‘Nak tegur suami, jangan tag Facebook.’ Dalam tak sedar aibkan dia, mengundang dosa bila orang lain berfikiran negatif tentang pasangan kita.
Memang niat kita mahu pasangan beringat dan mengambil pengajaran dari artikel yang dikongsikan.
Namun perkongsian mak ayah kadang-kadang mengundang orang luar untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku dalam rumah tangga kalian dek kerana mak-mak tag nama Facebook suami.
Nak Tegur Suami
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar,
Baca status suami kena buat itu, ini. Suami sepatutnya bantu kerja dapur. Nampak pinggan dekat sinki tolong basuh. Sampah dekat dapur tolong buang.
Baju tak basuh tolong basuhkan. Sudah basuh tolong sidaikan. Ada masa masaklah untuk isteri.
Yang tak bagusnya; ada geng isteri isteri terus tinggalkan komen dekat status tu;
“Ada lah satu dua dia buat. Lain tak pernah.”
“Tak pernah langsung buat satu pun.”
Ads
“Masa dia rajin saja buat. Kalau tak rajin tu, memang tak sentuh langsung.”
Dalam Tak Sedar Aibkan Dia
“Abang Suami si Pari Pari (dia tag suami dia), baca ni. Buat tahu!”
“Alah, suami yang buat semua tu nak tayang baik saja. Bukan buat atas sebab tanggungjawab. Nak nampak diri bagus saja.”
Mengundang Dosa
Allahu. Ini bala.
Ads
Gambar profil solehah ya ampun. Siap ada guna gambar selfie dengan suami.
Eh! Puan sekalian, suami tu ada muka lah. Bukan pakai topeng pergi mana-mana. Cover lah sikit puan.
Baru minta maaf hari raya hari tu kan?
Mingguan Wanita : Inilah dinamakan matlamat tidak menghalalkan cara, nak tegur pasangan memang tiada masalah, tetapi jangan di tempat public seperti di Facebook. Renung-renungkan.
Hati-hati iya, rata-rata bila ditanya pernah ada skandal, ia banyak bermula dari tempat kerja. Bukan apa, zaman penuh mencabar ini, kebanyakan suami isteri harus bekerja untuk menampung kehidupan.Namun tanpa disedari, cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya mampu menjadi punca kepada berlakunya pasangan curang, ada skandal di tempat kerja sekaligus menjadi sebab keretakan di dalam rumahtangga.
Saya banyak lompat kerja, paling macam-macam kerja dah dibuat. Rata-rata bila tanya bab skandal ini banyak bermula dari tempat kerja.
PUNCA dan kejadian kisah skandal di tempat kerja ni berlaku di mana-mana. Kerja kilang, kerja bahagian office, kerja sales dan banyak lagi lah. Malah di tempat saya bekerja dahulu pun ada beberapa siri berskandal juga.
Ada yang pengakhiran jadi isteri kedua, ada juga sanggup jadi simpanan dan meranapkan kebahagiaan orang lain.
Yakinlah bahawa , kebanyakannya kalau kita selidik bukan nawaitu nak curang pun.
Oklah, cakap direct lah ramai bermula dengan ayat “alah rilex lah, kawan kerja jelah itupun nak jeles ke”. Kadang akan keluar ayat biasa “dia tu dah isteri orang pun, beranak pinak dah” atau “eh dia tu suami orang lah. Tak hadaplah sis”. Nampak simple tapi dari ayat-ayat yang stereotype inilah akhirnya membunuh sebuah kepercayaan.
Kenapa?
Mula dengan acah-acah gurau tapi berunsur manja gitu. Kemudian mula pula berkongsi masalah rumahtangga masing-masing. Yang suami mula rasa isteri di rumah tak sekepala. Sibuk layan anak sahaja dan dan tiada masa bermanja. Rasa isteri dah tak lagi bagi layanan mesra macam awal kahwin dulu. Itu jam isteri membebel sikit pun dah rasa meluat.
Di pihak perempuan pun mula kongsi isu di rumah dia juga. Rasa suami sibuk sangat kerja. Balik rumah tapi sang suami pulang lewat malam. Babak kesepian bermula. Mula penat urus rumah seorang.
Semudah itu sahaja asalnya. Bercerita. Tiada siapa syak pun. Atas sebab satu pejabat atau sama tempat kerja pula, akan mula rasa yang kawan berlainan jantina itu tadi lebih ‘memahami’ sebab kononnya ‘si dia’ terus dapat tangkap apa inti bicara. Sebahasa.
Inilah yang orang panggil ‘PUNCA’. Dalam diam syaitan level internship mula masuk jarum. Rumahtangga yang halal mula panas macam haram rasanya, padahal yang itulah syurga dunia.
Kalau syaitan level CEO lagi kuat hasutan dia bisik bangkitkan berahi, itu jam lupa dah mana pangkuan keluarga. Kalau yang buat skandal tu sendiri perangai serupa syaitan, lagi mudah kerja SETAN.
Jadi, jangan mudah beramah mesra . Berkawan seadanya. Tak payah lebih-lebih. Sederhana. Islam dah ajar, jangan hampiri zina. Toksah layan dah lawak bodoh malam jumaat. Dangkal sangat lawak jimak malam jumaat tu. Hilang dah malu, hilang dah sensitiviti.
Sebelah perempuan, jangan terhegeh nak cerita masalah kat lelaki. Tak kisah la awak tu single ke isteri orang ke. Gaduh dengan boyfriend pun, kalau sudi nak kahwin dua pun jadilah lelaki sejati pinang berdepan. Nabi cuma ajar kebenaran islam berpoligami tapi nabi tak ajar pulak sebelum kahwin dua kena ada skandal. Cerita dalam group perempuan sekadarnya sahaja cukuplah.
Sebelah lelaki, boleh dah stop ‘adjust’ melayan sangat orang perempuan modal air mata sedih kononnya semua masalah dunia ini dia seorang yang hadap. Set garis terhad masing-masing. Ingat isteri dan anak-anak dirumah. Isteri tu penat, semua dia urus. Kalau nak isteri cantik, invest lah belikan set spa dan makeup. Nak isteri nampak presentable, beli la baju ke perfume wangi ke. Nak isteri tak membebel, ringankan tulang tu bantu kerja rumah apa yang patut.
Sebenarnya tanggungjawab itu atas bahu sendiri. Jangan bila dah terhantuk, tuding jari pihak sana pihak sini. Namun begitu, memang tak dinafikan, inilah namanya UJIAN hidup berumahtangga.
Ingat satu hal yang mudah, esok anak kita besar kita pun nak tengok mereka bahagia dengan pasangan mereka. Jadi bermulalah dengan kita ni sebagai imam. Tak jadi imam, jadi Da’ie pun elok juga.
Mingguan Wanita:Setuju sangat dengan apa yang dikongsikan ini. Memang banyak kes ada skandal, bermula di tempat kerja. Jadi berhati-hatilah, jangan terlalu mudah beramah mesra dan berkawanlah seadaanya di tempat kerja.
34 tahun nikah, tapi tak sah. ‘Nak kahwin buat cara betul, kasihan anak.’ Begitulah situasi yang dikongsikan oleh pendakwah bebas di akaun TikToknya, @tokadi_hipster.
Bab nikah, kahwin ini bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Kena ikut hukum, bukannya ikut sedap hati saja. Bayangkan 34 tahun hidup sebumbung, sekatil dan akhirnya apabila di rujuk ke mahkamah, nikah mereka tak sah. Allahuakbar!
Sudah tentu melangsungkan pernikahan bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan, segala syarat dan hukum perlu dipatuhi dengan betul agar perhubungan tersebut sah di sisi Islam.
Berbeza dengan situasi yang dialami satu pasangan apabila ‘perkahwinan’ yang dibina selama 34 tahun sebenarnya adalah tidak sah di sisi agama dan syarak.
Perkara tersebut didedahkan oleh pendakwah bebas @tokadi_hipster menerusi video yang dimuat naik di TikTok baru-baru ini.
Menurut pendakwah tersebut, pada awalnya beliau didatangi oleh pasangan terbabit yang meluahkan hasrat untuk bernikah semula sambil tersipu-sipu malu.
Sehubungan itu, beliau turut menyoal sebab pasangan tersebut berbuat demikian.
“Kenapa nak nikah semula? dah pernah nikah? cerai?,” soalnya.
Namun, apa yang mengejutkan, pasangan tersebut memaklumkan selama 34 tahun hidup sebagai suami isteri sebenarnya perkahwinan mereka tidak sah gara-gara menggunakan khidmat wali bukan warganegara.
“Nikah kami yang dah 34 tahun ini hakim putuskan tak sah sebab dulu kami nikah guna wali hakim, dan wali hakim itu bukan orang Malaysia,” kongsi pasangan terbabit.
Pada masa sama, ‘si isteri’ mengakui bapa kandungnya masih hidup cuma tidak merestui perkahwinannya bersama pasangan pilihan sehingga bertindak menggunakan wali hakim.
Mendengar kepada pengakuan tersebut, pendakwah berkenaan turut berasa terkejut selain terkenang nasib anak-anak pasangan terbabit.
“Pak cik, mak cik, kalau nak kahwin buat la cara yang betul, ini sampai 34 tahun rupanya nikah tak sah, tak kesian dekat anak-anak? tolong lah jangan main-main bab wali ini,” pesannya.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan persoalan diberikan orang ramai berhubung situasi yang berlaku itu.
“Allah, kesian anak-anak, apakah status mereka? anak tak sah taraf? Bagaimana pula dengan nama mereka yang telah didaftarkan?,” soal seorang pengguna.
“Sebab itu penting ilmu agama, jangan buat keputusan ikut emosi tanpa akal, rujuk pada pakar sebelum ambil sebarang keputusan, beringatlah buat pasangan yang ingin kahwin nanti,” ujar pengguna lain.
Mingguan Wanita : Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua, bab agama kena ambil tahu dan jangan main-main kerana kesannya bukan pada kita saja, tempiasnya terkena orang lain juga.
Cuba periksa barang dekat rumah mak-mak. Ada tak barang rumah yang masih elok, tapi tak digunakan lebih setahun. Gerenti ada saja kan?
Janganlah rasa sayang nak jual semula ya. Kalau simpan pun tentu sampai tahun depan masih juga sama kedudukannya di tempat yang sama.
Saranan wanita ini, Faridah Yusof berguna untuk dicuba oleh mak-mak yang ada banyak barang rumah tapi masih tersimpan elok dalam almari tu. Dan ada sebab kenapa dicadangkan agar dijual saja, bukan disedekahkan kepada orang lain.
Andai ada barang-barang di rumah yang masih elok dan boleh dimanfaatkan tetapi tidak digunakan setelah lebih dari satu tahun, lebih baik dijual.
Masuk sahaja mana-mana grup barangan terpakai atau ada dipanggil ‘preloved’.
Cuba iklankan. Ada juga yang iklan di ruang media sosial sendiri.
Kenapa jual? Kenapa tidak disedekahkan?
Apabila dijual, kita akan dapat sedikit tunai. Dengan tunai, boleh bayar hutang, bayar zakat yang kita pernah terlupa dulu-dulu.
Satu perkara lagi, orang susah atau miskin akan merasa lebih gembira dapat beli barang terpakai yang masih elok berbanding menerima barang sedekah.
Terutama mereka yang dulunya berstatus M40, dengan kos perbelanjaan yang meningkat, status mereka menjadi B40.
Mereka akan lebih yakin diri dapat membeli untuk keluarga. Maruah mereka tidak tercalar seolah-olah mereka ini tidak berusaha untuk kehidupan sekiranya asyik menerima sedekah dan pemberian barangan dari orang.
Kecuali mereka yang sudah tidak berdaya untuk kerja, sakit terlantar, biasanya mereka redha menerima pemberian, hadiah, infaq dari orang lain.
Ada sahabat yang berjaya membayar hutang pelajaran dengan menjual barangan peribadi /preloved item.
Daripada barangan itu rosak dan lusuh tidak dimanfaatkan, alangkah baik bila dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Mingguan Wanita : Bagus saranan ini. Lebih baik dijual daripada dibiarkan berhabuk. Lagipun, bila sampai masa perlu untuk mak-mak lakukan ‘declutter’ kediaman rumah masing-masing.
Sumber/Foto : Faridah Yusof / Jean van der Meulen via Pexels
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Trend suntik kurus semakin popular dalam kalangan wanita, namun pakar mengingatkan terdapat risiko kesan sampingan jika digunakan tanpa pemantauan doktor atau dibeli daripada sumber tidak sah.