Ini senarai lengkap kontak Kedutaan Besar Malaysia di negara Timur Tengah untuk rujukan rakyat Malaysia yang bekerja, belajar atau menetap di sana. Simpan untuk kecemasan.
Bagi rakyat Malaysia yang bekerja, belajar atau menetap di Timur Tengah, nombor kontak kedutaan besar Malaysia bukan sekadar maklumat biasa.
Ia boleh menjadi talian penting ketika berdepan kecemasan, konflik, masalah dokumen atau situasi tidak dijangka.
Terutamanya bagi wanita di perantauan yang mengurus keluarga jauh dari tanah air, maklumat ini wajar disimpan dan dikongsi bersama ahli keluarga.
Wanita sering menjadi pengurus utama keluarga, termasuk hal keselamatan dan dokumen penting.
Pastikan:
Nombor disimpan dalam telefon
Ahli keluarga di Malaysia tahu lokasi anda
Salinan pasport disimpan secara digital
Sentiasa peka dengan pengumuman rasmi
Rujuk Sumber Rasmi Sahaja
Untuk maklumat terkini dan nombor yang tepat, orang ramai digalakkan merujuk portal rasmi Kementerian Luar Negeri Malaysia (Wisma Putra).
Elakkan berkongsi nombor tidak sahih yang berlegar di media sosial tanpa pengesahan.
Hidup di luar negara menuntut lebih kesiapsiagaan. Simpan nombor kontak kedutaan besar Malaysia ini bukan kerana kita menjangka perkara buruk berlaku, tetapi sebagai langkah bijak untuk berjaga-jaga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon dan penyanyi Diana Rafar tidak meletakkan perkahwinan sentiasa indah, bila marah bagi masa setengah jam. Ada masa kita cukup bahagia dengan suami dan kadang diuji tanpa disangka-sangka.
Menerusi satu portal hiburan, Diana atau nama sebenar, Adiana Abdul Rafar, 44, berkata pemikiran sebegitu boleh membawa kepada kekecewaan dan tekanan kepada diri sendiri apabila berdepan ujian dalam rumah tangga.
“Dalam perkahwinan, terutama pasangan yang baru berkahwin, saya nasihatkan usah tanamkan pemikiran bahawa perkahwinan akan sentiasa indah dan sempurna.
“Apabila sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku, nanti kita tidak bersedia untuk terima qada dan qadar.
“Jadi, apabila kita terlalu mengharapkan kebahagiaan semata-mata, perkara sebeginilah yang boleh menyebabkan kemurungan dan kita rasa jadi sukar untuk terima realiti,” katanya.
Berkongsi pengalaman peribadi, Diana yang pernah melalui fasa berpisah sementara dengan suami tercinta, Zamarul Hisham berkata, ujian yang dihadapi sebelum ini banyak mengajar dia bermunasabah dan memperbaiki diri sebelum mengharapkan perubahan pasangan.
Tambahnya, keharmonian rumah tangga bukan sahaja bergantung kepada prinsip ‘give and take’, sebaliknya meletakkan hubungan dengan Allah dan mencintai diri sendiri terlebih dahulu.
“Saya pernah ada pengalaman berkahwin dan berpisah sementara. Jadi, saya fikir, ujian itu yang mengajar saya cara hendak bahagia sekarang.
“Dalam rumah tangga bukanlah kena ada ‘give and take’, tetapi. kita kena mencintai diri kita dan mencintai Allah tu lebih dari segala-galanya.
“Bukan bermaksud kita tidak perlu mencintai suami kita, tapi kita letakkan Allah yang pertama, kemudian diri kita sendiri. Jangan juga kita mencari kesalahan pasangan kita,” katanya.
Diana percaya setiap orang perlu melakukan refleksi diri dan mengubah sikap.
Mengulas lanjut, bintang filem Susuk itu berkata, perubahan terhadap diri sendiri adalah kunci untuk menarik aura positif dalam rumah tangga.
“Apabila kita fokus untuk ubah diri sendiri, secara automatik aura positif kita akan tarik aura positif pasangan. Kalau kita amalkan cara ini, insya-Allah masalah yang tiada penyelesaian boleh dielak.
“Kebanyakan masalah sekarang berlaku sebab masing-masing ada ego. Kalau salah seorang tidak mahu lihat kekurangan diri sendiri, perubahan susah nak berlaku.
“Tetapi kalau salah seorang berubah, insya-Allah aura positif kita akan mempengaruhi pasangan yang negatif dan secara perlahan-lahan rumah tangga jadi lebih harmoni,” katanya.
Disoal cara menangani konflik rumah tangga, Diana berkata dia mengamalkan pendekatan menahan diri daripada terus meluahkan kemarahan bagi mengelakkan kata-kata terlanjur yang boleh menyakitkan hati.
“Bagi saya, cukuplah kita buat kerja dan tanggungjawab kita, abaikan perkara kecil tidak perlu diperbesarkan. Hendak merajuk pun, kalau boleh simpan, simpan dahulu.
“Apabila tercetus pergaduhan, bagi masa dalam setengah jam atau satu hari kemudian tengok keadaan kita, silap-silap kita lupa yang kita marah.
“Kalau masa itu juga hendak mengamuk, isu akan jadi berpanjangan. Apa yang terlontar dari mulut kita boleh jadi racun kepada pasangan kita, biarpun sebenarnya bukan niat daripada hati kita,” ujarnya.
Diana berkata dia dan Zamarul masing-masing lebih gemar menunaikan umrah berbanding bercuti ke destinasi lain. Bagi mereka, suasana di Tanah Suci memberi ketenangan, memupuk rasa syukur dan menyatukan hati.
“Sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini, kami selalu diberi peluang untuk tunaikan umrah. Alhamdulillah, abang (Zamarul) dan saya ada ‘vibe’ yang sama,” katanya.
Sekadar info, Zamarul pernah melafazkan cerai terhadap Diana pada 14 Januari 2015. Kira-kira sebulan kemudian, Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka.
Astro, Home of Drama, sekali lagi mengangkat semangat Ramadan dengan tema “kebangkitan wanita” melalui naskhah megahit Siti Rosmizah, Andai Itu Takdirnya 2, lakonan Hanna Delisha dan Shukri Yahaya. Kini kembali eksklusif di Astro One dan sooka, musim kedua hadir lebih lebih matang dan jauh lebih menggugat jiwa.
Musim ini menyelami perjalanan seorang wanita yang akhirnya memilih untuk bangkit demi dirinya sendiri. Aleya lakonan Hanna Delisha tidak lagi menjadi isteri yang menahan luka dalam diam selepas dikhianati, dia berdiri sebagai wanita bermaruah yang tidak mampu digoyahkan sesiapa, termasuk suaminya.
Konflik antara Azril dan Aleya menjadi nadi utama tema musim ini. Tertekan dengan masalah syarikat dan dipengaruhi Azreen, Azril nekad mahukan poligami atas alasan menyelamatkan perniagaan.
Dalam babak paling menyentak, dia menyimbah sup panas ke wajah Aleya selepas termakan fitnah. Ia bukan sekadar dramatik, tetapi simbol runtuhnya kepercayaan dalam perkahwinan. Lebih menyayat hati, Aleya ketika itu masih bergelut dengan kecacatan tangan akibat tragedi lalu.
Namun daripada terus menjadi mangsa, dia memilih untuk bangkit. Dalam satu detik penting, Aleya meminta cerai dengan tenang bukan kerana kalah, tetapi kerana dia tahu harga dirinya jauh lebih tinggi daripada hubungan yang tidak lagi menghargainya. Itulah detik sebenar kebangkitannya.
Keindahan dan kekuatan Andai Itu Takdirnya 2 terletak pada perjalanan emosi Aleya sebagai cerminan wanita moden.
Hannah Delisha memberikan watak ini kedalaman dan kematanganseorang wanita yang masih terluka, namun tidak lagi lemah. Dia tidak menangis di hadapan anak-anak, bukan kerana tidak sakit, tetapi kerana dia sedang membina keteguhan.
Di mata dunia, dia kuat; di ruang peribadi, dia tetap manusia. Ramai wanita akan melihat diri mereka dalam Aleya isteri yang bertahan demi keluarga namun dalam diam bertanya, sampai bila harus berkorban?
Drama ini tidak menjadikan wanita sebagai mangsa berpanjangan. Ia menggambarkan proses sedar diri, bahawa sabar ada batasnya dan setia tidak bermaksud membiarkan diri dipijak. Tema “bangkit demi diri” bukan sekadar slogan; ia perjalanan perlahan, menyakitkan dan realistik.
Dalam suasana Ramadan yang mengajak kita bermuhasabah, Andai Itu Takdirnya 2 hadir sebagai naskhah yang lebih daripada sekadar hiburan. Ia membuka ruang refleksi tentang nilai maruah dalam perkahwinan, batas kesabaran seorang wanita serta keberanian memilih diri sendiri walau berisiko kehilangan.
Drama terbitan SR One Sdn. Bhd ini dan karya terbaik Siti Rosmizah membuktikan bahawa kekuatan wanita bukan hanya terletak pada kemampuannya bertahan, tetapi pada keberaniannya membuat keputusan.
Ramadan ini, saksikan perjalanan Aleya dalam Andai Itu Takdirnya 2. Strim sekarang di Astro One dan Sooka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memiliki senarai doa bulan Ramadan bukan sekadar persiapan lidah, tetapi ia adalah persiapan rohani agar setiap saat kita di bulan mulia ini tidak berlalu sia-sia.
Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa doa orang yang berpuasa adalah antara doa bulan Ramadan yang tidak akan ditolak oleh Allah SWT.
Maka, jadikanlah himpunan doa bulan Ramadan ini sebagai teman setia anda di waktu sahur, saat berbuka, dan di keheningan malam-malam terakhir.
Berikut adalah himpunan 20 doa bulan Ramadan yang sahih untuk kita amalkan bersama:
Memulakan langkah di bulan mulia mestilah dengan sandaran yang kuat kepada Allah.
Tanpa pertolongan-Nya, kita tidak akan mampu menghabiskan puasa dengan sempurna.
Amalkan doa bulan Ramadan ini untuk memohon ketetapan iman:
Allahumma ahillahu ‘alaina bil amni wal imani was salamati wal islami, rabbi wa rabbukallah.
Maksudnya: “Ya Allah, munculkanlah bulan itu kepada kami dengan membawa keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Afthara ‘indakumus sa’imuna, wa akala ta’amakumul abraru, wa sallat ‘alaikumul mala’ikah.
Maksudnya: “Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa, dan telah makan makanan kamu orang-orang yang baik, dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.” (Riwayat Abu Daud).
Allahummanfa’ni bima ‘allamtani wa ‘allimni ma yanfa’uni wa zidni ‘ilman.
Maksudnya: “Ya Allah, berilah manfaat kepadaku dengan apa yang Engkau ajarkan kepadaku, dan ajarkanlah aku apa yang bermanfaat bagiku, dan tambahkanlah ilmuku.” (Riwayat at-Tirmidzi).
Allahumma la sahla illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna iza syi’ta sahla.
Maksudnya: “Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan itu mudah jika Engkau kehendaki.” (Riwayat Ibn Hibban).
Rabbana taqabbal minna innaka antas sami’ul ‘alim.
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127).
Sebagai kesimpulan, himpunan doa bulan Ramadan ini adalah kunci kekuatan bagi setiap mukmin.
Jangan biarkan Ramadan tahun ini berlalu tanpa kita amalkan doa bulan Ramadan, tanpa sempat merayu dan merintih kepada Allah SWT.
Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menjadikan kita hamba-Nya yang bertaqwa.
Selamat beramal dengan doa bulan Ramadan yang sahih, moga syurga menjadi milik kita bersama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bertukar nyawa, niat murni seorang abang selamatkan adik daripada dihanyutkan arus deras berakhir dengan tragedi memilukan apabila dia ditemukan lemas dalam kejadian di Taman Ayer Keroh Heights.