Suami maut dirempuh pacuan empat roda ketika berhenti rehat tepi jalan, isteri kongsi detik pilu diuji ketika bulan kelahiran. Ramadan kali ini membawa ujian yang tidak pernah terbayang buat seorang isteri, Sulizah.
Dalam bulan penuh keberkatan ini, ibu tiga anak ini diuji kehilangan suami tercinta, Hapipie Yusof, 42 yang meninggal dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di jalan Lahad Datu Bypass, Flyover Batu 6 dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu ketika berhenti rehat di tepi jalan.
Dalam kejadian semalam kira-kira jam 2.40 petang itu, arwah Hapipie Yusof yang juga seorang Pembantu Pembedahan Pergigian di sebuah klinik pergigian di sini, mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.
Lebih menyentuh hati, tragedi menimpa suami dikasihinya itu berlaku dalam bulan kelahirannya sendiri. Menahan sebak dalam nada ringkas, Sulizah sama sekali tidak menyangka insan disayanginya pergi terlalu cepat, meninggalkan dia dan anak-anak meneruskan kehidupan tanpa sosok seorang suami dan ayah. Dalam tulisan ringkasnya di media sosial miliknya, dirinya menulis.
“Suamiku…terlalu cepat ko tinggalkan aku & anak-anak. Di bulan kelahiranku, ko tinggalkan aku..Allahuakbar kongsinya di media sosial miliknya, Sulizah John.
Dalam pada itu, isteri ini turut menitipkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan arwah yang mengiringi arwah sehingga ke tanah perkuburan.
Ads
“Terima kasih atas setiap pertolongan pada arwah. Setiap titik peluh, sumbangan tidak kira barang atau wang ringgit Allah jua yang membalasnya. Saya tak mampu membalas semua kebaikan dihulurkan.
“Terima kasih kerana sayangkan arwah sampai nafasnya yang terakhir. Iringi dirinya sampai ke tanah perkuburan. Tolong ampunkan arwah. Kalau ada berhutang apa-apa yang mahu dituntut beritahu saya. Saya mohon mudahkan urusannya dunia dan akhirat. I love you abang. Al- Fatihah suamiku dunia dan akhirat,” tulisnya sambil membuat emoji tangisan.
Berdasarkan gambar-gambar dikongsikan di media sosial, jelas arwah mempunyai ramai sahabat dan memaklumkan dirinya seorang yang baik serta suka menolong orang lain semasa hayatnya.
Ads
“Bertapa ramainya sahabat-sahabat yang sayang sama kau, Aboy. Dari rakan-rakan berniaga yang selalu sama-sama mencari rezeki, rakan-rakan sekolah yang membesar bersama kenangan lama, rakan-rakan H3ros yang sentiasa ada dalam suka dan duka dan tidak lupa juga seluruh ahli keluargamu yang amat menyayangi dan merindui dirimu setiap waktu.
“Kehadiranmu dalam hidup kami bukan sekadar sebagai kawan tetapi sebagai saudara yang sentiasa membawa senyuman, semangat dan kenangan yang tidak akan pernah padam.
“Wahai sahabat, tenanglah engkau di alam baru mu. Kami redha dengan pemergianmu walau hati masih terasa kehilangan. Semoga Allah menempatkanmu dalam kalangan orang-orang yang beriman, melapangkan kuburmu, menerangi alam barzakhmu dan mengampunkan segala dosa-dosamu.
Ads
“Doa kami tidak pernah putus untukmu, Aboy… jasamu dan kenangan bersamamu akan terus hidup dalam ingatan kami sampai bila-bila,” tulis rakan-rakan arwah.
Dalam satu kenyataan memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu lelaki berusia 34 tahun bersama tiga penumpang, manakala mangsa menaiki motosikal jenis Honda.
“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu. Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah motosikal berada di bahu jalan sebelah kiri dan mangsa dipercayai sedang berehat di atas motosikal berkenaan.
“Kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta tiga penumpang kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, ramai mula terasa kos hidup semakin meningkat. Harga makanan naik, tambang pengangkutan bertambah, malah perbelanjaan harian pun terasa makin berat.
Antara faktor yang sering menjadi penyumbang ialah harga minyak dunia yang tidak menentu.
Walaupun ia kedengaran seperti isu besar di peringkat global, hakikatnya kesannya boleh dirasai hingga ke dapur rumah kita.
Secara mudah, harga minyak dunia ialah harga minyak mentah yang dijual di pasaran antarabangsa, biasanya diukur dalam dolar Amerika bagi setiap tong (barrel).
Harga ini sentiasa berubah. Kadangkala setiap hari, bergantung kepada beberapa faktor seperti:
Ketika ini, harga minyak berada sekitar USD80 hingga USD90 setong, namun ia boleh berubah dengan cepat bergantung situasi semasa.
Pergerakan harga minyak dunia bukan berlaku secara rawak. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor utama yang saling berkait:
Ketegangan di Asia Barat, termasuk isu melibatkan Iran, memberi kesan besar kepada bekalan minyak global. Apabila risiko meningkat, harga cenderung melonjak.
Selat Hormuz, yang menyalurkan kira-kira 20% minyak dunia, menjadi laluan kritikal. Jika berlaku gangguan, kesannya boleh terus menaikkan harga minyak dunia.
Keputusan OPEC+ untuk menambah atau mengurangkan pengeluaran memberi impak besar kepada kestabilan harga di pasaran global.
Bila harga minyak dunia meningkat, kesannya bukan sekadar di stesen minyak.
Ia memberi kesan langsung kepada kehidupan harian:
Secara keseluruhan, kos sara hidup boleh meningkat sekitar 5 hingga 10 peratus, bergantung kepada tahap kenaikan harga minyak dan keadaan ekonomi semasa.
Bagi mengawal harga bahan api, kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang besar.
Dianggarkan sehingga RM32 bilion digunakan untuk memastikan harga minyak seperti RON95 kekal stabil walaupun harga minyak dunia meningkat.
Namun dalam jangka panjang, tekanan ini turut memberi kesan kepada ekonomi negara dan kedudukan fiskal.
Pakar menjangkakan harga minyak dunia tahun ini boleh berada dalam julat:
Malah dalam situasi tertentu, harga boleh melonjak lebih tinggi jika berlaku gangguan bekalan secara besar-besaran.
Hasrat seorang suri rumah untuk membeli baju kurung sempena Aidilfitri bertukar menjadi rezeki besar apabila dirinya berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM200,000 melalui kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya powered by AFFIN.
Pemenang bertuah itu ialah Nurul Aqilah Radzuan, 33, ibu kepada dua anak yang berasal dari Taiping, Perak. Kemenangan tersebut menjadikannya antara penerima hadiah utama dalam kempen ‘AFFIN Dream Box’ yang dijalankan dengan kerjasama strategik Affin Islamic Bank Berhad.
Nurul Aqilah mengakui pada awalnya dia tidak menyangka pembelian baju raya secara dalam talian itu bakal membawanya kepada tuah luar biasa.
“Saya beli baju kurung itu sebab tertarik dengan promosi percuma tumbler. Apabila sampai, saya buka kotak, tengok tumbler, kemudian baru buka baju dan cuba pakai. Selepas itu, saya imbas kod QR tersebut dan terpandang angka yang banyak kosong di belakang.
“Saya tenung lama, ingatkan RM200 sahaja, tetapi apabila melihat jumlah sebenar, saya terus mengambil tangkapan skrin dan hantar kepada suami untuk pengesahan. Saya masih dalam keadaan tidak percaya sehingga pihak Bulan Bintang menghubungi saya,” katanya ketika majlis penyerahan hadiah di Menara AFFIN, TRX Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam masa sama, pengasas jenama Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi atau Meri menjelaskan idea ‘Dream Box’ tercetus selepas beliau sering berdepan perbandingan nilai hadiah yang diberikan kepada pelanggan setiap tahun.
“Tahun-tahun sebelum ini, orang sering membandingkan nilai hadiah yang saya berikan. Saya terfikir, tidakkan setiap tahun saya perlu memberikan hadiah fizikal yang lebih mahal? Jadi, idea ‘Dream Box’ ini timbul supaya pemenang boleh menentukan sendiri impian atau kemahuan mereka.
“Kolaborasi bersama Affin Islamic Bank ini juga membolehkan kami melebarkan profil pelanggan dan membuktikan bahawa Bulan Bintang adalah jenama yang sentiasa ingin berkongsi rezeki dengan pelanggan setia kami,” katanya.
Menjawab dakwaan sesetengah pihak yang mempersoalkan kempen tersebut kerana terlalu mudah dimenangi, Meri menegaskan bahawa ketelusan merupakan perkara paling penting dalam pelaksanaan kempen itu.
“Mekanisme kempen ini sangat mudah. Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana barangan serendah RM109, imbas kod QR, dan keputusan keluar secara terus. Kami tidak mahu pelanggan menunggu lama atau perlu melalui proses cabutan yang rumit.
“Inilah kekuatan kempen ini, biar pelanggan sendiri merasai pengalaman menang secara terus tanpa perlu keraguan,” jelasnya lagi.
Bagi Nurul Aqilah, kemenangan ini adalah rezeki Ramadan yang paling bermakna buat keluarganya dan wang tersebut akan digunakan untuk simpanan masa depan serta merealisasikan impian yang selama ini terpendam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular video seorang wanita melintas jalan sambil menggunakan telefon bimbit, mengundang padah apabila terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bangsar.