Masak lemak cili api antara menu lauk yang disukai ramai terutama bagi mereka yang gemarkan masakan pedas. Bahan-bahan yang diperlukan pun tidak banyak dan sangat ringkas. Antara bahan asas sering yang digunakan ialah pucuk ubi kayu.
Selain pucuk ubi, tambah ‘kick’ kalau dimasukkan sekali dengan jantung pisang. Masak lemak cili api sedap dimakan bersama nasi panas apatahlagi jika digandingkan dengan ikan masin.
Cara hendak buatnya pun mudah sahaja. Berikut dikongsikan cara-cara membuat masak lemak cili api bersama jantung pisang.
Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Bersama Jantung Pisang
Bahan-bahan:
Jantung pisang
Pucuk ubi kayu
Cili padi (ditumbuk)
Kunyit hidup (ditumbuk)
Ikan bilis
Asam keping
1 ½ biji kelapa parut (perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam
Ads
Paling ‘Terangkat’ Bila Makan Dengan Ikan Masin
Cara memasak:
1. Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
Ads
2. Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
3. Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
Ads
4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng atau ikan masin. Untuk pemilihan jantung pisang, supaya lebih sedap, gunakan jantung daripada pisang nipah. Rasanya tidak pahit dan tidak kelat.
Sedapnya kuih Tepung Pelita yang lemak manis rasanya. Kuih ni cukup popular sewaktu bulan puasa sebagai pemanis mulut ketika berbuka. Nak buat kuih tepung pelita ni mudah je rupanya. Pertama kali buat pun menjadi, ikut resipi yang dikongsikan ini. Paling penting cukup mudah sebab ikut sukatan cawan dan tak perlu dikukus. Masukkan dalam acuan daun pandan. Tapi kalau nak lebih mudah masukkan dalam bekas kecil pun boleh.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Azura Isma’eyRa ini sebagai rujukan.
“Tepung pelita untuk mak.Mak nak makan dalam daun pandan so kita cuba buat harini. First time buat tepung pelita ni mudah sangat tak perlu kukus.”
Bahan-Bahan (Bahagian Bawah):
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
4 cawan air
Pewarna Hijau
Daun Pandan
*Masak semua bahan diatas dalam periuk dan kacau sampai pekat. Letak terus dalam bekas acuan.
Bahan-Bahan (Bahagian Atas):
1 Cawan Santan
3 Cawan Air
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
*Masak semua bahan dan kacau sampai pekat dan tuang ke dalam acuan.
MW: Semoga perkongsian resipi tepung pelita ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, lemak manis dan sedap! Paling penting mudah je ikut sukatan cawan dan tak perlu kukus,
Senang je rupanya nak buat kuih tradisi Cakar Ayam ni, hanya perlukan tiga bahan iaitu keledek, gula dan minyak untuk menggoreng. Cakar Ayam ni sangat rangup dan manis rasanya, biasanya dijadikan kudapan snek untuk minum petang.Jika selalu mak-mak beli, apa kata kali ini cuba buat sendiri.Malah boleh juga dijadikan pendapatan sampingan. Sebab ramai juga yang memilih kuih ini untuk dijadikan oleh-oleh istimewa ketika kenduri kahwin mahupun majlis-majlis tertentu.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Are Peace sebagai rujukan.
Bahan-Bahan:
2 Cawan Ubi Keledek Putih (parut/sagat kasar)
4 Sudu Besar Gula Pasir
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
2.Masukan gula pasir ke dalam minyak panas tersebut dan kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.
3.Masukan ubi keledek yang telah di parut tadi, goreng sampai keperangan (kacau jangan berhenti ye masa ni).
4.Angkat dan tos kan mnyak.Masa panas-panas tu terus bentukkan supaya menjadi bulat.Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu,(saya guna botol yang di potong menjadi bentuk gelang, boleh rujuk gambar).
Info Ekstra!
Masukkan Gula Pasir, BUKAN air gula kedalam minyak panas.
Jangan tunggu sampai keledek tu keras ye.. sebab dia memang tak akan keras masa goreng tu.Bila dah sejuk nanti dia akan jadi rangup sendiri.
Selera terhadap masakan tradisi memang takkan padam. Masakan Melayu misalnya, memang mempunyai tarikan tersendiri. Tidak kira sama ada lauk pauk atau pun kuih muihnya.
Hujung minggu ni, apa kata hidangkan dua hidangan enak ini untuk keluarga iaitu Masam Lemak Telur Itik Dengan Delimbing Buluh dan Gulai Ketam Dengan Nanas. Memang sangat sedap, membangkitkan nostalgia masakan mak-mak di kampung.
Ini Resipi Selera Tradisi Ini
TELUR ITIK DENGAN BELIMBING BULUH MASAK LEMAK
Bahan-bahan:
5 biji telur
1 batang serai
1 helai daun kunyit | Hiris
10 biji belimbing buluh
Sedikit santan pekat
Sedikit santan cair
Sedikit garam
Bahan B (kisar):
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
3 biji cili padi kampung
1 biji cili merah
CARA MEMASAK:
Kisar bahan B dengan santan cair. Masakkan bahan kisar dengan serai sehingga mendidih menggunakan api yang kecil.
Apabila mendidih, pecahkan telur dalam mangkuk dan masukkan ke dalam kuah tadi secara perlahan-lahan. Jarakkan antara satu sama lain. Boleh dimasukkan sedikit cuka supaya telur tidak pecah.
Masak sambil dikacau perlahan sehingga telur mengeras. Tuang santan pekat, masukkan belimbing buluh, daun kunyit dan garam secukupnya. Terus kacau supaya pati santan tak pecah minyak.
Bila mendidih, bolehlah ditutup api supaya belimbing masih rangup.
Nota: Jangan masak telur terlalu lama kerana ia akan menjadi keras. Boleh juga dimasakkan telur di dalam bekas lain sebelum dimasukkan ke dalam kuah terutama jika telur kelihatan belum masak.
Cuba pula resipi selera tradisi ini…
GULAI KETAM BERSAMA NANAS
Bahan-bahan:
4-5 ekor ketam
½ biji nanas
1 paket kecil rempah kari ikan
1-2 sudu teh jintan manis | tumbuk halus
½ inci halia
4 biji bawang merah (2 ulas untuk menumis, 2 ulas masukkan dalam rempah)
2 ulas bawang putih
Sedikit daun kari jika suka
Santan secukupnya
Sedikit air panas
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Masukkan satu paket rempah dalam bekas, tambah sedikit air panas untuk jadikan pes.
Masukkan sedikit halia yang dipotong nipis dan memanjang, 2 ulas bawang merah dan jintan manis yang ditumbuk dalam pes tadi.
Sediakan bahan-bahan untuk menumis (bawang merah, bawang putih, dan halia yang di hiris nipis dan halus) serta daun kari.
Panaskan minyak, tumis bahan tumisan hingga berbau harum, masukkan pes rempah tadi. Tambahlan sedikit air.
Masak rempah sehingga naik minyak, kemudian masukkan ketam yang telah dipotong dua dan sudah dibersihkan.
Kacau sebentar, kemudian masukkan santan. Jika pekat, tambah sedikit air. Masak seketika.
Kemudian masukkan nanas yang dihiris nipis atau dihiris mengikut kesukaan anda.
Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika. Tutup api dan sedia dinikmati.
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...