‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul

Ketika ditanya pengacara Borak Kelamin, Elly Mazlein dan Awal Ashaari, tentang topik ‘Rupa atau Harta’ sebab mengapa pelakon, pengacara Ain Edruce memilih Amirul Hafiz Mustaffa menjadi suaminya. Ini jawapan Ain Edruce.

Waktu belajar dulu, zaman bercinta-cinta. Ain dilahirkan nak jadi suri rumah. Tak niat nak kerja. Untuk cari calon suami kenalah kaya.. ada doktor. Mind setnya begitulah. Sebab nak jadi suri rumah kan.

Tiba-tiba bercinta pulak tak jadi. Itu yang buat Ain masuk industri ini. Nak bekerja. Nak tak nak kena cari duit sendiri.”

Dan ketika usia 27 tahun, Ain berkenalan dengan suaminya. Seorang yang jujur dan perkenalan antara mereka ada keserasian. Pada 13 Disember 2019, Ain dan suami diijabkabulkan dan kini, Ain hamil tujuh bulan anak sulung mereka.

Biar pun sudah lama bergelar suami isteri. Ada juga cakap-cakap yang membandingkan ‘rupa’ kedua pasangan ini.

Ain tak pernah tanya dia (akan kata-kata netizen itu). Mirul secara jujur, mesti dia terasa.” Dan dari situlah peranan Ain untuk menenangkan hati suami.

“Biasalah netizen ini, mereka main cakap. Bagi Ain paling penting bukan tengok muka. Muka tak boleh beli ferrari.” Kedudukan kewangan lelaki itu sendiri sangat penting.

Seperti dirinya ketika mengandung ini, dia tidak mengambil sebarang kerja. “Kalau suami tak kukuh, Ain pun tak tau macam mana Ain nak survive.”

Malah, akui Ain Edruce lagi, sewaktu dia mengenali suaminya ketika itu dia sudah pun bekerja. Membuatkan dirinya lebih kenal akan kekuatan dirinya ketika itu.

Kenapa Ain pilih Mirul pun sebab Ain tak boleh kalau income lelaki tu kurang dari Ain. Ain takut kalau income dia lagi kurang, Ain jadi lagi dominan. Kita pulak buli.”

Demikian perkongsian telus Ain Edruce, ketika ditemubual dalam program Borak Kelamin yang membawakan tajuk ‘Rupa Atau Harta’.

IKLAN

‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul

Berkahwin Kerana Apa? Rupa Atau Harta

Isu ‘rupa atau harta’ ini bukan omong-omongan kosong. Pakar Motivasi & Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah mendedahkan penceraian banyak terjadi disebabkan duit.

Ini satu daripada faktor paling besar. Terutama masa pandemik.” Dan akuinya, mereka yang mahu mendapatkan khidmat kaunseling itu bukan orang-orang biasa. Ada CEO, Pengerusi Syarikat, doktor malah jurutera.

Apabila terjadinya konflik rumahtangga sebegini. Prinsip pertama ini perlu jadi pegangan pada pasangan suami isteri.

Tanyakan kembali pada diri, adakah mahu menjadi hamba dunia atau hamba akhirat. “Kamu nak jadi hamba harta atau hamba tuhan. Dan anda berkahwin kerana Allah atau kerana pasangan cantik. Anda mahukan pasangan kerana Allah atau berkahwin kerana pasangan berharta.”

Nabi kata ada 4 kan; harta, rupa, keturunan dan agama. Siapa pilih agama dia selamat. siapa pilih harta atau kecantikan, kosong memang sengsara.
hujungnya sengsara.”

Apabila dalam keadaan pandemik ini, semakin orang jadi tertekan. Apabila mereka meletakkan impian terlalu besar, tanpa mengira faktor kemampuan. Nak-nak impian yang diharapkan tak jadi kenyataan.

IKLAN

Dan inilah antara penyebab hubungan suami isteri jadi berantakan.

‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul

Lelaki Kalau Berharta Pun Bahaya Juga

Kata Dr Rubiah lagi, “Lelaki kalau berharta pun bahaya juga. Bukan saja bahaya, malah kalau boleh dia nak milik semua isi dunia.”

Sebab itulah, suami kena faham apa makna CANTIK yang sebenarnya.

Suami yang tak tahu apa itu cantik, ibarat buta mata hatinya.
Nak isteri cantik, tapi tak sediakan pembantu rumah.
Jauh sekali belikan alat solek untuk isteri.
Nak beli baju pun bergaduh.
Jadi, macam mana nak jadi cantik.

Jadi, suami yang nak isterinya cantik, suami kena sediakan semua.
Bagi pembantu rumah, tempat dan makanan yang selesa. Dan suasana yang bahagia.

Selepas berkahwin, itulah keperluan dan kemahuan ‘tamak’ akan datang.
Sebab itu kena ukur baju di badan sendiri.
Kalau ukur baju di badan orang lain, kita mudah ‘koyak’.

IKLAN

Paling penting adalah mencari keutamaan dalam memenuhi kemahuan mengikut kemampuan.
Kalau ikut nak semua yang ada dunia ini. Semua jadi tak cukup. Membuatkan hati jadi tuhan pada semua benda. Akhirnya, kita hilang tuhan.”

‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul

Cantik Di Mata Itu Ukurannya Macam Mana

Sebagai suami isteri, perlu hadamkan bagaimana cantik itu dijadikan sandaran ukuran.
Kalau anak-anak bahagia, suami patut berterima kasih dengan isterinya.
Sebab pandai menjaga anak-anaknya.

Jangan cuma harapkan mahu bermanja dengan isteri,
tapi tak nak tolong isteri buat kerja.
Biar sama-sama basuh pinggan.
Isteri masak, suami tolong basuh pinggan.
Ini dah makan, awak tinggal.
Isteri masih di sinki.
Bila isteri basuh pinggan, suami susun di rak.

Ertinya suami isteri kena berkongsi tanggungjawab.
Barulah boleh berkongsi cinta.
Kerana cintu itu memberi bukan memiliki.
Kalau cinta itu memiliki dia nak dia je..
Apahal?

Haa.. menarik kan perkongsian Dr Rubiah dalam memberi panduan dan tip suami isteri ini. Masih belum terlambat untuk menonton program Borak Kelamin.

Topik Rupa atau Harta
22 Mac jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD

Jika anda terlepas siaran, boleh saksikan siaran ulangannya pada hari Jumaat, jam 12 tengah hari di Astro Ria dan Ria HD.

‘Rupa Tak Boleh Beli Ferrari’ Sebab Inilah Ain Edruce Pilih Amirul

Suami isteri kena tackle balik hati pasangan, barulah kelambu dingin jadi hangat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI