Selalunya bila rumah jadi susah nak kemas dan banyak barang sebab mak-mak rasa sayang nak buang. Anggap barang-barang tersebut penting, masih nak digunakan lagi dan ada nilai sentimental tersendiri. Dalam kebanyakkan rumah kita, mesti jumpa barang-barang yang disenaraikan ini. Cuba semak!
Ini pengalaman yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis dalam mengemas dan susun atur rumah.
Pengalaman hani pergi susun atur rumah orang, at least 8/10 mesti hani akan jumpa benda-benda dalam list ni. Eh tak yah jauh lah, rumah emak hani je 10/10. Full marks! Tunggu lah next cuti sekolah hani kerjakan dapur rumah emak hani hahaha Hani rasa rumah kita semua pun ada barang-barang ni kan?
Jom kita tengok list :
1️. Pinggan Mangkuk Tak Pernah Guna
Pinggan mangkuk mahal-mahal yang tak pernah guna – kalau boleh, bila dah beli guna lah ya. Takut tak kalau tak guna nanti sebelum masuk syurga harta kita kena hisab satu-satu.
2️. Pakaian Dari Kain Lap
Pakaian lama-lama dijadikan kain lap – Hani rasa ni memang common kat semua rumah orang Malaysia ni. In a way memang bagus sebab kita guna dan manfaatkan sepenuhnya sebelum kita buang kain tu.
Tapi itu lah yang tak best, tup-tup baju kesayangan kita baru pakai dua tiga kali mak terjadikan kain lap depan pintu bilik air. Mentang kain sedap (kain cotton lah tu-paling serap air), nak selamat belikan mak door mat siap-siap ya. Kat eco baru RM2.10.
3️.Botol-Botol Dah Nak Habis
Botol-botol yang diterbalikkan – guna sehingga titisan terakhir gitu haha tapi ada yang habit, dah tinggal sikit tu lah dia tak nak guna dah, sanggup buka botol baru. Hahah tu yang jadi banyak botol “kosong” dalam bilik air atau dapur tu.
4️.Peket-Peket Sos
Peket-peket sos dari restoran makanan segera – ni paling banyak hehe walhal tak guna pun. Stail Hani, sebab Hani memang tak kan guna, Hani akan cakap betul-betul pada cashier tak nak sos apa-apa. Kalau dapat juga Hani guna atau buang terus sebab kalau simpan memang Hani tak guna.
No point simpan. Saranan Hani kalau jenis guna, sediakan satu bekas dan letak di meja makan atau breakfast counter, tempat yang memang seisi rumah nampak. Kalau di simpan sorok orang tak nampak sampai expired tak makan pun.
5️. Hadiah Turun Temurun
Ni kalau perasan orang dulu-dulu suka betul simpan bekas telur yang seramik tu hahah in trend kan zaman dulu. Ada mak-mak yang masih simpan sampai sekarang. Termasuk door gift kaca-kaca gelas-gelas hehe rasa lima enam tahun lepas family hani ada buat majlis tahlil ke doa selamat ke apa, selamat dah bekas-bekas kuih yang ala-ala kristal tu (banyak mak Hani ada dulu) hani jadikan doorgift.
Mesti Baca:Rutin Arwah Mak Kemas Rumah, Bukan Soal Kemas, Bersih Semata-Mata
6️. Baki Makanan
Leftover food – ni pun satu masalah biasa juga ni. Haritu hani terbaca satu quote;
“we do not throw away perfectly good food in this house, we put the leftovers in the tupperware, put the tupperware in the fridge, let it go bad, then we throw it out.”
Hani baca, hani tepuk dahi. How true! Haha Siapa guilty angkat tangan. By the way, rule of thumb of storing leftover food: tiga hari je kat bahagian chiller. Lebih dari tu consider makanan dah rosak. Lagi mudah, simpan dalam bahagian freezer. 1 bulan ok lagi. Simpan dalam bekas microwavable terus senang.
7.Pembalut Hadiah
Gift wrapping papers – sebagai seorang pengumpul tegar pembalut hadiah Hani guilty tang ni hehe alhamdulilah sekarang addiction dah takde haha Hani restrain myself from buying sebab: penstoran dah takda haha. Dulu kalau dapat hadiah dengan pembalut hadiah cantik-cantik sayang betul nak buang. Sekarang terus masuk recycle bin hehe .
8. Bekas Makanan
Restaurant Delivery Boxes – kalau ada anugerah barang paling banyak ada kat dapur, ni pemenang dia hehe macam-macam saiz ada. Personally dapur Hani memang guna bekas transparent tu untuk simpan barang mentah dalam peti ais.
So kalau dapat dari restaurant, Hani simpan. Tapi Hani memilih juga. Yang bentuk bulat atau lain shape/design dari yang hani guna kat rumah semua masuk recycle bin. Sebab memang Hani tak guna so tak simpan.
9️. Guna Semula Botol Lama
Bottles with personality issues. Ini paling comel hahaha yang kelakar kalau label lama tak dibuka lepas tu masuk barang lain dalam tu. Krisis identiti dibuatnya. suggestion Hani, reuse tu dah bagus nak lebih kemas, tanggalkan label lama, tampal label baru yang seragam. Walaupun jenis botol yang pelbagai still akan memberi kesan yang seragam dan kemas bila susun atas rak. Hani support sangat kalau dapat reuse macam ni.
10. Beg Plastik
Plastik bag – ini pemenang no 2 kalau ada anugerah tadi. Hehe plastik gumpal-gumpal simpan dalam plastik hehe sangkut pulak kat tombol pintu dapur. Atau porok dalam almari. So suggestion hani beli satu bakul khas untuk plastik-plastik gini, sebab kita nak repurpose plastik-plastik ni jadi plastik sampah kan? Better yet, elakkan ambil plastik bag di pasaraya, guna reusable bag je. Eh hani ada kongsi dulu cara hani urus plastik bag nanti hani share link ya.Lebih kemas.
So berapa markah yang awak dapat? Cek tengok kat rumah sekarang hehe update kat komen.
Kalau nak mudah urus dan kemas rumah, mana yang kita boleh sisihkan, kita sisihkan ya. Mana yang kita boleh reuse kita reuse.
Semoga bermanfaat
#drurusrumah
#hanimynis
Kredit gambar : YaShi Drew That
Baca Lagi Di Sini:Kemas Rumah Cara Paling Simple, Ikut Jadual Tugasan Tak Rasa Terbeban!
Artikel Menarik:Hati-Hati, Mak-Mak Yang Obses/ Risau Tak Dapat Kemas Rumah Boleh Kena ‘Panic Attack’!
Mingguan Wanita: Setuju sangat, kebanyakan mak-mak memang suka simpan dan sayang nak buang barang-barang yang disenaraikan di atas ni. Tu yang menjadi punca, barang dekat rumah banyak, dan sukar nak susun atur serta kemas rumah.
Sumber: Hani Mynis
Boleh buat alas kaki guna seluar jeans terpakai.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Betul ke wanita bekerja sebab risau bebankan suami?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI