Fizz Fairuz alami sakit misteri, sebagai isteri sudah tentu Almy Nadia berasa cukup sedih. Pelakon Datin Almy Nadia akui sedih melihat keadaan suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang didakwa telah diserang sakit misteri.
Fizz Fairuz Alami Sakit Misteri, Almy Nadia Sedih
Malah Almy juga menerusi perkongsian menerusi akaun Instagramnya berasa cukup bimbang apabila melihat perubahan mendadak suaminya, selepas tamat berlakon cerita seram berjudul Misteri Topeng Barongan di kawasan kampung Sahom, Gopeng, Perak.
Almy berkata, akibat daripada itu, Fizz sering termenung, mudah marah dan tidak lalu makan serta minum.
“Balik dari penggambaran cerita ini suami saya, Fizz Fairuz dilanda sakit misteri sampai tak makan minum dua minggu.
“Sampai di serang sakit gastrik tau, walaupun dah berubat tetapi bekas sisa baki itu masih ada ya.
“Sekarang dah pulih tetapi suami saya dilanda sakit termenung, mudah marah, susah senyum dan tak ceria macam dulu,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Ads
Almy Berasa Tertekan
Menerusi luahan yang dipetik juga suaminya sering dalam keadaan termenung, mood berubah, tidak ceria seperti dahulu.
Meski suaminya telah berubat, namun masih terdapat sisa baki gangguan dan ianya bukan mudah untuk pulih serta kembali ceria seperti dahulu dan hal ini membuat Almy berasa tertekan.
Terang Almy lagi, dia juga turut mendapat tempias dan sedih melihat keadaan suaminya yang sudah jauh berbeza.
“Realitinya saya sekarang tengah tekanan dan jadi sedih, sebab suami saya yang dulunya ceria, happy tetapi sekarang sakit… Tekanan… Nak pulihkan sakit dia bukan senang…” terangnya.
Ads
Dalam hantaran berbeza di Insta Story miliknya juga, Almy memaklumkan Fizz dalam proses berubat dengan abang ipar dan ustaz ditempatnya menjalani penggambaran.
Menerusi hantaran sebuah video terbaru, Almy sempat mengusik suaminya, dan kelihatan Fizz kembali ceria. Malah menerusi kapsyen Almy juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana mendoakan suaminya.
“Terima kasih semua doakan suami kami,” luah Almy.
Walaupun hadap macam-macam, isteri jarang tunjuk atau luahkan, begitulah orang perempuan. Baginya apa yang dia lalui setiap hari walaupun sukar, dia pendamkan saja.
Malah kadang-kadang akibat lama memendam, dia mula tertekan tanpa sedar kerana ingin segalanya sempurna di depan mata. Oleh itu wahai suami, selamilah perasaan dan masalah yang isteri hadapi saban hari.
Kongsi Firdaus Shakirin, di sebalik ketenangan wajah si isteri…
Balik rumah, sampai depan pintu, isteri sudah senyum sambut suami… Isteri terus tanya, “Abang letih? Abang nak ayang hidang makanan sekarang? Kejap ayang panaskan…”
Nampak macam tiada apa-apa yang berlaku pun hari itu… Juga nampak seolah-olah urusan dia lancar dari pagi sampai ke petang…
Tak, sebenarnya tak semudah itu walaupun dia nampak tenang dan tak tunjukkan yang dia sedang tertekan…
Dari bangun pagi lagi dia sudah tension tak tahu hendak masak apa pulak hari ini… Kelmarin ayam, semalam ikan…
Hari ini ikan ke, ayam… Daging tidak ada kalau hendak masak daging… Tak tahu apa hendak masak adalah sesuatu yang memberi tekanan untuk orang perempuan… Tanya anak-anak, tanya suami nak makan apa, mereka jawab,
“Masak je apa pun, kami makan saja.” Dia buntu…
Pastu turn anak-anak untuk buat kerja sekolah… Ajar berkali-kali baru hendak faham… Sudah faham, buat sikit saja sudah penat… Dia mula hendak angin, dia nak marah-marah sebab anak sudah buat hal…
Habis bab ni, dia masuk dapur,
“Aku hendak masak apa ni!” Kali ni dia tanya diri sendiri…
Anak-anak sudah mula berlari-lari dalam rumah… Anak-anak sudah sepahkan rumah yang dia kemas lepas bangun tidur tadi… Suruh anak-anak kemas, mereka buat tak dengar… Habis memasak, bagi anak-anak makan, diorang pulak makan sikit saja…
Dia tertekan lagi sebab penat-penat fikir apa nak masak, sudah masak, diorang makan beberapa suap saja…
Setel bab masak, setel bab kerja sekolah anak-anak, bab seterusnya ialah hendak kemas rumah, hendak lipat pakaian, sebab nanti petang suami nak balik… Sejam sebelum suami balik, rumah sudah kemas elok…
5 minit sebelum suami sampai, anak-anak sepahkan balik…
Dia rasa nak menjerit, dia rasa hendak menangis… Nanti suami balik, bila suami tengok, suami akan kata dia tak buat apa, duduk saja dekat rumah, goyang kaki… Seminit sebelum suami sampai, dia kemas sekali lagi…
Suami sampai ja, masuk rumah, dengan tenangnya si isteri menyapa,
“Abang letih? Abang penat? Abang nak makan?”
Dia tak tunjuk apa yang dia lalui dari pagi… Dia sembunyikan tekanan dan bebanan seharian dia… Itulah orang perempuan, itulah isteri…
Bilalah last dia fikir tentang diri sendiri… dan bilalah last dia luahkan perasaan sendiri… Bilalah last kita dengar cerita dia… Dia sakit demam pun kita tak perasan… Apatah lagi jika dia tertekan atau banyak bebanan…
Semoga Allah berikan ganjaran syurga utk isteri yg sentiasa buat yang terbaik untuk keluarganya. Amin…
Mingguan Wanita : Hargailah pasangan atau isteri sebaiknya, ucaplah terima kasih atas segala penat lelahnya dari pagi hingga ke malam.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Wanita ini, Siti Suryani Yaakop belajar sesuatu dari adik yang bekerja di kedai menjual Corndog. Biarpun gaji tak ribu riban, tetap wajahnya ceria melayan pelanggan.
Malah, ingatannya terkenang pula pekerja pembersih yang pernah ditemui. Setiap hari bekerja dengan penuh keseronokan. Malah, perasaan gembira itu terpancar pada lantai tandas yang sentiasa bersih memukau pandangan.
Ternyata, setiap orang bila sampai bab pekerjaan, perlunya ada prinsip bahagia yang menjadi pegangan masing-masing.
Tadi pergi beli corndog. Aku tak tau kenapa nama dia seram macam tu. Tapi serius, makanan tu halal. Boleh sentuh. Dan boleh makan.
Lepas dah order tu, adik tu kata, “Kereta akak yang mana?”.
Aku tunjuk la kereta aku dekat gerai depan sikit tu. Dia kata, “Takpa, akak boleh tunggu dalam kereta. Nanti saya hantar.”
Tak tau la dalam berapa lama aku tunggu bila sedar-sedar ada orang ketuk cermin tingkap tu.
“Maaf kak sebab menunggu. Ni corndog akak.”
Wow! Macam kagum benar rasa hati aku. Aku beli cordog je. Harga dia RM 3.50 sen je pun. Tapi bukan biasa-biasa layanan budak ni. Siap minta maaf. Padahal aku tunggu dalam kereta. Ada aircond. Bukan kena berdiri dekat kedai dia.
Adik ni mengingatkan aku pada bibik ofis aku. Kadang aku yang naik letih tengok dia menyapu. Entah berapa kali. Cuci tandas pun gitu. Padahal yang membuang dalam tu kami 10 orang ni je. Lantai toilet ofis aku boleh buat tempat baring dia punya bersih.
Ada dia tunjuk kat aku pewangi dia buat sendiri. Campur Softlan dengan air. Modal sendiri. Belum kira beli pewangi yang jenis letak dekat lantai tu lagi. Bau lemon. Tu pun guna duit sendiri.
Takda la kata kalau buat gitu dapat bonus. Markah lebih. Boss puji. Takda. Tapi bila aku tanya kenapa sanggup berhabis dan tak penat bersihkan ofis aku, katanya “Iya, saya suka kerja bersih-bersih ni puan.”
Aku kira begitu adik kedai corndog tu juga. Dia suka dengan kerja dia. Dia bahagia. Biar gaji tak ribu riban pun. Biar tak kerja dalam tempat hawa dingin pun. Biar tidaknya kalau hantar corndog tu esok tauke terus wasiat gerai tu kat dia pun.
Aku belajar sesuatu dari depa. Kerja ni kita kena suka. Kena rasa bahagia buat kerja tu. Baru rasa ikhlas nak buat extra. Lantaklah takda siapa nampak. Bila suka, hasilnya cemerlang. Bila cemerlang, rezekinya berkat. Bila berkat, kita jadi suka kerja. Bila suka, hasilnya cemerlang. Bila cemerlang, rezekinya berkat. Bila berkat….
Pusinglah sendiri.
Kadang kita pergi mana-mana kita jumpa orang yang ceria sungguh duduk di tempat dia bekerja. Sengih je muka. Soal satu, explainnya berjela. Dan ada orang kita baru tengok muka pun dah seram sungguh nak tanya apa-apa.
Tapi takpa. Yang ceria kita ikut. Yang mencuka jangan takut.
Anggaplah saja dia sedang senggugut…
Mingguan Wanita :Begitulah, apabila dia suka dengan pekerjaannya. Hatinya jadi ikhlas, perasaannya lapang dan bahagia. Rezekinya pun bertambah berkat. Biarpun gaji tak ribu riban, tetap bahagia melaksanakan pekerjaannya itu.
Berani bandingkan fizikal isteri sebelum dan selepas kahwin, seorang lelaki dikecam netizen gara-gara tindakannya yang dikatakan keterlaluan.
Di Jakarta, Indonesia, seorang lelaki dikecam netizen kerana membuat perbandingan keadaan fizikal isterinya semasa sebelum dan selepas mereka berkahwin, malah menganggap wanita itu kini tidak cantik, lapor laman berita Suara.com kelmarin.
Menerusi perkongsian lelaki yang dikenali Irvhan Chandra itu di akaun TikTok, memaparkan gambar isterinya ketika mereka sedang bercinta dengan keadaan bentuk badannya yang langsing dan berkulit gebu.
Penampilannya juga kelihatan menarik serta sedang tertawa manis.
Bagaimanapun, selepas mereka berkahwin, lelaki itu berkata, isterinya semakin gempal terutamanya ketika hamil.
“Semakin berusia, kelihatan tidak cantik,” tulis lelaki tersebut pada keterangan video itu.
Hantaran tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen dengan ramai yang marah membaca kenyataan lelaki itu yang menggunakan perkataan tidak cantik (jelek) terhadap isterinya.
“Sebelum berkahwin, isteri kamu cantik kerana dia dijaga oleh ibu bapanya. Selepas berkahwin, terpulang kepada bagaimana seorang suami melayan isterinya,” tulis seorang netizen.
“Kalau begitu, jangan dibiarkan dia mengandung. Biar sahaja dia tetap cantik, jangan punyai anak supaya dia kekal langsing. Jika sudah mempunyai anak, nanti tidak sempat bersolek. Jadi, jangan punyai anak,” sindir seorang pengguna. – Agensi
Mingguan Wanita : Lain kali cakap siang pandang-pandang, akhirnya memakan diri sendiri juga. Paras rupa bukanlah keutamaan sebaliknya kasih sayang dan cinta yang patut dititikberatkan dalam hubungan suami, isteri.
Teruja melihat pengantin perempuan mengundi hari ini, tetap meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.