Lelaki bangla simpan RM800,000 bukan cakap kosong, gaji sebulan cecah RM5500. Sejak beberapa hari lalu tular di media sosial perihal warga Bangla yang hanya makan berlaukkan bawang, cili dan garam selain menambah air putih untuk dijadikan makanan hariannya.
Konsep asal kenyang yang diamalkannya membuatkan ramai yang bersimpati betapa kerasnya kehidupan yang dilalui tatkala merantau ke negara orang.
Tatkala dirinya memaklumkan mampu menyimpan RM800,000 di kampung di Bangladesh, mampu membeli tanah dan membuat rumah ramai mempersendakan dirinya kerana angka itu tidak logik pada perkiraan mereka.
Susulan video memaparkan cara makannya itu yang menjadi viral di media sosial, sekali lagi warga tempatan yang menviralkan kisahnya ini berkongsi lebih lanjut tentang jumlah simpanannya itu.
Kelihatan dalam video, lelaki bangla berkenaan hanya makan timun sebagai malamnya selain memaklumkan dirinya hanya makan sekali sehari sahaja untuk mencukupkan keperluan hidupnya sementara menunggu hari gaji.
Kata lelaki bangla ini, makan sekali sehari sudah cukup. Setiap bulan hasil kerja kerasnya termasuk kerja lebih masa, gajinya mampu mencecah RM5500 setiap bulan.
Dia hanya mengambil RM300 untuk kegunaan sebulan dan baki RM5200 dihantar balik ke kampung. Dia menyerahkan hampir 95 peratus gajinya ke kampung kerana mak ayahnya sudah tua dan mereka lebih memerluan wang berbanding dirinya.
Ads
Dan sesuatu yang tak mengejutkan, dia sudah 19 tahun bekerja. Jika mengikut perkiraan RM5200 jika dikalikan dengan 19 tahun bekerja, angka simpanannya sudah mencecah RM1 juta lebih. Jadi logiklah jika dirinya ada simpanan RM800,000 di kampungnya.
Apa pun, sudah tertulis rezekinya begini hasil kerja kerasnya dan tidak mengamalkan life style reward diri seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah kita bila dapat gaji. Ya dengan tempat tinggal disediakan, api air tidak dibayar, RM300 itu mencukupi untuknya sebulan.
Zulin Aziz baru 10 bulan kahwin namun sering diasak soal zuriat, “mohon doa baik buat kami”. Anak antara persoalan yang sering ditanya selepas pasangan mendirikan rumahtangga.
Bila tak kahwin, soalannya bila mahu bertemu jodoh. Bila sudah berumur sikit bila nak jadi nenek. Pendek kata masyarakat tak pernah berhenti bertanya hingga kadangkala yang menjawapnya terasa lelah.
Hal sama dilalui pelakon dan pengacara Zulin Aziz, 33 yang mendirikan rumatangga pada 20 Februari lalu bersama suami dikasihinya Farhan Norzaini, 35 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.
Pasangan sama cantik sama padan ini sering menjadi tumpuan dan mereka juga tak terkecuali ditanya soalan yang agak cliche ini.
Kongsi Zulin yang kini sedang bahagia berbulan madu di Korea berkata, selepas keguguran Ogos lalu, dirinya sering diasak dengan pertanyaan tentang anak.
“10 bulan usia perkahwinan kami asyik diasak dengan soalan bila nak ada anak. Kami pun macam pasangan yang lain pastinya ingin zuriat.
Ujarnya lagi, mereka tidak akan pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat. Malah, Zulin akan memastikan dia dan suami akan pergi berbulan madu setiap kali mempunyai masa terluang.
Kami tak pernah berhenti berusaha. Sebab tu kalau ada masa kami luangkan waktu pergi honeymoon. Kualiti masa bersama.
Dalam pada itu, bekas penyampai Suria FM ini meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami.
Anak,rezeki dari Allah dan doakanlah yang baik-baik untuk orang lain. Jika Allah belum mengizinkannya usah diasak tentang hal ini kerana ia mungkin memberikan tekanan pada yang menerima. Zulin dan suami tak sampai setahun pun lagi mendirikan rumahtangga, ada banyak lagi masa buat mereka berdua. Doakan yang baik-baik.
Kes penderaan Bella, Mommy dedah wujud “permainan halus” buka aib lama saksi utama hingga depression. Pasti ramai mengikuti kes penderaan remaja kurang upaya, Bella yang mendapat perhatian masyarakat.
Penderaan dialami adik Bella ketika tinggal di Rumah Bonda, di mana tubuhnya melecur dijirus air panas, dicili dan lain lagi membawa asas pertuduhan kepada pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali membela diri.
Namun di saat perbicaraan kes ini sedang berlangsung, Zurianty Sudin atau mesra dipanggil Mommy oleh adik Bella dan antara insan yang banyak membantu mendedahkan kes penderaan ini, berkongsi “permainan halus” individu lain yang cuba membuka aib lama saksi utama iaitu Yasmin yang langsung tidak ada kena mengena dengan kes dera ini.
Ada banyak beza antara aib dan jenayah. Bacalah perkongsiannya di mana katanya Yasmin mula mengalami depresi kembali selepas wujudnya sentimen halus ini.
Beberapa hari lepas, kawan saya foward pada saya satu page yang dedahkan gambar Yasmin dengan seorang lelaki dengan caption “Betul ke Yasmin di Rogol? Nak tahu cerita sebenar? Tunggu..” (saya tak letak gambar tu di sini sebab menghormati Yasmin dan keluarga masing2).
Kami sedia maklum dengan perang socmed menyerang saksi-saksi Bella ni. Kami kuat je selama ni. Tapi bagi saya, perbuatan ni terlampau jijik. Saya informed Yasmin, sebab takut dia ternampak atau tahu sendiri atau keluarga dia tahu dulu. Nanti mereka susah nak handle.
Sebenarnya, kisah silam Yasmin dah di dedahkan dengan tujuan untuk malukan dia masa dia di dalam mahkamah, di kandang saksi lagi. Dia tahan dan terus kuat melawan. Ya, apa kaitan kisah silam dengan pensaksian dia tentang apa jadi pada Bella, tapi itulah risiko dan “bayaran “ kami saksi-saksi ni kena hadap bila tekad berjuang untuk Bella.
Di aibkan, di malukan depan orang ramai di mahkamah tu. Lepas selesai je prosiding hari tu Yasmin masuk bilik saksi dan terus rebah. Mungkin dah lama sangat menahan. Ayahnya yang hadir dan duduk di galeri awam menangis tak berhenti.
Kami hanya mampu minta mereka bersabar. Dan terus kuat untuk teruskan. Yasmin teruskan sampai habis. Dan kesaksian dia telah di terima mahkamah sehingga kedua-dua pertuduhan mendapat Prima Facie. Saya peluk erat dia masa tu, ucapkan terima kasih atas kesabaran, ketabahan, dan doakan dia dapat mula hidup baru dengan bahagia.
Tapi sekarang, cybertrooper pula mereka upah. Beri gambar, beri video2, untuk aibkan saksi-saksi. Untuk jatuhkan maruah, untuk torture lagi emosi. Dah nak mula prosiding pembelaan kan, masuk je la pembelaan.
Kata tak salah, buktikan lah “kebenaran” tu. Kenapa masih terus menerus nak serang saksi-saksi yang setakat menjalankan kewajipan mereka? Boleh beza tak jenayah dan aib?
Sebab bila mereka attack saya, saya tak layan. Gunakan anak2 pun, saya malas layan. Bila dah mula attack Yasmin begini, dan Yasmin terkesan teruk, saya rasa mereka ni dah melampau.
Yasmin memang ada depression yang teruk even sebelum di tempatkan di Rumah Bonda. Orang yang ada depression ni semua tahu. Benda ni kita kena kawal je. Bukan boleh ubat sampai baik. Tapi bila benda-benda triggered kita begini, kita akan sakit balik..
Kami tahu, semua gambar semua video-video, hanya satu manusia je yang simpan. Jika cybertrooper pejuang ummah sebarkan, atas arahan atau permintaan seorang manusia itu. Kebanyakkan bekas penghuni RB, semua dia ada gambar2 dan video2.
Dia ambil masa penghuni sampai, dari hp penghuni. Penghuni tak di benarkan pakai hp. So dia “rampas”. Dia forensik dulu kandungan hp Budak2 ni, ambil simpan benda2 “controversy“.
Dia beritahu saya dengan mulut dia sendiri. Saya dulu pelik apa la tujuan simpan gambar2 dan video2 peribadi orang. Now saya faham. Rupanya untuk waktu-waktu begini..
Kawan-kawan saya semua marah bila Yasmin bakal di malukan begini. Posting “teaser” tu konon nak pancing lebih ramai penyokong untuk tahu aib Yasmin. Kawan2 paksa kami juga dedahkan gambar2, video2, cerita2 peribadi, cerita2 keluarga dia pula. Saya senyum dan cakap.. nak cerita pasal AIB ni. Semua orang termasuk saya sendiri ada AIB. Kita ni masih selamat sebab ALLAH yang tutup AIB kita..
“Dia buat, kita balas dan buat benda sama. Jadi, apa beza kita dan dia?”.
Saya tetap dengan pendirian, akan terus dedahkan JENAYAH. Bukan AIB. Pihak sana nak buat, lantak. Allah ada. Kami hanya perlu sabar dan kuat. Sampai kes ni habis (tak tahu bila. Saya sentiasa percaya, ada sebab Allah pilih kami untuk menjadi saksi-saksi, ulang alik mahkamah, di serang bertubi-tubi, untuk BELLA.
Doakan Yasmin sabar. Saya akan bawa dia untuk therapy. Tak semua orang mampu hadap ujian besar mcm ni. Depression kills. Jangan buat main.
Oh ya, salah sorang peguambela dia mental health activist kan? Tapi demi anak guam, benda-benda begini “dibenarkan” dan “halal” sbb anak guam pun teruk di kecam netizen katanya. So takpe la buat pada orang lain yang struggling with depression juga kan?
Bagusss sangat “perjuangan” peguam aktivis mental health itu. Padahal ada Akta yang melindungi rekod dan sejarah penghuni rumah perlindungan especially masa kejadian dia bawah umur.
Tapi di benarkan guna serang balik individu tu sebab undang-undang mereka kan hanya melindungi anak guam yang lemah itu.. yang satu Malaysia sedang komplot nak aniaya dan jatuhkan dia tu. Special betul dia satu Malaysia ni nak perangkap dia. Soon, akan ada undang2 takleh guna hon kereta sesuka hati ke cemana? Sebab takut insan yang lemah nangis terkejut?
Doakan Yasmin kuat dan kami dapat usahakan dia di berikan therapy yang dapat bantu dia bangkit. Dia ada HAK untuk bahagia juga.
Esok, ada antara saksi-saksi pendakwaan yang membela Bella akan di panggil untuk di interview oleh peguam-peguam mereka di mahkamah. Katanya prosiding biasa untuk dapatkan maklumat dan info bagi persediaan mereka masuk pembelaan 5 Jan 2023 nanti.
Kita ingat dah cukup dah semua FAKTA, BUKTI dan SAKSI-SAKSI mereka ada. Tapi tiba-tiba, di saksi kami panggil untuk di interview pula. Saya tanya kawan-kawan peguambela kes jenayah, takde sorang pun pernah buat benda ni. . Tapi sebab dah keluar sepina, kena pergi juga. Kita bantu la mereka dapatkan fakta untuk persiapan mereka di medan “perang”. Kita cubalah jadi orang baik2 ya.
Unik betul kes ni kan. Susah betul Bella nak dapatkan keadilan di dunia ni. Di akhirat dah tentu Bella menang. Masa tu mana ada peguambela, cybertrooper segala. Tangan kamu sendiri akan ceritakan apa kamu buat pada Bella. Kena ingat tu tau.
Apapun, terima kasih atas sokongan. Dan teruskan berdoa untuk Yasmin. Dan saksi2 yang di panggil ke mahkamah walaupun pendakwaan punya side dah habisss.. kami appreciate sgt. Setiap komen kalian, semua saksi2 baca. Jadi penguat semangat mereka. Terima kasih untuk sama2 berjuang untuk anak syurga kita tu. Tak dapat kami balas kebaikan semua. Semoga Allah beri setiap kebaikan untuk korang dan keluarga korang yang menyokong dan berdoa untuk Bella dan kami. Sumber :- FB Zuriaty Sudin #justiceforbella #mentalhealth#depressionawareness
Anita Baharom Selamat Bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon Anita Baharom yang telah selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita diijabkabulkan menerusi sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City.
Sebelum ini Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mat aitu, selamat bergelar isteri selepas suaminya, Engku Isyamuddin melafazkan sekali akad jam 11.50 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” kongsi Anita.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami, Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Majlis pernikahan pagi tadi dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Anita dan suami juga memanjatkan rasa bersyukur selepas segala yang dirancang telah selamat.
Avatar The Last Airbender jadi perhatian selepas klip filem baharu bocor di media sosial. Seorang lelaki ditahan kerana didakwa akses server secara haram.