Jangan melampau, jaga perasaan ibu melahirkan. Neelofa kecewa individu edit muka bilal. Sejak semalam kecoh ada individu yang memaparkan wajah Bilal di media sosial. Hal yang sangat disorok oleh Neelofa pada umum kerana usahawan ini hanya memberikan gambaran Bilal secara sipi-sipi sahaja.
Dan ternyata tindakan seorang individu dikenali sebagai Amran_fan77 yang mengedit muka Bilal menjadi sangat tua dan menulis Akhirnya. Cute je. Bukan tak cute. Kenapa tah nak sorok-sorok.
Di sebalik ramai memberikan komen-komen berbentuk sindiran dan lawak jenaka ternyata hal ini mendatangkan kekecewaan di hati Neelofa sendiri mengenai situasi tidak disenanginya itu.
Di insta stori sekejap tadi menulis “edit muka anak saya sampai jadi bukan rupa dia. Lepas tu sebarkan gambar yang edit faka tu. Dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya.
Tulis Lofa, “dah puas hati? Dan dirinya melepaskan kekecewaan dengan menambah “tak tahu nak rasa apa. Allahuakbar sambil membuat emoji menangis dan patah hati.
Kemudian dirinya menambah “jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati. Benda ini dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tak baik.
“Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa…luahnya.
Ads
Ternyata gurauan yang sering dilemparkan individu ini sama sekali telah mengguris hati selebriti ini. Apa pun kalau tak suka pun diamlah. Bukan semua benda boleh kita buat lawak atau gurau terutama bab anak-anak. Hati mak-mak memang sangat sensitif dalam hal satu ini.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN KAMI. BUAT TOTE & SHOPPING BEG
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Ads
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Resepi bawang putih goreng yang rangup dan crispy ini bukan mudah nak dibuat. Sebabnya salah goreng boleh buat bawang putih jadi cepat hangus. Resepi bawang putih goreng yang dikongsikan oleh Puan Rozita Ab’dullah ini memberi idea kepada mak-mak terutama yang berhajat nak buang angin dalam badan.
“Bawang putih sangat baik untuk badan kita. Boleh buang angin dan macam-macam lagi. Amalkan bawang putih goreng yang sangat sedap.” Nanti teksturnya akan jadi rangup dan boleh dipanggil kerepek bawang putih rangup juga.
“Makan dengan nasi panas-panas pun layan! Letak dalam soto dan lain-lain pun mantap. Paling baik untuk orang berpantang. Orang tak pantang yang ada angin pun bagus makan bawang putih goreng ini.”
Bawang Putih Rangup Sedap ‘Crunchy Garlic’
Bahan-bahan
1 kg Bawang putih (rendam air untuk mudahkan kupas kulit)
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat
1. Kupas bawang putih, hiris nipis-nipis dan gaulkan dengan sedikit garam.
2. Tak nak gaul garam pun tak apa. Goreng kosong macam tu je.
3. Goreng sampai garing. Jangan hangit sudah.
4. Toskan minyak. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
5. Bolehlah makan dengan nasi.
Sumber/Foto : Facebook Rozita Ab’dullah
Kredit foto: anthonythespicemaker.com
Tip Menggoreng Bawang Putih Agar Tak Hangus
√ Bawang putih telah siap-siap dihiris.
√ Panaskan minyak yang banyak dengan api sederhana.
√ Masukkan bawang putih hiris tadi. Gaul sampai berubah warna kuning keemasan.
√ Kemudian kecilkan api, kacau seketika dan angkat cepat-cepat.
√ Jangan sesekali membiatkan bawang putih warna kecoklatan semasa menggoreng.
√ Sebabnya, suhu panas minyak masak tadi akan membuatkan bawang menjadi lebih cepat matang dan berubah warna lebih kecoklatan. Jika apinya tak dikawal akan lebih cepat hangit.
√ Sebaik diangkat, toskan segera.
√ Bila dah sejuk segera simpan dalam bekas kedap udara.
Kredit foto : faithfoodfamilyfun.com
Jika Ada Tanda-tanda Ini Jangan Ambil Bawang Putih Berlebihan
Bawang putih sememangnya kaya khasiat. Banyak sekali manfaat yang boleh ditemui pada sebiji bawang putih. Bagaimana pun dalam mana-mana jua kaedah perawatan, apa-apa saja yang diambil dengan tujuan untuk menjadi ubat, ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Ini beberapa individu yang tidak digalakkan mengambil bawang putih secara berlebihan.
1. Masalah Bau Mulut
Semasa pengambilan bawang putih yang keterlaluan, anda berkemungkinan akan berhadapan dengan masalah bau mulut. Ia juga boleh menyebabkan rasa terbakar pada mulut dan perut, memulas, mual, muntah malah cirit birit.
2. Jika Ada Tekanan Darah Rendah
Anda tak digalakkan mengambilnya secara berlebihan. Sebab bawang putih itu sendiri bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol. Ambillah secara sederhana dan mengikut saranan jumlah pengambilan harian. Seperti yang disarankan jumlah pengambilan untuk satu hari adalah sebanyak 1 labu bawang putih.
Sebaiknya dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sekiranya mahu ambil bawang putih untuk tujuan perawatan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Apabila anak mula dijangkiti selesema dan batuk berkahak, kita sebagai mak pasti risau dengan tahap kesihatan dan keadaan anak.Jika boleh segala cara nak dilakukan demi anak tersayang, asalkan mereka cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa.
Melalui perkongsian Anja Azura di laman facebook,beliau berkongsi cara semulajadi membuat ‘honey patch’ untuk mengatasi masalah anak yang menghidapi batuk dan selsema.Menurut beiau, cara ini sesuai untuk peringkat bayi mahupun kanak-kanak.
Bahan-bahan:
2 sudu Tepung gandum yang telah diayak
1 sudu besar Madu asli
1 sudu kecil Minyak zaitun atau minyak kelapa dara
1 helai Kain lampin yang dipotong kecil
Pita pelekat
Cara Membuat:
1.Campurkan tepung gandum dengan sesudu madu dan sedikit minyak zaitun/kelapa dara.
2.Gaul sebati sehingga adunan tidak melekat pada tangan. Namun, jika melekat boleh tambahkan lagi
3.sedikit tepung dan jika adunan tidak sebati boleh tambahkan lagi madu mengikut kesesuaian.
4.Setelah adunan sebati, bulatkan dan letak diatas kain napkin yang telah dipotong segiempat kecil.
5.Ambil sehelai lagi kain napkin dah tutup sebatian adunan tadi.
6.Lekatkan pada bahagian belakang badan dengan pita pelekat.
Siap!! Selamat mencuba.
Info Ekstra!
AMARAN! Jangan lekatkan dibahagian jantung dan berdekatan jantung.
Pakai sebelum waktu tidur malam dan dibiarkan sehingga 3-8jam.
Bagi anak yang batuk berkahak bila buka dan pecahkan adunan, akan ada lendir dalam adunan tersebut.
Mungkin atas faktor ekonomi keluarga mahupun mematuhi dasar kerajaan, sesetengah pasangan seperti di negara Singapura dan China, menghadkan bilangan jumlah anak-anak yang dilahirkan, sejak sekian lama. Kini, kesan tindakan ini mula dirasai di negara tersebut apabila penurunan kadar kelahiran bayi semakin membimbangkan.
Laporan Hindustan Times menyatakan, China menghapuskan dasar satu anak pada 2016, semenjak dasar tersebut dilaksanakan dari tahun lewat 1970-an lagi.Jika sebelum ini, China mengenakan penalti atau ‘Sosial Maintenance Fees’ bagi mereka yang mempunyai lebih 3 orang anak.Kewujudan penalti tersebut memberi tanggapan rakyat bahawa kelahiran boleh menggangu kemajuan negara dan demografi.
Terbaru, China yang bimbang dengan penurunan kadar kelahiran telah menjanjikan subsidi kewangan, perubatan dan cuti bersalin bergaji lebih panjang bagi menggalakkan pasangan suami isteri memiliki anak kedua.
Naikkan Cuti Bersalin
Semua 31 wilayah, daerah dan perbandaran, hampir keseluruhan China, menaikkan mandat 98 hari cuti bersalin kepada antara 138 dan 158 hari, lapor laman web thepaper.com.
Elaun kewangan dan perkhidmatan perubatan juga dimasukkan sebagai insentif bagi pasangan di beberapa daerah.
“Ibu turut dibayar gaji sepanjang cuti bersalin manakala bapa diberi kelayakan mendapat cuti daripada 15 hingga 30 hari secara purata.
“Di bandar raya Shihezi di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang, ibu yang mempunyai anak kedua ditawarkan subsidi sehingga 1,000 yuan (RM599) selain membekalkan mereka dengan subsidi susu formula bayi sehingga tiga tahun,” menurut laporan.
Pada masa sama, bandar raya Xiantao di wilayah Hubei juga memberikan subsidi perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada ibu yang melahirkan anak kedua.Bagaimanapun, pakar menyifatkan ia tidak mencukupi kerana kadar kesuburan di China pada 2016 cuma 1.7, yang dianggap rendah.
Menarik sungguh insentif yang ditawarkan oleh Negara China buat rakyatnya agar menambah kelahiran.Setiap anak itu memberi rezeki, namun mak ayah juga perlu membuat perancangan yang terbaik dalam membesarkan mereka serta keperluan mereka pada negara.
Mas Idayu bersyukur bekas suami lepaskan secara baik. Tiada pasangan berkahwin yang inginkan perpisahan namun jika ditakdirkan jodoh tidak panjang pastinya kena reda dengan...