tengok sama ada tekstur masih melakat atau tidak pada lidi. Jika tidak melekat, ia sudah masak.
Ads
9. Tutup api dan biarkan dalam oven 15 minit dengan pintu oven terbuka sedikit baru keluarkan.
10. Keluarkan dari ketuhar dan boleh hiaskan atasnya dengan parutan keju Cheddar. Kalau nak larutkan parutan keju boleh masukkan dalam oven sekejap. Tanpa topping pun kek ini sangat sedap ye.
INFO: Sukatan ini boleh dapat dalam 1 loyang kecil saja. Sesuai untuk anda yang pertama kali nak cuba buat. Kalau rasa nak kek yang lebih besar, boleh gandakan sukatan ya.
Kalau masak sambal, mak-mak suka guna cili kering dan ada juga yang suka guna cili boh yang siap dibeli di kedai. Masalahnya, kalau gunakan cili kering, ada bijinya yang tidak hancur sepenuhnya.
‘Bercinta’ nya bila nak buang cili kering. Kadang-kadang, untuk sediakan ia sahaja dah ambil masa berapa lama. Inilah yang berjam-jam duduk di dapur, tambah masa untuk memasak lagi.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau kalau nak asingkan cilik kering. Ada cara yang mudah dan jimat masa. Perkongsian daripada Umi Watie ini sesuai untuk mak-mak yang suka guna cili kering untuk masak sambal dan masa sama asingkan bijinya sekali.
Hari ini kakchik nak share cara paling senang nak buang biji cili. Selalu kena potong atau gunting halus-halus lepas itu asingkan apa semua kan?
Cara ni paling mudah, pakai alatan pun murah saja. Bagus untuk melatih anak dara belajar masak. Ini pun salah satu subjek penting musim pkp.
Cili kering itu kakchik tak cuci pun. Tak potong kecil, hanya masukkan dalam bekas chopper tu saja. Chopper pun pakai manual saja. Sambil bersenam gitu.
Sekali buat dalam 20 biji cili kering. Cukuplah untuk sekali masak bagi rencah mee goreng.
Nak lebih sila buat sampai cukup ya.
1. Cili dah siap asingkan biji cilinya.
2. Lebuh semua masuk dalam manual chopper.
3. Lepas tarik zipzap zipzap. Biji cili nampak dah terasing.
4. Bubuh dalam tapis. Senang saja kan?
5. Biji cili yang tertinggal. Ini kalau geng kebun mesti geram je nak semai kan. Guma bijinya.
6. Dah siap. Jom masak.
Selamat mencuba.
#DapurMakRerama
MW: Mak-mak yang ada chopper kat dapur, boleh cuba buat. Guna yang murah pun dah cukup membantu. Jimat masa kat dapur.
Puding laici, resipi yang mengimbau kembali pada zaman muda belia. Kalau mak buat memang sedap sangat. Kiranya kalau letak laici tu, dah mewah sangatlah. Nak letak buah lain pun boleh juga, ikut citarasa.
Masih ada lagi ke yang mengimbau zaman 90 an. Puding laici yang mudah untuk dibuat. Tak perlu nak pakai banyak layer. Cukup dengan yang ini saja.
Antara perkongsian daripada Mr Ali tentang cara nak buat puding laici yang mana resipi dari maknya. Terus ingat zaman muda-muda dulu.
Resipi ini sangat mudah, guna satu layer saja dan boleh buat dalam kuantiti yang banyak.
Bahan-bahan:
12 gram agar – agar tali.
6 cawan air (1 cawan air : 250ml)
1 tin laici
1 tin susu cair
1 cawan gula
3 biji telur gred B
2 sudu makan tepung kastard + dibancuh dengan 3 sudu makan air
1 sudu kecil essen vanila
1 sudu kecil garam
( 1 adunan dapat loyang petak 9 inci atau petak 8 inci.
Cara Membuat:
Basuh dulu agar-agar tali dan dalam periuk letakkan 6 cawan air + 12 gram agar – agar tali. Biarkan dalam 5-6 minit atau sampai mendidih, kacau2 perlahan, api pasang perlahan.
Selepas itu masukkan 1 cawan gula. Biarkan gula larut dulu sambil kacau-kacau.
Apabila sudah larut masukkan air sahaja dari 1 tin air laici tadi. Jangan masukkan buah laici lagi. Kacau sebati.
Sementara itu pecahkan 3 biji telur, kacau sebati dan masukkan bersama sama setin susu cair.
Masukkan 1 sudu kecil esen vanila + 1 sudu kecil garam. Kacau biar sebati. Ketepikan
6. Dalam bekas yang lain, masukkan 2 sudu makan tepung kastard dan bancuh bersama- sama 3 sudu makan air. Kacau sebati & masukkan ke dalam telur yang dah dikacau dengan susu cair tadi
Kacau sebati dan masukkan ke dalam air agar-agar.
Dalam bekas yg lain, masukkan tepung kastard dan bancuh bersama2 dengan 3 sudu makan air.
9. Inilah hasilnya.
Masukkan ke dalam telur yg dh dikacau sebati dengan susu cair tadi
Kacau sebati
Masukan dalam air agar2 laici tadi
Kacau perlahan
Sampai mendidih
Dah mendidih masukan laici. Kacau sebati dalam 10 saat terus off api
Masukkan dalam loyang atau acuan
Biarkan suhu bilik/ biarkan diluar selama 40 minit baru sejukkan dalam peti selama 3 jam
Bila cuti lama ni adakalanya buntu juga mak-mak nak masak apa untuk minum petang.Boleh cuba buat resipi cakoi cicah sos karamel ni. Cara nak buat sangat mudah, bahan-bahan pun tak banyak. Yang penting gebu dan sedap!
“Hai, petang ni rumah awak makan apa. Rumah saya harini buat cakoi cicah sos karamel.Ni cara saya buat cakoi. Walaupun bukan resepi original tapi boleh lah buat makan, ada la jugak rupa cakoi.”
“Resepi sos karamel pun ada sekali saya sertakan. Semua resepi ini ikut cara yang saya selalu buat.”
Bahan-Bahan (Cakoi Simple):
300gm / 1 mangkuk / ⅓ peket tepung gandum
2 sudu makan gula
½ peket yis mauripan
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan air
⅓ cawan minyak masak
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan kering. Gaul biar rata.
2. Masukkan air dan telur. Uli sampai jadi doh.
3. Masukkan minyak masak dan uli sampai jadi doh lembut.
4. Canai doh dan potong menjadi empat segi panjang.
5. Lekatkan 2 doh menggunakan air dan tunggu kembang.
6. Goreng dalam minyak panas sehingga perang.
1 cawan gula
½ cawan susu pekat
½ cawan air
1 sudu butter
Cara Membuat:
1. Masak gula atas dapur sampai perang.
2. Masukkan susu pekat dan biarkan ia sebati.
3. Tambahkan air supaya sos karamel menjadi cair.
4. Akhir sekali masukkan butter dan tutup kan api.
5. Sos karamel sangat cair ketika panas tetapi menjadi 2 kali ganda pekat apabila sejuk.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...