Cili jeruk merupakan ‘aksesori’ wajib ada sebagai pelengkap menu terutama char kuey teow. Cili jeruk paling sedap ialah bila dimakan rangup dikunyah. Makan char kuey teow jika tak ada cili jeruk memang tak lengkap.
Bagi anda yang ingin cuba buat sendiri cili jeruk yang kekal rangup krup krup walaupun sudah berhari-hari, bolehlah cuba cara seperti yang dipraktikkan oleh Farid Sham ini. Senang betul nak buat dan yang pasti bila buat sendiri sudah tentu terjamin kebersihannya.
Cili Jeruk Paling Best Makan Bila Rangup Dikunyah
RESIPI CILI JERUK
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau
2 sudu makan gula
Cuka makan
Bekas berpenutup (botol jem setinggi tin susu sejat)
Ads
Nah Ini Resipi Cara Nak Buat
CARA MEMBUAT:
1. Sediakan cili hijau yang segar.
2. Potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat. Agak-agak sahaja potongannya.
Ads
3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup kemudian goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. Jangan masukkan air. Perap selama tiga hari dalam peti sejuk. Sukatan gula ialah 2 sudu makan untuk saiz botol setinggi tin susu sejat).
4. Hari ke tiga, baru kita masukkan cuka makan separas cili potong itu. Ingat ya, jangan sesekali bubuh air. Hari ke empat cili jeruk sudah boleh dimakan.
Ada caranya untuk buat Jeruk Mangga sedap, rangup tak lembik tanpa guna bahan pengawet dan kapur. Bukan apa sebaiknya elakkan guna bahan pengawet untuk mengekalkan kerangupan atau ketahanan sesuatu makanan untuk kesihatan diri. Jadi jika ada banyak buah mangga di rumah boleh buat sendiri jeruk mangga ini. Lebih jimat, terjamin kebersihannya dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Boleh cuba cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Akma Razali ini sebagai panduan.
Saya nak share cara membuat jeruk yang rangup dan tidak lembik, tanpa guna kapur rasa inshaallah memang sedap dan tidak mengecewakan. Resepi ni mak saya yang ajar. Terima kasih mak resepi mak semua terbaik. Moga secebis ilmu ini bermanfaat buat semua.
1. Buang kulit dan basuh bersih buah mangga muda tersebut.
2. Potong mengikut citarasa masing-masing, saya suka panjang-panjang macam ni.
3. Cari bekas yang ada bertutup.
4. Masukkan air paip (air bertapis), separas buah.
5. Kemudian, masukkan garam kasar.
6. Masukkan pula cuka.
7. Kacau sebati,toksah ganas-ganas timbul balik je untuk cuka tu sekata dengan air.
8. Tutup, biarkan di luar untuk semalaman. Tipuware ni memang khas saya guna untuk buat jeruk, sebab tutup nye jernih. paling best buat jeruk buah kelubi, fuhhhhh rangup dan tidak kecut tau.
9. Ok ni rupa nye jelitawan ni selepas berendam semalaman.
10. Tapis buang semua air rendaman tu (tak perlu basuh ya) masa ni gigit rasa masih rangup ada masin dan masam sikit.
11. Ok masakkan gula, kalau suka jeruk rasa manis boleh boh gula lebih,tapi saya suka rasa jeruk yang masam-masam manis.
12. Dah tapis tadi, masukkan ke dalam balang macam ni.
13. Setelah air gula sejuk, baru la masukkan dalam balang tadi. Tunggu betul-betul sejuk tau, jangan curah panas-panas pulak, lepastu simpan peti ais 1 malam lagi.
14. Ni rupa jelitawan tadi lepas bermalam 1 hari lagi. Dah boleh makan. Inshaallah jeruk ni masih rangup tidak lembik.
Air gula yang kita letak tu lepas sebati dengan buah, air akan berasa masam-masam manis dah. Bukan manis leting macam masa mula-mula nak letak tu,sebab tu saya biarkan semalaman lagi dia dalam peti ais.
Jeruk rangup krup krap & tidak lembik juga tiada bahan pengawet.
Info Ekstra!
Ada beza sikit guna garam kasar dan garam biasa.Tapi boleh je guna garam biasa, cuma sukatan kurangkan dari 2 genggam sebab garam kasar tak semasin garam biasa/halus.
Air tengok keadaan buah banyak mana, kalau 6 biji ni saya guna 500ml je air.Yang penting jangan cair sangat dan jangan pekat sangat air gula, sebab nanti air dalam buah tu keluar juga.
Paling lama saya pernah simpan dalam peti ais sebulan, lepastu habis jeruknya. Tak pernah dapat test simpan lama, lagi pon jeruk ni tiada bahan pengawet.
Selamat mencuba, moga sedikit ilmu ini bermanfaat buat semua.
Mingguan Wanita: Ada buah mangga muda di rumah, mak-mak boleh cuba buat jeruk ikut cara dan tip yang dikongsikan ini. Memang sedap, rangup tak lembik dan paling penting tanpa bahan pengawet.
Kuih Siput antara kuih ‘lejen’ dan tradisional kegemaran ramai. Namun tak mudah nak buat kuih siput ni dan agak renyah kerana ia perlu ‘ditenyeh’ atau digentel terlebih dahulu sebelum di goreng. Malah jika adunannya salah, membuatkan kuih siput tersebut, jadi keras.
Ada caranya untuk goreng kuih siput ni supaya warnanya sekata, malah tahan lama lebih sebulan.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Che Aziah Daud ini sebagai rujukan;
Syawal hanya beberapa hari saja lagi saya ingin kongsi resepi kuih siput yang telah lama mnjadi punca pendapatan saya sejak 2012. Sampai sekarang saya masih menjual kuih siput. Alhamdulillah..rezeki tidak pernah putus dengan usaha ini, saya berikan resepi.
Kuih siput saya tahan sebulan lebih. InsyaAllah.
Bahan-Bahan:
1kg gandum
1cawan majerin
Air secukupnya
Cili mesin (kalau nak pedas boleh letak banyak)
Bawang besar blend sekali dengan cilikering
(saya guna bawang besar banyak)
1bungkus rempah kari daging
Garam,gula ,ajinomto
Daun kari
Minyak untuk menggoreng.
Cara Membuat:
1. Mesin semua bahan hingga lembut, biarkan adunan setengah jam.
2. Tekan dengan acuan, panaskan kuali. Minyak mesti banyak dan goreng hingga kekuningan.
3. Masukkan daun kari, kacau selalu untuk dapatkan warna yang sekata.
4. Angkat, biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.
Mak-mak kaki masak selalunya ada dua pilihan, sama ada nak guna lesung batu atau blender untuk kisar bahan masakan.
Cara cepat dengan jumlah bahan yang banyak, tentulah blender jadi keutamaan. Tapi kalau nak dapatkan keenakan bahan masakan, tentu tentulah lesung batu membangkitkan kesedapan rasa.
Bahan masakan lebih juicy lagi jika ditumbuk lesung batu. Sebab itu dekat setiap rumah mak-mak mesti ada simpan paling tidak satu lesung batu.
Brian Masterchefatau lebih dikenali dengan panggilan Abang Brian, berkongsi cara tip penjagaan lesung batu yang banyak gunanya untuk mak-mak.
Kata Abang Brian, “Blender atau lesung batu? Yang mana anda lebih suka guna untuk buat pes sambal. Bagi Abang Brian tetap lesung batu yang rasanya sedap skit… hehe.. “
“Tapi kalau nak sediakan pes sambal untuk makan ramai ramai sekampung memang merana lah kalau guna lesung batu kan… loll… ”
“Biar apa pun, ni Abang Brian kongsikan tips penjagaan lesung batu!”
Tip Penjagaan Lesung Batu Daripada Abang Brian
1) Pastikan lesung batu dibasuh bersih selepas digunakan bagi menghilangkan baunya.
2) Gunakan air limau jika perlu untuk hilangkan bau yang melekat.
3) Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.
5)Tumbuk garam kasar selalu di dalamnya bagi menajamkan matanya.
6) Sekali sekala, tumbuk sebarang jenis cengkerang bagi menajamkan lagi matanya.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.