Sengsara cari rumah sewa di Shah Alam, bukan semua pelajar UiTM mampu bayar deposit RM9000. Kos sewaan rumah di sekitar bandaraya Shah Alam tidak murah. Bagi rumah teres, sewaannya mencecah RM1200 ke atas. Bagi rumah apartment, kos lebih kurang dan amat sukar mencari kos rumah flat murah di bawah RM500 kala ini.
Lebih menyukarkan kalau masih belajar dan mengharapkan bantuan dari ibu bapa. Jika ibu bapa mampu tiada masalah tapi kalau dari kalangan B40 ditambah isu tiada kereta, pasti ia menambah kesukaran yang sudah pun sukar.
Satu perkongsian dari Puan Zuraini Kamal, seorang aktivis kanser mengenai kesengsaraan pelajar UiTM Shah Alam mencari rumah sewa dan memerlukan sekurang-kurangnya RM9000 untuk mendapatkan rumah sewa sekitar universiti.
Sengsara cari rumah sewa di Shah Alam
Berikut adalah perkongsian darinya:-
Pelajar UiTM sengsara, deposit rumah sewa RM9000.
UiTM Offer Kursus kepada Pelajar Tanpa memikirkan Kebajikan dan Masalah Penempatan Pelajar!!
Saya menulis Bagi pihak anak saudara saya Adlina, pelajar UiTM Shah Alam Semester 03. Kisah seorang Pelajar, dari Keluarga B40. Mai jauh dari Pulau Pinang untuk belajar di UiTM Shah Alam. Tidak memiliki kenderaan sendiri.
Sebulan sebelum Tarikh Kemasukan (11.10.2022),
Adik saya, Shafinaz Kamal baru mendapat makluman bahawa anaknya, Adlina tidak berjaya mendapat kemudahan Kolej (asrama).
Ads
Dalam tempoh tak sampai sebulan, pelajar terpaksa mencari RUMAH ATAU BILIK UNTUK DISEWA yg berdekatan dengan UiTM Shah Alam.
DI sini MIMPI NGERI bermula ….
SEWA RUMAH YG TERLALU MEMBEBANKAN: 1. Sewa Rumah, RM1500 – RM3000 sebulan. DEPOSIT 2 + 1 + Utiliti + Tenancy Agreement: Bayangkan mereka yg berkongsi rumah, perlu menyediakan DEPOSIT berjumlah RM 9000
MASALAH:
1. BAYAR DULU, BARU BOLEH TENGOK RUMAH! Pelajar disuruh bayar deposit dahulu. Mereka tidak boleh tengok rumah selagi tak bayar deposit. Dengan pelbagai alasan. Anda tidak ada pilihan!.
Ads
2. Pelajar dari luar (Negeri lain) yg tidak ada kenderaan sendiri, sangat memerlukan Pengangkutan, malangnya Bas UiTM sangat terhad. Laluan Bas UiTM tidak cover semua kawasan perumahan berdekatan kampus.
Saya difahamkan, sehingga ke hari ini, masih ramai pelajar dari Pahang, Sabah, Sarawak, Penang, Kedah yang belum mendapat kemudahan tempat tinggal.
Bayangkanlah, setiap pelajar yg terpaksa menyewa, perlu menyediakan KOS SEWA BULANAN sebanyak RM 255 ini belom termasuk Caj Api, air , wi-fi dan pengangkutan. Dah macam Kos orang Bekerja. Sedangkan Mereka semua adalah PELAJAR KOLEJ.
Pihak ibubapa ramai yg mengadu dan meluahkan perasaan dalam GRUP FB: UITM RUMAH SEWA/BILIK SEWA DI SHAH ALAM
ADUAN TELAH DIBUAT KEPADA PIHAK UiTM (VC UiTM) malangnya masalah ini tidak ditangani sebaik mungkin.
1. VC kata, dia dah maklum kpd YB Menteri KPT tentang permasalahan ini.
2. Depa kata nak buat Kelas ONLINE pulak. Sedangkan ramai pelajar yg sudah berhabis duit untuk membayar Deposit Sewa Rumah/Bilik.
3. VC kata ibubapa menolak tawaran belajar ke Kampus lain, malangnya TIADA TAWARAN diberikan semenjak awal. Anak saudara saya TIDAK menerima Tawaran belajar di UiTM Pulau Pinang atau Kedah atau Perlis yg berdekatan dengan rumah.
DESAKAN HIDUP dan Bebanan kewangan menyebabkan Ramai Pelajar berhasrat untuk menghentikan Pengajian mereka. (Ramai juga yang buat kerja Partime untuk menambah pendapatan dan menampung Kos Pembelajaran) Zuraini Kamal Shafinaz Kamal
PIHAK Hal Ehwal Akademik UiTM MENJAWAP PERSOALAN INI
Selepas isu ini tular, ia mendapat perhatian dari pihak Hal Ehwal Akademik UiTM di mana mereka menyatakan pelajar boleh menghubungi pensyarah masing-masing dan boleh meneruskan pengajian secara hybrid.
.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa diuji lagi. Kali ini, didatangi seorang wanita yang didakwanya mempunyai masalah kesihatan mental. Mengakui dirinya adalah isteri pertama beliau.
Bukan itu saja, wanita ini juga sanggup menaiki keretapi dari Perak ke Putrajaya semata-mata mahu bertemu Datuk Alha.
Bagaimana pun kesibukannya pada hari kejadian, tidak membolehkan beliau berada di premis perniagaannya itu. Akui beliau lagi, wanita berkenaan seolah-olah mengenalinya dengan begitu rapat.
Sedangkan, Alha sendiri tidak mengenali wanita yang mendakwa dirinya isteri pertama beliau. Biar pun menerima kejutan sebegitu, Alha merasa sedih dan sayu mengenangkan keadaan yang dideritai wanita berkenaan.
Dari Perak ke Putrajaya Semata Mahu Berjumpa Datuk Alha
Allahu.. dugaan dan cabaran di bulan RAMADHAN, sejujurnya jauh di sudut hati saya, saya sangat rasa sedih dan sayu mungkin atas sakit atau saya sendiri tak tau masalah ape yang dihadapi kakak ni.
Saya berharap kita semua dapat melindungi ahli keluarga kita yang tidak sihat, mental atau fizikal supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku.
Amat-amat merbahaya, dari PERAK ke PUTRAJAYA naik kereta api.. semata-mata nak berjumpa saya.. tapi saya busy di hari kejadian, saya mintak maaf.
Yang kurang sedapnya beliau mengaku sebagai isteri pertama saya. Semua detail nama penuh saya, dan beberapa perkara lain beliau seolah amat mengenali saya terlalu rapat.. sedangkan saya tidak langsung mengenali beliau.
Kalau Salah Langkah, Macam-macam Boleh Berlaku
Kepada customer-customer yang datang shopping kelmarin dan berada di tempat kejadian, harap tidak “termakan” cerita-cerita yang dibawa kakak ini.
Katanya saya dukung beliau, peluk beliau ke bilik dan lain-lain lagi boleh membuatkan orang salah anggap sebab beliau amat berpewatakan NORMAL.
Selama berjam-jam beliau duduk di outlet saya seolah tak nak keluar jika saya tak datang. Beliau tinggalkan barang-barang dan beg-beg beliau dan suruh saya hantar ke rumah “kami” kononnya kami duduk serumah.
Apa pun, kepada keluarga beliau, posting ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi saya juga berpesan kepada diri saya, jika ahli keluarga mengahadapi masalah, perlu kita mengambil berat. Kalau salah langkah kakak ni, saya risau macam-macam kejadian boleh berlaku kalau terjumpa dengan orang yang salah.
Terima kasih pihak polis dari BALAI POLIS ABU BAKAR BAGINDA yang membantu saya dalam hal ini.. jasa kalian amat-amat saya hargai.
Untuk rekod, Datuk Alha Alfa pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Azlin ismail. Berkahwin di Taiping, Perak pada 28 September 2020 sebelum berpisah enam bulan selepasnya.
Mingguan Wanita : Kesihatan mental bukan hal yang boleh dibuat main-main. Dapatkan rawatan segera sekiranya ada tanda-tandanya pada diri sendiri.
“ Ada tujuan saya berkongsi cerita hidup saya ini. Saya mahu keluar dari keadaan susah ini. Saya juga mahu mencari modal untuk buat bisnes. Selain itu saya mahu kisah hidup dapat dijadikan pengajaran oleh wanita lain,” jelas Hayati Dolah membuka bicara.
“ Saya kuat demi anak-anak. Saya buat macam-macam untuk anak-anak. Pernah saya dan anak minta sedekah untuk cari duit. Saya bukannya mahu jadi peminta sedekah tetapi itulah sahaja yang terfikir di kepala saya.
“ Tebal memang tebal muka. Tapi semua itu saya buang demi mahu cari duit untuk beri anak makan. Ada satu ketika kami keluarga saya ini dikategorikan sebagai orang paling miskin di flat tempat kami tinggal ini. Kami tidak mampu untuk beli makanan mahupun pakaian.”
Hayati masih ingat anak-anaknya pernah bertanya kepada dirinya kenapa mereka hidup dalam kesusahan.
“ Mak, kenapa kita harus meminta-minta? Itu soalan yang sering yang sering keluar daripada mulut mereka. Saya tak tahu hendak jawab apa masa itu. Hati saya sedih.
“ Pernah saya rasa seperti hendak give-up dengan kehidupan masa itu. Tetapi saya sedar saya tidak boleh buat begitu. Kalau saya give-up, bagaimana dengan anak-anak,” luah ibu tunggal ini dengan perlahan.
Jual Sambal Petai
Di awal perpisahannya, Hayati hidup dalam kesedihan. Dia tidak mampu menerima kenyataan tersebut. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini sahaja dia mampu bangun daripada kesedihan.
Hidupnya masih susah tetapi dirinya tidak lagi meminta sedekah. Kini Hayati bekerja sebagai pembantu awam di asrama salah sebuah universiti tempatan di ibukota Kuala Lumpur. Gajinya tidak banyak. Dengan gaji tersebut itulah dia membesarkan anak-anak dan menanggung perbelanjaan seharian mereka sekeluarga.
Hidup di ibukota sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang banyak. Hayati sedar dia perlu melakukan sesuatu untuk menambah pendapatan.
.
Dari situ jugalah timbul idea dalam diri ibu empat orang anak ini untuk menjual sambal petai dan mini karipap goreng secara kecil-kecilan. Sambal petai itu dimasaknya sendiri. Mini karipap goreng pula diambilnya daripada adiknya.
“ Idea menjual sambal petai itu saya dapat apabila anak perlukan duit untuk perbelanjaan di universiti. Saya buat sambal dan beri tester untuk dirasa oleh kawan-kawan anak. Apabila kawan-kawannya rasa, mereka berminat untuk membeli.
“ Sampai sekarang saya menjual sambal petai ini. Jika ada yang berminat bolehlah membelinya daripada saya.”
KISAH HAYATI SELANJUTNYA BOLEH DIKETAHUI DI DALAM RUANGAN IBU TUNGGAL BERJAYA DI MAJALAH MINGGUAN WANITA VOLUME 2 DISEMBER 2019
.
Foto: Nor Yanti Saharudin dan koleksi peribadi Hayati Dolah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kematangan dalam diri bukanlah hanya dinilai dari segi peringkat umur seseorang. Umur yang meningkat atau ‘lebih makan garam’ bukanlah tanda diri seseorang itu benar-benar matang dan bertindak tanpa mengikut emosi.
Pernah menjadi Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan dan Selangor (2015),Tokoh Ilmuwan Selangor (2010) dan Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015), Datuk Prof Dr. Che Muhaya Haji Mohamad,58 memang sering memuat naik video dan kata-kata motivasi didalam akaun instagram beliau sendiri. Ketokohan dan pengaruhnya selama 23 tahun begitu besar dalam bidang motivasi diri mahupun kerjaya profesional dalam bidang kedoktoran, berjaya dapat mengubah minda masyarakat untuk berubah menjadi lebih baik, menerusi inspirasi diberikan.
Baru-baru ini, Pakar Motivasi dan Pakar Bedah Mata ini ada berkongsi ilmu, 9 tanda-tanda yang boleh dilihat apabila seseorang itu telah mencapai peringkat kematangan dalam kehidupan.
Menurut wanita berasal dari Kuala Terengganu ini, nukilan tersebut diperolehi daripada rakannya, dan beliau kongsikan bersama buat para pengikutnya di Instagram sebagai panduan.
Berikut antara 9 tanda-tanda seseorang itu sudah matang dalam kehidupan.
1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
3. Kita berani “melepaskan” kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.
4. Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
5. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.
6. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
7. Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yang semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
8. Kita boleh bezakan “kehendak” dan “keperluan”, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
9. Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “rasa kopi” dari menikmati “cantiknya cawan”.
Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.
Jadi cuba semak kembali, adakah kita telah memenuhi dan mencapai 9 tanda-tanda ini.Semoga perkongsian ini bermanfaat dan kongsikan buat orang lain, sekaligus merubah diri menjadi individu yang lebih baik.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...