Roti nan memang enak dimakan bersama ayam tandoori. Kalau makan panas-panas memang terbaik. Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja.
Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Nor Aini Abd Rahman ini ya!
RESIPI ROTI NAN
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Ads
Cara membuat:
1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
Ads
3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Cili jeruk merupakan ‘aksesori’ wajib ada sebagai pelengkap menu terutama char kuey teow. Cili jeruk paling sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah. Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk memang tak lengkap.
Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, bolehlah cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.
Biskut red velvet lupa luarannya sedikit sama dengan biskut ‘mahal’ yang selalu di jual di kiosk-kiosk di pasar raya. Kalau beli, harganya agak ‘keras’ juga. Rasa tak puas makan kalau beli. Sesuai sangat dijadikan menu kudapan seisi keluarga.
Lebih berbaloi buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang. Sebenarnya kita boleh sahaja buat sendiri biskut ini. Tak susah mana pun. Tentu anak-anak yang paling gembira sebab boleh makan dengan puas berbanding beli. Guna sukatan cawan sahaja.
RESIPI BISKUT RED VELVET
Bahan-bahan:
210gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
200gm mentega asli / pure butter
130gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat manis
100gm almond flakes
60gm cornflakes kisar
2 sudu teh red velvet emulco
100gm white/dark choc chip
Cara memasak:
2. Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.
4. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.
5. Bakar biskut pada suhu 160c selama 20 minit.
6. Bila biskut telah masak, biar hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuah kari tidaklah kiralah kari ayam, daging, ikan, sotong dan sebagainya memang sedap dinikmati bila kuanhnya likat, pekat dan merah warnanya. Selain dimakan bersama nasi, kari juga enak dinikmati bersama pulut kuning dan roti jala.
Hendak masak kari memang mudah. Sesiapa pun boleh menyediakannya. Bagaimanapun untuk mendapatkan kuah kari yang sedap, likat, pekat dan merah ada caranya. Kuah kari yang cantik tentulah yang warnanya merah.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat kari yang sedap dan dalam masa yang sama ‘cantik’ warnanya.
Mak-mak boleh cuba tip ini ya!
1.Pilih rempah
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & makanan laut. Pemilihan rempah kari juga sangat penting, pastikan yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.
2.Tumis hingga garing
Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.
3.Santan
Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang, ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikkan ia lebih sedap.
3.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia
Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.
4.Asam jawa
Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.
5.Kentang
Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.
6.Hilangkan bau
Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan untuk ‘memotong’ bau hanyir ikan tersebut.
7.Tambahkan rempah
Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
8.Garam
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.
9.Tomato
Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.
10.Daun kari
Tumis daun kari bersama tangkainya sekali dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seorang calon SPM yang dihempap pokok kelapa, apa yang menyedihkan apabila ibunya datang melihat jasad anak bongsunya dalam keadaan berbungkus kain di atas jalan selepas motosikal dinaiki bersama rakan dihempap sebatang pokok di Kampung Permatang Pasir, Gunong.