Punyalah sedap resepi Roti Nan Cheese gebu yang Puan Maria Nazri Said ini kongsi. Sampai tak sempat nak buat pencicah, dah licin anak-anaknya makan. Yang penting, mudah disediakan dan boleh difrozenkan. Bila nak makan, cuma panaskan atas kuali saja.
Kata ibu ini lagi, dia tak kisah pun walau anak-anak makan roti nan cheese gebu sampai licin. “Takpe mama always work from home. Tak PKP pun memang itulah kerja mama.
Esok buat sambal bilis dulu baru buat rotinya. Anak-anak cakap macam tu je pun dah sedap. Hmm.. suka hati mu lah nak.
“Saya nak share kat sini. Nan cheese ini boleh juga difrozenkan atau kalau tak nak frozen letak kat bahagian sejuk biasa tu pun boleh. Bakar je nan cheese macam biasa. Dan dah sejuh, buh dalam bekas dan letak kat fridge.”
Kalau Buat Banyak Dan Nak Bagi Tahan
Letak dalam freezer (peti sejuk bahagian beku). Bila nak makan, ambil dan panaskan dalam microwave atau atas kuali pun boleh. Masih lembut teksturnya.
Cara Buat Roti Nan Cheese GEBU
Bahan-bahannya dalam gambar
Ads
Gaulkan bahan bancuhan yis; susu suam, air suam, gula, dry yis. Biar sampai kembang.
Masukkan tepung dalam bancuhan yis. Beserta garam halus. Gaul-gaul masukkan minyak. Uli sekejap je sampai tak melekat. Perap lagi dalam sejam.
Dah kembang bahagikan kepada 6 bahagian, uli bulat. Masukkan cheese.
Tabur tepung sebelum bakar, bagi roti nan cheese gebu ni tak melekat.
Leperkan macam ini.
Ads
Bakar atas kuali non stick sampai sedikit garing. Dah siap!
Ni roti nan cheese yang di frozen kan… saya buat semalam.. hari ni dah tinggal sekeping ni.. berebut dengan anak bongsu. Dah panas kan.. masih lembut dan gebu.
Selamat mencuba.
Saya halalkan resepi. Dan terima kasih atas doa-doanya. Semoga yang baik-baik diberikan buat kita semua.. Aminnn.
Sesekali memang teringin nak minum ‘air mahal’ pelbagai jenis di kedai kopi terkenal. Jika beli sebekas boleh ‘pejam mata’ lagi harganya namun kalau anak ramai, dah berapa pula jumlah kosnya. Nak jimat dan puas hati minum, mak-mak memang kena buat sendiri di rumah. Guna 3 bahan je, dah boleh buat ‘air mahal’ rasa ala-ala Choc Cream Chip di Starbucks.
Ikut resipi dan cara yang dikongsikan oleh Mohd Fadzil ini.
Resepi untuk orang yang selalu craving air mahal, benda boleh buat sendiri buat apa beli
Bahan-Bahan:
Susu coklat (saya guna Farm Fresh Premium Choc Milk, Tak Manis Tak Muak, SEDAP!
Choc chip (Lebihan buat biskut raya)
Ais
Cara Membuat:
Masukkan semua bahan-bahan dalam blender dan kisar halus.
Senang je kan, rasa ala-ala Choc Cream Chip starbucks. Tambah topping whipping cream, so yummyyyy.
Kalau nak rasa Java Chip (Mocha) boleh tambah Cafe Latte Farm Fresh.
Ikan talang masin masak asam antara sajian menu kampung yang menjadi kesukaan ramai. Ada masa-masanya kita teringin nak makan sajian yang ada rasa masam-masam, barulah terbuka selera.
Kalau buntu tak tahu nak masak apa, bolehlah cuba masak sajian ini. Pasti makan berselera, nak-nak kalau anda sambal belacan dan juga ulam-ulaman. Menu ikan talang masin masak asam ini cukup ringkas. Bahan pun tidak banyak selain tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak.
RESIPI IKAN TALANG MASIN MASAK ASAM
BAHAN-BAHAN:
Ikan talang masin untuk 4-5 orang makan
1 biji bawang holland
2 tangkai cili besar
10 tangkai cili padi
2 biji tomato
½ mangkuk air asam jawa
1 kiub bilis
½ sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit gula
Lauk Kampung Sedap Macam Ni Tangguh Dulu Diet
CARA MEMBUAT:
1.Untuk mudahkan hendak campak bahan masuk kuali nanti, sediakan bahan berikut.
– bawang holland potong bulat.
– tomato dipotong enam.
– air perahan asam jawa.
– ikan talang dibersihkan dan dipotong.
– cili besar potong nipis dan cili padi di belah dua di pangkalnya.
2. Panaskan 2 senduk minyak, goreng ikan talang yang telah dibersihkan dan dipotong tadi sehingga masak.
3. Bila ikan talang dah masak, taburkan sedikit (½ sudu kecil) serbuk kunyit.
4. Kemudian tuangkan jus air asam jawa gaul sebati bersama minyak panas.
5. Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat. Gaul lagi.
6. Kemudian campakkan kesemua cili yang telah dipotong tadi. Kalau suka lebih pedas boleh tambah lagi cili padi.
7. Masukkan perasa kiub ikan bilis atau pun serbuk perasa.
8. Perasakan dengan sedikit gula. Lebih sedap jika kuah asam ini rasa sedikit masin, masam manis dan pedas. Tidak perlu masuk garam sebab ikan sudah cukup masin.
9. Akhir sekali bila semua sudah mesra masak elok terus masukkan tomato. Kacau sekejap sekilas dua dan tutup api.
10. Sudah siap ikan talang masin masak asam. Sedap makan dengan nasi panas, ulam-ulam dan sambal belacan.
Katanya ikut resipi yang dikongsikan ini, mak-mak boleh buat world class Pasta Carborana dekat rumah. Rasanya punyalah sedap macam kita makan dekat restoran mewah.
Paling penting, sos nya kita buat sendiri dan tak guna sos segera pun. Kena cuba! Lagi-lagi anak-anak memang suka makan pasta carbonara ni, yang lemak berkrim dan tak muak.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Wan LuQman ini sebagai rujukan.
RESEPI PASTA CARBONARA
Ikut resepi ni, dapat buat World Class pasta carbonara dekat rumah ye.
Ok, resepi ni buat sos dia from scratch, tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung! I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung.
Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah..(butter + tepung gandum). Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit.
60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Resepi dah ada, cuba dulu buat original sauce. Lepas tu ikutlah nak guna sos segera ke, tepung jagung ke tepung ubi ke haha. Yang penting originality tu dah tahu ye.
NOTAKAKI:Tak salah pun nak guna sos carbonara segera, itu salah satu food solution dalam pasaran untuk memudahkan kerja. Ini hanya tunjuk resepi asli / sebenar sahaja.
Jangan kecam / peniaga peniaga kecil kecilan guna sos segera. Bukan senang tau nak buat order 30-50pek sekaligus guna method macam ni. Lagipun carbonara original ni best consume upon served. Kalau tapau-tapau nanti dia akan bengkak…sebab dimasak sekali bersama kuah.
Kite rai segala cara, cuma tepung jagung tetap dislike! Dislike!
1.Kadang-kadang kita susah nak bajet kan untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua untuk 2 orang makan.
Tapi dalam resepi ni kander guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.
2.Hiris Swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.Kander guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak. Ni untuk menggantikan bacon.
Sepakat beef lean ni RM10 rasanya.
3.Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu kander guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah-celah jari. Lebih pantas.
Kalau dah biasa buat boleh la cara ni. Sebab kebanyakkan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuning dia mudah pecah.
4.Masukkan 2 sudu besar parmesan cheese dan 1 sudu besar lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu
Lebih baik jangan.
5.Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker. Tak jadi kalau guna garpu. Lambat…nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan benda alah tu. Heheh
Tapi tak guna semua ni ye.
6.Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
7.Tumis bawang putih + cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nk letak brokoli ke, nak letak hotdoh ke pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.
8.Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.
Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.
9.Bila air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.
Kalau nak buat untuk anak-anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
10.Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa. Kander ambik 4-5 sudu besar macam tu.
Bancuhan telur tu akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.
11.Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pulak.Jadi scrambled egg nanti. Ceroh mase depan kome yobbbb
Kalau nak kuah cair sikit dan taknak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai rasa kena citarasa.
Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.
12.Hancur kan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni ye.
13.Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
14.Jadi,boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah tu di rumah.
15.Up closeeee.Sedapnya. Carbona original ianya tidaklah berkuah banjir. Dia pekat-pekat seolah-olah hampir tidak berkuah. Dia basah-basah sikit sebenarnya.
16.Sumpah sedap! Sana Rancak masak! Sini Rancak masak! Tidak berdosaaa…!! Ouch….Haha
Mingguan Wanita:Menariknya resipi pasta carbonara ni. Sedapnya macam kita makan dekat restoran mewah. Kena cuba nanti. Anak-anak pun suka pasta carbonara ni.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...