Tak dapat bayangkan orang lain makan dengan hidangan sedap dan mewah tapi berbeza dengan anak beranak ini yang hanya alas perut dengan nasi lauk telur masin.
Kebetulan pula, hasil telur masin itu adalah dari belaan itik milik mereka dan tiada duit untuk membeli laik lain. Buka dua mulut dengna suami tapi terpaksa menanggung anak-anak yang tidak bekerja dan mengalami masalah pembelajaran.
Inilah yang terpaksa dilalui oleh pasangan suami isteri ini. Lapan beranak dari Kampung Permatang Pusu, Melor, hanya mengharapkan wang Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan untuk meneruskan kelangsungan hiduP.
Bayangkan wang diterima ketua keluarga yang uzur, Hassan Yaakob, 78 tahun, itu dimanfaatkan sebaiknya untuk kegunaannya suami isteri serta enam anak walaupun adakalanya perlu mengikat perut.
Isterinya, Khadijah Omar, 61 tahun, berkata dengan elaun JKM itu, mereka sekeluarga perlu mencatu makanan dan hanya makan sekali atau dua kali sehari, selain menyediakan lauk yang ala kadar.
“Nasi berlaukkan telur masin sudah menjadi menu tetap kami jika tiada wang untuk membeli lauk lain.
“Mujurlah kami ada membela lapan ekor itik yang memang persediaan untuk kegunaan kami jika terputus lauk, malah ada juga penduduk kampung yang datang membeli telur,” katanya yang tinggal di rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Ads
Anak Ada Masalah Lembam
Khadijah berkata, walaupun semua anak mereka sudah dewasa dan berusia 19 tahun hingga 40 tahun, semuanya mengalami masalah pembelajaran, lembam dan tidak bekerja.
Seorang lagi anak mereka sudah berkahwin dan menetap di Pasir Mas serta bekerja sebagai tukang kebun sekolah.
“Lima daripada tujuh anak keciciran pelajaran, manakala dua lagi bersekolah di sekolah pendidikan khas iaitu Mohd Najib Hassan, 21, yang sudah tamat sekolah tahun lalu manakala yang bongsu, Nur Nazirah Ayuni Hassan, 19, masih bersekolah.
“Enam yang menetap dengan kami tidak berumahtangga dan tidak bekerja kerana selain kurang bergaul, kami juga tiada kenderaan jika ditawarkan kerja kecuali basikal yang saya gunakan untuk ke kedai runcit atau pasar,” katanya.
Ads
Khadijah berkata, ketika ini mereka juga dibebani tunggakan bil elektrik yang mencecah RM1,500 dan bimbang jika bekalan elektrik dipotong.
Terdahulu, mereka menerima kunjungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, diwakili Pengerusinya, Fazliyaton Daud, yang hadir menyampaikan wang zakat serta bantuan makanan asas.
Ads
Mingguan Wanita : Dugaan buat keluarga ini. Moga dipermudahkan segala urusan.
Setiap orang ada cara masak gulai tersendiri, namun kalau betul anda nak rasanya sama macam masakan di Penang, anda boleh ikut petua yang dikongsikan saudara Syed Mohd Nazli, confirm sedap! Jom godek perkongsiannya ini…
Sikit masa ni ramai dok tunjuk live masak gulai dan saya menghormati semua usaha usaha murni mengketengahkan masakan turun temurun ini.
Cuma saya nak sebut satu perkara berkaitan gulai ini.
Bahan tumisan gulai ikan ni adalah khas,cukup sekadar: Bawang putih/merah,halba campur dan daun kari sahaja.
Halba campur pula dimasukkan ketika bawang hampir garing kekuningan kerana kalau dimasukkan awal dan sementara menunggu bawang garing,halba campur pula akan hangit dan menyebabkan gulai terasa pahit nanti.
Berdasarkan sedikit pengalaman saya, kalau kita tumis gulai ikan dengan kulit kayu manis,halia dan bunga lawang pasti gulai kita tidak akan berasa ori seperti gulai gulai nasi kandar di Penang atau mana mana pun.
Tumisan menggunakan kulit kayu manis,halia dan bunga lawang adalah untuk gulai daging atau ayam.
Ya,mungkin ada yang akan kata ‘lain tempat lain caranya’.
Kita kena faham asal usul masakan dan resepi dan kalau kita nak merasai rasa yang sebenarnya masakan itu,sudah tentu ianya berasaskan kepada resepi asal.
Namun,kalau ada yang merasai resepi dan petuanya itu lagi menyedapkan rasa gulai,teruskan lah,cuma tak salah untuk kita cuba step asal usul cara memasak gulai.
Tulisan ini sekadar saya nak kongsikan petua petua dan resepi cara memasak gulai yang saya pelajari sejak sekitar 20 tahun lalu.
Saya telah mencuba menokok tambahnya tetapi tetap akhirnya kembali kepada resepi asal turun temurun memasak gulai ikan ini:
Tumis bawang putih/merah sehingga kekuningan,masukkan halba campur dan daun kari,setelah semuanya garing,masukkan serbuk rempah dan serbuk cili dan sedikit air,tutup periuk supaya aromanya kekal disitu,biarkan diatas api perlahan sehingga pecah minyak.
Setelah itu,masukkan air perahan asam jawa, santan dan sedikit air,adunkan dengan rempah untuk kecairan atau kepekatan,jangan terlalu banyak santan kerana lemaknya akan menghilangkan rasa rempah.
Setelah mendidih,masukkan ikan dan garam, biarkan mendidih sekali lagi,selepas itu boleh dimasukkan bendi,biarkan bendi masak dengan wap bila kita tudung gulai itu,kalau bendi dimasukkan awal akan lembut dan layu.
Gulai ikan juga boleh dimasukkan sedikit bunga kantan dan daun kesom untuk keharuman dan rasa manis bunga kantan didalam gulai kita.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.
Ramai peminat yang menumpang rasa gembira dan turut bersyukur dengan berita kehamilan penyanyi kesayangan ramai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin baru-baru ini. Ternyata penantian selama 11 tahun penyanyi ini untuk hamil bukanlah perkara yang mudah. Laluan dan pengorbanannya penuh berliku, demi mendapatkan cahayamata yang diimpikan. Namun berkat kesabaran dan usaha tanpa henti, rezeki penyanyi ini untuk hamil dan bakal bergelar ibu bakal menjadi kenyataan.
Perkongsian catatan peribadi oleh Pengurus Peribadi yang juga merupakan kakak ipar Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak di laman instagramnya, menceritakan ‘perjalanan’ dan pengorbanan yang perlu dilalui oleh penyanyi ini sebelum berjaya disahkan hamil.
Rozi merupakan antara individu yang paling rapat dengan Datuk Siti Nurhaliza, sepanjang tempoh 20 tahun bersama Siti sejak tahun 1999. Rozi juga bertanggungjawab menyelenggara jadual persembahan nyanyian, acara undangan, strategi syarikat Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. dan sudah pasti penasihat utama Siti.
Berikut merupakan catatan tersebut;
“Sebelum @ctdk berkahwin, kami merancang untuk bercuti ‘pantang’ bersama-sama. Maklum saja, kami sering bekerja bersama dan bercadang untuk bercuti pantang juga bersama. Memang agak lucu tetapi begitulah perancangan kami.
Bulan demi bulan, tahun demi tahun, belum ada rezeki beliau untuk dikurniakan cahayamata dan anak bongsu saya juga kini sudah berusia 10 tahun. Saya ringkaskan cerita panjang @ctdk, beritahulah apa saja cara, namakan petua dan rawatan, sebut saja kaedahnya, beliau terus mencuba, ya, tanpa henti.
Perubahan Saiz Badan
Bila orang bercakap tentang saiz badannya selepas berkahwin, saya kata, wanita di luar sana mesti faham. Tubuh wanita pasti akan mengalami perubahan saiz kerana inilah proses rawatan kesuburan, mungkin anda boleh ‘google’ jika mahu mengetahui lanjut namun saya tahu, ramai yang faham dan maklum.
Tidak timbul soal tidak diet dan sebagainya, malah beliau aktif beriadah, senaman dan menjaga pemakanan (sesuai saranan doktor) namun dalam masa yang sama rawatan ini juga memungkinkan saiz badan akan bertambah.
Pengorbanan
Beliau berkorban jika ada acara besar seperti konsert, mengenepikan rawatan dan kembali melangsingkan badan untuk lebih ‘presentable’ di atas pentas. Kemudian beliau mencuba lagi, lalu kembali fokus kepada acara besar dan meninggalkan sebulan dua rawatan. Begitulah rutin beliau selama 11 tahun ini.
Bukan sekali dua beliau berehat, namun kami bijak mengatur jadual lalu beliau kelihatan selalu aktif, walhal sedang di dalam rawatan. Apabila keputusannya negatif, beliau kembali bekerja seperti biasa.
Inilah pengorbanan wanita, demi mendapatkan cahayamata dan zuriat. Berita beliau hamil telah menggerakkan ramai wanita di luar sana menghubungi dan bertanyakan tentang rawatan yang @ctdk lakukan. Berita ini memberikan semangat dan harapan kepada wanita-wanita yang belum dikurniakan cahayamata. Nikmat sabar itu indah. Teruslah berusaha, setiap apa yang Allah uji kita ada hikmahnya”.
Semoga ia mampu menjadi inspirasi buat wanita yang masih menanti kehadiran cahayamata agar tidak henti berputus asa.
Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puashati! Jika selalu kita beli cendol yang dah siap di kedai, sebenarnya kita boleh buat sendiri cendol ini di rumah. Mudah sahaja hanya menggunakan 3 bahan. Tapi kena tahu teknik yang betul barulah elok tak putus atau pecah-pecah.
Sedap makan cendol sejuk-sejuk dengan santan atau susu cair, ditambah pula air gula melaka. Sesuai juga buat untuk juadah pencuci mulut pada bulan puasa nanti.
Boleh resipi cendol homemade seperti yang dikongsikan oleh Puan Samsinar Bustami ini.
Siap cendol homemade, pertama kali mencuba,alhamdulillah menjadi dan puashati. Boleh lah makan-makan satu family.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung jagung
3 cawan air pandan (daun pandan dikisar dan tapis)
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Masak semua bahan di atas dalam periuk kacau sehingga likat berkilat.
2.Tutup api dan sediakan acuan untuk buat cendol.
3. Saya guna piping bag, sediakan air ais dalam bekas besar dan teruslah picit adunan ke dalam bekas yang berisi ais tadi. Buat lah sampai habis.
4. Saya makan dengan susu cair (itu je yang ada kat rumah)+ air gula melaka.
Lebihan cendol boleh simpan dalam peti sejuk bersama air ais tadi.
Selamat mencuba! Bulan puasa tak lama lagi boleh lah buat juadah buka puasa.
Mingguan Wanita: Cantik kejadian cendol homemade ni, pertama kali buat pun terus menjadi dan puas hati. Memang berbaloi buat sendiri lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...