lip sync kak girl

Nama Kak Girl ni dah viral di media sosial. Semua gara-gara video parodi lagu Hindustan Chamiyya.. Chamiyya tu. Aksi lip sync dengan gelagat lucunya boleh buat anda tak kering gusi. Lagi-lagi perati gaya ‘stone’ suami Kak Girl di sebelah. Selamba.. macam tak ada apa-apa.

Siap boleh gosok-gosok mata tanpa perasaan. Bila dah satu dunia tonton, tentu-tentu ada saja suara-suara berbunyi macam ini; ‘Tak malu ke suaminya?’ ‘Kenapa sanggup buat macam ni?’ ‘Tak ada Kerja Lain ke?’ Dan macam-macam lagilah kata-kata kecaman yang menakutkan.

Sebenarnya, kalau anda tahu di sebalik kisah hidup Kak Girl, pasti anda akan buka mata dan berlapang dada. Sebabnya inilah jiwa Kak Girl. Dia buat semua ini pun dengan restu suami dan mamanya.

Bila ditanya reaksi suami yang relaks semacam tu. Ini jawapan Kak Girl ketika di temu bual Web Mingguan Wanita.

He’s my biggest fan. Tiada apa yang nak dimalukan. Yes. He’s the best! Dia tahu gila-gila saya macam mana. Bak katanya, sebab itu dia suka saya dulu. Tak fake. Alhamdulillah, husband saya seorang yang sporting.” Kata Kak Girl lagi, suaminya itu positif orangnya.

Dia tahu minat saya, sebab itu dia support apa saya nak buat. Asalkan saya tak melampaui batas. Dia juga tahu saya minat berlakon malah dia sanggup hantar saya ke KL untuk casting. Like he always said, hidup ini sekali je. Why don’t you just try? Do whatever you love to do as long as you always remember me.” Sweetkan suami Kak Girl. Kalau tak rasa terharu tak tahulah.

Perkenalan Kak Girl dengan suaminya berlaku di Singapura sekitar tahun 2013. Mereka sama-sama bekerja di sana. Lepas setahun, mereka bertunang. Dan bernikah setahun kemudian iaitu pada Februari 2015. Sampai sekarang mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Dia terpesona dengan sikap saya yang easy going, full of humor dan tahu macam mana nak survive. Itu kata-kata dia pada saya masa saya tanya dia kenapa nak kahwin dengan saya. Kalau ditanya pada saya pula, saya suka sikap suami yang tak mudah melenting, soft spoken dan tidak judgemental. Dia seorang yang relaks.”

Hah! Nampak…sebab itulah tuhan marah kalau kita kecam orang tak hengat. Kerana belum tentu hidup kita lebih sempurna dari orang yang kita kecam. Sebab itulah, tuhan memberikan kita ujian setimpal dengan kekuatan kita itu.

Nama sebenar kak Girl, Nur Amira Maslan, 30  Dia yang berasal dari Kg. Melayu Majidee Johor Bahru ini juga dikenali dengan nama Meera James. Suaminya, Mohd Hafizi Marzuki, 26 berasal dari Pancho Muar, Johor.

Macam mana Kak Girl dapat nama? Nama Kak Girl tu sebenarnya gelaran yang diberikan sepupunya yang suka memanggilnya dengan nama Kak Girl. “Saya suka berbual, gelak-gelak sambil dia panggil saya Kak Girl. Sebabnya saya suka bercakap dan tiru gaya ‘adik-adik’. Kawan-kawan saya pun ramai dari golongan itu. Dan saya sangat senang dengan mereka.”

IKLAN

Kalau di rumah, Kak Girl di panggil Kak Long. Kawan-kawan yang rapat menggelarnya Makyam.

Gelaran je tau. Bukan makyam betul..” pannnndai Kak Girl bergurau.

Eh, Siapa Sebenarnya Kak Girl? Bila Dah Tahu Sisi Ini, Netizen Pun Akan Jadi Relaks Macam Suami Dia

Asal Video Lip Sync Kak Girl

Sejak kecil, Kak Girl minat betul dengan drama Hindustan. Dari situlah, Kak Girl mula hafal lagu-lagu mereka. Itu rahsianya dan sebab itulah bila Kak Girl buat lip sync lagu Hindustan, aksi Kak Girl nampak tepat.

Awal-awal dulu, Kak Girl buat video untuk suka-suka. Koleksi videonya pun tak banyak. Sebaik tahu Sinar FM buat contest lip sync, Kak Girl dah mula buat video banyak-banyak. Semata-mata nak masuk contest.

Tak ada niat lain.” akuinya.

Hasilnya, Kak Girl menang tempat pertama. Dia juga mendapat gelaran Jaguh Lip Sync (2016). Kalau tengok videonya mesti dalam kereta. Kata Kak Girl itu memang trademarknya. Alasannya, senang.. sebab lagu-lagu banyak dalam pendrive kereta. Itu je..

IKLAN

Idea mostly spontan. Saya boleh menari lagu Hindustan dengan baik tau. Tapi sebab dalam kereta, saya goyang sikit-sikitlah.”

Sebenarnya nak buat rakaman video ini ikut mood Kak Girl. Bila dengar lagu yang dia suka dan rasa macam nak menari atau lip sync, Kak Girl terus record. “Tapi taklah hari-hari. Ada waktu tertentu.

Eh, Siapa Sebenarnya Kak Girl? Bila Dah Tahu Sisi Ini, Netizen Pun Akan Jadi Relaks Macam Suami Dia

Jangan Tak Tahu, Rezeki Kak Girl Makin Lebat

Waktu mula-mula memang contest, ramai yang suka dan pm inbox Kak Girl. Siap ada yang request lagu untuk di lip sync dan mention nama mereka. Kak girl juga dijemput bersiaran di TV3 dan bila Ally Iskandar request Kak Girl buat lip sync lagu Beyonce dan tag IG, Kak Girl pun buatkan.

Pssst: Jangan tak tahu Siti Sarah Raissuddin pun MINTA LAGU dengan Kak Girl!

Dari situ, rezeki Kak Girl makin bertambah. Dia juga dijemput membuat review product. Katanya paling mencabar nak buat video sebegini. Sebab idea kena bersesuaian dengan produk dalam masa sama kena selitkan unsur humor. Seminggu jugalah nak hasilkan video yang memuaskan hati kliennya.

IKLAN

Saya minat seni lakon. Dari kecil saya dah terdedah dengan aktiviti seni. Contohnya tarian, nyanyian dan teater. Saya pernah berlakon beberapa teater sebelum ni, in fact this July in shaa Allah ada tawaran berlakon teater baru.

Tahun 2014 saya terlibat dalam pembikinan iklan Raya di bawah online TV, TV Selatan. 2015 saya dapat tawaran berlakon Iklan untuk sebuah Pasaraya di Johor Bahru. Tahun 2016 saya menang Jaguh lip sync, dan baru-baru ni saya baru habis penggambaran filem seram sebagai supporting cast. In shaa Allah filem tu keluar awal tahun depan.

Saya pernah muncul di kaca TV, siaran TV1 Selamat pagi Malaysia, TV3 Malaysia Hari ini dan siaran Astro Ria Motif Viral.

Alhamdulillah ada yang cam saya. Suruh berenti dan ambil gambar. It was fun. Saya malu juga sebab saya bukanlah artis, tapi saya berhenti dan sama-sama ambil gambar sebab saya hargai sokongan mereka yang sukakan dan support saya. Mostly yang menegur semua orang positif. Syukur.”

Eh, Siapa Sebenarnya Kak Girl? Bila Dah Tahu Sisi Ini, Netizen Pun Akan Jadi Relaks Macam Suami Dia

Kenal Dunia Seni Sebab Mama

Keluarganya menerima minatnya itu. Mereka sangat memahaminya. Malah Kak Girl kenal dunia seni pun kerana mamanya.

Mama tahu anaknya berbakat dan dia terus sokong minat saya. Mama dan suami antara tulang belakang saya. Ayah mulanya tak berapa suka sebab ayah tak minat seni. Tapi lama-lama dia faham dan okay. Dia tahu saya cuma melawak.” Tambah anak sulung dari lima beradik ini lagi.

Adik-adik saya semua okay. In fact, adik saya yang kedua, Amir Asyraf terlibat dengan teater dan adik bongsu saya, Aria terlibat dengan nyanyian profesional. Kami saling menyokong.”Akhirinya yang juga seorang blogger.

via Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI