“Sariya orang yang baik, tak pernah bermusuh dengan sesiapa… sukar nak terima dia dan anaknya dibunuh kejam begitu.”
Demikian luahan pilu Sara Hamid, 76, ibu saudara kepada Allahyarhamah Sariya Che Hin, 51, yang maut bersama anak angkatnya, Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11 atau mesra dipanggil Wardah dalam kejadian tragis di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang malam semalam.
Hampir Pengsan
Menurut Sara, berita pemergian dua beranak itu amat mengejutkan, sehinggakan dia hampir pengsan sebaik dimaklumkan tentang kejadian.
“Wardah itu anak saudara Sariya yang dijaganya sejak kecil. Mereka berdua sangat rapat, macam ibu dan anak kandung.
Tergamak pembunuh itu buat begitu pada mereka… sedangkan Sariya tak pernah ada musuh,” katanya sebak ketika ditemui di Kampung Kuala Jeneri, Kedah.
Sara memaklumkan, sebaik menerima berita, dia bersama ahli keluarga lain bergegas ke lokasi kejadian. Namun, mereka tidak dibenarkan masuk kerana siasatan sedang dijalankan.
Ads
“Kami tunggu di luar rumah. Bila diberitahu keadaan mereka… kami tak sanggup nak tengok. Biarlah ingatan terakhir kami pada wajah ceria mereka masa Aidilfitri lepas,” ujarnya dengan suara tersekat.
Tambahnya, Aidilfitri lalu menjadi kenangan terakhir mereka berkumpul sebagai keluarga.
“Dia nampak gembira masa tu. Tak pernah cerita apa-apa masalah, cuma kata dia senang dengan kehidupan sekarang.”
Sara turut menzahirkan harapan agar keadilan ditegakkan dan pelaku kejam itu segera dibawa ke muka pengadilan.
Jenazah dua beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Maarif Jeneri, Kedah, malam ini.
Ads
Dalam kejadian menyayat hati itu, Sariya ditemukan di dapur dengan kepala hampir putus, manakala Wardah pula dijumpai meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.
Suami kepada Sariya, yang berusia 57 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, kini ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Pasir Gudang apabila jenazah pelajar Universiti Malaya (UM), Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, 22, selamat dikebumikan tanpa kehadiran kedua ibu bapanya yang ketika itu masih berada di Mekah.
Arwah yang meninggal dunia selepas terjatuh dari kediaman kolejnya di UM, disemadikan dengan penuh hiba diiringi doa dan linangan air mata adik-beradiknya.
Abangnya, Ahmad Auf Mohd Ali, 35, berkata seluruh keluarga reda dengan ketentuan ini, meskipun sukar menerima hakikat bahawa ummi dan abah tidak dapat berada di sisi untuk memberikan penghormatan terakhir.
“Ummi dan abah kini berada di Mekah bertugas sebagai mutawif membawa jemaah umrah sejak 7 Oktober lalu. Mereka sempat mengikuti proses bedah siasat dan solat jenazah di UM pagi tadi menerusi penstriman langsung sebelum menaiki penerbangan pulang jam 2 petang tadi,” katanya sebak.
Difahamkan, kedua ibu bapa arwah, Mohd Ali Hashim, 63, dan Roslina A. Rahman, 61, dijangka tiba di KLIA sekitar 12.30 tengah malam.
Ahmad Auf, yang merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik, berkata ibu bapanya berhasrat untuk pulang lebih awal bagi menatap wajah anak mereka buat kali terakhir, namun urusan penerbangan yang ketat di Tanah Suci menyebabkan niat itu tidak kesampaian.
“Mereka reda, sebab Arif pergi pada hari Jumaat, hari yang mulia. Tapi tetap terasa kehilangan itu… sebab ummi dan abah sangat rapat dengan dia,” katanya.
Jenazah Allahyarham disemadikan dengan penuh penghormatan dan doa, disaksikan oleh ahli keluarga serta sahabat terdekat.
7 Okt: Ibu bapa Allahyarham berangkat ke Tanah Suci sebagai mutawif.
Jumaat (hari kejadian): Allahyarham terjatuh di kolej kediaman UM; keluarga di Makkah dimaklumkan selepas solat Jumaat.
Sabtu (petang): Pengebumian di Mutmainnah Cahaya Masai.
Sabtu (2.00 ptg): Penerbangan ibu bapa pulang; tiba 12.30 tgh malam di KLIA (jadual baharu).
Baru-baru ini, peminat dunia hiburan dikejutkan dengan berita gembira mengenai penghijrahan penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein, yang kini tampil berhijab sepenuhnya.
Namun tidak lama kemudiannya, timbul pula cerita yang Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berdepan dugaan apabila beberapa kontraknya ditamatkan dan ada yang menarik diri selepas dia mula bertudung.
Elly bagaimanapun menjelaskan yang dia reda malah percaya rezeki Allah SWT ada di mana-mana.
Terbaharu, syarikat pakaian dan tekstil terkenal, Jakel memaklumkan telah melantik Elly sebagai salah seorang Duta Raya Jakel 2026.
Berita gembira tersebut dikongsikan Jakel menerusi satu hantaran di Instagram.
“Selepas melalui pelbagai dugaan dan kehilangan beberapa kontrak selepas berhijrah, Jakel tampil menyambut Kak Lina Pom Pom dengan penuh kasih dan penghargaan.
“Kami di Jakel percaya, perubahan ke arah kebaikan bukan pengakhiran tetapi permulaan kepada rezeki yang lebih indah. Selamat datang ke keluarga besar Jakel, Kak Lina,” tulis Jakel menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi rakaman pada video, Elly turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jakel kerana terus memberikannya kepercayaan dan peluang untuk menjadi duta raya bagi syarikat pakai terkenal itu.
Dia dalam masa turut berjanji akan memberikan yang terbaik sebagai duta jenama berkenaan.
Elly yang popular dengan gelaran Kak Lina Pom Pom turut memuat naik satu video bagi mengumumkan pelantikannya itu.
“Terima kasih buat Datuk Seri Faroz & Keluarga Besar Jakel kerana memberi peluang dan kepercayaan untuk Jakelina bekerja lagi bersama Jakel. Semoga murah rezeki Jakel dan terus meraikan JakeLlina & rakyat majmuk,” tulis Elly pada ruangan komen.
Untuk pengetahuan, ini bukan kali pertama Elly Mazlein menjadi duta raya untuk Jakel. Pada penghujung 2024, Jakel mengumumkan Elly telah dilantik sebagai Duta Raya Jakel bagi tahun 2025. Elly juga akan menggunakan nama Jakelina dalam menggalas peranannya sebagai duta raya mereka.
Dalam kesibukan dunia moden, wanita hari ini sering berlari tanpa henti antara tanggungjawab kerjaya, keluarga, dan tuntutan sosial yang tidak pernah berakhir. Dalam setiap senyumannya tersimpan keletihan, namun juga kekuatan luar biasa.
Justeru, kempen “Still Me With More” lahir sebagai satu gerakan kesedaran baharu menyeru setiap wanita untuk berhenti sejenak, menarik nafas, dan kembali mengenal dirinya.
Lebih daripada sekadar kempen kecantikan, “Still Me With More” adalah satu falsafah hidup. Ia meraikan wanita yang memilih untuk mengimbangi, bukan mengorbankan mengingatkan bahawa keyakinan sebenar tidak bermula di cermin, tetapi di hati yang tenang.
Bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, pelancaran kempen ini yang diserikan dengan sesi perbualan eksklusif bersama tiga figura inspirasi iaitu Prof. Dr. Azmawaty, Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan dan kaunselor bertauliah, Ezzanie Jasny, pelakon dan Duta BMF dan Dato’ Fazley Yaakob, cef selebriti, usahawan dan Duta Svenson.
Mereka menyelami topik penuh makna tentang mengurus tekanan hidup, membina kesejahteraan emosi, dan bagaimana falsafah Reset, Recharge, Recover menjadi kunci keseimbangan sebenar dalam kehidupan seharian.
Majlis dimulakan dengan mesej yang cukup menyentuh hati mengenai“Kecantikan dan kesihatan mental tidak boleh dipisahkan.”
Kajian semasa menunjukkan 4.6% rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas kini berdepan kemurungan. Hampir dua kali ganda berbanding tahun 2019. Angka ini bukan sekadar statistik, tetapi kisah hidup yang senyap-senyap menjerat ramai wanita di tengah kesibukan mereka menjaga semua orang, kecuali diri sendiri.
Menurut Amy Quek, Ketua Pegawai Eksekutif BMF The Aesthetics People, menyentuh realiti itu dengan kata-kata cukup bermakna.
“Kesihatan mental amat penting kerana tanpa keyakinan dari dalam, sukar untuk kita melihat nilai diri sendiri. Tiada rawatan wajah yang dapat menggantikan keyakinan yang datang dari hati.”
Sementara itu, Prof. Dr. Azmawaty menekankan bahawa walaupun kesedaran tentang kesihatan mental semakin meningkat, stigma masih menjadi tembok besar. Beliau mengajak masyarakat untuk lebih empati belajar mendengar tanpa menghakimi, dan mencintai diri tanpa syarat.
Antara langkah mudah yang disarankan untuk mengatasi masalah ini termasuklah meditasi ringkas, menetapkan sempadan peribadi, dan memberi ruang kepada diri untuk berehat tanpa rasa bersalah.
Ezzanie Jasny, dalam kelembutan senyumannya, mengakui tekanan media sosial sering mengusik keyakinan diri wanita. Namun, baginya keaslian adalah bentuk kecantikan paling tulus.
“Kini, kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri.”ujarnya.
Sebagai pelakon dengan jadual yang padat, Ezzanie mengekalkan keseimbangan diri dengan CFU Face Treatment BMF, yang membantunya tampil segar tanpa mengorbankan waktu rehat.
Sementara itu, Dato’ Fazley Yaakob pula memberi dimensi berbeza sebagai seorang bapa, cef dan usahawan. Mengurus pelbagai peranan bukan mudah, namun beliau menemui ketenangan melalui Muay Thai, muzik, dan 8-in-1 Stress Relief Therapy Svenson.
“Kesihatan mental bukan tanda kelemahan.Ia perjalanan berterusan ke arah keseimbangan dan penambahbaikan diri.”tegasnya.
Melalui “Still Me With More”, BMF x Svenson ingin mengingatkan setiap wanita bahawa tidak mengapa untuk memperlahankan langkah kerana ketenangan bukan tanda kelemahan, tetapi kekuatan yang sebenar.
Apabila kesejahteraan dalaman berpadu dengan kecantikan luaran, maka lahirlah versi terbaik diri kita. Masih diri yang sama, tetapi dengan lebih ketenangan, lebih keyakinan, dan lebih cinta!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.
Tengok anak sendiri cantik bergaya, siapa tak cair? Kurung lembut & selesa ni buat si kecil nampak manis macam bidadari kecil,sesuai untuk majlis, raya atau kenduri.