
Biskut red velvet lupa luarannya sedikit sama dengan biskut ‘mahal’ yang selalu di jual di kiosk-kiosk di pasar raya. Kalau beli, harganya agak ‘keras’ juga. Rasa tak puas makan kalau beli. Sesuai sangat dijadikan menu kudapan seisi keluarga.
Biskut Red Velvet Crunchy, Rangup Bila Dikunyah
Lebih berbaloi buat sendiri. Boleh makan berulang-ulang. Sebenarnya kita boleh sahaja buat sendiri biskut ini. Tak susah mana pun. Tentu anak-anak yang paling gembira sebab boleh makan dengan puas berbanding beli. Guna sukatan cawan sahaja.
RESIPI BISKUT RED VELVET

Bahan-bahan:
210gm tepung gandum
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh soda bikarbonat
200gm mentega asli / pure butter
130gm gula perang
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan susu pekat manis
100gm almond flakes
60gm cornflakes kisar
2 sudu teh red velvet emulco
100gm white/dark choc chip
Buat Guna Sukatan Sudu
Cara memasak:
- Putar mentega, gula perang dan esen vanilla hingga sebati.
2. Masukkan susu pekat manis, telur dan red velvet emulco. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, cornflakes kisar, almond flakes, chocolate chip dan gaul hingga rata.
4. Sudukan adunan atas dulang pembakar. Tekan dengan garpu.

5. Bakar biskut pada suhu 160c selama 20 minit.
6. Bila biskut telah masak, biar hingga betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Kredit resipi & foto: Rozmaliza Omar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Resipi LAKSA LEMAK SIAM Sedap, Kena Dengan Selera Makan Bertambah-Tambah!

Ramai suka makan laksa dan ada macam-macam jenis resipi laksa yang menjadi pilihan. Namun salah satu resipi laksa sedap yang mak-mak boleh cuba ialah Laksa Lemak Siam yang cukup popular di Thailand. Ia seperti kuah lemak, menggunakan santan namun cukup rempahnya dan harum baunya dengan daun limau purut.
Boleh cuba resipi Laksa Lemak Siam sedap yang dikongsikan oleh Shah Shatry ini;
Minum petang hari buat LAKSA LEMAK SIAM. Alhamdulillah, kena dengan selera. Menambah-nambah, bermangkuk-mangkuk jugak la.Di bawah nie saya sertakan sekali resepinya.
RESEPI LAKSA LEMAK SIAM

Bahan-Bahannya :
Laksa kering yang jenis halus (rebus dahulu kemudian toskan)
Baca Lagi Di Sini:Tak Perlu Masak Lama, Ini Cara Mudah & Cepat Rebus Laksa Kering!

1 kg ikan selayang, temenung
10 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
2 inci halia*
2 inci lengkuas*
2 inci kunyit hidup*
4 btg serai* ( 2 batang di blend, 2 batang lagi di ketuk masuk dalam kuah )
2 inci belacan*
5 biji cili api* ( nak pedas, boleh lebihkan )
5 keping asam gelugur
4 helai daun limau purut
3 cawan santan pekat
Garam, gula & perasa
Cara Membuat :
1. Rebus ikan, asingkan isi dan tulang. Isi ikan dikisar halus. Air rebusan jangan dibuang, gunakan air rebusan ikan tadi untuk kisar tulang pula. Blend tulang kemudian tapiskan.
2. Kemudian, kisar semua bahan-bahan yang bertanda*
3. Masukkan bahan blend, serai yang diketuk ke dalam periuk dan biarkan mendidih
4. Bila dah mendidih, boleh masukkan isi ikan yang dikisar tadi bersama dengan asam keping, daun limau purut dam air.Kuah jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Ikut selera memasing dan kacau sebati.
5. Kemudian masukkan santan, kuah hendaklah sentiasa kacau supaya santan tak berketul.

6. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa. Bila dah suaikan rasa, dah mendidih boleh tutup api.
7. Boleh hidangkan laksa lemak siam dengan bahan-bahan sampingan yang lain.
Bahan-bahan sampingan :
Timun
Taugeh
Kacang panjang
Bunga kantan
Salad
Telur rebus
Limau nipis
* Bahan sampingan nie ikut selera masing-masing nak letak apa.


Selamat mencuba.
Mesti Baca:Buat Sendiri LAKSA BERAS ‘Fresh’ Sedap Lain Macam, Cantik Tak Putus-Putus!
Baca Lagi Di sini:Hati-Hati, BAHAYA Rebus Laksa & Telur Dalam Satu Periuk!
Mingguan Wanita: Menariknya resipi laksa lemak siam ni. Memang sedap dan mudah nak buat. Suka makan laksa, boleh cuba kelainan ikut resipi ni.
Sumber: Shah Shatry
Nak buat laksa johor sedap, macam ni caranya.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
Sedap juga buat laksa penang, ikut resipi ni.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kuih Sagu Keras Berbiji Putih, JANGAN Cuci Banyak Kali, Kena KUKUS!

Kuih sagu antara kuih tradisional kesukaan ramai orang. Bahan-bahan nak buat kuih ni pun tak banyak. Cuma bila salah cara yang sebenar nak membuatnya, memang tak jadi. Kuih sagu ini akan jadi keras dan berbiji putih. Perlu tahu biji sagu tak boleh dicuci dengan kasar, tak perlu cuci banyak kali dan perlu direndam secukupnya. Malah jika selalu biji sagu yang telah direndam dikacau atau kuali, rupanya hanya perlu dikukus sahaja, barulah jadi.
Mak-mak yang nak buah kuih sagu ini lembut, kenyal dan wangi boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Nanie Shaffiee ini sebagai rujukan. Gerenti jadi ikut cara yang dikongsikan.
“Alhamdulillah..sepanjang seminggu lebih mak duduk umah kak nanie. 2 kali mak request nak makan kuih sagu ni..mak kata dulu-dulu dia buat tak pernah jadi. Mesti putih sagu tu tak hilang-hilang walaupun kacau atas dapo sampai lengan sado.”
Jom sesiap nak try buat..ikut gambar step by step ya. Jangan derhaka tau. Guna sudu makan..loyang kak nanie size 9 inci ye. Pandai-pandai la agak-agak. Kot loyang kecik, buat 2 loyang, tak pun buat separuh sukatan jek. Dah tengah kukus boleh la buat keja lain ek. Nak basuh kain ke, nak basuh pinggan ke..jangan pergi tido sudah. Resepi sama pernah niaga dulu-dulu”.
Bahan-Bahan:
1/2 kilo Sagu
12-13 sudu makan gula pasir
Pewarna merah/ sirap ros
Air secukupnya
Kelapa Parut
secubit garam

Cara Membuat:
- Cuci biji sagu jangan kasar-kasar tau..cuci manja-manja je gitu. Cuci jangan banyak kali, nanti kekurangan kanji/kanji hilang. Lepas tu rendam sagu air agak-agak macam dalam gambar ya. Lebih kurang 1/2 inci atas sagu sementara nak tunggu sagu kembang. Pi panaskan pengukus siap-siap jangan dok termenung pulak.

2. Lebih kurang 10 minit sagu akan kembang camni. Dah tak nampak dah air yang kita rendam tadi.

3. Masukkan gula lebih kurang 12-13 sudu makan atau sesedap rasa ditekak masing-masing la senang.Rasa la nanti tahap manisnya tu. Kak nanie rasa tak tau banyak mana nak dapat ketepatan manisnya yang tekak kak nanie nak.

4. Selepas itu, letak la pewarna..kak nanie suka letak Sirap Ros. wangiiiii..sedapppp. Suka hati ler nak merah banyak mana. Jangan merah makngah sangat udah lerr..kang tak tertelan kang.

5. Kak nanie suka guna sirap brand nih.

6. Kacau rata-rata. Ini la rupa selepas campur gula dan sirap. Kira dah secukup rasa lah ni.Bila kita kacau, nanti akan nampak airnya. Air pun banyak gitu je. Jangan dibuang airnya tu. Jangan pandai-pandai tambah air gak, kang terlembik kak nanie tak bertanggungjawab.

7. Selepas itu, letak dalam loyang. Kak nanie takde tambah air dah ya. Air tu yang awal-awal kak nanie rendam sagu. Tapi tengok keadaan sagunya juga la. Air paras-paras sagu, masih nampak sagunya. Loyang tu kak nanie gris dengan minyak sikit, nipis-nipis je.Tujuan supaya tak melekat..haaa..pastu kukus la lebih kurang 30 – 40 minit gitu. Sampai putih sagu hilang la senang..kang cukup 40 minit tak hilang-hilang putihnya kak nanie lak disalahkannya. Dah tengah kukus boleh la pi sidai kain ke, sapu rumah ke, siram pokok Bunga ke, jangan pegi tido sudah.

8. Tadaaaaaa…gini la kejadiannya.Setengah kilo ngam-ngam dengan loyang kak nanie.Loyang korang kak nanie tak tau ya. Pastu tunggu la sejuk dulu baru potong. Jangan panas-panas korang potong.Haaaa..apa lagi..pi cepat-cepat buat satgi boleh ngapppp.

9. Dah sejuk bolehlah dipotong dan gaulkan dengan kelapa parut (kelapa parut tu kak nanie tambah secubit garam, gaul rata-rata dengan sudu dan kukus sekejap seminit dua..jangan lelama. Tujuan untuk kelapa tahan lama dan tak cepat basi) Taraaaa..kuih sagu buatan air tangan kak nanie yang kasar.

Info Ekstra!
- Cuci sagu tak boleh kasar, nanti sagu hancur. Kemudian tak boleh cuci banyak-banyak kali. Nanti kanji sagu hilang, bila masak kuihnya akan jadi keras.
- Sagu direndam untuk memudahkan proses memasak supaya biji-biji putih sagu semua hilang bila siap dimasak dalam jangka masa tak lama.
- Kacau dalam kuali boleh tapi kebarangkalian untuk sagu nampak jernih semua susah. Mesti akan nampak putih tu. Putih-putih tu maksudnya sagu tak dapat kembang habis.
Cuba buat ikut resepi ni ya. In Sha Allah jadi. Alhamdulillah dah ramai sahabat-sahabat yang mencuba dan jadi.
Baca Lagi Disini: Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, Letak Air Soda Simpan Dalam Peti Ais Semalaman
MW: Semoga perkongsian resipi kuih sagu ini bermanfaat buat mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut cara dan langkah yang dikongsikan ni, pasti jadi. Kuihnya lembut, kenyal, wangi dan sedap!
Sumber: Nanie Shafiee
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nasi Arab Ayam Mandy Noxxa, Cuma Masak 7 Minit Menu Dah Siap!

Ada banyak rahsia masak nasi arab ayam mandy di laman media sosial, tetapi kali ini lebih istimewa sebab cara masak jimat dengan menggunakan periuk Noxxa.
Haaa… yang ada periuk ajaib ni, bolehlah cuba godek resepi ini ya!
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam. Belah 4 cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsah ( kalau tak de gantikan dengan rempah campuran)
Garam
Sedikit warna kuning/saffron
Cara-cara penyediaan ayam:
Gaulkan ayam dengan semua bahan rempah.
Kalau nak sedap jangan beli yang serbuk. Elok kita beli yang biji dan mesin halus. Garam dan pewarna kuning.
Bahan-bahan Nasi:
4 cawan beras basmathi di rendam 30 minit, basuh dan toskan.
3 sudu minyak zaitun / minyak sapi. Ana lebih suka pakai minyak zaitun.
4 cawan 1/2 air. Kalau buat mandy kambing. Kita rebus dulu kambing yabg telah diperap dengan bahan-bahan yang sama dengan perapan ayam dan rebus HIGH PRESSURE 1jam. Ambil air masak nasi.
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia ( semua ini dimesin halus)
1/3 cawan kismis
Rempah tumis -kayu manis. Bunga lawang. Pelaga. Bunga cengkih
Sedikit kunyit/ pewarna kuning
Garam secukup rasa
Cara-cara penyediaan nasi:
1. Tumis bahan mesin dan rempah tumis.
2. Masukkan beras dan kacau sedikit. Masukkan air serta garam dan kunyit.
3. Akhirnya susun ayam diatas dan tutup. Tukar tombol ke arah PRESSURE dan tekan HIGH PEESSURE 7 minit dan ON.
4. Selepas selesai 7 minit tunggu lebih kurang 3 minit, tukar tombol kepada STEAM tekan OFF. Dan buka penutup keluarkan ayam perlahan-lahan.
5. Kacau sedikit nasi biar sebati dan boleh lah letak kembali ayam di atas nasi.
6. Jangan lupa keluarkan periuk boleh tanggal dan letak di luar. Takut nanti nasi hangus.
Bahan-bahan sos:
1 biji tomato -hiris
5 biji cili besar hijau ( nak pedas ana masukkan cili padi)
1 tangkai ketumbar
Garam
Gula
Perahan lemon
Cara-cara penyediaan sos:
(Semua bahan ini dimesin halus)
Betul Ke Guna Noxxa Masak Sedap Dan Cepat?
Teruja atau tidak betapa pantasnya memasak menggunakan periuk Noxxa ini? Jom semak masanya…
Rebus telur = 1 minit
Masak popcorn = 2 minit
Masak nasi dagang = 7 minit
Masak nasi tomato = 7 minit
Masak nasi minyak = 7 minit
Rebus laksa = 8 minit
Rebus nasi impit = 20 minit
Masak sup tulang = 30 minit
Masak dodol = 30 minit
Masak gulai ayam pencen = 45 minit
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




