
Suasana tenang sebuah perkampungan di Juru, Pulau Pinang, bertukar pilu apabila mayat dua beranak ditemukan sudah tidak bernyawa dalam keadaan mengerikan di rumah sewa mereka, malam tadi.

Kepala Hampir Terputus
Lebih memilukan, mangsa wanita berusia 51 tahun itu ditemui dengan kepala hampir terputus di bahagian dapur, manakala mayat anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemukan tertiarap berlumuran darah di tingkat atas rumah berkenaan.
Menurut sumber, kejadian tragis itu disedari oleh suami mangsa sendiri kira-kira jam 7.30 malam sebaik pulang dari kerja. Dia yang masih berpakaian seragam kerja, kelihatan sebak dan tergesa-gesa masuk ke rumah sebelum menemui pemandangan yang tidak sanggup disaksikan oleh mana-mana insan bergelar suami dan ayah.
“Ketika itu baru azan Maghrib. Dia baru balik kerja dengan motosikal. Wajahnya nampak terkejut dan sedih, sebelum terus bergegas ke rumah,” cerita seorang jiran yang enggan dikenali.
Menurut jiran lain, keluarga berkenaan baru sahaja menyewa di kawasan tersebut dan jarang bergaul kerana masing-masing sibuk bekerja.
“Saya cuma kenal wanita itu dengan nama Kak Su. Dia kerja tukang masak kantin, dulu pernah berniaga nasi lemak. Orangnya baik, tak banyak bercakap. Suaminya pula kadang-kadang solat Maghrib berjemaah di masjid,” kata Ideris, 61, jiran yang tinggal berdekatan.
Beliau turut menambah, sepanjang puluhan tahun menetap di kampung itu, belum pernah berlaku jenayah sekejam ini.
“Selama pak cik tinggal di sini, tak pernah ada kes samun atau bunuh. Ini kali pertama kami dikejutkan dengan kejadian sebegini. Sungguh mengejutkan dan menakutkan,” katanya lagi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh).
Pasukan forensik dan perubatan dari Hospital Seberang Jaya dilihat membawa keluar mayat dua beranak tersebut sekitar jam 1.50 pagi, selepas selesai proses pemeriksaan di lokasi kejadian.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Koleksi ‘Seluruh Jiwa’ Lambang Fesyen Sopan dan Eksklusif. MINAZ Melangkah Ke Era Baharu

Perkembangan dunia fesyen memberi pelbagai impak dan implikasi terhadap jenama fesyen yang telah lama bertapak di industri fesyen tempatan. Pasti para penggemar jenama Minaz mengetahui tentang hasrat pemiliknya menamatkan koleksi baju raya digelar MINAZ Blooming Raya selepas memasuki tahun ke 15 tahun ini.

Kini, jenama ini membuka lembaran baharu dalam industri fesyen tanah air, dengan memperkenalkan koleksi istimewa dikenali sebagai Seluruh Jiwa. Menariknya, ia bukan sekadar koleksi pakaian, tetapi menjadi simbolik kepada transformasi jenama MINAZ ke arah fesyen yang lebih sopan dan eksklusif.
Menjadi visi dan misi jenama ini yang berhasrat menjadi pelopor fesyen yang menitikberatkan aurat wanita, Ketua Pegawai Eksekutif MINAZ, Hafiza Abd Hamid menjelaskan bahawa koleksi terbaru ini memberi fokus utama kepada abaya, hijab, dan telekung.

Kenangan 15 Tahun dan Langkah Berani ke Hadapan
Pengenalan koleksi ini merupakan permulaan peralihan besar dalam perjalanan MINAZ dalam industri fesyen tempatan.
“Tahun ini adalah tahun terakhir untuk MINAZ Blooming Raya. Sebagai pengganti, kami memperkenalkan MINAZ Abaya, Basic, dan Telekung sebagai langkah baharu yang lebih segar dan bermakna. Saya amat berharap agar MINAZ Lovers terus menyokong koleksi ini seperti mana mereka setia bersama Blooming Raya selama ini,” katanya penuh harapan ketika ditemui media baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa mengambil pendekatan berbeza itu, Hafiza atau lebih mesra disapa Pija ini semamngnya tidak menafikan wujud rasa gementar namun tetap optimis dengan penerimaan masyarakat terhadap koleksi abaya yang semakin mendapat tempat di hati pencinta fesyen Muslimah.
“Walaupun MINAZ Abaya masih baru di Malaysia, kami melihat trend di mana abaya bukan lagi sekadar pakaian untuk Raya Haji, tetapi juga digayakan ke majlis sosial dan rasmi. Syukur, kami menerima banyak maklum balas positif sejak pelancarannya,” tambahnya.
Kesopanan Dalam Berfesyen
“Saya melancarkan MINAZ Basic kerana ingin mengeksklusifkan aurat wanita, InsyaAllah,” jelasnya dengan penuh iltizam untuk merealisasikan impiannya itu.


Hafiza menegaskan bahawa ini bukanlah pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada bab baharu MINAZ dalam menghasilkan koleksi yang lebih berkualiti dan bermakna.
“Ramai yang tertanya-tanya mengapa ini menjadi tahun terakhir MINAZ Blooming Raya. Alhamdulillah, kami telah berjaya mewarnai industri fesyen, namun jujurnya, saya akan merindui momen setiap pagi raya, menanti MINAZ Lovers ‘tag’ raya OOTD. Tetapi saya yakin, dengan pembaharuan ini, kami masih dapat mencipta vibe yang sama. Mungkin selepas ini, Abaya akan menjadi signature MINAZ,” ujarnya lagi.

Sambutan Luar Jangkaan
Percaturan MINAZ sememangnya membuahkan hasil meskipun ia baru sahaja dilancarkan,tetapi telah berjaya memenangi hati para penggemar jenama ini. Menurut Hafiza, tempahan hijab daripada koleksi ini hampir habis terjual dalam tempoh yang singkat.
“Untuk koleksi raya, kami telah membuat tempahan awal, dan kini hampir sold out kerana trend pembelian baru bermula. Tetapi saya sangat sebak melihat sambutan di luar jangkaan ini,” katanya.
Malah, kempen Seluruh Jiwa untuk MINAZ Hijab menyaksikan tempahan sebanyak 200,000 helai tudung oleh stokis, manakala koleksi Basic telah terjual sebanyak 180,000 helai.
“Saya meletakkan harapan yang sangat besar kepada MINAZ Hijab,” tambahnya penuh rasa syukur.
Lembaran Baharu MINAZ di Pentas Fesyen
MINAZ melancarkan koleksi Seluruh Jiwa di pentas pertunjukan fesyen sebagai simbolik kepada perubahan besar dalam jenama ini. Dengan penekanan kepada kepelbagaian dan inklusiviti dalam rekaan, koleksi ini membuktikan bahawa MINAZ bukan sekadar jenama fesyen, tetapi juga peneraju gaya hidup Muslimah moden yang penuh kesopanan dan keanggunan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ziana Zain Jadi Duta CSA Academy. Mahu Kongsi Rancang Kewangan Lebih Baik

Melihat kredibiliti dan integriti seorang penyanyi bernama Ziana Zain sememangnya tidak perlu disangkal lagi. Apatah lagi pelantun Puncak Kasih ini sudah acapkali mencipta sejarah dalam dunia hiburan tempatan.

Tidak hairanlah mengapa CSA Academy melantik pesohor seni legenda ini sebagai duta rasmi organisasi nombor satu Malaysia dalam membantu merancang kewangan yang lebih tersusun dan cemerlang serta bebas hutang.
Reputasi Baik Ziana Zain
CSA Academy meminjam liku perjalanan Diva Pop ini dalam mencapai kegemilangan kejayaan yang dibina berbekal reputasi baik lebih dua dekad menjadi pelaku seni sebagai semangat yang diperlukan mereka untuk melakar sejarah dalam operasi yang dijalankan.
“Mengapa tidak Ziana Zain? Kami percaya sebagai rakyat Malaysia meski berbangsa India atau Cina dan tentu sahaja kaum Melayu semua kenal siapa Ziana Zain. Beliau seorang legenda.
Penghibur yang telah menawan peminat dengan karisma dan vokalnya menerusi lagu seperti Madah Berhelah atau lakonan mantapnya dalam filem Maria Mariana, kami di CSA Academy yakin pemilihan Ziana Zain sebagai duta rasmi adalah tepat.
Pilihan Tepat

“Reputasi, integriti dan kredibiliti serta semangat juang yang ada dalam diri Ziana Zain adalah seiring dengan matlamat kami di CSA Academy untuk menuju kegemilangan serupa,” ujar Pengasas & Pengarah Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong.
Selain Ziana, CSA Academy juga memiliki duta rasmi dalam kalangan individu berpengaruh termasuk Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan aktor berkaliber, Datuk Jalaluddin Hassan.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Pelantikan pemilik nama sebenar Siti Roziana Zin sebagai duta rasmi CSA Academy berlangsung dengan jaya di Sunway Resort Hotel, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mac 2024 lalu.
Seiring pelantikan Ziana, 55, sebagai duta rasmi CSA Academy, sebuah lagu yang menyerap roh dan perjuangan tanpa erti putus asa, Semangat Wira digubah. Semangat Wira bakal dilancarkan pada Mei 2024.

“Semangat Wira menggambarkan keseluruhan perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang dinyanyikan Ziana Zain khusus buat seluruh ahli CSA Academy,” ujar Dr Jay lagi.
Sementara itu Ziana menyifatkan pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan bukan hanya untuk dirinya tetapi beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan informasi tentang pengurusan kewangan atau beban hutang yang perlu diwar-warkan kepada semua.
Hidup Bebas Hutang
“Saya melihat pelantikan sebagai duta rasmi CSA Academy sebagai sebuah penghormatan yang besar bukan untuk saya secara peribadi tetapi bagaimana saya mampu mewakili, memikul tanggungjawab dan kepercayaan untuk menyebarkan informasi bagaimana kita semua mampu hidup bebas hutang melalui pengurusan kewangan yang betul bersama bantuan CSA Academy.
“Sejujurnya saya sendiri suka perkara seperti ini (mewakili CSA Academy) kerana secara tidak langsung dapat bertemu ramai orang, dapat ilmu dan pengalaman baharu terutama bagaimana menguruskan kewangan.
“Maklumlah kadang-kadang kita berbelanja tidak sepadan dengan hutang, jadi CSA Academy membantu dengan memberi ilmu bagaimana menguruskan semuanya dengan bijak.
“Dengan pelantikan saya sebagai duta rasmi CSA Academy selepas Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datuk Jalaluddin Hassan, saya harap lebih ramai lagi yang akan menyertai CSA Academy.
“Tentu sahaja besar juga harapan saya dapat membantu CSA Academy mencapai matlamat untuk membuat masyarakat cakna tentang kewujudan mereka sekaligus memberi khidmat terbaik kepada yang memerlukan.
“Apa yang penting CSA Academy menjamin gaya hidup bebas hutang untuk semua ahli,” ujar Ziana Zain.
Terdahulu CSA Academy diumumkan selaku penaja utama Konsert Ziana Zain 2024 yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 25 Mei 2024.
Konsert Ziana Zain 2024 merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse. Bercakap mengenai kolaborasi mereka, Ziana berterima kasih kepada CSA Academy kerana menunaikan impian kembali mengadakan konsert selepas kali terakhir pada 2001 hampir menjadi realisasi.

Ziana sedang giat mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk memastikan dapat memberi persembahan terhebat mengalukan peminat untuk mendapatkan tiket sementara ia masih berada di pasaran.
Tiket-tiket berharga RM288 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM688 (DIAMOND), RM888 (VIP 2), RM1,088 (VIP 1) boleh dibeli menerusi laman sesawang www.ticket2u.com.my/ mulai 15 Disember 2023 jam 10.00 pagi di laman web www.ticketu.com.my/zianazain.
Pembelian tiket menggunakan sistem “Buy Now Pay Later” BNPL seperti Atome dan Shopback turut disediakan di laman rasmi pembelian tiket. Manakala untuk pembeli tiket OKU (Orang Kurang Upaya) dan pembelian tiket melebihi 50 keping boleh menghubungi hotline tiket di 01111900518.
Untuk kemudahan pembeli tiket OKU, mereka hanya boleh membeli tiket di hotline tertera. Pembeli tiket OKU boleh menghadiri konsert dengan seorang peneman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Khairy Jamaluddin Puji Gula Cakery, Arieni Inspirasi Wanita Usahawan Malaysia

Nama Gula Cakery kian harum sebagai jenama F&B tempatan, seiring dengan perjalanan luar biasa pengasasnya, Nor Arieni Adriena Mohd Ritzal . Dari sekadar simpanan kecil dan oven di rumah keluarga, beliau kini berdiri megah mengemudi sebuah empayar pencuci mulut dengan jualan mencecah RM4 juta sebulan.
Baru-baru ini, usaha gigih itu turut mendapat perhatian dan pujian daripada bekas Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin. Katanya, Gula Cakery adalah bukti nyata bagaimana impian, disulami kerja keras dan konsistensi, mampu mencipta keajaiban.

“Saya rasa sangat terharu apabila YB Khairy Jamaluddin puji usaha kami. Beliau memang seorang pemimpin yang saya hormati. Pada masa yang sama, pujian itu buat saya rasa saya perlu buat lebih baik lagi supaya Gula Cakery terus kekal kukuh dan berkembang,” kongsi Arieni, penuh rendah hati.
Dari Dapur Rumah Ke Empayar Jutaan Ringgit
Kisah Gula Cakery bermula dengan modal RM20,000, hasil simpanan sendiri. Setiap keuntungan disimpan semula untuk membuka cawangan baharu, malah Arieni berani menyertai pertandingan demi meraih modal tambahan dan peluang bimbingan.

Apa yang membuatnya kekal relevan hingga hari ini? Rahsianya terletak pada inovasi berterusan, keberanian mendengar maklum balas pelanggan, serta pasukan yang konsisten.
“Prinsip saya mudah, never stop learning. Saya belajar resipi baharu, operasi dan kepimpinan. Mindset ini buat saya berani ambil peluang dan sentiasa perbaiki diri serta bisnes,” jelasnya.

Cabaran F&B: Bertahan Dengan Konsistensi
Mengemudi perniagaan F&B bukan jalan mudah. Industri yang kompetitif menuntut Gula Cakery sentiasa mencipta kelainan, menjaga kualiti, dan memperbaiki pengalaman pelanggan.
“Cabaran paling besar adalah untuk terus relevan. Kami atasi dengan inovasi berterusan, tingkatkan pengalaman pelanggan, serta pastikan servis dan kualiti sentiasa konsisten,” katanya lagi.

Baginya, kejayaan bukan sekadar soal resipi sedap, tetapi misi yang jelas untuk membawa nama jenama tempatan berdiri sama tinggi dengan jenama antarabangsa.
Pesan Buat Anak Muda: Jangan Tunggu Sempurna
Arieni juga menitipkan nasihat buat anak muda yang masih ragu-ragu memulakan langkah dalam dunia bisnes.
“Jangan tunggu semua sempurna. Saya pun mula dengan modal kecil dan pengalaman terhad. Passion itu penting tetapi tak cukup, perlu ada konsistensi dan disiplin untuk bertahan. Mulakan langkah pertama dan belajar dari setiap cabaran, di situ letaknya kekuatan sebenar,” ujarnya penuh semangat.
Nilai Yang Kekal Sama: Kejujuran & Kualiti
Walau kini bergelar usahawan berjaya, prinsip yang dipegang Arieni tetap utuh. Jujur dan menjaga kualiti.
“Setiap kek mesti rasa sedap sama seperti hari pertama. Pelanggan mesti rasa dihargai. Itu yang buat orang percaya dan kembali lagi,” katanya.
Impian Lebih Besar: Gula Cakery Ikon F&B Malaysia
Melihat ke hadapan, Arieni mahu menjadikan Gula Cakery sebagai jenama F&B tempatan terbaik dan pusat sehenti untuk kek, makanan serta pencuci mulut.
“Kami mahu membuka lebih banyak outlet di setiap negeri. Biar bila orang fikir tentang sambutan atau perayaan, nama Gula Cakery terus jadi pilihan pertama,” katanya penuh keyakinan.

Sokongan Keluarga, Rahsia Kekuatan Seorang Wanita
Tidak lengkap kejayaan seorang wanita tanpa sokongan dan dorongan dari keluarga sebagai penguat semangat untuk berjaya. Bagi ibu kepada tiga cahayamata ini, keluarga adalah tunggak utama yang mendorong kejayaannya ini.
“Mereka kata, sokongan terbaik dalam hidup datang daripada keluarga. Dan itulah yang saya rasakan setiap hari. Sejak mula melangkah dalam dunia perniagaan, ibu adalah insan pertama yang menjadi tulang belakang.
Beliau sentiasa meletakkan anak-anak sebagai keutamaan, malah pernah menjadi “washer” saya pada hari-hari awal ketika saya membakar tanpa henti. Hari-hari memasak, hari-hari juga ibu yang mencuci periuk dan kuali.

Ayah pula, meskipun bekerja jauh di luar negara dan terkenal dengan sikap tegasnya, tidak pernah sekali pun berkata “tidak”. Diam-diam beliau sentiasa menyokong, menjadi contoh teladan sebenar buat saya.
Dan tentunya, insan paling istimewa, suami yang paling menyokong dalam setiap langkah. Tidak perlu lagi diperkenalkan. Sikapnya yang berlawanan dengan saya menjadikan kami saling melengkapi. Sentiasa ada di sisi, memberi sorakan dan semangat dalam setiap pengembaraan baharu.
Sungguh, tanpa keluarga, tidak mungkin saya mampu berdiri seteguh hari ini. Kerana di sebalik setiap kejayaan seorang wanita, ada doa, kasih, dan sokongan keluarga yang tidak pernah putus,”ujar Arieni mengakhiri bicara.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

