Jumlah pengikut hilang di Facebook, lelaki ajar cara tukarkan mod tetapan dapatkan semula. Sehari dua ini pasti ramai yang berasa pelik dengan jumlah pengikut yang turun mendadak di facebook.

Bagi yang mempunyai jumlah pengikut tinggi, hanya 9000 orang dibenarkan mengikut. Pastinya ia satu kejutan terutama bagi yang mempunyai rangkaian bisnes atau orang perseorangan yang berjuang untuk masyarakat.

“Kehilangan” secara tiba-tiba jumlah pengikut ini mungkin mendatangkan tanda tanya seperti disuarakan oleh akitivis masyarkat terkenal, Puan Mona Din di fb.

Jumlah Pengikut  Hilang Di Facebook, Lelaki Ajar Cara Tukar Mod Tetapan Dapatkan SemulaTulisnya :- Assalam semua. Patut ramai dok wasap / pm saya tanya kenapa dah few days posting saya tak melintas di wall dia orang..? Mungkin ini sebabnya. FB dah turunkan jumlah followers saya yang sebanyak 200k lebih hanya kepada 9k sahaja..!

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- “Dipandang Rendah Sanggup Bergelumang Lumpur.” Ayu Damit Percaya Dari Bidang Pertanianlah Mampu Bergelar Usahawan

Letih Berebut Lif, Usahawan Kosmetik Joy Revfa ‘Hijrah’ Ke Rumah Baru Banglo 7 Bilik

IKLAN

Andai, hal yang sama terjadi kepada kita sama seperti dilalui oleh Puan Mona Din, ada penyelesaiannya.

Untuk makluman semua, Facebook sebenarnya sedang mengemas kini sistem mereka terutama melibatkan fake akaun dan duplicate akaun. Jangan tak tahu terlalu banyak fake akaun wujud di media sosial dan ianya kemudian dijual kepada mana-mana indvidu yang mahu menaikkan jumlah pengikut untuk menaikkan engagement produk mereka.

Tapi jangan risau kalau melihat hanya 9000 saja jumlah pengikut kerana facebook sebenarnya masih menyimpan semua pengikut-pengikut kita dan jika mahukannya kembali, kita hanya perlu menukar setting mode saja dan kita akan nampak masih ada lagi baki pengikut kita yang sama.

Jumlah Pengikut  Hilang Di Facebook, Lelaki Ajar Cara Tukar Mod Tetapan Dapatkan SemulaDikongsikan di fb oleh Norizan Sharif yang merupakan bekas Pengarah Eksekutif, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Jabatan Perdana Menteri dan kini menetap di Amerika Syarikat cara menukar setting mode kita.

Ini cara menukarnya:-

1. Bawa bertenang.

IKLAN

2. Anda tak hilang followers. Semua orang masih sayangkan anda!

3. Sekiranya anda mahu lihat Facebook followers anda yang “hilang” itu, tukar dari “profile” ke “professional mode.”

4. Anda akan dapat lihat jumlah followers anda di situ. Facebook tak buang pun. Mereka biarkan saja walaupun sebahagiannya fake followers dan duplicate account.

5. Professional mode ini sama seperti Facebook page, kecuali anda boleh set audien kepada “friends” dan “public” di professional mode. Di page, tak boleh.

IKLAN

6. Set audien “friend” apabila menulis mengenai hal-hal keluarga dan kawan-kawan. Set audien “public” apabila menulis mengenai bisnes.

7. Anda juga boleh “buat duit” di professional mode sekiranya anda penuhi syarat tertentu (seperti YouTube). Selain itu, ada boleh lihat insight, sama seperti page.

8. Sila google dan baca features professional mode Facebook yang baru ini. Baca baik dan buruk. Professional mode ini mungkin tak sesuai untuk semua orang.

9. Klik tiga titik di sebelah profile (profile setting) untuk tukar ke professional mode.

10. Sebelum ini, kalau set professional mode tak boleh tukar semula ke profile. Sekarang dah boleh.

11. Nah, sekarang kembali fokus kepada konten, bukan followers! Sumber : FB Norizan Sharif

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI