Bukan kucing tapi harimau kumbang masuk rumah, bahaya datang tanpa diduga. Kita biasa melihat kucing datang secara tiba-tiba di hadapan rumah. Kata orang kalau kucing datang bawa rezeki pada tuan rumah.

Tapi bagaimana kalau yang datang ini adalah harimau kumbang. Bawa rezeki atau bawa bahaya?

Bukan Kucing Tapi Harimau Kumbang Masuk Rumah

Bukan terjadi di India seperti kita biasa lihat di gambar-gambar tapi kejadian harimau kumbang masuk ke rumah penduduk ini benar-benar terjadi di Taman Pelangi, Semenyih semalam.

Memetik Sinar Harian, penduduk di sekitar Jalan TPS 3/2, Taman Pelangi, Semenyih di sini digemparkan dengan kehadiran seekor harimau kumbang yang berkeliaran di sekitar kawasan perumahan berkenaan pada Jumaat.

Bukan Kucing Tapi Harimau Kumbang Masuk Rumah, Bahaya Datang Tanpa Diduga
Khidmat perhilitan digunakan menangani hal harimau kumbang masuk ke rumah penduduk
Bukan Kucing Tapi Harimau Kumbang Masuk Rumah, Bahaya Datang Tanpa Diduga
Harimau kumbang rebah selepas ditembak pelali di ruang hadapan rumah penduduk
Bukan Kucing Tapi Harimau Kumbang Masuk Rumah, Bahaya Datang Tanpa Diduga
Harimau kumbang ini diserahkan kepada pihak perhilitan

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, salah seorang penduduk membuat panggilan kecemasan sejurus haiwan liar itu masuk ke dalam kawasan rumahnya sekitar jam 3.32 petang. Difahamkan berat harimau kumbang ini dalam 30 kg.

“Setelah membuat ‘size up’ didapati benar terdapat seekor harimau kumbang berada di tempat parkir rumah pemanggil.

IKLAN

“Anggota bomba membantu membuat pengosongan di sekitar ruang parkir berkenaan dan memasang jaring khas sebelum pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menjalankan kerja-kerja membidik ubat pelali,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Bukan Kucing Tapi Harimau Kumbang Masuk Rumah, Bahaya Datang Tanpa Diduga
Kejadian ini menggemparkan penduduk di Taman Pelangi, Semenyih

Bukan Kucing Tapi Harimau Kumbang Masuk Rumah, Bahaya Datang Tanpa DidugaNorazam berkata, sejurus selesai diberikan ubat pelali, anggota bomba membantu Perhilitan mengangkat harimau kumbang tersebut ke dalam sangkar khas.

Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan haiwan liar itu diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut. Ternyata penebangan hutan berterusan untuk membina taman perumahan sedikit sebanyak merosakkan habibat semula jadi binatang ini dan memaksanya mencari makan di perumahan penduduk. Hal ini boleh menjadi bahaya kepada orang ramai yang mungkin boleh dicederakan. Sumber : Sinar Harian

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL


Bukan Kucing Tapi Harimau Kumbang Masuk Rumah, Bahaya Datang Tanpa Diduga
Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

IKLAN

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

IKLAN

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI