Bayar RM54 sebulan, Meta lancar perkhidmatan berbayar di facebook dan Instagram. Bagi pengguna baru facebook dan Instagram yang mahukan tanda semak biru @verified, mereka perlu membayar di antara RM54 sehingga RM76.50 sebulan bagi perkhidmatan pengesahan.

Bayar RM54 Sebulan

Dalam pengumuman hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Meta Mark Zuckerberg berkata pengguna perlu membayar US$11.99 (RM54) sebulan jika menggunakan aplikasi laman sesawang dan US$14.99 (RM67.5) sebulan di telefon bimbit untuk tanda semak biru.

Memetik laporan Bernama, Meta hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan perkhidmatan pengesahan berbayar untuk Instagram dan Facebook, dengan bayaran bulanan.

“Meta Verified sedang dilancarkan di AS hari ini, jelas Mark Zuckerberg.

“Anda boleh mendapatkan lencana, perlindungan penyamaran proaktif dan akses terus kepada sokongan pelanggan,” lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan Zuckerberg menerusi Saluran Meta di Instagram.

Meta Lancar Perkhidmatan Berbayar Di Facebook & Instagram

Menurut maklumat dalam talian, pengguna tidak dibenarkan menggunakan satu langganan Meta Verified bagi kedua-dua akaun Instagram dan Facebook dan perlu melanggan setiap aplikasi secara individu.

IKLAN

Perkhidmatan langganan itu pertama kali dilancarkan di Australia dan New Zealand bulan lepas dan memerlukan kad pengenalan untuk mengesahkan identiti.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Cinta Bertaut Melalui Facebook, Isteri Akui Jatuh Cinta Saat Terpandang Kali Pertama

Jumlah Pengikut Hilang Di Facebook, Lelaki Ajar Cara Tukar Mod Tetapan Dapatkan Semula

‘Nak Tegur Suami, Jangan Tag Facebook.’ Dalam Tak Sedar Aibkan Dia, Mengundang Dosa

IKLAN

Cara Mudah Tutup Fungsi ‘Off Facebook Activity’, Elak Aktiviti Online/Offline Diketahui

Pengguna juga tidak dibenarkan menukar nama profil, nama pengguna, foto dan lain-lain melainkan mereka memfailkan semula proses pengesahan.

Pengguna juga perlu berumur 18 tahun untuk layak bagi perkhidmatan pengesahan.

Bagaimanapun, pengguna Facebook dan Instagram yang sudah disahkan tidak perlu membayar. BERNAMA

IKLAN

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Dai Syed lebih manja berbanding isteri tercinta, Hana. Sentiasalah layani isteri dengan penuh romantis, persis layanan Rasullah SAW terhadap isterinya dahulu. Sweet juga pasangan dua sejoli yang masih hangat bercinta ni

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI