Air mata masih belum kering. Seorang bapa terkorban, seorang ibu koma, sementara tiga anak kecil termasuk bayi berusia lapan bulan mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaiki lima beranak itu dipercayai terbabas dan melanggar tembok tiang elektrik di Jalan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 22, Shah Alam, semalam.
Mangsa, Muhammad Hafiz Abdul Jamil, 39, yang juga anak sulung daripada 12 beradik, meninggal dunia di lokasi selepas kereta dipandunya terbabas sebelum merempuh tembok pembahagi jalan.
Ibu Di ICU, Anak-Anak Parah
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan, wanita berusia 38 tahun itu kini koma selepas menjalani pembedahan limpa dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Shah Alam.
Selain itu, beliau berkata, anak mangsa berumur tujuh tahun yang patah kaki kanan pula dimasukkan ke wad hospital sama dan dijadualkan menjalani pembedahan tulang kaki, esok.”Seorang lagi anak mangsa berumur empat tahun patah tulang paha dan turut dirawat di Hospital Shah Alam.
“Bayi mangsa berusia lapan bulan pula retak tengkorak dan masih menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya pada sidang media, memetik laporan https://www.bharian.com.my/.
Ads
Kronologi Tragedi
Kemalangan berlaku kira-kira 1.20 tengah hari ketika kereta Proton Saga FLX dipandu lelaki berusia 39 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada tiga kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan dari Shah Alam menuju ke rumah di Klang.
Tiba di lokasi, kenderaan dipercayai terbabas lalu merempuh tembok tiang elektrik di pembahagi jalan. Pemandu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Siasatan & Rayuan Saksi
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis merayu saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Shah Alam melalui talian 019-775 7354.
Jenazah Muhammad Hafiz dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Johan Setia, Klang petang ini. Allahyarham bekerja sebagai kontraktor sebuah syarikat telekomunikasi selain penghantar barang sambilan sementara isterinya merupakan seorang suri rumah. Mangsa turut mempunyai dua lagi anak masing-masing berusia 18 dan 19 tahun yang terselamat selepas tidak menaiki kenderaan itu.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Pakai mafla Palestin sebagai tanda kita tidak lupa — setiap simpulan dan corak membawa kisah perjuangan yang masih berterusan. Tunjukkan solidariti anda dengan cara yang bermakna.
Uqasha Senrose meragui status perkahwinan dakwa tarikh nikah berbeza seperti dicatat dalam sijil nikah. Terbaru menerusi perkongsian di Instagram Uqasha Senrose mendakwa berlaku kesilapan pada sijil nikahnya dan Kamal Adli.
Pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen mendakwa dirinya bernikah pada 5 November namun di dalam sijil tercatat 4 November 2021.
“Aku dinikahkan dan diakad atas pengetahuan aku pada 5 November 2021 pasa pukul 9 pagi.
“Tapi dalam sijil nikah, aku dinikahkan 4 November 2021 pada pukul 9:30 malam.
“Allahuakbar adakah sah perkahwinan ini? Cukupkah syarat sah perlahwinan?,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Pada masa yang sama Uqasha turut mendakwa dirinya diperbodohkan kerana pihak Kamal Adli dan keluarganya telah memanipulasi tarikh perkahwinan mereka.
“Selama ini aku diperbodohkan oleh seluruh keluarganya.
“Bapa aku juga dimanipulasi oleh si dia dan keluarga (Kamal) untuk kata sah sebab sudah ada wali?,” tulisnya.
Sebelum ini Uqasha telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Rabu ditemani peguam, Nurfarhana Abd Manap bagi prosiding perceraian yang difailkan pada 1 Oktober lalu.
Jelas Nurfarhana, perceraian difailkan susulan tiada persefahaman. Memandangkan Kamal Adli gagal menghadiri prosiding harinini, mahkamah menetapkan prosiding ditangguhkan pada 28 Oktober nanti.
Air muka tenang Hazwani Helmi sebaik tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye jam 8.40 malam semalam, nyata tidak dapat menutupi pengalaman perit yang baru dilaluinya.
Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) ini, yang juga penyanyi dan aktivis kemanusiaan, tampil menceritakan kekejaman rejim Zionis terhadap para tahanan sebaik sahaja dilepaskan dari cengkaman tentera Israel (IDF).
Dalam temu bual eksklusif bersama Al Jazeera, Hazwani menggambarkan layanan zalim yang diterima sebagai sesuatu yang tidak mungkin dapat dilupakan.
“Ia memang teruk. Apa yang boleh saya katakan, mereka layan kami seperti binatang. Kami tidak diberi makanan dan minuman bersih,” ujarnya penuh sebak.
Hazwani turut mendedahkan bahawa segala ubat-ubatan, beg, dokumen dan barangan peribadi mereka telah dirampas tanpa belas ihsan.
“Sampai sekarang kami masih belum dapat semula barangan kami. Dunia perlu tahu kekejaman mereka,” tambahnya lagi.
Lebih memilukan, Hazwani menceritakan bagaimana aktivis alam sekitar terkenal dunia, Greta Thunberg, turut diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan oleh tentera Zionis.
“Saya teringat bagaimana mereka menyeretnya dengan kasar dan menekap bendera Israel di wajahnya. Mereka melayannya seperti binatang,” dedah Hazwani dengan suara bergetar.
Menurut laporan media antarabangsa, Greta yang kini berusia 22 tahun masih berada dalam tahanan tentera Israel. Kerajaan Sweden dilaporkan sedang giat berunding untuk membawa pulang aktivis muda itu melalui saluran undang-undang.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF selamat tiba di Istanbul dan kini menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapat sokongan psikologi penuh daripada pihak berkuasa Turkiye.
Dalam suasana redup dan romantik di Ukays Hills, Bukit Antarabangsa, pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Amira Othman diraikan dalam majlis eksklusif Hi-Tea The Garden of Love FATTMIRA, anjuran Usanita Sdn. Bhd. pada 18 Oktober lalu.
Acara yang berlatarkan taman indah itu bukan sekadar meraikan pasangan pengantin baharu yang kini menjadi simbol cinta bahagia dalam dunia hiburan, tetapi turut menjadi pentas pelancaran rasmi lagu runut bunyi (OST) telefilem Poskad Cinta Dari Auckland berjudul Always Will, ciptaan Ajai dan dinyanyikan sendiri oleh Amira Othman.
Suasana petang itu diserikan dengan kehadiran pemenang bertuah dan pelanggan setia aplikasi Usanita TV (UTV) yang memenangi cabaran khas di TikTok, portal Gempak dan radio ERA. Acara turut dikemudikan oleh pengacara serasi, Awal Ashaari dan Yasmin Hani, menjadikan interaksi antara artis dan peminat terasa begitu dekat dan mesra.
Dengan konsep dekorasi “Garden of Love”, majlis tersebut seolah-olah membawa para tetamu menyelusuri perjalanan cinta dua hati yang kini disatukan dalam ikatan perkahwinan penuh restu.
Antara detik paling manis ialah segmen khas “FATTMIRA Love Story”, di mana pasangan ini berkongsi sisi peribadi mereka sebagai suami isteri.
Amira, sambil tersenyum manja, mendedahkan keperibadian Fattah sebagai suami yang matang dan menenangkan.
“Fattah ni jenis yang tak suka panjangkan hal. Kalau saya merajuk, dia cepat-cepat selesaikan. Dia akan cakap, ‘Dah lah, tak payah panjang-panjang.’ Saya pun cepat sejuk.
Saya anggap dia suami yang sangat tenang. Saya tak mampu balas semua kebaikannya, tapi saya yakin Allah Maha Mengetahui dan Maha Baik. Moga Allah memberikan yang terbaik buat suami saya,” ujar Amira penuh makna.
Fattah pula dengan nada sederhana namun penuh kasih berkata,
“Saya selalu cakap, isteri syurga… isteri syurga. Semoga jodoh kami sampai ke syurga.”
Menurut Pengasas Usanita Sdn. Bhd., Datuk Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr. Hasan atau Datuk Nana, majlis itu bukan sekadar simbolik cinta FATTMIRA, tetapi juga menandakan pelancaran rasmi karya pertama di bawah Usanita Entertainment, cabang kreatif baharu di bawah UTV (Usanita TV).
“Hari ini kita meraikan pasangan Fattah dan Amira yang juga wajah rasmi Usanita Group, selain memperkenalkan lagu pertama kami — Always Will, nyanyian Amira Othman yang menjadi OST Poskad Cinta Dari Auckland,” jelas Datuk Nana.
Telefilem arahan Izuan Mokhtar itu, yang menampilkan Fattah Amin, Amira Othman, Irfan Haris, Bell Ngasri, Umie Aida dan Izuan Mokhtar sendiri, telah mencatat lebih 20.1 juta tontonan sejak dilancarkan pada 28 Ogos lalu, bukti kuat bahawa kandungan tempatan masih menambat hati penonton.
Komposer terkenal Ajai pula mendedahkan bahawa inspirasi lagu Always Will lahir daripada jalan cerita dan emosi yang dibawa oleh telefilem berkenaan.
“Saya tulis berdasarkan sinopsis dan visual cerita. Vokal Amira saya sesuaikan dengan jiwa lagu — lembut tapi kuat, seperti watak dan cintanya dalam kisah itu,” katanya.
Acara yang penuh glamor dan kasih itu turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada rakan artis seperti Sophia Albarakbah dan Nadeera Zaini, yang membawakan lagu baharu berjudul Peluk, menambahkan lagi aura romantik dalam udara petang yang syahdu.
Dengan keindahan dekorasi, alunan muzik dan senyuman dua hati yang kini bersatu, majlis The Garden of Love FATTMIRA bukan sekadar perayaan cinta, tetapi sebuah penghargaan kepada perjalanan dua jiwa yang ditakdirkan bertemu dalam seni, lagu dan kasih yang abadi.