Hidup tidak selalunya indah. Mencari dan kemudian kumpul barang terbuang, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa bekerja demi mencari rezeki.
Sedih melihat video yang viral di Tik Tok, jelas kelihatan anak ini sangat keletihan dan lapar kerana terpaksa bekerja walaupun masih kecil. Betapa beratnya ujian anak kecil ini.
Kanak-Kanak Lima Tahun Terpaksa Bekerja Demi Mencari Rezeki
Demi mencari rezeki, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun terpaksa ‘bekerja’ dengan mencari barang terbuang dan terpakai di kaki lima jalanan di Jakarta.
Aksi kanak-kanak sempat dirakam oleh pemilik akaun TikTok @abigaielll sebelum tampil menghulurkan bantuan.
Video dimuat naik di Tiktok juga meraih lebih 6.2 juta tontonan, lapor Tribunnews.
Lebih mesra dipanggil Abigaiel, 21, telah mendekati kanak-kanak malang yang dilihat duduk di kaki lima sambil membawa karung guni mengandungi barang terpakai.
Kumpul Barang Terbuang
“Kanak-kanak ini ‘bekerja’ dari pagi hingga jam 6 petang setiap hari sendirian. Bapanya tidak bekerja terpaksa menjaga adiknya yang masih kecil manakala ibu telah meninggal dunia,” katanya.
Simpati melihat keadaan kanak-kanak yang kehausan dan dalam kelaparan, Abigaiel membawanya ke sebuah kedai untuk membeli makanan.
“Dia hanya mahu air minuman sahaja kerana haus tetapi saya minta dia ambil apa sahaja makanan kerana tahu dia letih mencari barang terpakai sejak dari pagi,” ujarnya.
Ads
Abigaiel juga menyelar tindakan pihak kerajaan yang tidak peka terhadap golongan kurang mampu kerana di daerah Cengkareng, ramai menjadi pengemis gara-gara tiada pekerjaan akibat pandemik Covid-19.
“Sebenarnya, ramai daripada mereka adalah kanak-kanak, wanita dan warga emas. Mereka terpaksa mengemis, mencari barang-barang terpakai untuk mencari rezeki.
“Pada pendapat saya, pemerintah Indonesia masih kurang peka terhadap golongan kurang mampu sedangkan mereka sangat perlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.
Sementara itu, Abigaiel mengakui bahawa video yang dimuat naiknya mendapat reaksi positif daripada warganet.
MW: Betapa beratnya ujian anak kecil ini, walaupun belum mengerti apa-apa dia sanggup berkorban mencari rezeki untuk keluarga kecilnya. Semoga adik ini terus kuat menghadapi liku-liku hidup yang mendatang.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Ads
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Jangan buat main-main dengan kecederaan dekat kepala anak, baik luka mahupun benjolan akibat terjatuh dan terhantuk kepalanya. Dibimbangi memberi risiko kecacatan mahupun kematian kepada anak jika mak ayah tak bertindak cepat.
Menerusi instagramnya, Dr Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon, Ummi Nazeera berkongsi tip untuk mak ayah alert tentang kecederaan kepala anak.
Kecederaan Kepala Baby Atau Budak
Anak-anak kecil ni bila makin membesar, biasalah semakin lasak atau buas. Dan selalunya kepala asyik terhantuk atau sedar-sedar dia dah menangis dan baru perasan ada benjol/lebam kat kepala dia.
Kecederaan kepala adalah salah satu punca berlakunya kecacatan/kematian pada kanak-kanak (Kalau kecederaan terukla). Kecederaan kepala ni boleh jadi kecederaan ringan / mild (benjol, luka ringan, lebam), atau boleh jadi kecederaan sederhana ke teruk / moderate to severe (luka dalam, gegaran otak, retak tempurung kepala, pendarahan dalaman, kerosakan otak).
Bila dah parents dah perasan anak tu ada benjol / luka di kepala anak kecil, amat penting bagi parents untuk mengetahui dan memerhati simptom-simptom kecederaan kepala yang ada pada anak ni. Memang ia akan membezakan antara hidup dan mati anak tu kalau parents tak pickup simptom-simptom kecederaan kepala ni. Sebab anak kecil kita memang tak reti nak bagitau macam mana kan. Kita sebagai parents yang kena peka.
Bila Anak Pernah Terjatuh Dan Kepalanya Terhentak
Bila anak ada menunjukkan simptom-simptom ringan tu, bolehla monitor dulu kejap ke di rumah dan bawa ke klinik kalau risau.
Tapi kalau ada simptom-simptom sederhana ke teruk tu, bawalah ke hospital secepat mungkin. Kita tak nak lambat bertindak sebab anak kecil ni amat fragile ye.
So ibu bapa, kalau anak-anak tu ada terjatuh dan terhantuk kepala ke, atau tiba-tiba menangis semasa kita tak tengok, periksa kepala anak dan perhatikan simptom-simptom kecederaan kepala yang dah diterangkan. Jangan lambat bawa jumpa doctor kalau ada simptom-simptom kecedaraan kepala yang sederhana ke teruk tu. Minta-minta dijauhkan. Aminn
Ada mak ayah berkira-kira dan rasa duit habis atau tak cukup kalau belanja anak. Fikirannya, kalau gunakan duit itu, perbelanjaan lain akan terbantut dan tidak dapat untuk membeli keperluan keluarga yang sepatutnya.
Pernah tak terjadi, anak merengek-rengek untuk beli makanan kegemaran yang sudah lama tidak dimakan. Sedangkan mak ayah mula merasakan duit habis kalau digunakan untuk membeli yang lain sebab duit yang ada untuk keperluan asas atau simpan duit untuk digunakan waktu kecemasan.
Namun, ada juga mak ayah yang tidak sanggup untuk melihat anak dalam keadaan begini tanpa menunaikan apa yang mereka hajati. Sebolehnya, ayah akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan apa yang diingini oleh anak mahu pun isteri walaupun terpaksa bersusah payah.
Sebab itu, baik mak atau ayah tak berkira dengan anak-anak, tidak mustahil rezeki makin bertambah. Kadang-kadang kita tak tahu ada rezeki terpijak yang kita perolehi. Jadi, janganlah terlalu berkira dan takut duit habis sebab gunakan untuk belanja anak isteri.
Kita tak tahu asbab dari mereka inilah rezeki makin bertambah-tambah tanpa kita duga. Begitu juga dengan perkongsian daripada Kartini Sulaiman tentang perkara ini.
Kadang-kadang kita tidak duga macam mana Allah susun rezeki kita dengan baik sekali.
Semalam suami tanya nak beli apa-apa tak? Dia ada berapa ringgit ni.
Selepas itu, saya bagitau pada suami sambil gelak-gelak.
“Kita ini makin kurang duit makin la nak belanja”
Dia cakap balik, tak apa, esok ada tu masuk rezeki.
Hari ini, tiba-tiba betul payment masuk. Allah balas balik 100 kali ganda dengan apa yang suami keluar untuk belanja isteri dan anak-anak semalam.
Itu suami cakap, belanja anak isteri ini berkat. Sebab itu, dia sekarang tak pernah takut kalau duit dah susut belanja untuk anak isteri.
Lagi satu, jangan berharap dengan manusia kata suami.
Kadang ada orang beria nak invite show, register class dan sebagainya. Jadi kita pun berharap la terus close deal. Sekali tiba-tiba senyap.
Tapi cuba kalau tak fikir, tak berharap. Cuma percaya rezeki tu Allah akan bagi. Usaha dan serah pada Allah. Tak disangka-disangka, tiba-tiba adalah rezeki masuk mencurah-curah.
Percayalah suami-suami. Bila kita utamakan sedekah dengan anak isteri, mak ayah, rezeki kita akan berkat dan berpanjangan.
Kalau rasa tersekat, sangkut-sangkut tu, ada la hak anak isteri atau orang lain kita tak lunaskan. Dia macam tak flow. Bila tak keluar, dia takkan masuk lah.
Macam mana nak kaya kan?
MW: Fikir satu saja, rezeki yang mak ayah ada ini adalah rezeki daripada anak-anak juga. Jangan takut dan berkira untuk keluarkan duit atau belanja demi anak-anak.
Selalunya mak ayah merasakan anak-anak masa kecil tidak perlu diajar dan membiarkan anak membuat ikut caranya. Jarang mak ayah nak beritahu anak atau pesan kepada anak tentang nasihat untuk dijadikan pengajaran dan ingat bila dewasa kelak.
Bagi mak ayah, anak-anak masih tak tahu apa-apa dan hidup dengan dunianya sendiri. Nanti bila tiba masanya barulah mak ayah akan pesan apa yang patut dan tak patut yang anak-anak lakukan.
Sebenarnya, kalau mak ayah nak beritahu anak dengan pesanan yang ‘berharga, jangan tunggu anak dah besar. Semua itu sudah terlambat sebab masa kecillah mak ayah kena ajar dan pesan.
Nak beritahu anak kena bermula waktu kecil supaya dia ingat sampai dan bila dewasa pun anak-anak akan terbawa-bawa pesanan itu.
Percayalah, nak didik anak jangan tunggu dia besar. Kena mulakan semasa kecil. Inilah yang dikongsikan oleh Taufiq Razif tentang pesanan penting yang perlu mak ayah beritahu anak sebelum mereka dewasa.
Pesanlah pada anak kita 7 perkara sebelum mereka meningkat dewasa
1. Wahai anakku, ibu takkan selamanya ada di sisimu. Belajarlah berdikari & bertanggungjawab dengan segala urusanmu.
2. Wahai anakku, doamu akan menjadi sangat berguna pada ibu ketika ibu sudah tiada lagi di dunia ini. Ingatilah ibumu ini dalam setiap doa dan munajatmu.
3. Wahai anakku, kamu sangat berharga buat ibu. Jangan sia-siakan dirimu walau seluruh dunia mengecewakanmu.
4. Wahai anakku, dunia ini tempat ujian. Kamu akan diuji berkali-kali hingga kamu merasa lemah dan lelah. Angkatlah tanganmu, kerana saat itu Pemberi Ujian yakni Tuhanmu sedang merindukanmu.
5. Wahai anakku, jagalah adik-beradikmu. Seburuk apa pun layanan mereka terhadapmu, takkan sekali-kali putus hubungan darah kalian. Darah ibumu akan tetap mengalir di dalam tubuh kalian.
6. Wahai anakku, jagalah agamamu walau seluruh dunia memberontak dan rosak. Kerana dengan menjaga agama sahaja kamu akan dikira berjaya walau seluruh dunia melihatmu kecil dan gagal.
7. Wahai anakku, ibu takkan mampu melindungi dan menyayangimu setiap masa. Yang menyayangi, melihat dan memerhatikanmu setiap detik dan masa hanyalah Penciptamu. Sayangilah Dia. Cintailah Dia. Berterima kasihlah padaNya.
#penting
#pesanPadaAnak
#pesanPadaPasangan
MW: Pesan masa kecil, anak cepat ingat dan dengar. Tapi bila besar baru nak pesan, memang agak terlambat sebab mungkin dia akan ikut caranya sendiri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...