Menari Dalam Hutan Malam Hari, Siti Sairah Lalui Pengalaman Seram

Tak mudah sebenarnya nak hasilkan sebuah video muzik OST untuk filem ya. Lagi-lagi filem seram, nak tak nak kenalah tabahkan hati. Bak kata Siti Nursairah Tarudin yang lebih mesra dengan panggilan Siti Sairah ini.

Adik kepada penyanyi tersohor nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini telah lalui pengalaman seram sewaktu pembikinan video muzik OST filem Anak Perjanjian Syaitan berjudul Suara.

Dalam video pendek di instagramnya, Siti Sairah berkongsi akan kehadiran entiti ketika melakukan pengambaran di dalam hutan, dengan mengenakan pakaian ala Cik Siti Wan Kembang.

 

Menari Dalam Hutan Malam Hari, Siti Sairah Lalui Pengalaman Seram

 

Kongsinya,

Pengalaman seram ketika pembikinan music video #suara saya memakai pakaian adaptasi Che Siti Wan Kembang di dalam hutan. Saat ini seperti ada yang memerhati. Hakak jiwa kental dik!

Walaupun bulu roma hakak merinding. Peluh berjurai.. jantung laju macam lari marathon

IKLAN

Ketika pengambaran itu, Siti Sairah perlu berada di seberang sungai yang berlatar belakangkan hutan belantara.

Masa ini hakak kena tinggal sorang di situ. Belakang tiada seorang pun. Team semua di depan. Masa ini peluh poplaehweh hakak berjurai-jurai keluar.”

 

Menari Dalam Hutan Malam Hari, Siti Sairah Lalui Pengalaman Seram

 

Masuk Hutan Hari Khamis Malam Jumaat

Lebih mendebarkan pengambaran video muzik itu dilakukan pada hari Khamis malam jumaat.

IKLAN

Pukul 12 malam ia ibarat mimpi ngeri. Apabila saya memakai pakaian adaptasi dari Che Siti Wan Kembang dan bersanggul di bawah pokok besar tepi sungai pasang lilin taburan bunga kubur.

Ditambah lirik dan bunyi teramat menakutkan.

Ibarat suatu upacara pemujaan. Tapi hakak ni sejenis berani sikit. Untuk karya terulung ini hakak gagahkan diri dik.”

Di Pentas Alam Nyata Dan Bunian Berhimpun

Lagu Suara ini ada rohnya tersendiri. Jadi berhati-hati apabila menyanyikannya berulang kali. Juga nasihat hakak kalau korang masuk hutan tu berhati-hatilah. Kerana di sini pentas alam nyata dan alam bunian berhimpun.”

Akui Siti Sairah, seperti mana-mana juga penyanyi yang mahukan lagu mereka diguna pakai untuk sountrack filem. Begitu juga dengan dirinya.

Seiring kematangan suara saya di usia 36 tahun ini. Ia satu pencapaian yang amat saya hargai.” Malah karya terulungnya itu akan disiarkan di digital platform di Youtube rasmi.

IKLAN

 

Menari Dalam Hutan Malam Hari, Siti Sairah Lalui Pengalaman Seram

 

Sebaik Selesai Pengambaran, Mandi Dulu Baru Jumpa Anak

Jujur kata Siti Sairah, ‘hakak akui berdepan dengan sesuatu yang menyeramkan itu. Tetapi tidaklah sehingga diganggu atau dirasuk.

Kerana sebelum pengambaran bermula, saya dan 12 krew sentiasa jaga adab tertib di dalam hutan dan minta izin serta berdoa kepada Allah agar menjadi pendinding ketika pengambaran tersebut.”

Selepas tamat shooting itu, saya terus mandi. Selepas itu barulah saya berjumpa baby Khalishah yang ketika itu dijaga oleh @sitinorsaidatarudin terima kasih kakida tersayang.”

MW : Memang meremang dengar sountrack lagu Suara itu. Lagi-lagi kalau dengar memalam sensorang. Erk!

Sumber/Foto : Siti Nursairah Tarudin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI