Dalam keadan sekarang ini, ada sesetengah daripada kita diduga dengan serba kekurangan. Jadi, inilah masa untuk orang bersedekah untuk diberikan kepada yang memerlukan.

Tak kisah, orang itu bersedekah dari bentuk wang ringgit, barangan harian dan sebagainya. Namun, dalam bersedekah itu, biarlah dengan niat ikhlas untuk membantu.

Tidak dinafikan, ada sesetengah trend orang bersedekah sekarang ini siap dengan mengambil gambar atau video, seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk. Bukan tidak boleh tapi bimbang disalah tafsir oleh orang lain.

Namun, tak kurang juga ada orang bersedekah dengan senyap-senyap. Maknanya, ada pelbagai cara yang dilakukan untuk bersedekah. Paling penting, apa yang dilakukan itu biarlah dengan niat ikhlas.

Perkongsian daripada Maryam Aziz ini boleh dikaitkan dengan keadaan sekarang tentang orang bersedekah. Bersedekahlah dengan niat yang ikhlas dan berdoa semoga ia memberi kebaikan kembali kepada kita.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lembutkan Hati Orang Berdengki, Dengan Sedekahkan Surah Al-Fatihah

Sedekah Subuh, Rutinkan Setiap Hari Secara Istiqamah, Niat & Doa, Inilah Waktu Mustajabnya

Info Lebih Menarik DI SINI

Orang Bersedekah, Berniat Dan Berdoa

Sekarang macam dah jadi trend orang kata kalau nak bisnes maju wajib sedekah. Sedekah subuh tu wajib, sebagaimana wajibnya solat subuh.

IKLAN

Kalau nak bisnes maju kena solat dhuha. Wajibnya solat dhuha itu sebagaimana wajibnya solat 5 waktu.

Begitu juga kalau tak bersedekah atau solat dhuha, nanti tak ada jualan masuk.

Kalau nak rezeki tidak putus-putus, kena baca surah waqiah setiap hari.

Untuk rezeki mencurah curah, istighfar seribu kali sehari.

Maka terjadilah trend orang bersedekah menunjuk nunjuk. Ada yang borong semua kuih di tepi jalan. Ada yang bagi duit kepada gelandangan. Ada yang edarkan makanan di rakamkan dalam video-video viral

Dan terjadilah juga trend orang menceritakan balasan Allah berganda ganda berbanding apa yang mereka sedekahkan. Pagi tadi sedekah RM50, petang Allah kembalikan dengan hasil jualan RM300. Kita ukur rezeki Allah menggunakan keterbatasan aqal kita mengukur. Duit dibalas duit.

IKLAN

Bersedekah menunjuk nunjuk itu tidak salah dengan niat untuk menginspirasikan orang lain supaya turut bersedekah. Malah, bersedekah secara sembunyi juga baik demi menjaga keikhlasan hati.

Tetapi ramai dari kita yang kecewa apabila sedekah duit tidak berbalas duit. Maka kita mula mempersoalkan apakah sedekah kita tidak dipandang Tuhan? Apakah doa kita tidak mustajab? Apakah hati kita tidak cukup ikhlas sehingga amalan kita terhijab.

Sedekah, Mahal Nilainya

Tidak cukup dengan itu. Ramai pula yang semakin sedih dan berduka apabila tidak berkemampuan bersedekah secara mega sehingga mampu menghasilkan video viral mengundang perhatian ramai. Lebih teruk lagi kita mula berdengki. Seronoknya jadi kaya macam dia kerana banyaknya pahala dia mampu kumpulkan.

Tahu tak sebenarnya kalian yang berusaha mencukupkan keperluan keluarga, itu juga satu sedekah yang sangat mahal nilainya.

Setiap kali berbelanja barang rumah, niatkan inilah sedekahku hari ini untuk keluarga
Bila beli barang PDPR anak di kedai Eco, niatkan inilah sedekahku untuk anak anak. Begitu juga bila membayar yuran sekolah, berdoa ya Allah inilah sedekahku untuk mejadikan anak berilmu.
Bila memasak untuk anak, ya Allah inilah sedekahku dalam bentuk tenaga dan kesabaran berkhidmat untuk keluarga. Semoga dengan sedekahku ini dapat menjadikan ahli keluargaku hamba yang sihat bertenaga dan rajin beribadah kepadamu.

Biasakan untuk berniat dan berdoa dalam setiap perbuatan kita. Bukan sekadar hidup untuk hidup. Tapi hidup untuk beribadah. Dan waktu itu anda akan sedar betapa kayanya anda dan mampu bersedekah sentiasa.

IKLAN

Mingguan Wanita : Sedekah terbaik adalah sedekah pada ahli keluarga dahulu.

Sumber: Maryam Aziz

 

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI